Anda di halaman 1dari 53

FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

A FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI 1


1.1 DEFINISI FONETIK 1
1.2 DEFINISI FONOLOGI 2
1.3 FONETIK ARTIKULASI 3
1.4 PENGHASILAN BUNYI 6
1.5 BUNYI-BUNYI BAHASA 9
1.6 KONSONAN 10
1.7 VOKAL 13
1.8 FONETIK AKUSTIK 15
1.9 FONETIK AUDOTORI 16

B BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU 17

2.0 VOKAL HADAPAN 19


3.0 VOKAL TENGAH 24
4.0 VOKAL BELAKANG 25
5.0 CARA PENGHASILAN KONSONAN 30

C SISTEM EJAAN RUMI BAHARU ( ERB )

6.0 SISTEM EJAAN RUMI MALAYSIA-INDONESIA 1972 44


6.1 HURUF EJAAN KATA PINJAMAN 49

7.0 KESIMPULAN 50

8.0 BIBLIOGRAFI 51
A. FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALANFONETIK DAN FONOLOGI

Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-paru
keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau
rongga hidung.Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut atau rongga
hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak.Udara yang
keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah
bunyi.Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik manakala bunyi-bunyi bahasa yang
mempunyai peraturan pula dikaji dalam bidang fonologi.

1.1 Definisi fonetik

Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialahilmu bahasa (llinguistik) yang


berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.Kamus
OxfordAdvanced Learner‟s Dictionanry of current English (1992:671) fonetikmerupakan “the
study of speech sounds and their production”. Mengikutkamus The World Book of
Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetiksebagai “the science dealing with sounds made
in speech and the art of pronunciation….concerned with the production of these speech
sounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result,
andthe auditory effect they produce on the hearer”.

Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetik


sebagai “the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of
speech.”Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi
fonetik sebagai “ilmuyang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan
bunyibahasa.”Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)mendefinisikan
fonetik sebagai “ the science that investigates the soundsmade by the speech organs,
seeking to describe them, account for their production, and classify them.” Selain definisi-
definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopediabeberapa pandangan dan pengertian
tentang fonetik oleh beberapa orangsarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan
konsep fonetiktersebut.Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantar
bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi danAzizah Hussein daripada buku
Linguistik :An Introduction to Language andCommunication menyatakan: “ Fonetik ialah
bidang yang memperkatakanbagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran
suara bidangkajian yang dikenali sebagaifonetik artikulasi, dan juga sifat fizikalgelombang
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yangdikenali sebagai fonetik
akustik). Sementara istilah fonetik biasanyabermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan
akustik bunyi. (1995:61).

Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetikadalah seperti yang
berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidikibunyi-bunyi bahasa tanpa

1
melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalamsuatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar
dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut:
“Fonetik atau ilmu bunyimenyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8).
ManakalaAbdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru BahasaMalaysia
memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkajibunyi bahasa dari segi
penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsur-
unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik
dan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan : “ Fonetik ialah kajian saintifik mengenai
bunyibahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut ArbakOthman
menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yangdipelajari segala bunyi
bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alatpertuturan manusia) dan memberikan
simbol fonetik untuk masing-masingbunyi itu. Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa
segi. Seseorang boleh melakukan kajiannya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi
bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkanmelaui udara,
mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala sertabagaimana sifat-sifat ini
berubah dalam proses penghasilannya(1986:52-53).Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain
memberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai
bunyi bahasa. Dalam fonetikakan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-
kriteriapengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyibahasa dan
lain-lain seumpamanya.” (1982:40).

1.2 Definisi Fonologi

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan,
fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam
Merriam Webster‟s Collegaite Dictionary tenthedition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai
“the science of speechsounds including, especially the history and theory of sound changes
in alanguage or in two or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti
Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikutfungsinya.Kamus oxford Advanced Learner‟s
Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study
of thesystems of speech sounds, especially in a particular language.Manakala kamus
Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system
of sounds in language and of the history of their changes

Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan“the study of the
sound system of a language or of language in general.”TheWorld Book Dictionary
(1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ thesystem of sound used in language”.Dalam
Ensyclpedia Amerikana(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of
linguistics or of grammar that deals with speech sound as they enter into the structure
of language.” Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik
daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam

2
bukunyaLinguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan
Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah
subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa
manusia.Istilahfonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa
tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula,
fonologi merujuk bahagian teori tentangbahasa manusia yang umum yang berrkaitan
dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112).

Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi
merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang
menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurutJ.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology)
sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu
menurutfungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86)Abdullah
Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk GuruBahasa Malaysia
menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasa
itu.”(1993:40). Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2005:39) pula menyatakan bahawa fonologi
ialah kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Dengan kata lain, fonologi ialah bidang
yang menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi
sama ada bunyi itu distingtif ( membezakan makna ) atau menentukan huruf-huruf atau
fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi satu-satu bahasa
(Abdul Hamid Mahmmod dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2012 ). Oleh itu, bunyi-bunyi
bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan itu dikaji dalam bidang fonologi.

1.3FONETIK ARTIKULASI

Fonetik artikulasi adalah merupakan satu cabang ilmu dari bidang Fonetik.Fonetik artikulasi
memfokuskan kajian dan perbincangan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan
bantuan organ dalaman. Menerusi ilmu ini kita akan didedahkan dan diperkenalkan kepada
sistem penghasilan bunyi dan organ sebutan. Seperti paru-paru, pita suara, lelangit lembut
dan keras, bahagian lidah dan lain-lain lagi. Fonetik artikulasi juga akan mendedahkan
kepada kita bagaimana sesuatu bunyi terjadi, contohnya paru-paru ditekan, udara keluar
dan menggeletarkan pita suara, menggerakkan lidah serta rahang ditambah dengan
pergerakan bibir sehingga terhasilnya bunyi. Alat- alat yang digunakan untuk membentuk
bunyi-bunyi dikenali sebagai artikulator.Bunyi –bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada
konsonan dan vokal.

Faktor utama yang terlibat dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah faktor bersuara dan
tak bersuara di faktor titik artikulasi.Manakala faktor utama dalam kasifikasi bunyi vokal ialah
kedudukan bibir dan darjah naik turun lidah dalam rongga mulut. Bunyi-bunyi yang berbeza
akan dihasilkan dengan aksi yang berbeza bagi bahagian-bahagian organ tutur yang boleh
bergerak. Untuk menentukan perbezaan-perbezaan dari aspek penghasilan bunyi, kita
mestilah menentukan organ-organ mana yang terlibat dalam waktu-waktu yang

3
relevan. Kita juga seharus dapat menentukan samada udara yang keluar udara jenis egresif
ataupun udara jenis ingresif.Di samping itu kita seharusnya melihat juga bagaimana
tekanan udara yang keluar samada kuat atau perlahan.Selain itu, kedudukan pita suara dan
velum juga harus diambil kira. Bunyi bahasa akan ditentukan berdasarkan kedudukan pita
suara sementara bunyi oral atau bunyi nasal pula akan ditentukan oleh kedudukan velum.

Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi.
Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam
proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator
bahagian dada, tekak dan kepala.

Artikulator bahagian dada seperti paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea).
Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords),
krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau
dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh
bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya.Malahan, artikulator ini
juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses
penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif. Bunyi bahasa terjadi jika udara
mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi .Lihat rajah alat-alat artikulasi
atau disebut juga articulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

1.3.1Artikulator Aktif

Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa.
Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini
disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula),
akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum),
tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue -
laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan
bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang
menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan
sesuatu bunyi bahasa.

1.3.2 Artikulator Pasif


Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh
bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif.
Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum),
lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas
(upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut
(mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).

Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi


pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu
menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu
diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan
bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator
adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh
atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah
artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan
lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan
timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara,
letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit
keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup,
daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai
artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial („bi‟
bermakna „dua‟ dan „labial‟ bermakna „bibir‟). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi :

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal
fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik
artikulasi adalah seperti yang berikut:

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan
bahawa “fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-
alat artikulasi”.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasi
ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi
bertutur.

Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang
kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat
bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ
pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi.

5
Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan
sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan
pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian
dan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara
dengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat “electromyography” pula
digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan
dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. Beliau
pendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengkaji bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan.Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia
seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan
bunyi bahasa.

Fonetik ini merupakan ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses oleh
telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.
Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan,
oleh itu secara langsungnya kita akan diperkenalkan dengan organ-organ yang terlibat
dalam penghasilan bunyi bahasa itu. Contohnya, udara bergerak dari paru-paru ke trakea,
pita suara, kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui rongga mulut dan/atau
rongga hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang tertentu semasa bunyi
bahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan mempelajari bagaimana kita boleh
mengubah bentuk organ-organ sebutan serta mengolah udara untuk menghasilkan bunyi-
bunyi bahasa yang berbeza.

