Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini.
Dengan kata lain, bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Bunyi-
bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, bunyi orang
berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur,
bunyi orang kedinginan (menggigil) dan sebagainya.

Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita
suara. Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (atau
khususnya glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil
adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara
keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak
bersuara. Udara dikeluarkan dari kedua-dua belah paru-paru melalui ruang tenggorok
dan pita suara, kemudian masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau
rongga hidung. Di dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut,
udara tersebut mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi
yang lain atau mungkin juga tidak.
2.0 Konsep dan Teori Fonetik dan Fonologi

2.1 Konsep Fonetik

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,
manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik
ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun
bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut
Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the
sounds human beings employ when speakinga language is phonetics”. Penyataan yang
dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi
oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”.

Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul
Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.
Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan
fonetik akustik.

2.2 konsep fonologi

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji
sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini
jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of the
systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual
language has variously been called phonology”.
Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is
the study of the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi
ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia”.

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa
Melayu STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi
bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi
terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.

2.3 Perbandingan Fonetik dan Fonologi

Fonetik Fonologi
Fonetik adalah subdisiplin linguistik, kajian Fonologi adalah subdisiplin linguistik yang
tentang bunyi sebagai fenomena dalam mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang
dunia fizikal, fisiologi,anatomi, neurologi fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi
dan psikologi manusia uang sebagai item linguistik.
menghasilkannya.
Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat Kajian tentang sistem bunyi sesuatu
semula jadi, produksi dan persepsi bunyi- bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem
bunyi bahasa yang dihasilkan. tersebut secara umum. Segala yang
berkaitan dengan sistem dalam bahasa
iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan
sebagainya.
Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga, Kajian adalah berkaitan dengan hubungan
iaitu fonetik artikulatori dan fonetik auditori. antara butir-butir leksikal dengan butir-butir
leksikal lain yang membentuk ayat.
Mengkaji unsur setiap bunyi. Kajian berkaitan dengan penelitian pola-
pola intonasi.
Menghasilkan transkripsi fonetik untuk Menghasilkan sistem ejaan sesuatu
semua bunyi dari semua bahasa. bahasa.
3.0 Huruf-Huruf dan Simbol Fonetik

3.1 vokal

Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, /e/, / ә/, /i/, /o/, /u/.
Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal
seperti di bawah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

i. Vokal depan
ii. Vokal tengah
iii. Vokal belakang

Huruf Simbol fonetik


A [a]
E e taling [ә] , e pepet [e]
I [i]
O [o]
U [u]
3.2 Konsonan

Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.
Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan
bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari
peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan
yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa
Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh
penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam
bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan seperti berikut:

 dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).


 dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
 dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
 satu konsonan hentian glotis. ( ? )
 dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
 dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan
geseran glotis bersuara ( h ).
 satu konsonan getaran bersuara ( r ).
 satu konsonan sisian bersuara ( I ).
 empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
 dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua
bibir bersuara ( w ).
 satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti


dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.
Daerah Penyebutan

Cara Lelangit
Dua Bibir- Lelangit Lelangit Pita
Penyebutan Gusi keras –
bibir gigi keras lembut Suara
gusi

ɲ ɧ
Sengauan m n
[ny] [ng]

Separuh Vokal w y

Letupan tak Ɂ
p t k
bersuara [kh]

Letupan bersuara b d g

letusan tak č
bersuara [ch]

ǰ
letusan bersuara
[j]

geseran tak
bersuara f s h

geseran bersuara
v z

Getaran r

sisian
l
(lateral)
3.3 Diftong

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata, yang
disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya, terdapat ciri
geluncuran tetapi ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong di dalam bahasa Melayu.

Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah pada
mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada
kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Yang
kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk
vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula
dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].
Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada
[i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Untuk
pemahaman anda, sila rujuk rajah di bawah.

