Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 25

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Didorong melalui gagasan ketiga ucapan Dasar oleh Y.A.B.Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2006. Di dalam ucapannya beliau menuntut supaya pendidikan
negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda,
pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program yang
membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
Matlamatnya adalah supaya ianya dapat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk
semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi menerap nilai. Oleh itu,
semakan KBSR telah dibuat pada tahun 2003 dan hasilnya pada tahun 2011, KSSR mula
dilaksanakan di semua sekolah rendah melibatkan murid Tahun Satu pada awal sesi
persekolahan 2011.

Penambahbaikan daripada KBSR kepada KSSR


KSSR mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju
sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah:
1. Memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran secara langsung, di samping
keupayaan berbahasa serta pembelajaran berasaskan projek.
2. Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)bahkan, KSSR sesuai dengan
murid yang kini lebih aktif dan pintar di samping bersemangat untu belajar kerana KSSR
merangkumi semua aspek pembelajaran.
3. Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah
dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.
4. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio perkembangan dan pameran untuk rujukan guru
dan ibu bapa serta membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.
5. Proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang
ditonjolkan murid dalam kelas selain memastikan kecemerlangan pelajar dalam
pendidikan.
6. Kementerian memutuskan Pendidikan seks yang diajar bermula awal tahun 2011 di
sekolah rendah dan menengah akan menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS), menerusi transformasi KSSR selain diajar secara
berasingan tanpa menumpang mata pelajaran lain. PEERS merangkumi aspek lebih luas
termasuk soal nilai, sikap dan proses sepanjang hayat mencakupi 75 peratus daripada
kurikulum pendidikan kesihatan.

Tajuk: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


Kumpulan: 5
Hari: Isnin
Tarikh: 28/2/2011
Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. KSSR merupakan transformasi kurikulum yang terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul
Teras Tema dan Modul Elektif.

2. KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Salah satu sebab
istilah standard digunakan adalah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang
ditetapkan.

3. Pendidikan seks telah diterapkan dalam subjek pendidikan kesihatan iaitu terdiri daripada
perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan & kekeluargaan, kemahiran kendiri dan
kesihatan & tingkah laku seksual.

4. KSSR menekankan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Jika dibandingkan
KBSR hanya menekankan 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

5. Penaakulan ialah mengembangkan fikiran, membuat pertimbangan dan penilaian dengan


menggunakan akal yang logik.
SOALAN

1. Apakah kelebihan KSSR dan apakah kelemahan KBSR sehinggakan perlu dilakukan
perubahan kurikulum?

2. Bagaimanakah guru hendak pastikan bahawa KSSR yang dijalankan berjaya dilaksanakan?
Adakah dengan melihat prestasi murid dalam ujian?

3. Adakah kelemahan yang ada pada KBSR sudah diatasi sepenuhnya sebelum melaksanakan
KSSR?

4. Apakah jaminan KSSR akan berjaya dilaksanakan jika kelemahan KBSR pun tidak berjaya
diatasi?

5. Adakah dengan penerapan pendidikan seks dalam subjek pendidikan kesihatan dapat
mengurangkan masalah sosial dalam kalangan murid terutama masalah pembuangan bayi
yang semakin berleluasa sekarang?

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

5 poin:

1. KSSR mementingkan 4M iaitu menulis, mengira, membaca dan menaakul. Elemen


penaakulan ditambah dalam kurikulum baru ini kerana penaakulan penting untuk
membantu pelajar membuat pertimbangan dan juga mengembangkan kapasiti pemikiran.
Penaakulan dalam matematik tidak hanya memerlukan pelajar menguasai konsep
matematik, tetapi mereka perlu berfikir secara mendalam terhadap sesuatu konsep
tersebut.
2. Dalam kurikulum baru ini, pentaksiran formatif berasakan sekolah dijalankan secara
berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
Terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kumpulan.
Pentaksiran dijalankan oleh pelbagai pihak dan dari sudut yang berbeza.
3. Trends pendidikan di sekolah pada zaman ini adalah mengaplikasi amalan industri atau
perniagaan di sekolah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan.
Namun, amalan ini tidak sesuai kerana setiap individu beremosi dan mempunyai
kemahiran dan tahap pemahaman yang berbeza.
4. Kurikulum baru tidak semestinya lebih baik daripada kurikulum lama. Transformasi
pendidikan perlu mengambil kira punca masalah di bilik darjah seperti saiz kelas. Jika
masalah tersebut tidak diselesaikan, kurikulum baru tidak akan dilaksanakan dengan
efektif kerana punca masalah tidak diselesaikan.
5. Kurikulum bukan faktor terpenting dalam membentuk pendidikan yang berkualiti. Tidak
kira bagaiamana sesuatu kurikulum berubah, faktor utama yang mempengaruhi kualiti
pendidikan ialah guru. Perkara yang penting sekali di bilik darjah adalah bagaimana
seseorang guru mengajar. Guru yang baik akan terus belajar cara untuk memperbaiki
kelemahannya mengajar, cara berinteraksi dengan pelajar dan cara memahami mereka.
5 soalan:

1. Adakah pendidikan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar akan meningkat dengan
pelaksanaan KSSR?

2. Sebab yang diberi untuk pelaksanaan KSSR adalah kerana terdapat banyak kelemahan
pada KBSR. Apakah kelemahan yang ada pada KBSR yang menyebabkan keperluan
untuk mengubah kurikulum kepada KSSR?

3. Adakah kelemahan yang wujud disebabkan kurikulum tidak baik?

4. Bagaimana menjamin bahawa KSSR boleh dilaksanakan dengan efektif dan kelemahan
yang wujud semasa pelaksanaan KBSR tidak akan berulang?

5. Adakah semua pelajar boleh melepasi standard KSSR yang ditetapkan dalam masa yang
singkat sedangkan tahap pemahaman dan pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza?
KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran
Nasional

28 Dis 2011- KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi
persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa
Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran
yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai,
manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan
Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap
dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta
Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan
Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua
disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan
kurikulum lebih berkesan.

Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?


Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi
dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan
dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid.
Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P
bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral
speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan
KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman
web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan
KSSR di nombor telefon 03-88842283.

S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P
seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku
panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata
pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan.

Original post:

KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran

Share

Kata Kunci:

 kelebihan kssr berbanding kbsr


 peralihan KBSR kepada KSSR
 peralihan dari kbsr kepada kssr
 perubahan kurikulum kbsr kepada kssr
 kebaikan kssr
 kelebihan elemen yang ada dalam kssr
 perbezaan kbsr dan kssr matematik
 perkaitan kssr dengan kbsr
 PERUBAHAN KBSR KE KSSR
 perubahan kurikulum (peralihan daripada kbsr kepada kssr)

http://beritaharian.org/kssr-lengkapi-kemahiran-hadapi-cabaran-2.html
PERBEZAAN ANTARA KBSR DAN KSSR
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html

Aspek KBSR KSSR


 Komunikasi
 Kerohanian, Sikap dan Nilai
 Komunikasi
 Kemanusiaan
Bentuk  Manusia Dengan Alam Sekelilingnya
 Keterampilan Diri
 Perkembangan Diri Individu
 Perkembangan Fizikal dan Estetika
 Sains dan Teknologi
 Tahap I
 Modul Teras Asas
 Modul Teras Tema
 Modul Elektif
 Tahap II
Organisasi Berasaskan mata pelajaran  Modul Komunikasi
 Modul Komunikasi Elektif
 Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
 Modul Fizikal dan Estetika
 Modul Sains dan Teknologi
 Modul Kemanusiaan
Kandungan  Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran
 Kemahiran Berfikir dalam P&P  Penegasan dan penekanan kepada
 Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam pendekatan berikut:
P&P  Kemahiran Berfikir dalam P&P
 Penggunaan TMK  Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
 Pengajaran Berasaskan Kajian Masa  Penggunaan TMK
Pedagogi Depan  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
 Pembelajaran Secara Konstruktivisme  Pembelajaran Secara Konstruktivisme
 Pembelajaran Secara Kontekstual  Pembelajaran Secara Kontekstual
 Pembelajaran Akses Kendiri  Pembelajaran Akses Kendiri
 Pembelajaran Masteri  Pembelajaran Masteri
 Belajar Cara Belajar  Belajar Cara Belajar
 Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran
Peruntukan Masa
khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
 Dijalankan secar a berterusan untuk
mengesan perkembangan dan
 Penekanan yang ketara kepada pencapaian murid dalam pembelajaran
Kaedah Pentaksiran
pentaksiran sumatif  Menggunakan kaedah pentaksiran
pelbagai
 Bersifat autentik dan holistik
 Sukatan Pelajaran  Dokumen Kurikulum
 Huraian Sukatan Pelajaran  Standard Kandungan
Bahan
 Kandungan  Standard Pembelajaran
 Hasil Pembelajaran  Buku Teks
Aspek KBSR KSSR
 Cadangan Aktiviti P&P
 Buku Teks
Pengurusan  Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan
Kurikulum kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.
Posted by PANITIA PENDIDIKAN JASMANI SKTDH2 at 7:10 PM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook


BM - KURIKULUM STANDARD BERTARAF DUNIA
1) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun
2011. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah
sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir
Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada
tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika
merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu
transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada
yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.
Transformas i kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu
pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini
dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan
dengan keperluan pendidikan semasa.
KSSR lebih luas berbanding KBSR. Jika KBSR, hanya 3 utama aspek
diberi penekanan, iaitu Komunikasi, Perkembangan Diri Indivdu dan Manusia
dengan alam sekelilingnya, tetapi kurikulum KSSR member penekanan
kepada 6 elemen, iaitu: Komunikasi; Kerohanian, sikap & nilai; Kemanusiaan,
Ketrampilan diri; Perkembangan Fizikal & Estetika; Sains & Teknologi;
dari segi kandungan dan sistem penilaian: Isi kandungan pembelajaran
memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar.
Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang juga
disediakan bersama.. KSSR lebih melihat kepada kualiti pencapaian murid
berdasarkan standard kandungan yang ditetapkan.
Dari segi tumpuan/kandungan kurikulum: KSSR memberi tumpuan kepada
penguasaan 4M Tahap satu (tahun 1 – 3) perlu menguasai kemahiran asas
4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua (tahun 4 – 6) member
tumpuan kepada pengukuhan dan apliasi 4M juga kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tumpuan
pembelajaran Prasekolah melibatkan perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan
kemahiran 3M dan menaakul.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan KSSR amat bersesuaian dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana pendidikan untuk semua
tanpa mengira bangsa, keturunan, jantina dan sebagainya bagi membentuk
insan atau rakyat Malaysia yang seimbang dari pelbagai aspek yang akan
mencorak masa depan negara amnya. Dengan cara ini, maka lahirlah rakyat
Malaysia yang bertaraf dunia dalam bidnag pendidikan khususnya.
2) Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan.Ia
merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan
datang.Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti,kurikulum itu
sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa
mahupun keperluan pada masa akan datang.Kurikulum di Malaysia
ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk
membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari
segi JERI.
Bermula tahun 2011,semua sekolah menggunakan satu kurikulum baru yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dijalankan
secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.Kurikulum ini selaras
dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih
berkualiti sejajar dengan arus kemodenan sekarang ini.Membangunkan modal insan
adalah merupakan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010
Melalui KSSR ini, tahap satu sekolah rendah (1-3) akan tertumpu kepada
penguasaan 4M (membaca,menulis,mengira,menaakul) serta kemahiran asas
teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan
sosioemosi,kerohanian,fizikal,kognitif,sikap dan nilai.Sementara bagi murid tahap
dua(4-6) akan tertumpu kepada pengukuhan 4M,kemahiran asas ICT,perkembangan
sosioemosi,kerohanian,fizikal,sikap dan nilai.
Kesimpulannya,KSSR yang diperkenalkan ini amat bersesuaian untuk
membangunkan modal insan bertaraf dunia.
3)Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kurikulum standard merupakan satu transformasi atau perubahan yang
berlaku dalam
pendidikan di Malaysia.Kali terakhir kurikulum pendidikan mengalami
perubahan
adalah pada tahun 2003 iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah
yang telah dilaksanakan pada tahun 1993. Kurikulum Standard ini mula
diperkenalkan
pada tahun 2011 dan ia merupakan satu bentuk transformasi yang holistik
kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk
organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan
kurikulum di sekolah.Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini mengalami
transformasi mulai tahun ini dengan pelaksanaan kepada murid tahun 1.Ia
dijalankan
secara berperingkat-peringkat. Diharap perubahan Kurikulum Standard ini
dapat
memberi lebih banyak kebaikan kepada tahap pendidikan pelajar-pelajar.
Oleh itu
untuk menjayakan transformasi ini, semua pihak terutama ibubapa harus
memainkan
peranan penting dan tidak menyerahkan 100% kepada guru dan pihak
sekolah dalam
memberi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak mereka.
4) Bermula tahun 2011, semua sekolah di negara kita akan menggunakan satu kurikulum baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Kurikulum ini akan
dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 1 (2011) .Kurikulum ini diselaras
dengan perkembangan dan permintaan globalisasi semasa yang menuntut modal insan yang
akan dilahirkan berkualiti dan bertaraf dunia selari dengan arus perdana yang serba maju dan
mencabar ini, Kurikulum Standard ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah
rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bagi melahirkan modal insan yang bertaraf dunia ini seseorang individu mesti mempunyai
nilai-nilai murni dan moral yang tinggi , beretika, progresif, dan sentiasa berdaya saing serta
memiliki personaliti yang unggul kerana mereka yang akan menentukan hala tuju negara pada
masa hadapan .Bagaimana kurikulum standard ini dapat membangunkan modal insan yang
bertaraf dunia adalah melalui bentuk kurikulum transformasi yang dicadangkan dalam kurikulum
standard ini. Nilai moral yang tinggi diterapkan melalui aspek kerohanian dan sikap yang mana
murid didedahkan dengan nilai keagamaan serta pegangan terhadap norma- norma hidup yang
positif. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan nilai kerohanian ini dijelaskan melalui aspek
"Rohani".Contohnya kurikulum standard mendidik murid-murid berakhlak mulia serta
bersahsiah tinggi dalam membentuk nilai - nilai murni dan moral yang tinggi .
Kurikulum Standard juga membentuk murid-murid supaya sentiasa beretika dan prograsif .
Nilai ini diterapkan dalam transformasi keterampilan diri. Ketrampilan modal insan ini dapat
ditonjolkan melalui sikap keperihatinan serta bertanggungjawab membangunkan negara untuk
kesejahteraan hidup. Contohnya melalui aktiviti bersukan dan kemasyarakatan yang lain. Murid
dilatih sebagai pemimpin dan mereka bertanggungjawab terhadap tugas dan tanggungjawab
sebagai ketua.Disebabkan mereka sudah dilatih menjadi pemimpin di peringkat rendah, maka
hala tuju negara kelak akan dapat dirancang dan tentukan dengan lebih progresif, kreative serta
cemerlang dan membawa negara ke mata dunia. Inilah yang dikatakan kurikulum standard ini
mampu membangunkan modal insan yang bertaraf dunia dan seimbang sama ada aspek
jasmani, rohani emosi, dan sosial.
Melalui transformasi perkembangan fizikal dan nilai estetika, perkembangan potensi individu
itu dapat dibangunkan dengan lebih kreative. Contohnya melalui PJK bakat serta potensi
muridmurid
dapat dicungkilkan dan dapat dikembangkan agar menjadi satu aset penting dalam
melahirkan modal insan yang berdaya saing.
Banyak lagi transformasi yang diterapkan dalam kurikulum standard ini bagi membangunkan
modal insan yang bertaraf dunia seperti dunia sains teknologi dan nilai komunikasi. Melalui
transformasi ini, modal insan yang dilahirkan adalah bersifat proaktif, berinovasi dan sentiasa
berfikiran terbuka serta kritis.
Isnin, 31 Januari 2011
Laporan Khas: Murid Tahun Satu tiada masalah pelajari reproduktif manusia

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Mohd Idris Sulaiman,


Hazwan Faisal Mohamad dan Shah Che Ahmad
upen@bharian.com.my

2011/01/30
Perancangan rapi mudahkan pelaksanaan KSSR

SELEPAS empat minggu sesi baru persekolahan bermula, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) berjalan lancar. Tinjauan Berita Harian di beberapa sekolah dan makluman Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) menunjukkan tidak banyak rungutan sama ada daripada guru, murid atau ibu
bapa.

Ini berikutan perancangan teliti Kementerian Pelajaran ketika menggubal, melatih guru dan
melaksanakan sukatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif itu.

Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya juga
tidak menerima aduan mengenai pelaksanaan KSSR, setakat ini.

Namun, katanya, ada penjaga mempersoal tindakan sesetengah sekolah yang hanya menawarkan satu
mata pelajaran elektif iaitu Bahasa Arab menyebabkan murid tiada pilihan.

“Secara idealnya, murid keturunan India atau Cina berhak mempelajari bahasa ibunda mereka.
Pengenalan subjek elektif bahasa juga menggalakkan ibu bapa India dan Cina menghantar anak ke
sekolah kebangsaan dan ini baik untuk perpaduan,” katanya.

Antara elemen baru yang dimasukkan dalam KSSR ialah Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial
dalam subjek Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu (Tahun Satu hingga
Tiga).
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan, Perak, Rosnaini Hashim, berkata elemen
perkembangan manusia itu bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia
manakala perhubungan (sosial) mendedahkan sifat kasih sayang dan persahabatan.

Katanya, pendedahan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab


sepanjang hayat sebagai ibu bapa turut diajar kepada murid, manakala kebolehan untuk membuat
keputusan pula menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.
“Kesihatan dan tingkah laku seksual menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelak
hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids manakala masyarakat
dan budaya pula menyentuh isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi
penekanan.

“Stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak sesuai untuk golongan bawah umur harus
dikikis supaya pemahaman asas itu dapat diserap kanak-kanak seterusnya mendidik mereka dengan
betul,” katanya.

Rosnaini berkata, pendedahan awal seperti ini perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar
mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan dan seterusnya mampu menghindari
mereka daripada gejala sosial.

Beliau berkata, guru yang terbabit untuk pengajaran subjek berkenaan diberi kursus, manakala bahan
pengajaran disediakan bagi memudahkan murid.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Zakaria Kasa, berkata topik Pendidikan
Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam KSSR berjaya mengurangkan kegusaran ibu bapa yang sebelum
dikatakan menentang pendidikan seks di sekolah.

“Ibu bapa diberi persediaan mental bahawa elemen ini bukan mengajar seks tetapi lebih kepada aspek
kesihatan diri dan sosial,” katanya.

Menyokong dasar pendidikan baru itu, Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata KSSR
bersifat lebih menyeluruh daripada sukatan kurikulum sebelum ini kerana KSSR bukan saja cuba
menerapkan aspek pendidikan akademik, malah kemahiran dan penaakulan maklumat.

KSSR, katanya, sesuai dengan murid yang kini lebih aktif dan pintar di samping bersemangat untuk
belajar.

“KSSR merangkumi semua aspek pembelajaran, selain memastikan kecemerlangan murid dalam
pendidikan. Kurikulum terbaru ini turut melatih kemahiran insaniah murid sejak kecil.

“Sesetengah masa mata pelajaran kelas dikurangkan manakala diselitkan dengan subjek berbentuk
kemahiran,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini .

Beliau berkata, sukatan kemahiran yang diperkenalkan dalam KSSR termasuk komunikasi, Sains dan
Teknologi, kerohanian, kemanusiaan, ketrampilan diri dan perkembangan fizikal.

Zarina berkata, murid didedahkan dengan asas teknologi maklumat (IT) dalam mata pelajaran Sains dan
Teknologi bagi membuka minda mereka celik IT dan berfikiran lebih saintifik manakala tambahan
penghayatan amalan agama, sikap dan nilai dalam subjek keterampilan diri.

“Murid berpeluang memilih bahasa diminati sama ada Bahasa Cina, Tamil dan Arab dalam subjek elektif
bagi penguasaan bahasa dalam kemahiran berkomunikasi,” katanya.

Zarina berkata, hampir semua guru Tahun Satu sekolah itu menghadiri kursus KSSR anjuran Kementerian
Pelajaran tahun lalu.

Berita Harian Online: 31 Januari 2011

Dicatat oleh GURU_CIKGU di 10:05 PTG 3 ulasan

Label: Kurikulum, motivasi/kemajuan/perubahan

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011_01_01_archive.html
Sunday, 11 December 2011
ASPEK DAN KELEBIHAN KSSR
1.0 PENGENALAN

Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu
dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala
menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru
mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai
skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di
sekolah.

Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum pula merupakan satu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menyampaikan
pengetahuan. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak
seiring dengan trend pengetahuan semasa.

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah
mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada
tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan telah disemak semula
pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) dan seterusnya digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu
merupakan satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 selaras dengan
teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk membangunkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sepertimana yang dituntut
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006.

2.0 ASPEK-ASPEK TRANSFORMASI KSSR

Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara
berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aspek transformasi KSSR adalah :

2.1 Komunikasi

Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah
sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-
murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para
guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti
pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang
berkesan antara guru dan murid.

Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran.


Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi.
Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti
dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar.

Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia
juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi.
Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai
perkembangan organisasi pembelajaran.

2.2 Kerohanian, Sikap Dan Nilai


Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti
penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat
memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini
akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam
bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam
kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai
dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai
murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka
dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya
mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama
merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan
murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia
bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum
yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap
prejudis antara kaum.

2.3 Kemanusiaan

Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora
dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan
memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan
murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai
alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah daripada rebungnya”.
Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap
individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan
emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri.

Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu
yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga
masyarakat.

2.4 Keterampilan Diri

Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti
kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti
sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi
murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai
persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi
pada masa akan datang.

Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina
keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan
melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap
orang yang dipimpin. Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga
kehidupannya adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari
segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan dan ketabahan
baginda amat sempurna. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat. Baik Saidina Abu Bakar,
Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan
Rasulullah.

Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika diambil kata-kata sebegini, semestinya
tiada pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan
antara satu sama lain. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik, sudah
pasti dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan
datang. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan
mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk
kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik.

2.5 Fizikal Dan Etestika

Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti
yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah
dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan
tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan
kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi
penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas, “badan cergas,
otak cerdas” . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai
positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang
murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh.

Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses
berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid cergas dan sihat, otak dan
pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan
kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita
juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai
aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah.

2.6 Literasi Sains Dan Teknologi

Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran
matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi
yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid
mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam
kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar.

Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student Assesment) 2006
menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk
mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam
rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan
terhadap alam melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan
untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk
memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan
masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan
masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi,
1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan
masalah dengan menggunakan konsep sains, menenal teknologi serta kesannya, mampu
mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk
teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai.

3.1 Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan
sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan
dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru
untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana
sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa
Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI.

Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan
biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan
tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Saya berpendapat bahawa
KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu
bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti
akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini, penggunaan
bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan seharian.

3.2 Penggunaan Portfolio

Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka
termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan
kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru
dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai
perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan
murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui
pendekatan baru ini, ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan
menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka
mengikut band bermula dari satu hingga enam secara teratur.
Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band
dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu,
faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan
beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
mithali. Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada
murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band
berikutnya. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk
menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan
cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang berkesan. Hal ini dapat
diibaratkan seperti sesuatu perindustrian.
Sesebuah perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai.
Sebagai contoh, dalam pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam
pemasangan bahagian-bahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam KSSR ,
yang mana pihak kementerian ingin mewujudakan satu standard yang perlu pelajar
dicapai dalam sesi pembelajaran terutamanya dalam sudut perkembangan murid-murid.
3.3 Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid
Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR
amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid
dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah,
murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan
prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan
sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka
akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping
meningkatkan pencapaian mereka.
Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai
sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka
dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali
berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang
semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka
menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka
minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh
guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan
lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih
bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan.

Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi
mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama,
secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk
memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur
melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

3.4 Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif
2010" menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi
dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara
inovatif dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan bahawakeupayaan negara
untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini memerlukan masyarakat yang
berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea atau
penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam
perlumbaan mengejar kemajuan. Maka dalam usaha untuk "mengarusperdanakan"
inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha ini perlulah di mulakan
dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan.
Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan
strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku
latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi sekiranya
pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah
yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar
untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi
"role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila seseorang
guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini akhirnya akan memungkinkan seseorang
guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti dan inovasi perlu
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran
sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan
atau terjelma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains, maka sudah tentu pelajar akan mula
hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat
berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pelajar kini lebih terbuka minda kerana mereka boleh mengakses maklumat tanpa had. Dengan melalui
enjen carian "Google" misalnya, mereka boleh mendapat pelbagai maklumat. Jika dalam kurikulum tidak
ada elemen kreativiti dan inovasi, mereka akan jemu untuk belajar. Jika guru tidak menerapkan elemen
inovasi dalam pengajarannya dan mengekalkan cara pengajaran tradisional yang membosankan sudah
tentu akhirnyapelajar akan hilang minat terhadap sains dan melihat sains sebagai subjek yang kurang
menarik.
3.5 Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid

Selain itu, melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran
sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara
tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat
perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal
tentang sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai
jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan
mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat
diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri
sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang
dijalankan di sekolah.

Selain itu, murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3 juga akan diajar mengenai
pendidikan seks. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi
Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Melalui
subjek ini, murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan manusia, perhubungan,
perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat
dan budaya.

Murid-murid akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap pergaulan seharian mereka di sekolah
mahupun di luar kerana mereka sudah mengetahui sekiranya berlaku pergaulan bebas, ia akan
menyebabkan natijah yang buruk dan akan mencemarkan maruah individu tersebut. Secara
tidak langsung juga, ianya menjadikan mereka sentiasa berakhlak mulia dan menjaga peribadi
mereka untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga. Guru yang terbabit dengan pengajaran
subjek berkenaan juga telah diberi kursus yang khusus manakala bahan pengajaran turut
disediakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.

3.6 Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran

Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan memberi pendedahan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ kepada murid-
murid. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti
Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek
peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi
kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam
sistem teknologi.

Tambahan pula, sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran objek
hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita supaya murid-murid
menjadi lebih akrab dan dapat memahami alam persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk
semangat cinta kepada alam sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih murid-murid agar sentiasa
memelihara dan memuluhara flora dan fauna. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan semua jenis
deria kurniaan Illahi kepada kita dalam kehidupan, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta
kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah inovasi baru yang
membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam zaman yang lebih mencabar ini.

Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran
menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu
secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi lebih
kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak.

3.7 Penggunaan Modul

Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat
dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran
berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan
pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak
langsung, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana
setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka
yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid.

Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan buku teks.
Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan
minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis dilaksanakan seperti
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal, tetapi ianya melibatkan
perbuatan yang aktif daripada pelajar. Murid-murid juga akan mudah untuk mempelajari dan
memahami serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti
amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus meminati sesi pembelajaran dan
sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik.

Pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu memudahkan perjalanan dalam pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya.
Melalui cara seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani proses
pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik
pengajaran guru-guru selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian
dengan peringkat umur kanak-kanak .

4.0 PENUTUP

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta
menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada
abad ke-21.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah
pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana,
kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama.
Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan
kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi
cabaran semasa dan masa depan.

Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam
bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan
masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah
kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu,
peribahasa “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” haruslah diberi penekanan dalam bidang
pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata
dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

Anda mungkin juga menyukai