1.4 Penghasilan Bunyi Bahasa

1.4.1 Sistem Penghasilan Bunyi

1) Paru-Paru (Lungs)

Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh
diafragma. Semasa Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, dan
apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat di
antara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu dalam mengekalkan tekanan udara
semasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

2) Larings

Larings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru
agar semua udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya
mengandungi rawan-rawan trioid, krikoid, dan aritenoid.Di sinilah terdapat pita suara yang
juga dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu penyambung

6
yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak. Pita suara melekat
pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang berbeza akan
menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau tidak bersuara

3) Farings

Farings terletak atas daripada larings.Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian
bercabang kepada dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah ke
rongga nasal (hidung).Farings bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yang
mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara.Getaran
bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings.

4) Rongga Oral (Mulut)

Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknya
untuk menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit.
Lelangit di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak.Ianya
dikenali sebagai lelangit keras.Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit
lembut.Lelangit lembut boleh digerakkan dan ianya berfungsi untuk menyekat udara dari
keluar melalui rongga hidung.Fungsi lelangit dalam pengujuran adalah pelindung (foil)
kepada lidah dalam pergerakan artikulasi.Anak tekak juga terletak dalam rongga
oral/mulut.Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan
peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut.

Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar
berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidah
ditempat asal):

i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi.

ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras.

iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut.

5) Rongga Nasal (Hidung)

Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau.
Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut
dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-
bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang
hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar
melalui rongga hidung,

7
1.4.2 Organ/Alat/Saluran Sebutan

a) Pita Suara

Mengandungi glotis yang akan berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan bunyi-
bunyi bersuara atau tidak bersuara

b) Anak Tekak (Uvulum)

Sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang lidah
akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular.

c) Lelangit lembut. (Velum)

Organ yang lembut dan boleh mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau
hidung. Bahagian ini boleh disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian belakang.

d) Lelangit keras (Palatum)

Merupakan bahagian atas rongga mulut. Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin.
Selalunya bahagian tengah lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi [c]
dan [j].

e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum)

Merupakan batas gusi yang terletak di antara gusi dan lelangit keras.

f) Gusi. ( Alveolum)

Merupakan bahagian isi di mana terdapatnya gigi.Bahagian hujung dan daun lidah sering
berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n].

g) Lidah.

Merupakan organ yang paling aktif dan boleh bergerak ke beberapa daerah dan

8
membentuk pelbagai bentuk. Ia boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, hujung lidah,

daun lidah, depan lidah, belakang lidah, dan akar lidah. ( Nor‟Aini Ismail : 2005).

h) Gigi. (Dental)

Ianya turut membantu dalam penghasilan bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah sahaja
yang kelihatan dan sering disebut sebagai organ yang berperanan dalam penghasilan bunyi
tetapi sebenarnya gigi depan dan belakang juga begitu.

i) Bibir. (Labia)

Ianya boleh dirapatkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b]atau dirapatkan
ke gigi hadapan untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga dibundarkan dan
dileperkan untuk menghasilkan vokal.

1.5 Bunyi-Bunyi Bahasa

Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah
Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi
dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan
velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan bunyi-bunyi konsonan.Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal
pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.

1.5.1 Cara Sebutan Bunyi

Menurut Nor „Aini Ismail (2005), cara asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada segmen
vokal atau konsonan boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu:

a) Bunyi oral atau nasal

b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.

c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu dihalang atau tidak.

a) Bunyi oral atau nasal

9
Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu bunyi
bahasa itu disebut. Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut direnggangkan
dari farings dan keadaan ini akan menyebabkan udara akan keluar melalui rongga nasal.

Contoh;

Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ].

Bunyi Nasal - [ m ], [ n ].

b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.

Bunyi bersuara terjadi apabila udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak rapat.
Ketika itu pita suara akan bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang terjadi ketika
udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak renggang dan keadaan pita suara
ketika itu tidak bergetar

Contoh:

Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ].

Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s ].

c) Udara semasa menghasilkan bunyi dihalang atau tidak.

Penghasilan udara dari papu-paru juga mungkin terhalang sama ada secara penuhnya atau
tidak oleh organ-organ tertentu di dalam rongga pertuturan. Contohnya semasa bunyi
konsonan plosive dihasilkan.Udara mungkin bergerak secara terus menerus tanpa dihalang
dalam rongga pertuturan, seperti semasa menyebut bunyi-bunyi vokal.

1.6 Konsonan

Konsonan ialah segmen bunyi yang ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama ada
secara sepenuhnya atau tidak di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi bahasa selain
daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi nasal, bersuara atau
tak bersuara. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripsikan sesuatu bunyi
konsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu:

a. Cara yang utama iaitu oral atau nasal.

b. Cara udara dilepaskan iaitu hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau geluncuran.

