Anda di halaman 1dari 1

Petua ini dikongsi oleh Puan Raabiatul Adawiyah Abu Bakar, satu petua yang berkesan

untuk merawat batuk teruk telah didedahkan oleh puan Rabiaatul. Katanya, minuman
ini cukup mujarab untuk mereka yang mengalami batuk teruk. Jom tengok cara-cara
nak buat petua ni :

Bahan-bahan:

-Sediakan balang kaca bersih

-40 hingga 50 biji Limau kasturi

-1 paket gula batu

-1 paket asam boi (50 biji asam boi)

p/s: petua ini tidak memerlukan cuka air dan sebagainya.

Cara-caranya:

1)Korang basuh limau kasturi dan letak dalam dulang. Jemur selama 2,3 jam untuk
pastikan kulitnya jadi lembut , korang potong hujungnya dan pastikan perkakas
tiada sebarang air untuk menghalang daripada berkulat.

2) Korang perah limau itu, tapis dan buang bijinya. Kemudian masukkan dalam balang
yang dah kering dan bersih.

3) Korang susun cara layer gula batu, asam boi dan kulit limau yang dah diperah
tadi dalam bekas yang sama. Korang tutup dan biar selama 3 bulan.

4) letak dan simpan di tempat bersuhu bilik. Jangan simpan di peti ais.

Untuk minum sekadar hilangkan batuk korang, sila ambil isi dan jus ia sedikit dalam
gelas, kemudian tuang air suam dan minum. Selamat mencuba yaa..

Anda mungkin juga menyukai