Anda di halaman 1dari 6

RBT3113 Pengurusan Makanan dan Teknologi

TAJUK 11 PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI

Sinopsis:

Tajuk ini memberi pendedahan tentang kreativiti. Perbincangan tentang proses


kreativiti akan dibuat mengikut Model Wallas 1926. Tajuk ini juga menggariskan
kepentingan kreativiti dan penerapannya dalam pengajaran.

Hasil Pembelajaran
1. Mendefinisi kreativiti dalam pengajaran.
2. Menyenaraikan proses kreativiti mengikut Model Wallas.
3. Menyatakan kepentingan kreativiti dalam pengajaran
4. Menggariskan kaedah penerapan unsur kreativiti dalam pengajaran

56
RBT3113 Pengurusan Makanan dan Teknologi

11.2 Definisi Kreativiti


Definisi kreativiti terbahagi kepada 4 dimensi iaitu :
Dimensi Person
Dimensi Proses
Dimensi Tekanan / Dorongan
Dimensi Produk

11.2.1 Dimensi Person


Mengikut dimensi ini, kreativiti berfokus kepada individu dan kreativiti datang
dari individu yang kreatif
Menurut Guilford (1950) - Kreativiti merujuk kepada kebolehan dan ia
merupakan ciri utama orang yang kreatif manakala Hulbeck (1945) pula
berpendapat tindakan kreatif menampilkan personaliti dengan ciri unik yang
terbina dari persekitaran seseorang individu.

11.2.2 Dimensi Proses


Dimensi proses menyatakan kreativiti adalah berfokus kepada proses berfikir
hingga muncul idea-idea unik juga kreatif.
Utami Munandar (1977) berpendapat kreativiti merupakan satu proses yang
mencerminkan kelancaran dan fleksibiliti untuk membuat inovasi dan variasi.

11.2.3 Dimensi Tekanan / Dorongan


Simpson (1982) menghuraikan kreativiti dimensi ini kepada dua. Pertama
dorongan dalaman iaitu keinginan dan hasrat mencipta dan berkreatif.
Keduanya, dorongan dari luaran yang berkaitan dengan sosial dan psikologi.

11.2.4 Dimensi Produk


Kreativiti dimensi produk merupakan kreativiti yang berfokus kepada produk
dan penghasilan produk yang baru (invention) dan penambahbaikan dan
inovasi.

57
RBT3113 Pengurusan Makanan dan Teknologi

11.3 Proses Kreativiti


Mengikut Graham Wallas (1926) proses kreativiti terbahagi kepada 4 fasa
iaitu:
a) Fasa Persediaan
b) Fasa Inkubasi
c) Fasa Iluminasi
d) Fasa Verifikasi

11.3.1 Fasa Persediaan


Pada fasa ini proses yang berlaku ialah mendefinasi idea, membuat
pemerhatian dan membuat kajian.

11.3.2 Fasa Inkubasi


Proses yang berlaku dalam fasa ini ialah individu akan membiarkan isu ketepi
untuk beberapa masa. Fokus minda dan tumpuan dialihkan pada hal lain.

11.3.3 Fasa Iluminasi


Dalam proses iluminasi berlaku dimana idea baru akhirnya muncul. Idea ini
adalah lebih baik dari idea dari idea sebelum proses inkubasi.

11.4.4 Fasa Verifikasi


Fasa ini melibatkan proses semakan dimana idea kreatif dikenal pasti.
11.4 George F. Kneller yang menjadi pengikut G. Wallas dalam bukunya The
Art and Science of Creativity (1965) pula menyatakan proses kreatif ini
berlaku dalam 5 fasa iaitu :
- Fasa Perolehan Idea Utama
- Fasa Persediaan
- Fasa Inkubasi
- Fasa Iluminasi
- Fasa Pengesahan

58
RBT3113 Pengurusan Makanan dan Teknologi

11.4.1 Fasa Perolehan Idea Utama


Dalam fasa ini idea akan diperolehi secara semulajadi dan dipengaruhi oleh
persekitaran individu.

11.4.2 Fasa Persediaan


Fasa persediaan merujuk kepada proses membuat rujukan semula
bahan/input yang menyumbang kepada kelahiran dan kemunculan idea
pertama dalam proses pemerolehan idea utara.

11.4.3 Fasa Inkubasi


Fasa inkubasi melibatkan proses pemeraman idea dan bahan mentah
difikiran individu secara bawah sedar.

11.4.4 Fasa Iluminasi


Pada fasa ini terdapat beberapa senarai keadaan melibatkan inspirasi, ilham,
kesulitan, klimaks, ketergantungan masalah, seterusnya keperingkat
penyelesaian masalah dan keseronokan atau kepuasan.