Huruf Simbol fonetik


Ai [ay]
Oi [oy]
Au [aw]
4.0 Petikan Teks

4.1 petikan teks

Tajuk: Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu

Penulis: Waridah Munirah

Penyertaan aktif kanak-kanak yang melibatkan elemen bahasa dalam sesi soal
jawab dengan guru mampu mencambahkan pemikiran khalayak cilik tersebut. aplikasi
aktiviti yang melibatkan unsur warna, lagu dan nyanyian dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dengan suku kata yang sesuai dapat menarik minat
kanak-kanak untuk belajar dan menghafal secara konsisten. Hasilnya, kanak-kanak
seawal usia itu mampu menggerakkan saraf motorik untuk lebih kreatif dan kritis.
Secara tidak langsung, pengajaran dan pembelajaran itu membantu kanak-kanak untuk
lebih peka dengan persekitaran berlandaskan elemen bahasa yang dikuasainya.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996,


Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.
Pendidikan Bahasa Melayu turut dijadikan wahana untuk membina rasa bangga
masyarakat terhadap bahasa kebangsaan yang menjadi cerminan akal budi rakyat
Malaysia.

4.2 Transkripsi fonetik petikan teks

[ #pәɲertaan aktif kanaɁ-kanaɁ yaŋ mәlibatkan elәmәn bahasa dalam sәsi soal jawab
dәŋan guru mampu mencambahkan pәmikiran xalayaɁ ciliɁ tersәbut aplikasi aktiviti yaŋ
mәlibatkan unsur warna, lagu dan ɲaɲian dalam pәŋajaran dan pәmbәlajaran bahasa
mәlayu dәŋan suku kata yaŋ sәsuaay dapat mәnariɁ Minat kanaɁ-kanaɁ untuɁ bәlajar
dan mәŋhafal sәcara konsistәn. hasilɲa, kanaɁ-kanaɁ sәawal usia itu mampu
mәŋgәraɁkan saraf motoriɁ untuɁ lәbih kreatif dan kritis. sәcara tidaɁ laŋsuŋ,
peŋajaran dan pәmbәlajaran itu mәmbantu kanaɁ-kanaɁ untuɁ peka dәŋan
pәrsәkitaran bәrlandasan elәmәn bahasa yaŋ dikuasaiɲa. #]

[# sәlaras dәŋan dasar pәndidikan kәbaŋsaan dalam akta pәndidikan 1996, bahasa
mәlayu mәnjadi mata pәlajaran tәras di sәmua sәkolah rәndah dan mәnәŋah
pәndidikan bahasa mәlayu turut dijadikan wahana untuɁ mәmbina rasa baŋga
maŠarakat tәrhadap bahasa kәbaŋsaan yaŋ mәnjadi cәrminan akal budi rakyat
malaysia#]

5.0 Penutup

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung.
Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia
dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan
sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam
menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama
dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala
bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan
tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita
suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan
berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika
pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
6.0 Refleksi

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana akhir-akhirnya saya telah berjaya

menyiapkan tugasan fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Saya ingin mengambil

kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya

yang sentiasa memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada saya. Saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang sanggup berkongsi

ilmu pengetahuan dan idea-idea kepada saya.

Selepas saya menerima tugasan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran.

Pertama kali, saya perlu ke pusat sumber untuk mencari buku-buku rujukan yang

berkaitan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu serta majalah-majalah dewan

bahasa. Selain itu juga, saya perlu melayari pelbagai laman sesawang untuk

mendapatkan maklumat yang lebih banyak supaya dapat memudahkan pemahaman

saya tentang fonetik dan fonologi.

Melalui tugasan ini, saya telah menambah ilmu pengetahuan tentang konsep dan

teori fonetik dan fonologi. fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang

dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Manakala

fonologi merupakan bidang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam

pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Di samping itu, saya juga mengetahui vokal,

konsonan dan diftong termasuk definisi dan jenis-jenisnya. Tugasan yang paling

penting dan memerlukan banyak masa untuk menyiapkannya ialah memindahkan teks

baku yang dipilih daripada majalah dewan bahasa dalam bentuk transkripsi fonetik.
Melalui tugasan kali ini, saya telah mendapati saya menghadapi masalah dalam

memindahkan tulisan baku dalam bentuk transkripsi fonetik. Dengan cara yang paling

berkesan, saya telah meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan sekelas saya dan saya

sering merujuk kepada buku rujukan. Dengan itu saya telah berjaya melaksanakannya

dengan baik.

Secara keseluruhannya, saya telah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dan

menambahbaikkan ilmu yang sedia ada melalui tugasan ini. Bukan itu sahaja, tugasan

ini juga dapat membantu kami membuat ulang kaji dan dapat membantu kami semasa

menghadapi peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai