Anda di halaman 1dari 41
Tagarir Ath-Thariqah Wa Faidhzan Fadhzliyyah 5 Jab ye Ihe das shall “ys sla lod lords oon Ayssoall entail Aglall dahil aud od TAQARIR ATH-THARIQAH WA FAIDHZAN FADHZLIYYAH Fl SILSILAH ATH-THARIQAH AL-'AALIYYAH AN-NAQSYABANDIYYAH AL-MUJADDIDIYYAH LAPORAN AHWAL PERJALANAN THARIQAT DAN THARIQAT PERJALANAN AHWAL YANG DITEMPUH OLEH: [HADHRAT FAQIR FAZLI BIN HAMZAH NAQSYABANDI MUJADDIDI "AFALLAHU ‘ANHUMA DENGAN BIMBINGAN IRSYAD DAN PETUNJUK HIDAYAT OLEH: 'ABDU DHA'IF FAQIR HAQIR KHAKPAEY BUZURGAN LA SYAIK MISKIN FANI HADHRAT FAQIR MAULAWI JALALLUDDIN AHMAD BIN NURUDDIN AR-ROWI NAQSYABANDI MUJADDIDI UWAISI 'AFALLAHU 'ANHUMA_ Terbitan: NAQSYABANDI AKADEMI QURAN SUNNAH HADITS MARKAZI KHANQAH ABUL-KHALILIYYAH NAQSYABANDIYYAH MUJADDIDIYYAH MaprasaH ULUL Azmi, KAMPUNG SEPAKAT JAYA ‘Wira Damatl, Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN MUHARRAM 1436 / NOVEMBER 2014 Tagarir Ath-Thariqah Wa Faidhzan Fadhaliyyah eae jab all tay Aabig lalate Uietsy Kal MugQabDDIMAH Segala pujian Hamdalah bagi Allah yang dengan Nur FaidhzanNya menerangi kegelapan jalan orang-orang yang kegelapan serta menghilangkan kelemahan hati ‘sanubari Para Salik. Shalawat serta Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wa Ashhabihi Ajma'in. Amma Ba'd; Sesudah Hamdalah dan Shalawat maka fagir yang hina lagi banyak berbuat dosa ini dan sentiasa mengharap Nur Faidhzan llahi iaitu Hadhrat Fazli Bin Hamzah pada bulan Rabi'ul Awwal 1435 sesudah Hijrah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah, faqir telah memperolehi kemuliaan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk dihubungkan serta mengambil faedah dengan Nisbat Tharigat ‘Aaliyah Nagsyabandiyyah Mujaddidiyyah setelah dibai’at oleh Syaikh kami iaitu pembimbing Ruhaniah dan petunjuk jalan ke Hadhratillah Asy-Syaikh Jalaluddin Ahmad Bin Nurudin Ar-Rowi Qaddasallahu Sitrahu, Beliau telah memperolehi Nisbat Khandan Silsilah ini juga melalui Hadhrat Khwajah Khwajagan Quthub Az-Zaman Maulana Abul-Khalil Khan Muhammad Shahib Rahmatullah ‘Alaih di Khangah Sirajiyyah, Pakistan. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau Kemudian, tatkala beberapa bulan fagir bersuhbat dengan Hadhrat Syaikh Jalalluddin, beliau telah meminta fagir untuk menghimpunkan kesemua laporan Ahwal dan Maqamat Thariqat yang telah faqir terhasilkan bersesuaian dengan sebanyak mana yang telah Allah anugerahkan ke atas diti faqir ini. Apabila Iradat Allah Yang Qadim yang telah mendahului akan kehendak makhlukNya, maka faqir yang tiada nilainya sebutir zarrah ini bermula menghimpunkan sekadar ringkas laporan tersebut sebagai memenuhi adab taat di antara seorang Salik dan Syaikh. ‘Semoga ianya menjadi rujukan bagi faqir dan Para Ekhwan yang sejalan dengannya dan syaikhuna mempernama akan dia dengan "Taqarir Ath-Thariqat’ yang bermaksud "Penetapan-penetapan Thariqat’, dan diharap oleh faqit La Syaik Miskin menjadi manafaat dengannya sebagaimana telah memberi manafaat jalan ini iaitu Tharigat Nagsyabandiyyah Mujaddidiyyah kepada Para Masyaikh Akabirin Silsilah ‘Aaliyyah Naqsyabandiyyah yang terdahulu dan khususnya Syaikh kami Asy-Syaikh Jalalluddin Ahmad Bin Nuruddin Ar-Rowi Qaddasallahu Sirrahu. Allahumina Amin. Wabillahi Taufig Wala Hawla Wala Quwwata Mla Billah. Taqarir Ath-Tharigah Wa Faidhzan Fadhaliyyah AHWAL SEBELUM BAI'AT Adalah faqir salah seorang insan yang dirahmati Allah dari kecil untuk meminati ilmu-ilmu Agama. Hal keadaan ini berterusan sehingga fagir diberi Hidayah mempelajari dan mengikuti dasar-dasar 'llmu Agama. Kesedaran ke arah ‘IImu Tashawwuf mengalir di tubuh fagir ini diberi oleh Allah Al-Bari melalui ayah dan datuk. Semenjak kecil mendengar Muzakarah mereka serta diberi kebenaran mengamalkan serba sedikit ilmu yang berkaitan. Seterusnya fagir diizinkan berguru dengan ayah dan datuk dan ditiku ini ditanam dengan 'llmu Haqiqat mengenal diri dan Allah. Setelah masa melampaui sekurang-kurangnya 10 tahun, dengan kembalinya arwah datuk ke Rahmatullah, faqir kehilangan seorang Guru. Puas faqir mencari penggantinya namun tidak ditemukan oleh Allah, Dengan ‘Inayah Allah faqir diberi kesempatan mengaji kitab-kitab Tauhid seperti Bakuratul-Almani, Misbahul-Munir, _Faridatul-Faraid, Tuhfatul-Murid dan Ummil-Barahin. Kitab Figh seperti Fathul-Qarib dan Fathul-Muin dan Tashawwuf seperti Manhalus-Shafi Fi Rumuz Ablus-Shufi, Al-Hikam SyaikhIbnu_‘Athaillah, Ad-Durrun-Nafis bersama guru-guru pondok samada dari Fathani atau dari Jawa Timur. Setelah mengharunginya beberapa tahun keinginan hati untuk mencari Pembimbing Ruhani terbit kembali. Fagir mula mengkaji berbagai-bagai Tharigat yang muktabar seperti Nagsyabandiyyah, Ahmadiyyah Al-idrisiyyah dan Syathariyyah. Namun kehendak untuk memahami Thariqat Naqsyabandiyyah yang paling manonjol. Riwayat para Masyaikh Naqsyabandiyyah menjadi perhatian faqir terutamanya Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Asy-Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘Alaihi, Seolah-olah memperolehi limpahan Faidhz dari minat akan diri beliau, bermula faqir menziarahi ‘Syaikh Naqsyabandi Al-Kholidi di Lenggeng, Negeri Sembilan iaitu Asy-Syaikh Tuan Haji Abu Talib bin Rabit Al-Kholidi dan Asy-Syaikh Tuan Guru Abdul Rahman Al-Kholidi namun tiada dianugerahi oleh Allah untuk berbaiat. Doa yang sering dipanjatkan ke Hadhrat Al-Haqq "Ya Allah tunjukkanlah aku orang yang dapat menunjukkan aku kepadaMU dan sampatkanlah aku pada orang yang dapat menyampaikan aku kepadaMU." Diilhamkan oleh Allah Zat Al-Bari bahawa, “Gurumu ada di suatu tempat yang dimulai dengan hurut "Sin" dalam abjad Jawi Melayu.” Lalu bermula pencarian fagir ke Seremban, Sik, Lenggeng Negeri Sembilan atau Surabaya, Jawa Timur. Akhirnya fagir yang tiada apa-apa ini ditemukan dengan Al-Mukarram Asy-Syaikh Jalaluddin Ar-Rowi yang bermukim di Selayang, Selangor untuk berbai’at dalam Thariqat ‘Aaliyyah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah Murid: Assalamu’alaikum Syaikh, Semoga Antum di dalam perlindungan Allah sentiasa. Hamba Al-Fagir yang hina dan kelam dengan dosa ini ialah pembaca setia blog Tuan Syaikh dan ada niat untuk berbai'ah dan bersuhbah dengan Tuan Syaikh untuk memimpin hamba ke Hadhratillah sekiranya hamba sudi diterima oleh Tuan Syaikh (al-Faqir llallah Fazli Hamzah) 16 Jan 2014 Mursyid: Wa'alaikumussalam, semoga Allah merahmati, lakukan Shalat Taubat, Shalat Hajat dan Shalat Istikharah, jika kuat Iradat maka datanglah kehadhrat kami untuk berbai'at.

Anda mungkin juga menyukai