11.4.5 Fasa Pengesahan


Sama seperti fasa verifikasi dalam Wallas G. proses semakan idea akan
berlaku dimana individu akan membuat tafsiran sendiri. Fasa ini merupakan
fasa klimaks dalam proses kreativiti.

11.5 Penerapan Usur Kreativiti Dalam Pengajaran


Estetika merupakan satu elemen penting semasa menghidang makanan
samada dari segi persembahan atau bentuk hidangan tersebut. Generasi kini
bukan hanya makan untuk mengisi perut. selera hati dan mata juga
memainkan peranan kerana dengan berlakunya arus globalisasi makanan
juga tidak ketinggalan. Makanan yang dihidang di meja makan menjadi
semakin bervariasi dan pelbagai. Unsur kreativiti menjadi satu kemahiran
yang boleh meningkatkan potensi kejayaan seorang chef.. Kemahiran dan
kreativiti dalam kalangan murid ini boleh dipupuk dan dibina jika ada
kesungguhan, komitmen, dedikasi dan kesediaan guru meluangkan masa dan
tenaga mendidik muridnya. Kemahiran ini tidak diperolehi melalui pembacaan

59
RBT3113 Pengurusan Makanan dan Teknologi

tetapi terdapat dalam peribadi murid iaitu memiliki disiplin diri yang kental
serta sikap positif. Sikap positif dan disiplin diri murid boleh dibentuk jika guru
memainkan peranan dari segi memberi bimbingan dan sokongan yang padu
kepada muridnya.

11.6 Makna kreativiti dalam mata pelajaran masakan


Kreativiti dalam masakan adalah kebolehan:
- Mengguna bahan-bahan dalam menyediakan masakan;
- Menghias makanan dengan menarik;
- Mengguna pelbagai kaedah dalam memasak makanan; dan
- Mempersembahkan makanan dari segi hiasan, peralatan yang diguna untuk
menghidang, susun atur makanan di meja hidangan.

Bagaimana murid boleh mencapai ke kemahiran seperti yang dicatat di atas? Guru
yang berperanan sebagai fasilitator dan pendorong boleh membentuk murid yang
kreatif dalam memasak melalui pengajaran dan amalan semasa amali.

11.7 Mengapa guru perlu menerap unsur kreativiti dalam pengajaran?


Pemikiran kreatif boleh diajar kepada murid-murid. Murid perlu diajar
kemahiran pemikiran
kreatif kerana ia membantu murid:
- Mengguna alat dan sumber teknologi dalam masakan;
- Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dari segi bahan, peralatan
dan masa dengan bijak;
- Memperbaikki kesilapan dalam masakan dengan bijak;
- Meningkatkan perkembangan kognitif dan afektif;
- Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat;
- Membina keyakinan diri untuk memberi hujah;
- Memberi pandangan berdasarkan alasan dan bukti; dan
- Mengaplikasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran secara praktis.

60
RBT3113 Pengurusan Makanan dan Teknologi

11.8 Bagaimana cara meningkatkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid-


murid?
Pemikiran kreatif bermula dari diri guru sebagai pengajar. Ciri-ciri yang perlu
dimiliki oleh guru adalah seperti berikut:
- Berfikiran terbuka
- Berpengetahuan dalam pelbagai bidang terutama bidang masakan
- Berkongsi misi dan visi bersama murid.
- Adil dalam melayan keperluan murid
- Memotivasikan murid secara memberikan sokongan.
- Peka dan prihatin terhadap keperluan dan persekitaran pelajar.
- Galakkan murid bekerja dalam kumpulan dan kolaboratif.
- Mesra dengan murid
- Bersedia untuk membantu dan menjadi fasilitator.
- Pendengar yang aktif
- Elak memberi tekanan kepada murid
- Feksibel

Selain itu, guru perlu mengamalkan empat prinsip dalam pengajaran iaitu:
- Sifat kasih sayang – penerimaan sosial;
- Keseronokan – mencabar minda, motivasi
- Kebebasan - memberi ruang kepada murid menyelesaikan masalah;
- Kuasa – memberi ruang kepada murid memenuhi keperluan supaya ada
rasa kepuasan yang merupakan terapi realiti dalam pengururan bilik darjah
yang dipelopori oleh Glasser (Larrivee, 2009).

11.9 Aktiviti yang mencungkil pemikiran kreatif dalam kalangan murid


Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti yang boleh guru berikan kepada
murid:
- Menyediakan buku log/ buku skrap makanan dan minuman.
- Pertandingan memasak bertema.
- Membuat projek masakan contoh menguruskan jamuan Hari Guru.
- Membuat refleksi
- Menjadi penilai/hakim selepas kelas masakan

61

Anda mungkin juga menyukai