Anda di halaman 1dari 1

Senarai Tugas

GRED JAWATAN : PP DG 41

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK, TIMBALAN


PENGARAH SOKONGANAKADEMIK DAN KETUA JABATAN VOKASIONAL

1. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksana PdP Kursus Vokasional mengikut


standard kurikulum KV
a) Mengajar sekurang-kurangnya 15 jam seminggu
b) Memastikan Rancangan Sesi (RSL) dan Rancangan Pelajaran Harian (PRH) disediakan
pada waktu ditetapkan.
c) Menyediakan rancangan mingguan, bulanan dan semester.
d) Memastikan modul yang dikemaskini.
e) Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran dikemaskini.
f) Membantu program yang melibatkan kecemerlangan akademik dalam unit.
g) Membantu aktiviti-aktiviti bimbingan , pemulihan dan pengayaan bagi pelajar kolej.

2. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan pentaksiran berdasarkan modul


kompetensi dan keperluan kursus Vokasional.
a) Menyemak dan mengemaskini soalan Penilaian Berterusan dan skema pemarkahannya
b) Membantu pelajar dan penyimpanan evidens mengikut kaedah yang betul
c) Melengkapkan peralatan amali untuk kegunaan pelajar semasa melakukan amali.
d) Menyediakan bahan dan peralatan untuk Penilaian Akhir.
e) Membantu perjalanan Penilaian Akhir supaya berjalan lancar.
f) Menyemak markah pelajar Penilaian Akhir dan menyediakan markah

3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perlaksanaan takwim akademik kursus


Vokasional
a) Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti
penambahbaikan modul vokasional, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru,
jika ada.
b) Membantu dan penyediaan rekod peribadi mengajar, rekod pelajar dan rekod markah
pelajar.
c) Terlibat dalam mesyuarat Jabatan Teknologi Elektronik.

Anda mungkin juga menyukai