Anda di halaman 1dari 1

SOALAN 1:

KARANGAN : KEJAYAAN KIM HO

Kim Ho seorang murid Tahun Tiga. Dia bersekolah di SJK (C)


Bercham. Dia seorang yang rajin dan ringan tulang. Dia suka
membantu dan menolong kawan-kawannya di dalam kelas.

Pada pukul 7 pagi, dia bersarapan dan bersalaman dengan


ibu bapanya sebelum bertolak ke sekolah. Dia pergi ke sekolah
dengan berjalan kaki kerana rumahnya berdekatan dengan
sekolah.

Pada waktu petang pula, dia menyiapkan kerja sekolah dan


bermain bola sepak di padang dengan kawan-kawannya. Dia juga
suka membantu ayahnya mencuci kereta dan seorang yang baik
hati.

Pada waktu malam pula, dia pergi ke kelas tuisyen untuk


mengulang kaji dengan abang dan kakaknya. Dia ingin Berjaya
dalam hidup dan menjadikan Dato Lee Chong Wei sebagai idola.

Semua orang sayang akan Kim Ho kerana dia seorang yang


rajin dan mempunyai semangat yang tinggi. Dia ingin berjaya.
Kesimpulannya, kita perlu bersungguh-sungguh semasa belajar
jika ingin mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai