Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN INTEGRITI


BADAN BERUNIFORM
TAHUN 2020

17, 18 & 19 Julai 2020

Disediakan oleh :
PN. NOOR AFIQAH BINTI ROSLI
SETIAUSAHA PERKHEMAHAN
SK TAMAN MIDAH 2

1
KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN INTEGRITI
BADAN BERUNIFORM, 2020
SK TAMAN MIDAH 2

1.0 LATAR BELAKANG

Perkhemahan Integriti Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti


kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2. Program ini boleh disertai oleh pelajar
yang menjadi ahli-ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform Sekolah
Kebangsaan Taman Midah 2. Ia akan diadakan di Eagle Ranch Resort, Port
Dickson, Negeri Sembilan pada 17 hingga 19 Julai 2020. Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar
itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial
mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan
oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 RASIONAL

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan


kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat
kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan
aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani
agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan
pembangunan negara yang mampan.

2
3.0 MATLAMAT

Membentuk satu kumpulan pelajar yang DINAMIK, PROGRESIF dan


INOVATIF seiring dengan motto sekolah, disamping memupuk kerjasama
sesama warga sekolah melalui kegiatan kokurikulum.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai


program kepimpinan.
4.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam setiap situasi.
4.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dan menghargai alam sekitar.
4.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
4.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
4.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
4.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Tarikh : 17, 18 & 19 Julai 2020 (Jumaat, Sabtu & Ahad)


Masa : Melibatkan waktu siang dan malam
Tempat : Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kumpulan
Sasaran : 80 orang ahli-ahli badan beruniform, SK Taman Midah 2

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

3
Pengerusi : En. Md Faisal Bin Mohd Salih (Md Salleh) (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn. Mazlah Binti Ab Kadir (GPK Kokurikulum)
: Tn. Hj. Zulkifli bin Mohamad Nor (GPK Pentadbiran)
: En. Ishak Bin Bidin (GPK Hal Ehwal Murid)
: En. Irwan Bin Mokhtar (GPK PPKI)
Setiausaha / Penyelaras : Pn. Noor Afiqah Binti Rosli
Penolong Setiausaha : Pn. Fatimah Binti Abdullah
AJK : En. Mohd Yusri Bin Mat Yasin
: Pn. Kamaleswary A/P Sukumaran
: En. Muhammad Salehuddin Bin Ahmad
: En. Muhammad Azmullah Bin Mustapa

JAWATANKUASA PELAKSANA
Kem Komandan : En. Muzakhkir Bin Amat Nooh
Penolong Kem Komandan : En. Mohd Zariman Bin Md Nor
Pendaftaran / Penginapan : Pn. Noor Afiqah Binti Rosli
: Pn. Norzainita Binti Omar
: Pn. Haslina Binti Mat Sahat
: Pn. Nurul Fatekah Binti Abdullah
Persiapan Tempat : En. Asyraf Syahir Bin Tarmizi
: En. Mohamad Farhan Bin Mohd Suhaile
: Cik Hasbuna binti Abdul Hak
: Cik Ainul Farha Binti Mohd Fauzi
Kawalan Malam & Keselamatan : Guru Lelaki
: Murid Lelaki (Mengikut Jadual)
Penggambaran / Dokumentasi : Pn. Fatimah Binti Abdullah
: Pn. Anbuarasei A/P Mariappan @ Chandran
: Pn. Irwanaida Binti Che Pa
: En. Mohamad Yunus Bin Razali
PA Sistem / Peralatan : En Mohd Yusri B. Mat Yasin
: En. Mohd Noor Khahairidzuwan Bin Khalid
Hadiah / Penyampaian Hadiah : Pn. Norsharina Binti Mohamed
: Pn. Yogeswari A/P Roseeveel
: Pn. Mursyidah binti Mohd Yunus
: Pn. Hafizah Binti Ab Hamid
Malam Kebudayaan : Pn. Kamaleswary A/P Sukumaran
: Pn. Norfaizah Binti Othman
: Pn. Marilyn Thecla Lee
: Cik Zaifalisa Binti Mohd
Makanan / Minuman : Pn. Norsakinah Binti Ab Rahman
: Pn. Nurulhuda Binti Abdul Aziz
: Pn. Suhaila Binti Zamiran
: Pn. Nazimah Binti Yahya
: Pn. Jasimah Binti Jumaat
Senaman Pagi : En. Mohamad Shahrul Shafiq Bin Rosmi
Aktiviti : En. Ahmad Azaly Bin Ali
Aktiviti Kerohanian / Moral : En. Mohd Adli Bin Abdul Razak

4
: Pn. Mariati Binti Mohamad Maruan
: Pn. Santhe A/P Rajoo
Pertolongan Cemas : Pn. Efa Liyana Binti Nordin
: Pn. Arma Binti Ibrahim
: Cik Ong Swee Lian
Pengangkutan : En. Muhammad Salehuddin Bin Ahmad
Kebersihan : En. Muhammad Faiz Bin Abdul Rahim
: En. Mohd Hilmi Bin Mohd @ Ab Razak
: Cik Mary Tey Geok Hwa
: Pn. Wong Lai Mooi

7.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Masa Aktiviti


2:30 pm Peserta berkumpul dan pendaftaran
3.00 pm Bertolak ke Eagle Ranch Resort
5.00 pm Tiba/ Taklimat program
Minum petang/ Solat
Jumaat Teknik Berkawad
17 - KAWAD DINAMIK
Julai - KAWAD STATIK
2020 7:00 pm Makan malam
Solat Maghrib
Minum Malam/ Solat Isyak
10:00 pm LDK 1 (Ice breaking)
11:00 pm Tidur
5:30 am Bangun dan persiapan diri/ Solat Subuh/kuliah subuh
7:30 am Sarapan pagi
8:00 am Pemeriksaan pagi
8:30 am Senaman pagi
9:00 am LDK 2 (Bantu Mula)
- Anduh Tangan
Sabtu - Anduh Siku
18 - Anduh Lengan
Julai 11:00 am LDK 3 (Orientaring - Kompas)
2020 12.00 pm Makan tengahari/ persiapan diri/ Solat Zohor
2.30 pm LDK 4 (Ikatan dan simpulan)
4:30 pm Minum petang/ Solat Asar
7.00 pm Persiapan diri/ makan malam/ Solat Maghrib/
8:00 pm LDK 5 (Komunikasi seorang pemimipin)
10:30 pm Malam Kebudayaan
12:00 pm Tidur
Ahad 5:30 am Bangun dan persiapan diri/ Solat Subuh/kuliah subuh
19 7:30 am Sarapan pagi
Julai 8:00 pg Pemeriksaan pagi

5
8:30 pg Senaman pagi
9:00 pg Teknik menyelamat
2020 10:30 pg Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah
1:00 ptg Makan tengahari/ Solat Zohor
2:00 ptg Bertolak pulang ke SK Taman Midah 2

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 PENDAPATAN

BIL SUMBER KEWANGAN PERUNTUKAN JUMLAH


1 Kutipan daripada murid RM 200 X 80 RM 16 000
2 Sumbangan Sekolah RM 1000 RM 1000
3 Sumbangan PIBG RM 2500 RM 2500
JUMLAH KESELURUHAN RM 19 500

8.2 PERBELANJAAN

HARGA SEUNIT JUMLAH


BIL PERKARA BILANGAN
(RM) (RM)
1 Pakej Penginapan 80 200.00 16 000.00
2 Pengangkutan 2 1250.00 2500.00
3 Sijil / Fotografi 80 2.50 200.00
Peralatan/Makan minum
4 - - 250.00
guru-guru
5 Kecemasan - - 250.00
6 Pelbagai - - 300.00
JUMLAH KESELURUHAN 19 500.00

9.0 PENUTUP

6
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan di dalam
aktiviti perkhemahan integriti ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... ...................................................
(PN. NOOR AFIQAH BINTI (PN MAZLAH BT AB. KADIR)
ROSLI) PEN. KANAN KOKURIKULUM
SETIAUSAHA PERKHEMAHAN SK TAMAN MIDAH 2
SK TAMAN MIDAH 2

Disahkan oleh,

......................................................
(EN. MD FAISAL BIN MOHD
SALIH (MD SALLEH)
GURU BESAR
SK TAMAN MIDAH 2

Anda mungkin juga menyukai