Anda di halaman 1dari 1

KONSEP PATRIOTISME

 Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi
bangsa dan negara.
 Patriotisme berperanan dalam pembentukan bangsa Malaysia dan mengkukuhkan
ketahanan nasional.
 Istilah patriotisme mula digunakan di Malaysia sekitar tahun 1990-an.
 Menurut Kamus Dewan (2005), 'patriot' bererti orang yang mencintai dan mempertahankan
kedaultan negara atau pembela negara.
 Nilai patriotisme merupakan sebahagian daripada nilai murni yang perlu dijiwai dan
diamalkan.
 Patriotisme dapat dizahirkan melalui tindakan seperti mengibarkan Jalur Gemilang,
menyanyikan lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurka kenegaraan, mempamerkan
pelekat patriotik pada kenderaan atau apa-apa cara yang menunjukkan kesetiaan dan kecintaan
terhadap negara.
 Kepentingan semangat patriotisme ialah membina nilai-nilai persefahaman dan penyatuan
antara kaum yang menjadi penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara
 Oleh itu, rakyat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya nilai patriotisme bagi memupuk
semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

CARA-CARA MENUNJUKAN SEMANGAT PATRIOTISME


 bangga menjadi rakyat Malaysia - bangga dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, sebuah
negara yang aman dan makmur - mempertahankan maruah negara terutamanya apabila timbul
isu melibatkan negara
 bekerja keras dan gigih berusaha untuk mengharumkan negara dalam pelbagai bidang -
sukan, akademik - menyertai acara dan pertandingan peringkat antarabangsa - bawa nama
Malaysia
 mendalami dan memahami sejarah Malaysia - mngingati jasa-jasa pejuang dan
menghargai pengorbanan mereka - lawat muzium dan bangunan bersejarah - ziarah pusara
mereka - beli buku biografi
 mengaplikasikan nilai patriotisme dalam diri - mengibarkan Jalur Gemilang - berdiri tegak
ketika mendengar/menyanyikan lagu 'Negaraku' - menyanyi lagu patriotik dengan bersungguh-
sungguh
 menjalinkan hubungan erat sesama anggota masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan
agama - mengukuhkan perpaduan kaum
 melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti - aktiviti kemasyarakatan - tunjukkan
komitmen pada negara - contoh: jadi sukarelawan dalam acara sukan apabila negara kita menjadi
tuan rumah, menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

1. Dapat memastikan kemerdekaan negara terpelihara

2. Dapat membentuk identiti negara dengan bebas

3. Dapat menikmati kemajuan negara

4. Dapat menjamin keharmonian negara

5. Dapat mengekalkan perpaduan nasional

Anda mungkin juga menyukai