Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROJEK MUDAH TAHUN 1 & TAHUN 2 (PdPR)

DLP MATHEMATICS SONG 2021

1. Pengenalan
Projek mudah Matematik (DLP) bagi Tahun 1 dan Tahun 2 ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman
dan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik. Projek mudah dijalankan sebagai salah satu program
tahunan yang telah dirancang oleh Panitia Matematik bagi meningkatkan kaedah pengajaran guru dan menarik
minat gaya pembelajaran murid Tahun 1 dan Tahun 2 khususnya dalam subjek Matematik (DLP).

2. Objektif Program Projek Mudah


Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
2.1 Meningkatkan kualiti PdPC guru DLP Matematik Tahun 1 dan 2
2.2 Meningkatkan tahap pemahaman murid Tahun 1 dan Tahun 2 dalam mata pelajaran Matematik (DLP).
2.3 Meningkatkan perbendaharaan kata dan tatabahasa murid Tahun 1 dan Tahun 2 dalam Bahasa
Inggeris.
2.4 Memupuk minat murid Tahun 1 dan Tahun 2 terhadap gaya pembelajaran ke arah konsep kendiri
(PdPR).

3. Tempat, Tarikh dan Kumpulan Sasaran


Tempat : Kediaman murid masing-masing
Tarikh Pelaksanaan : a) Tahun 1 – 25 hingga 29 Oktober 2021
b) Tahun 2 – 18 hingga 22 Oktober 2021
Kumpulan Sasaran : Semua murid Tahun 1 dan Tahun 2

4. Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : En. Sabarudin Anak Maleh (Guru Besar)
Pengerusi : Cik Athirah Binti Md. Desa
Setiausaha : Pn. Betsy Binti Thomas
Bendahari : Cik Nur Aifa Binti Kamal
Ahli Jawatankuasa : 1. En. Mohd Nik Amiruddin Bin Nik Mat
2. En. Francis Sirib

1
5. Dokumentasi Projek
a) Murid-murid hendaklah membuat dokumentasi bergambar atau video sepanjang menghasilkan projek
tersebut dari awal hingga akhir projek. Dokumentasi terseut WAJIB diserahkan kepada guru
pembimbing melalui online (whatsapp, telegram, email, google classroom dan sebagainya).
b) Projek yang telah siap dihasilkan mesti diserahkan kepada guru pada tarikh yang telah ditetapkan.

6. Jadual Perincian Program


Berikut adalah jadual perincian program projek mudah bagi Tahun 1 dan Tahun 2:
6.1 Projek Mudah Tahun 1
Subject : Mathematics Year 1
Topic : Fraction
Title : Pizza box fraction project
Targeted group : Year 1 students
Duration : 1 week (25th – 29th Oktober 2021)
CS : 3.1 Concept of one over two and one over four in proper fractions.
LS : 3.1.1 Identify one over two, one over four, two over four and three over four.
LO By the end of the lesson, most of the pupils will be able to:-
1. Identify one over two, one over four, two over four and three over four.
2. Represent at least 3 different fraction
Activity 1. Create a pizza box with a pizza with topping
2. Write a ‘key’ that represent each one of the different fraction of the pizza
and the toppings that are included in those fraction
3. Pupil should represent at least 3 different fraction using different topping
for your pizza

6.2 Projek Mudah Tahun 2


Subject : Mathematics Year 2
Topic : Division
Title : Distribution & Sharing Me
Targeted group : Year 2 students
Duration : 1 week (18th – 22nd October 2021)
Content Standard : 2.4 Divide within 1000
Learning Standard : 2.4.1 Use objects, pictures, and number lines to represent calculation.
Learning Desire : Students learn to: -
1) Divide in the range of basic facts (objects represent group).
2) Solve daily routine problems involving basic operations (division).
Activity : 1) Student asked to complete the mathematical sentences by using any objects to
represent group.
2) Student solve the question using two method of division (distribution & sharing).
3) Parents asked to take picture of the student during the activities.

2
4) Teacher will provide colour paper. Student asked to prepare scissors, cello
tapes and any objects that are suitable to represent the mathematical
sentences provide in module given.

7. Rubrik Pemarkahan
Project components
Component Marks Marks earned
Turn in on time with name 5
Year 1: Included 3 fraction 30
description
Year 2: included 3 example of
division solving question of
division using different methods
Creativity of design 10
Neatness 5

Pentaksiran bilik darjah (PBD)


Tahap
Huraian Kriteria
Penguasaan

 Murid mengumpul dan mengurus maklumat dengan sangat terhad dan tidak
berkaitan.
1 (sangat Terhad)
 Murid melaksanakan projek tidak mengikut tempoh masa dan tidak dapat
menyelesaikan masalah atau mengurus situasi.

 Murid menghasilkan projek yang tidak lengkap.

 Murid jarang membuat refleksi kendiri untuk memperbaiki kualiti projek serta cara
pembelajaran sendiri.

 Murid berkomunikasi secara terhad.

 Murid mempamerkan nilai etika dan kerohanian yang terhad.


 Murid mengumpul dan mengurus maklumat dengan terhad dan kurang bersesuaian
dengan konteks projek.

2 (terhad)  Murid melaksanakan projek tetapi kurang mengawal aktiviti projek mengikut tempoh
masa dan prosedur; serta hanya menyelesaikan masalah atau mengurus situasi
semasa projek dengan terhad.

 Murid menghasilkan projek yang kurang kemas.

 Murid kurang membuat refleksi kendiri untuk memperbaiki kualiti projek serta cara
pembelajaran sendiri.

 Murid berkomunikasi tetapi kurang berkesan.

3
 Murid mempamerkan nilai etika dan kerohanian yang kurang memuaskan.
 Murid dapat mengumpul dan mengurus maklumat dengan terhad dan bersesuaian
untuk merancang projek.
3 (memuaskan)
 Murid dapat melaksanakan dan mengawal aktiviti projek mengikut tempoh masa
tetapi kurang prosedur serta menyelesaikan masalah atau mengurus situasi
semasa projek dengan memuaskan.

 Murid menghasilkan projek yang lengkap dan kemas.

 Mereka kadang-kala membuat refleksi kendiri untuk memperbaiki kualiti projek


serta cara pembelajaran sendiri dengan memuaskan.

 Murid dapat berkomunikasi dengan betul.

 Murid mengamalkan nilai-nilai etika dan kerohanian yang memuaskan


 Murid dapat mengumpul dan mengurus maklumat yang bersesuaian untuk
merancang projek dengan baik.
4 (baik)
 Murid dapat melaksanakan dan mengawal aktiviti projek mengikut tempoh masa
dan mengikut prosedur dengan betul serta menyelesaikan masalah atau mengurus
situasi semasa projek dengan baik.

 Murid menghasilkan projek yang lengkap dan kreatif.

 Mereka membuat refleksi kendiri untuk memperbaiki kualiti projek serta cara
pembelajaran sendiri dengan baik.

 Murid dapat berkomunikasi dengan betul dan berkesan.

 Murid mengamalkan nilai-nilai etika dan kerohanian yang baik.


 Murid dapat mengumpul dan mengurus maklumat yang bersesuaian untuk
merancang projek dengan berkesan dan baik.
5 (sangat baik)
 Murid dapat melaksanakan dan mengawal aktiviti projek mengikut tempoh masa,
mengikut prosedur dengan tepat dan betul serta menyelesaikan masalah dan
mengurus situasi semasa projek dengan tersusun dan baik.

 Murid menghasilkan projek yang autentik, kreatif dan memberi impak yang
munasabah terhadap persekitaran sebenar.

 Mereka juga dapat membuat refleksi kendiri dengan menyeluruh untuk


memperbaiki kualiti projek serta cara pembelajaran sendiri.

 Murid dapat berkomunikasi dan bersosialisasi dengan bahasa yang betul dan
berkesan serta beradab.

 Murid mengamalkan nilai-nilai etika dan kerohanian yang baik dan berterusan.
 Murid dapat mengumpul dan mengurus maklumat yang bersesuaian untuk

4
6 (cemerlang) merancang projek dengan berkesan dan cemerlang.

 Murid dapat melaksanakan dan mengawal aktiviti projek mengikut tempoh masa,
mengikut prosedur dengan tepat, betul dan sistematik serta menyelesaikan
masalah dan mengurus situasi semasa projek dengan cekap dan berkesan.

 Murid dapat menghasilkan projek yang autentik, kreatif dan memberi impak yang
tinggi terhadap persekitaran sebenar serta boleh dicontohi.

 Murid juga dapat membuat refleksi kendiri secara mendalam dan menyeluruh untuk
memperbaiki kualiti projek serta cara pembelajaran sendiri.

 Murid dapat berkomunikasi dan bersosialisasi dengan bahasa yang mantap dan
berkesan, penuh berkeyakinan dan beradab.

 Murid mengamalkan nilai-nilai etika dan kerohanian yang cemerlang secara


berterusan serta boleh dicontohi.

8. Penutup
Panitia Matematik akan mengadakan program Projek Mudah Tahun 1 dan Tahun 2 bagi Mata Pelajaran
Matematik (DLP) seperti yang telah disenaraikan dalam jadual perincian program di atas. Manfaat dan faedah
yang dinyatakan melalui objektif program ini membolehkan murid lebih kreatif, berinovasi dan bermotivasi untuk
belajar.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________________ ______________________ ______________________


(BETSY BINTI THOMAS) (ATHIRAH BINTI MD. DESA) (SABARUDIN ANAK MALEH)
Setiausaha, Pengerusi, Guru Besar,
Panitia Matematik, Panitia Matematik, SK Nanga Nyimoh, Song.
SK Nanga Nyimoh, Song. SK Nanga Nyimoh, Song.

Anda mungkin juga menyukai