10
c. Daerah iaitu biladial (dwididir), ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar (gusi),
palatal (lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal (rongga tekak),
atau gotal (pita suara).

d. Keadaan pita suara, sama ada bersuara atau tak bersuara.

1.6.1 Titik Artikulasi Konsonan

Titik artikulasi dan artikultor merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi yang
terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat titik
artikulasi ialah alat tutur manusia yang tidak boleh bergerak.Ia bersifat statik. Manakala
artikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak seperti lidah, rahang, lelangit lembut
dan bibir.Bibir boleh boleh termasuk dalam titik artikulasi di samping artikulator.Ini kerana
bibir atas boleh dianggap sebagai titik artikulasi sementara bibir bawah pula boleh dianggap
sebagai articulator.Pengelasan ini adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yang
membezakan antara titik artikulasi dengan artikulator. Titik artikulasi tersebut ialah:

1) Dua bibir

2) Bibir-Gusi

3) Gigi (Dental)

4) Gigi-Gusi (Alveolus)

5) Gelungan ( Refroflex)

6) Lelangit keras – Gigi gusi

7) Gigi Gusi – Lelangit keras

8) Lelangit keras

9) Lelangit Lembut

10) Anak Tekak

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan
bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke
organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu
untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga
digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup
semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ ini penting dalam
11
sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

1. Bibir atas
2. Bibir bawah
3. Gigi atas
4. Gigi bawah
5. Gusi
6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut
8. Anak tekak
9. Hujung lidah
10. Hadapan lidah
11. Tengah lidah
12. Belakang lidah
13. Akar lidah
14. epiglottis
15. Pita suara
16. Rongga tekak
17. Rongga hidung
18. Rongga mulut
19. Rahang

12
1.7 Vokal

Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus menerus
dari paru-paru ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan udara
egresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini.Ketika
bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara titik artikulasi
dengan artikulator.

Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu
menggunakan aspek:

i. Lidah - sama ada tinggi, tengah, atau rendah

ii. Bahagian lidah - sama ada tengah, atau belakang

iii. Keadaan bibir - sama ada neutral, leper atau bundar.

1.7.1 Vokal Sistem Kardinal – Daniel Jones (1956)

Pengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal system kardinal yang dihasilkan
leh Daniel Jones (1956). Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut:

Apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan
terpenting. Lelangit lembut (terutama velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokal
itu bunyi atau bunyi sengau.

Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi
vokal yang berbeza.Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepadadua paksi iaitu yang
mendatar dan yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulut
sementara yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut.

Terdapat empat bahagian bagi paksi menegak, iaitu:

i. Bahagian sempit/tinggi

ii. Bahagian separuh sempit/tinggi

iii. Bahagian separuh luas/rendah

iv. Bahagian luas/rendah

Paksi menegak ini bermula dari dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian
lelangit.Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan bumbung
mulut. Merujuk kepada mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan depan, tengah dan
belakang lidah. Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang penting dalam

13
menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bundar dan hampar. Bibir
akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang. Manakala bentuk
hampar akan terjadi apabila bunyi-bunyi vokal depan dibunyikan .

1.7.2 Diftong

Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretan
vokal yang hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil
apabila vokal hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang
mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak
kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadi bunyi tersebut sebagai satu suku
kata sahaja.

Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.

Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya.
Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/

1.8 FONETIK AKUSTIK

Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana
gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan
yang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya
yang membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Kajian ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa
atau ciri gelombang bunyi yang yang dimiliki suatu bahasa itu yang sampai ke telinga
pendengar.

15
 Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan
sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada,
kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan
tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui
penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang
berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada
suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang
dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang
lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan
bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi
setiap saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan
spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi
vokal belakang.

 Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang
nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah
bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u]
dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan
getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang
disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara
lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi
berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan
spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan suku kata dalam
bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor
yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-
paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara
bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh
tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh
tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š]
didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

1.9FONETIK AUDOTORI

Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap
bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi
dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai
persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,
kelantangan dan kualiti bunyi.Kajian tentang bagaimana seseorang pendengar itu
menanggapi bunyi-bunyi bahasa yang diterima melalui telinganya.

16
Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal
fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik
auditori adalah seperti yang berikut:

Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik
auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang
dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang
tepat.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori
ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan
menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.

Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang
kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan
bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan
telinga.Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran
mekanikal bagi partikel-partikel udara.Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu
tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.

B. BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU

Menurut Kamus Linguistik (1997:46) bunyi bahasa atau speech sound ialah unit bunyi di
dalam ujaran yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Jelasnya lagi, dalam bidang fonetik, bunyi
bahasa disebut fonem.Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:23)
menyatakan bahawa bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia
yang digunakan dalam pertuturan. Bunyi bahasa tidak akan terjadi sekiranya tiada halangan
atau gangguan pada alat artikulasi seperti tatkala bernafas. Menurutnya, secara umum
bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga golongan , iaitu vokal, konsonan dan semi-
konsonan atau semi-vokal ( Jones, D.,1958:12). Perbezaan ini didasarkan pada ada atau
tidaknya halangan ataupun gangguan ( proses artikulasi ) pada alat artikulasi.

17
Rajah 1 : Proses Penghasilan Bunyi ( Sumber: B. William, 1992:95 )

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa
Melayu.Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ ] dan [a]
manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. Secara
nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya.Walau
bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-
vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika


menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga
mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain , bunyi-bunyi
vokal mempunyai ciri-ciri seperti seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan
dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu
iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat
sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-
tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan
dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-
bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar
18
melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang
disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita
suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuhvokal, diftong dan vokal rangkap.

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang
wujud dalam bahasa Melayu.Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta
kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara
dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007),telah menghuraikan
secara terperinci cara bunyi vokal cardinal [i], [e],[ε], [a], [u], [o], [Ɔ], dan [∂]

2.0Vokal Hadapan

(i) Vokal depan sempit( Tinggi ) [i].

Cara membunyikannya:
(a) Bibir dihamparkan.
(b) Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) ke arah gusi.
(c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
(d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ i ] . Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi
[i ] dalam perkataan:

19
di awal perkataan:
[ikan] , [ikut], [ipar], [ibu], [itu]

di tengah perkataan:
[biru], [bila], [kita], [sila], [silap]

di akhir perkataan:
[tali], [bəli], [bəri], [bəsi], [guli]

Rajah I : Penghasilan bunyi vokal [i]

Lihat contoh lain bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada
perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Ikan Bila Tali
Ibu Tiba Padi

Rajah menunjukkan kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [ i ]


( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47 )
20
(ii) Vokal depan separuh sempit ( Separuh Tinggi ) [e].

Cara membunyikannya:
(a) Bibir dihamparkan separuh sempit.
(b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
(c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
dapatkeluar melalui rongga hidung.
· (d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
· (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e].

Rajah ii : Penghasilan vokal (e)

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan
berikut:

Awal Tengah Akhir


Enak Teleng Tauge
Elok Leher Tempe

(iii) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε].

Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
21
tidak keluar melalui rongga hidung

(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut


(e) Pita suara digetarkan.

Rajah iii: Penghasilan vokal [ε]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada
perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Esa Belek Tauge
Enak Belok Tempe

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e]


( Sumber : Paitoon M.Chaiyanara,2006:48 )

22
(iv) Vokal depan luas atau lapang [a].

Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Rajah iv : Penghasilan Vokal [a]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan
yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ a ]


( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )
23
2.0 Vokal Tengah

(i) Vokal tengah [ə].

Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Rajah : Penghasilan vokal [ə]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ə]


( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )
24
4.0Vokal Belakang

(i) Vokal belakang sempit [u].

Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Rajah : Penghasilan vokal [u]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
ubat bulat Batu
ular sudu Palu

25
Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ u ]
( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49 )

(ii) Vokal belakang separuh sempit [o].

Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Rajah : Penghasilan Vokal [ o ]

26
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o].seperti pada perkataan
yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Orang Tolong Pidato
Otak Bohong Koko

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ u ]


( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49 )

Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu [‫ ]כ‬dan [ε] yang tidak digunakan dalam penulisan tetapi
terdapat dalam dialek-dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam perkataan
[makε], [malε], [arε] , [kit‫]כ‬. Dalam bahasa Melayu, bunyi [ε] dan [e] dilambangkan dengan
huruf “e”, manakala bunyi [‫ ]כ‬dan [o] dilambangkan dengan huruf “o”.

(iii) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫]כ‬.

Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

27
Rajah :Penghasilan Vokal [‫]כ‬

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [‫]כ‬
seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Borong Soto
Oleh Bolot Teko

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [‫]כ‬


( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )

28
Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ε]
( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007:47) menjelaskan alat
artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian
hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan, iaitu vokal [i], [e]
dan [a].Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah.Begitu juga dengan
bahagian belakang lidah menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang, iaitu [u], [o] dan
[‫]כ‬.Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi
rendahnya bahagian lidah itu diangkat ataun diturunkan .Bahagian lidah itu boleh diangkat
setinggi mungkin untukmenghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan
separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan
separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah [ε] dan [‫]כ‬.Vokal tengah pula
dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara
tengah lidah dinaikkan separuh tinggi.

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal.Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan
atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.Konsonan terdiri daripada
konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.Konsonan bersuara bermaksud konsonan
yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari
peparu tidak menggetarkan pita suara. Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah
Lo Abdullah (2007:58) menerangkan bahawa konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada
bunyi vokal . Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi
dengan suara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi ,
maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau
halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan
konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa
penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus suara yang keluar dari paru-paru,
contohnya [ b ], [ d ] dan [ g ]. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang
28
dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus suara seperti [ p ], [ t ] dan [ k ].
Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman.

Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna
oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.Menurut
Yunus Maris, terdapat 19 jenis konsonan iaitu :

a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).


b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( č , ĵ )
f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran
glotis bersuara ( h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i) Empat konsonan sengau bersuara (m, n, ɲ ,ŋ )
j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara (w)
dan 1 konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi


seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis ,rongga hidung dan
lain-lain.

29
Cara Membunyikan Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan
mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan
Cara sebutan bibir Gusi Gusi Lelangit Lelangit Pita suara
Lelangit keras lembut
keras
Letupantak P T k ?
bersuara
Letupan b d g
bersuara
Letusan tak č
bersuara
Letusan Ĵ
bersuara
Sengau m n (ny) ɲ ŋ
Geseran tak s H
bersuara
Geseran h
bersuara
Getaran r
Sisian l
Separuh vokal w y/j

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir
perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej.
Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan .hanya berada
pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman.

5.0Cara Penghasilan Bunyi Konsonan

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir
bersuara[b].

Cara membunyikannya:

30
Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat Cara membunyikan sama seperti
sekatan penuh pada arus udara dari paru- membunyikan konsonan [p]. yang berbeza
paru ke rongga mulut. ialah:
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
atau ke dinding rongga tekak untuk 1. Pita suara dirapatkan.
membuat sekatan udara dari paru-paru ke2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga hidung. rongga mulut dengan mengetarkan pita
3. Pita suara direnggangkan. suara.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
mulut tanpa menggetarkan pita suara. bibir bersuara [b].
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-
merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
bibir tidak bersuara [p].

Rajah : Penghasilan Konsonan [ p ]

Rajah : Penghasilan Konsonan [ b ]


31
Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir


Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]


1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara membunyikan konsonan sama
membuat sekatan penuh pada arus udara. seperti membunyikan konsonan [t]. yang
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke berbeza ialah:
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara ke rongga hidung. 1. Pita suara dirapatkan.
3. Pita suara direnggangkan . 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita
rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
gusi dilepaskan serta-merta. bersuara [d].
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi
tidak bersuara [t].

Rajah : Penghasilan Konsonan [ t ]

32
Rajah : Penghasilan Konsonan [ d ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir


Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit
lembut bersuara [g].

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]


1. 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti
lembut untuk membuat sekatan penuh membunyikan konsonan [k]. yang berbeza
pada arus udara . ialah:
2. 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. Pita suara dirapatkan .
dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat
2. Arus udara dari paru-paru yang keluar
arus udara dari paru-paru ke rongga melalui rongga mulut mengetarkan pita
hidung. suara.
33. 3. Pita suara di renggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
4. 4. Arus udara keluar dari paru-paru lembut bersuara [g].
melaui rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara.
5. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh
belakang lidah dilepaskan serta merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
lelangit lembut tidak bersuara [k].

Rajah : Penghasilan Konsonan [ k ]

Rajah : Penghasilan Konsonan [ g ]

Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

34
(d) Hentian glotis [?]

Cara membunyikannya:
(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Rajah : Penghasilan Konsonan [ ? ]

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit
keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:

35
Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras Cara membunyikan konsonan sama seperti
untuk membuat sekatan pada arus udara. membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza
ialah:
2. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang atau ke dinding 1. Pita suara dirapatkan.
rongga tekak untuk membuat sekatan
terhadap arus udara dari paru-paru ke 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga hidung. rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara.
3. Pita suara direnggangkan.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan
4. Arus udara dari paru-paru melalui lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]
rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.

5. Udara yang tersekat oleh hadapan


lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-
lahan.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan


lelangit keras gusi tidak bersuara [č].

Rajah : Penghasilan Konsonan [č]

36
Rajah : Penghasilan Konsonan [ĵ ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir


Konsonan [č] čari Lači Koč
Konsonan [Ĵ] Ĵala Kanĵi Koleĵ

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan
geseran gusi tidak bersuara [s].

37
Rajah : Penghasilan Konsonan [ s ]
Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Silap Lasak Pedas
Satu Lesu Lemas

(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:


(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat
sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Rajah : Penghasilan konsonan [ r ]

38
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar

(f) Konsonan gusi bersuara [I]:


(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat
sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Rajah : Penghasilan Konsonan [ l ]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang
berikut:

Awal Tengah Akhir


Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal

(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:


(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-
39
paru ke rongga hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Rajah : Penghasilan Konsonan [ m ]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam

(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n]

Cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-
paru ke rongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan
berikut:

Awal Tengah Akhir


Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman

40
e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]

Cara membunyikannya:
(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar
dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-
pelahan.

Rajah : Penghasilan Konsonan [ ŋ ]

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
ŋgilu Biŋgka Lalaŋg
ŋgeri Raŋgkap Tulaŋg

(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ].

Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang
terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulutdan terus ke rongga hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
41
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( ) seperti
perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


yaris -
yala Se yap -

(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:


(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari
paru-paru ke rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal tengah [w].

Rajah : Penghasilan Konsonan [w]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada
perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -

42
(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j].

Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi seperti hendak menghasilkan vokal [i], kemudian
semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan
vokal tengah[ə ].
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada didnding tekak supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa
menghasilkan bunyi vokal [i] , kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal
tengah[ə].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j]. ( Sila lihat rajah ).

Rajah : Penghasilan Konsonan [ j ]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada
perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


jaŋ dajaŋ -
jakiŋ bajaŋ -

43
C)SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB).

6.0 Sistem Ejaan Rumi Malaysia-Indonesia 1972

Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo
telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah
kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usul
yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu “praktis, ekonomi dan ilmiah” maka pada
27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah di
tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 satu kenyataan bersama
telah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dengan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara rasminya pada 16 Ogos 1972
sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara.Sistem ejaan ini dinamakan
sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:204) dalam
bukunya „Fonologi Melayu‟ menjelaskan, pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan
bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato‟Hussein Onn,
dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri. Kedua-
dua Negara Malaysia dan Indonesia kemudiannya melaksanakan Sistem Ejaan Bahasa
Malaysia yang disempurnakan itu pada 16 Ogos 1972.Lukman Ali (2000) menyatakan
bahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan ini di Indonesia disahkan secara rasmi oleh
Presiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh 17 ogos 1972.

Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa dan
Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan Kumpulan
Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (Ensiklopedia
Malaysia,1999:706). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang
yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu
merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional
yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau
seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat
bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan
Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan
pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu
memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta
taraf standartitasiyang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini
merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan
datang.

Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat dalam
sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan. Dalam
sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q,
r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang Sistem Ejaan Rumi
Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-penerbitan oleh Dewan

44
Bahasa dan Pustaka antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisi
kedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan
1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi
Bahasa Melayu (1996), Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan
dan Sebutan Bahasa Melayu (1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986,
edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan
Daftar Kata Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001).

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu

1) Abjad dan huruf


Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ( 2012:205) menjelaskan Sistem Ejaan baharu Bahasa
Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Bahasa Indonesia menggunakan sebanyak
26 huruf abjad tulisan Rumi. Huruf-huruf abjad tersebut adalah seperti yang berikut:

Huruf Sebutan Perkataan


Aa e anak
Bb bi burung
Cc Si cawan
Dd di darah
Ee i ekor
Ff ef filem
Gg ji gigi
Hh ec hati
Ii ai ibu
Jj je jam
Kk ke kuda
Ll el lari
Mm em malam
Oo o orang
Pp pi pintu
Qq kiu quran
Rr ar rambut
Ss es sikat
Tt ti tikus
Uu yu ular
Vv vi vokal
Ww dabliu wang
Xx eks xenon
Yy wai yuran
Zz zek zarah

45
2) Huruf Vokal Bahasa Melayu

Huruf Di depan Di tengah Di belakang


a api tali kita
e (i) e pepet emak kena sosiolisme
(ii) e taling ela petak tauge
i itu tidur padi
o oleh kota pidato
u ular kuda satu

3) Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au dan oi. Contoh
pemakaiannya adalah seperti yang berikut:

Huruf Di depan Di tengah Di belakang


ai aising ghairah lambai
au aurat saudara harimau
Oi oidium boikot amboi

4) Huruf Konsonan

Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:206) turut menjelaskan bahawa dalam bahasa
Melayu terdapat sebanyak 26 huruf konsonan, iaitu 21 huruf konsonan tunggal dan lima
huruf konsonan gabungan. Lima huruf konsonan gabungan itu ialah gh, kh,ng, ny dan sy.
Contoh pemakaian konsonan tersebut dalam perkataan seperti berikut:

Huruf Di depan Di tengah Di belakang

b batu sabut adab c


cakap baca mac d
dapur budak abad f
fikir tafsir maaf g
guru tiga beg
gh ghaib maghrib mubaligh
h hari saham buah
j jalan hajat kolej
k kami paksa adik
46
kh khusus akhbar tarikh
l langsat bila bilal
m makan lama malam
n nama senakikan
nganginnganga pening
nynyalabanyak
p payung tempat lesap
q quran wuquf buraq
s sakitpisahtempis
sy syarat isytiharquraisy
t tapispetir pelat
vvitamin universiti
w wanitabawa
x xenon
y yakinsayang
z zamanlazat lafaz

a) Konsonan yang tidak berubah:


b bahasa n nanti
d dua ng ngilu
g guna p pasang
h hari r rumah
k kami s siap
l lemas t tutup
m maka w wanita

b) Konsonan yang berubah:


Ejaan lama Ejaan baru
dj djalan j jalan
j pajung y payung
nj njonja ny nyonya
tj tjakap c cakap
sj sjarat sy syarat
ch tarich kh tarikh

c) Lain-lain (dirasmikan penggunaannya)


f maaf Huruf-huruf q dan x yang lazim digunakan dalam ilmu-ilmu
v valuta eksakta juga digunakan dalam sistem ejaan ini.
z zeni

47
Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi di
Malaysia dan Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan tersebut dirasakan
perlu diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan tersebut telah
dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dikenali
dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia dalam
persidangannya yang kelima yang diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember
1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagi
kegunaan kedua-dua negara. Pada 27 Ogos 1975, “Pedoman Umum Ejaan Bahasa
Indonesia yang Disempurnakan telah dirasmikan.

Huruf Yang Diperkenalkan

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:208) ,daripada 26 huruf yang diperkenalkan
dalam sistem ejaan bahasa Melayu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya
digunakan secara tetap, iaitu q, v dan x.

i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf ( )untuk mengeja kata
istilah agama atau kata mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab.
Contohnya:
Quran
qadak dan qadar
wukuf.

ii. Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa asing yang lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata.
Contohnya
Vitamin subvesif
Resolusi novel
Vokal university

Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang ditukar menjadi f.
Contohnya :

active jadi aktif


passive jadi pasif
negative jadi negative

iii. Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z.
Contohnya :

48
xeromorph jadi xeromorf
xenon jadi xenon
xanthate jadi xantat

6.1 Huruf Ejaan Kata Pinjaman

Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:210) di dalam bukunya „Fonologi Melayu‟ menjelaskan
bahawa ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam
perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut
ejaan bahasa Melayu. Berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan
bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:

Bahasa Bahasa Perubahan huruf


Inggeris Melayu Bahasa Bahasa
Inggeris Melayu

abstact abstrak a a
plate plat
aerial aerial ae ac
aerograph aerograf
aesthetics estetika ae e
haematitehematit

Bentuk Ejaan Tampak

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual.
Maksudnya, ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja
mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan yang ditetapkan. Contohnya:

Bahasa Bahasa
Inggeris Melayu

atom jadi atom bukan atum


block jadi blok bukan belok
bonus jadi bonus bukan bonos
carbon jadi karbon bukan kaban

49
Kekecualian Bagi Ejaan yang Sudah Lama

Bahasa Bahasa
Inggeris Melayu
Class kelas bukan klas
Club kelab bukan klab,klub
customkastambukan kustom
driver drebar bukan driver,driber

7.0 KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung.Organ
tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap
satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalammenghasilkan bunyi
bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi
manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi.Unsur
tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia.Semua bunyivokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi
konsonan ada yang bersuara da nada yang tidak bersuara.Bunyi bersuara dan tidak
bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis)
tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara
dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan
atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka
yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

50
8.0 RUJUKAN

Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012).Fonologi Melayu . Kuala Lumpur: Aslita sdn Bhd

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti

Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Arbak Othman & Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007).Linguistik Fonetik dan Fonologi

Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Aslita Sdn bhd

Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2004).Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai 53embina


bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balai Pustaka (1984). Pedoman umum ejaan bahasa Indonesia yang disempurnakan.
Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa departmen pendidikan
dan Kebudayaan, Balai Pustaka.

Departemen Pendidikan Nasional (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta:


Perputakaan Pusat Bahasa.

Ensiklopedia Malaysia (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura:


Pustaka Melayu

Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

51

Anda mungkin juga menyukai