Anda di halaman 1dari 38

BAB 1

1.1 Pengenalan

Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk membangunkan modal insan yang
mempunya pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.Matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu,
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta
membina disiplin diri dikalangan pelajar.

Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai
ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyedian guna tenaga dalam pelbagai
bidang pekerjaan. Untuk tujuan itu, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membantu misi nasional menjadikan
Malaysia sebuah negara maju. Enam teras tersebut ialah membina negara bangsa,
membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang
pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan.

Menurut Morphet et.al (1982) matlamat sesebuah organisasi itu bukan untuk mengadakan
keadaan yang mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan
keadaan yang dapat mempertingkatkan organisasi bagi mencapai matlamat. Dalam organisasi
sekolah, ada beberapa buah unit sosial kecil yang berintraksi dan berhubungan antara satu sama
lain. Tiap-tiap satu unit memberi sumbangan dan mempengaruhi pencapaian matlamat
keseluruhan organisasi sekolah.Pengurusan yang baik merupakan nadi yang menghidupkan dan
menggerakkan organisasi itu.Ini dapat dibentuk sekiranya setiap individu yang terlibat di
dalamnya dapat memahami ruang lingkup tugas masing-masing. Antara lain tugas pengurus

1
sesebuah sekolah itu termasuklah kegiatan yang memperlihatkan perancangan , kepimpinan dan
usaha-usaha perubahan yang berlaku dalam mengesan, menyusun dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh sekolah.

Walaupun sekolah berada diperingkat terbawah dalam hirarki pengurusan pendidikan,


kesan pengurusan pada peringkat ini sangat menyeluruh dan berkekalan (Esah, 2002). Dalam hal
ini, pengurusan pendidikan sekolah yang disokong dengan struktur pentadbiran yang lengkap
dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu dimana setiap fungsi itu saling melengkapi fungsi akan
membawa sistem pendidikan mencapai matlamat yang dicita-citakan (Ahmad Kilani , 2003).

Menurut Mortimore (1991), sekolah yang berkesan adalah keadaan dimana murid-
muridnya mengecapi perkembangan dan kemajuan pencapaian. Reynold dan Creemer (1990)
membuat rumusan bahawa sekolah yang berkesan bererti sekolah yang memberi suatu kesan ke
atas perkembangan muridnya .

Lezotte ( 1990) pula menyatakan, ukuran sekolah berkesan yang diguna pakai oleh
kebanyakkan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu seperti matematik, sains
atau bahasa , kehadiran kesekolah dan kepuasan murid. Chester Barnad (1984) mengutarakan
bahawa kecekapan dan keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur berdasarkan kriteria
keberkesanan adalah berkaitan dengan matlamat sesebuah sekolah itu. Kecekapan adalah
berhubung dengan peringkat kepuasan bekerja individu dan kumpulan individu dalam sesebuah
organisasi sekolah itu.

Thirauf(1977) dan James Stoner & Chales Wankel (1985) telah mengutarakan empat
aktiviti utama dalam bidang pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pengarahan dan
pengawalan. Proses tersebut perlu diperkembangkan dan diintegrasikan bagi membentuk dan
mewujudkan pengurusan yang berkesan disekolah.

2
Bagi memastikan keberkesanan pengurusan dan mencapai kecemerlangan dalam mata
pelajaran yang diajar, sekolah telah membentuk beberapa buah panitia mata pelajaran yang
dipimpin oleh seorang ketua panitia. Ketua panitia sepatutnya dipilih dari kalangan guru mata
pelajaran yang berpengalaman. Semua guru matapelajaran akan berada dalam panitia
matapelajaran untuk sama-sama mengembeling seluruh tenaga dan buah fikiran bagi memenuhi
keperluan dan objektif sekolah.

Panitia matapelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu panitia mata pelajaran yang
terdapat disekolah.Peranan panitia Pendidikan Islam antaranya mempertingkatkan kerjasama
dan muafakat guru-guru Pendidikan Islam untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan
memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan. Ianya penting dalam
mencapai hasrat dan matlamat teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu
membangun modal insan. Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh
murid beragama Islam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan
kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif
strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan. (JAPIM , 2003)

Panitia Mata Pelajaran di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986
dengan objektif sebagaimana berikut :

1- Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas


panitiaPendidikan Islam di sekolah.
2- Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru Pendidikan Islam untuk
merancang,melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan
aktiviti yang berkaitan.

3
3- Menggembeling tenaga guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
panitia.
4- Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan
hambatandalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap
dan tabiatbelajar pelajar.
5- Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data dan maklumat berkaitan
denganPendidikan Islam di sekolah.

Panitia Matapelajaran Pendidikan Islam perlu mengadakan pelbagai aktiviti dan


mempelbagaikan kaedah dalam usaha untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu penyusunan
struktur pengurusan perlu dirancang dengan baik. Namun menurut Hussein (1991) struktur
dalam pengurusan pendidikan kini sedang berhadapan dengan beberapa masalah yang agak unik,
khususnya dari segi kecenderungan nilai pihak pemimpin.Menurut Wan Mohd Zahid (1994)
pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya.

Terdapat panitia yang gagal menjadikan panitianya sebagai panitia yang berkesan iaitu gagal
mencapai sasaran dalam bidang akademik.Laporan Jemaah Nazir Sekolah Wilayah Persekutuan
(1999) mendapati bahawa ketua panitia tidak mampu serta kurang kemahiran dan pengetahuan
tentang prinsip-prinsip pengurusan dan merancang pengurusan. Tidak terdapat program
pembangunan staf serta panitia dikatakan gagal memainkan peranan sebagai badan profesional
disekolah.

Pengurusan yang cemerlang sangat penting dalam menyusun institusi dan mengerakkan
kakitangannya kearah mencapai matlamat institusi (Ahmad Kilani 2003) . Menurut James A.F.
Stoner & Chales Wankel (1985) pengurusan merupakan proses merancang, mengelola
memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-
sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Persoalannya sejauh manakah tahap pengurusan Panitia Pendidikan Islam dalam aspek
pengurusan disekolah? Sejauh manakah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal

4
telah dilaksanakan dalam pengurusan Panitia Pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah.
Tegasnya pengurusan yang berkesan amat mustahak dalam mencapai matlamat dan objektif
organisasi.

1.3 Penyataan Masalah

Mata pelajaran pendidikan Islam merupakan tunggak utama dalam memastikan murid-murid
Islam menghayati dan mengamalkan ajaran agama Islam dengan sempurna. Proses pengajaran
dan pembelajaran haruslah dilaksanakan dengan penuh teliti dan berperancangan agar matlamat
pembentukan modal insan bertaraf dunia dapat dihasilkan.

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah
khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam.Peranannya
amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di peringkat
sekolah lebih terancang dan sistematik.Panitia pendidikan Islam mempunyai tugas dan
tanggungjawab langsung dalam menjayakan pembentukan modal insan. Pengurusan Panitia Mata
Pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan akhlak murid.

Berdasarkan kepada kepentingan itulah, maka kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap
kecekapan serta keberkesanan pengurusan panitia Pendidikan Islam disekolah rendah
berdasarkan model pengurusanoleh J.AF. Stoneriaitu merancang, mengelola , memimpin dan
mengawal (POLC)

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap amalan pengurusan panitia Pendidikan Islam seperti
berikut ;

5
1.4.1 Mengenal pasti tahap amalan perancangan dalam pengurusan panitia Pendidikan
Islam .
1.4.2 Mengenal pasti tahap amalan pengorganisasian dalam pengurusan panitia
Pendidikan Islam .
1.4.3 Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan dalam pengurusan panitia Pendidikan
Islam .
1.4.4 Mengenal pasti tahap amalan pengawalan dalam pengurusan panitia Pendidikan
Islam .
1.4.5 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan penilaian mengikut demografi
( umur, jantina dan pengalaman mengajar ) guru-guru terhadap pengamalan
perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan dalam pengurusan panitia
Pendidikan Islam .
1.4.6 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan penilaian mengikut gred sekolah
guru-guruiaitu gred A, gred B dan Sekolah Kurang Murid (SKM) terhadap
pengamalan perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan dalam
pengurusan panitia Pendidikan Islam.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap amalan perancangan dalam pengurusan panitia Pendidikan Islam .
1.5.2 Apakah tahap amalan pengelolaan dalam pengurusan panitia Pendidikan Islam .
1.5.3 Apakah tahap amalan kepimpinan dalam pengurusan panitia Pendidikan Islam .
1.5.4 Apakah tahap amalan pengawalan dalam pengurusanpanitia Pendidikan Islam .
1.5.5 Apakah terdapat perbezaan penilaian mengikut demografi umur, jantina dan
pengalaman mengajar guru-guru terhadap pengamalan perancangan, pengelolaan,
kepimpinan dan pengawalan dalam pengurusan panitia Pendidikan Islam .

6
1.5.6 Apakah terdapat perbezaan penilaian mengikut gred sekolah guru-guru iaitu gred
A, Bdan SKM terhadap pengamalan perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan
pengawalan dalam pengurusan panitia Pendidikan Islam.

1.6 Kepentingan Kajian

Pengurusan panitia disekolah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan
prestasi akademik murid.Oleh itu, ketua panitia dan ahli jawatankuasa panitia sewajarnya
melaksanakan pengurusan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan objektif penubuhan
panitia matapelajaran.

Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan
berdasarkan fungsi pengurusan yang telah dicadangkan oleh Stoner (1984).Diharapkan kajian ini
dapat membantu pihak sekolah, ketua panitia dan guru-guru dalam mengenal pasti tahap amalan
pengurusan yang telah di laksanakan diperingkat sekolah. Ianya juga diharap dapat membantu
pihak sekolah, ketua panitia dan guru-guru dalam meningkat dan menambahbaik fungsi amalan
pengurusan panitia .

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat kepada pihak JPN dan
PPD dalam merangka program pengurusan panitia seterusnya dapat memantapkan amalan
pengurusan panitia diperingkat sekolah.

Usaha yang berterusan dalam memberikan ilmu pengurusan kepada guru-guru pastinya akan
dapat meningkat tahap pengurusan panitia seterusnya melonjakkan tahap pencapaian alademik
dikalangan murid-murid.

1.7 Kerangka Kajian

7
PENILAIAN GURU FAKTOR DEMOGRAFI

Ketua Panitia Umur

Guru Pendidikan Islam Jantina

Guru j-QAF Pengalaman Mengajar

Gred Sekolah

AMALAN PENGURUSAN

Perancangan

Pengelolaan

Pengarahan

Pengawalan

1.8 Skop Dan Batasan Kajian

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada penilaian guru-guru pendidikan Islam terhadap
amalan pengurusan oleh Panitia Pendidikan Islam dalam merancang program kecemerlangan
akademik. Tumpuan kajian adalah kepada aspek fungsi pengurusan iaitu, perancangan,
pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan.

8
Turut dikaji ialah perkaitan penilaian guru terhadap amalan pengurusan berdasarkan
demografi umur, jantina dan pengalaman mengajar. Perkaitan penilaian guru terhadap amalan
pengurusan berdasarkan gred sekolah juga dikaji dengan melibatkan sekolah gred A, gred B dan
Sekolah Kurang Murid (SKM).

Dapatan kajian ini terbatas kepada sekolah rendah di Zon Skudai, Johor Bahru.Responden
yang terlibat dalam kajian ini dipilih dari kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran
pendidikan Islam sahaja.

1.9 Definisi Istilah

Penjelasan mengenai pengertian setiap istilah berdasarkan tajuk penulisan.Pengertian ini


dinyatakan berdasarkan rujukan yang sahih.

1.8.1 Pengurusan

Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan


mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan (James Stoner, 1985). Menurut Ahmad Antory Hussain
(1991) pula menjelaskan pengurusan sebagai merujuk kepada set yang direka bentuk untuk

meninggikan dan mengarah kerja-kerja atau tugas yang sengaja dilakukan. Bagi Wan Azmi
Ramli (1981) pengurusan membawa maksud sebagai satu aktiviti perancangan dan pengarahan

9
atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah,
peraturan-peraturanya, juga tanggungjawab dan tugas kakitangannya.

1.8.2 Panitia

Sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran
yang sama (Pekeliling Iktisas Bil. 4/1986) . Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh guru
kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh guru besar atau pengetua. Panitia
bertanggungjawab memperoleh sukatan pelajaran semasa, memilih dan mencadangkan kepada
pihak sekolah buku-buku rujukan dan bahan bantuan mengajar . Tugas panitia juga adalah
sebagai penyelaras soalan-soalan ujian, menganalisis keputusan dan merancang aktiviti bagi
meningkatkan prestasi pelajar ( Omardin , 1996).

1.8.3 Pendidikan Islam

Kalimah pendidikan berasal dari kalimah didik yang bererti pelihara, ajar, atau jaga dengan
hati. ( Kamus Dewan , 1994). Manakala Islam pula merujuk kepada agama Islam. Konsep
pendidikan Islam disini ialah proses yang berpanjangan serta berterusan mengajar manusia agar
dapat melahirkan manusia yang berilmu dan mengekalkan nilai-nilai budaya agar kehidupan
masyarakat berterusan.

As Syaibani (1991) menyatakan, pendidikan Islam itu sebagai satu usaha untuk mengubah
tingkah laku individu dalam kehidupan masyarakat dan persekitaran melalui proses pendidikan.

1.9 KESIMPULAN

10
Ketua Panitia dan guru-guru yang terlibat dalam membentuk ahli jawatankuasa panitia
disekolah memainkan peranan yang penting bagi memastikan pengurusan panitia yang
cemerlang.Ketua panitia dan ahli jawatankuasa sewajarnya mengembelingkan seluruh idea dan
tenaga dalam memastikan visi dan misi sekolah tercapai.Dengan perancangan, pengorganisasian,
kepimpinan dan pengawalan yang sempurna pastinya dapat mencapai tahap kecemerlangan
prestasi yang terbaik serta membawa kejayaan kepada murid-murid.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sekolah adalah elemen terpenting dalam menggerakkan dan menjana pelbagai ilmu.
Pengurusan dalam pendidikan yang cekap dan berkesan diyakini dapat mempertingkatkan lagi
mutu pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan modal insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.

11
Kejayaan para pelajar atau murid dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
pada sesuatu matapelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan
keberkesanan guru yang mengajar ( Abdullah Sani, 2005). Oleh itu, guru-guru harus sentiasa
meningkatkan kemahiran pedagogi dan ikhtisas agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa
meningkat dan terkini.

Pengurusan mata pelajaran merupakan sebahagian daripada pengurusan kurikulum dan


diuruskan oleh panitia matapelajaran. Pengurusan panitia mata pelajaran termasuk dalam
pengurusan pertengahan disekolah. Panitia mata pelajaran memainkan peranan penting dalam
melaksanakan strategi seterusnya meningkatkan prestasi matapelajaran. Panitia matapelajaran
perlu mempunyai struktur organisasi yang tersusun agar dapat melaksanakan pengurusan yang
cekap dan berkesan. Weber (1961) menyatakan bentuk susunan sesebuah organisasi bergantung
kepada jenis organisasi, faktor dalam dan faktor luaran. Dalam hal ini sekolah tidak dapat lari
dari mempunyai struktur yang tersusun yang terdiri dari pengetua atau guru besar, penolong
kanan, dan guru kanan atau ketua panitia

2.2 Pengurusan

2.2.1 Definisi Pengurusan

Menurut James AF Stoner (1984) pengurusan sebagai proses merancang, mengelola,


mengarah dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber
organissi yang lain bagi mencapai matlamat organisasi. Bagi Thierauf et,al. (1977) pengurusan
sebagai suatu proses menempatkan input organisasi melalui perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output (barangan dan perkhidmatan) yang
diingini oleh pelanggan supaya matlamat organisasi tercapai.

12
Denyer (1997) pula menyatakan pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal
sesuatu intitusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan.
Ia juga merupakan arahan dan kawalan kepada empat faktor iaitu manusia, kewangan, bahan
mentah dan alatan. Manakala menurut Robins (2000) pula, pengurusan merujuk kepada satu
proses yang dilakukan oleh ahli-ahlinya untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti secara efisen
dan efektif. Ia juga merupakan proses sosial yang dibentuk, disusun untuk mewujudkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai
sesuatu matlamat dan objektif.

Berdasarkan pengertian pengurusan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat empat


proses atau fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pengarahan dan
pengawalan. Proses tersebut perlu dikembang dan diintegrasi bagi membentuk pengurusan
disemua peringkat supaya menjadi lebih berkesan.

Rajah 2.1 menunjukkan proses pengurusan sebagaimana yang dinyatakan oleh stoner
(1984) iaitu melibatkan proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan.

P e
p r a p e
e pn c n g
n ea n e l
g ng a o l
a gn a a
w a r n
a l a
a h
n a
n
Rajah 2.1 : Proses Pengurusan

13
Dalam rajah 2.1 di atas, proses pengurusan yang pertama ialah membuat perancangan,
diikuti dengan proses pengelolaan dan seterusnya proses pengarahan. Proses yang terakhir dari
kitaran pengurusan ialah proses pengawalan.

2.2.2 Perancangan

Perancangan merupakan suatu keupayaan dan kebolehan dalam menetapkan objektif atau
matlamat organisasi dan memutuskan tugas dan penggunaan sumber untuk mencapainya. Ia
meliputi kemampuan organisasi dan ahli pasukannya dalam membuat keputusan yang menuntut
pemikiran kreatif dan kritis terhadap aktiviti-aktiviti yang kurang berstruktur dan luas bidangnya.
Perancangan merupakan tugas yang kritis bagi sesuatu tugas. Ini perlu untuk mengelakkan
kesilapan , pembaziran dan kelewatan. Pada peringkat perancangan , perkara yang perlu
dipersoalkan antaranya tujuan dan objektif aktiviti atau program, strategi dan strategi alternatif.
Dalam setiap perancangan sesuatu organisasi perlu menentukan objektif, menilai persekitaran
dan mengembangkan strategi keseluruhan untuk mencapai objektif.

2.2.3 Pengelolaan

Kebolehan dan keupayaan mengenal pasti tugas dan sumber yang berkaitan supaya
perancangan kurikulum dapat dilaksanakan dengan sempurna. Keputusan yang berkaitan dengan
perancangan pengurusan kurikulum menuntut pemahaman yang mendalam terhadap persekitaran
dan agihan tanggungjawab untuk merealisasikan objektif organisasi. Dalam proses pengelolaan ,
setiap ahli perlu menentukan dan menyusun tugas-tugas dalam suatu rangka atau struktur yang
jelas. Mengenal pasti tugas bersama orang yang bertanggungjawab serta memahami
perangcangan dengan baik.

2.2.4 Pengarahan

14
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan
dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-
faktor motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak
pengurusan.

Pengarahan merujuk kepada kebolehan dan kemampuan menggunakan pengaruh untuk


mendorong ahli-ahli untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi. Mempunyai kemahiran
interpersonal seperti galakan, sokongan dan sebagainya. Kepemimpinan dalam organisasi
meliputi perkara-perkara yang kompleks dan memerlukan kepada pendekatan yang kreatif dan
kritis.

2.2.5 Pengawalan

Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan prestasi organisasi telah


dicapai mengikut perancangan, menngenal pasti masalah dan mengambil langkah penyelesaian.
Kebolehan dan keupayaan memantau program dan aktiviti yang dilaksanakan supaya menepati
objektif dan mengambil tindakan pembetulan serta pembaikan. Biasanya pengawalan melibatkan
pengambilan keputusan yang berstruktur walaupun proses yang terlibat mungkin kompleks,
terutama ketika proses pembetulan. Tanpa kawalan, organisasi tidak akan mengetahui sama ada
tugas-tugas yang dirancang dan dilaksanakan adalah cekap atau berkesan. Pengawalan
merupakan mekanisme pemandu yang menghubungkan kesemua fungsi sebelumnya iaitu
perancangan, pengelolaan, dan Pengarahan. Maklumbalas daripada proses kawalan seharusnya
menunjukkan perlu atau tidak kepada tindakan penambahbaikan.

2.3 Pengurusan sekolah

Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam
melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif
organisasi sekolah. Guru besar atau pengetua merupakan faktor utama dalam menentukan
kejayaan sesebuah sekolah . Tanggungjawab guru besar atau pengetua sangat luas dan berat

15
serta tugasnya kompleks dan sangat mencabar. Justeru guru besar atau pengetua memerlukan
pasukannya untuk mengurus sekolah dengan cekap dan berkesan. Guru besar atau pengetua perlu
mengalakkan perkembangan kepimpinan dan membina kapasiti dikalangan semua guru.
(Gabriel, 2005)

Pengurusan Pentadbiran yang berkesan disesebuah sekolah memerlukan kepada kepimpinan


seorang guru besar yang berpengetahuan, berkecekapan, berpengalaman mengajar dan
berkemahiran untuk mentadbir.ciri-ciri keterampilan pentadbiran bagi sekolah yang berkesan
ialah kebolehan menganalisa masalah , kebolehan membuat keputusan, keperluan pengurusan
organisasi serta sensitiviti.

Sesebuah organisasi yang ditubuhkan memerlukan penyusunan yang rapi dan teliti serta
bersesuaian dengan tujuan , matlamat, strategi dan program yang dibuat pada peringkat
perancangan. Organisasi yang tersusun dari segi struktur, sistem komunikasi atau sistem
penyelarasan sudah tentu dapat mempertingkatkan mutu pengurusan dengan menyeluruh. Tanpa
susunan dan pembahagian tugas yang seimbang serta sistem saluran maklumat yang tidak
bersistematik akan melemahkan keseluruhan organisasi. Weber (1961) menyatakan bentuk
susunan sesebuah organisasi bergantung kepada jenis organisasi, faktor dalaman dan faktor
luaran.

Organisasi Pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan sistem politik dan pentadbiran


negara. Pendidikan digunakan sebagai alat perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk
sebagaimana yang ditegaskan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, “ untuk memelihara
perpaduan Negara, adalah diperakukan supaya sistem pengurusan pendidikan yang diarahkan
dari pusat dikekalkan. Ini bermakna perancang pelajaran hendaklah dari pusat dengan
menggunakan input dan maklumat yang dibekalkan dari peringkat negeri menerusi Jawatankuasa
Perancang Negeri yang perlu ditubuhkan disetiap Jabatan Pendidikan Negeri” ( Sahari
Mustafa,2001)

Penyusunan struktur organisasi boleh dilakukan secara menegak atau mendatar. Struktur
organisasi sekolah tertakluk kepada bentuk dan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

16
Struktur organisasi sekolah dapat dilihat dengan jelas apabila adanya carta organisasi
sekolah. Carta organisasi disediakan oleh guru besar sebagai pengurus sekolah dan ianya
menunjukkan fungsi fungsi bahagian dan kebertanggungjawaban setiap bahagian dalam
organisasi. Carta perlu ditampal dan perlu boleh dilihat dengan jelas oleh semua warga sekolah.
Organisasi atau kedudukan jawatan yang jelas memudahkan sebarang rujukan dibuat (Abdullah
Sani, 2005). Rajah 2.2 dibawah menunjukkan carta organisasi dan pentadbiran sekolah.

GPG
ueP
rrnKnK
ugk
u
r
ui
sk
au
nl
Au
m
Rajah 2.2 (Manual Pengurusan Sekolah SKTU 4, 2010)

Daripada rajah 2.2 jelas menunjukkan dalam sebuah organisasi sekolah terdapat tiga
bahagian iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum yang diketuai oleh penolong kanan.
Penolong kanan kurikulum bertanggungjawab terhadap pentadbiran am, kewangan, panitia mata
pelajaran, peperiksaan, pusat sumber, takwim sekolah dan memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar. Manakalan penolong kanan hal ehwal murid pula
bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan dengan kebajikan murid seperti skim pinjaman

17
buku teks, bantuan-bantuan, disiplin, rawatan dan kesihatan, sistem maklumat murid , lawatan
murid, bimbingan dan kaunseling dan hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan murid.
Sementara penolong kanan kokurikulum bertanggungjawab terhadap aktiviti kokurikulum dan
ko-akademik, badan beruniforn, sukan, pertandingan, pembangunan dan penyelengaraan,
kecerian, kebersihan dan keselamatan dan pekerja swasta.

2.4 Pengurusan Pertengahan Dalam Organisasi Sekolah

Pengurus pertengahan mengurus manusia bagi memastikan kerja dapat dijalankan


dengan lancar dan bersistematik. Pengurus pertengahan disekolah memainkan peranan penting
bagi menentukan kelangsungan pendidikan berdasarkan sistem pendidikan yang ditetapkan oleh
kerajaan. Namun begitu, proses yang dilalui oleh guru untuk menjadi pengurus tidak begitu
jelas, namun sekarang ramai guru menjadi pengurus.

Pengurus pertengahan memerlukan individu bagi mengenal pasti dan mengaitkan diri
dengan pelbagai tugas. Pengurusan yang berkesan ialah kebolehan pengurus pertengahan
mengenal pasti peranannya dalam sesuatu situasi disekolah.

Disekolah, ketua bidang dan ketua panitia merupakan pengurus pertengahan yang
melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam bidang kurikulum. Ketua bidang
dan ketua panitia memainkan peranan penting dalam melaksanakan misi dan visi sekolah serta
memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik. . Disamping itu, mereka
berfungsi sebagai penghubung antara guru-guru dan pihak pentadbir atasan. Peringkat
pengurusan sekolah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengurusan peringkat atasan,
pengurusan peringkat pertengahan dan pengurusan peringkat bawahan. Pembahagian tugas dan
peranan adalah melalui corak hirarki.

Menurut Robiah Sidin (2003), hirarki melambangkan bagaimana tugas dan kuasa itu
dibahagi-bahagikan. Pegawai yang menduduki jawatan yang paling tinggi sekali dalam rantai
kuasa, adalah juga mempunyai kuasa , pengaruh, status dan gaji yang tertinggi dan terbanyak.

18
PaeBAntgwuhrs
Pembahagian tugas melalu corak hirarki selalunya menimbulkan organisasi berbentuk piramid.
Dalam bentuk ini, apa yang jelas ialah anggota-anggota yang kurang bertanggungjawab lebih
banyak berada dibawah sementara anggota yang berada di atas adalah sedikit berbanding
tanggungjawab mereka yang lebih banyak.
pengurusan sekolah.

disekolah ( sumber : Hanizah Mafoz, 2005)


Rajah 2.2 menunjukkan asas perhubungan dalam

Guru Besar/Pengetua
Penolong kanan
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua Bidang
Ketua Panitia

Guru-guru mata pelajaran


Staf Sokongan

Rajah 2.3. Peringkat pengurusan

Berdasarkan rajah 2.3 , Pengurusan atasan disekolah terdiri daripada Guru besar,
penolong kanan, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum. Guru besar adalah
orang yang paling bertanggungjawab terhadap keberkesanan semua kegiatan sekolah. Penolong
kanan merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap keberkesanan bidang kurikulum.
Manakala penolong kanan hal ehwal murid pula bertanggungjawab terhadap kebajikan murid.
Sementara penolong kanan kokurikulum merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap
kegiatan luar bilik darjah.

Rajah,2.3 juga menunjukkan kedudukan pengurusan pertengahan yang sedikit melebar


daripada pengurusan atasan. Pengurusan pertengahan adalah terdiri daripada ketua bidang dan
ketua-ketua panitia. Ketua panitia merupakan orang yang bertanggungjawab kepada panitianya

19
dan membantu jawatankuasa kurikulum dalam mengurus kecemerlangan akademik murid
disekolah. Sementara pengurusan bawahan terdiri dari guru-guru mata pelajaran dan kakitangan
sokongan yang lain. Guru mata pelajaran bertanggungjawab melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan baik serta melaksanakan tanggungjawab yang diberi oleh
ketua panitia. Selain itu, guru-guru juga dibantu oleh kakitangan sokongan yang lain dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajan berjalan dengan lancar dan menepati piawaian
yang ditetapkan oleh pihak panitia serta memenuhi misi dan visi sekolah.

Guru merupakan pengerak utama kejayaan sesebuah sekolah terutama dalam bidang
akademik, kokurikulum, disiplin murid dan sebagainya. Guru-guru perlu diberi semangat dan
motivasi serta disediakan suasana kerja yang kondusif dan menarik minat mereka.

Didalam pengurusan sekolah, pengelolaan sekolah merupakan salah satu elemen yang
penting selain perancangan, penyelarasan, perhubungan, penyelesaian dan penilaian. Pengelolaan
sekolah melibatkan pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan perancangan yang dibuat dan
melibatkan semua elemen yang ada disekolah seperti manusia yang terdiri daripada guru-guru,
murid-murid, dan kakitangan sokongan. Manakala pengelolaan aspek material pula termasuk
bangunan, kawasan , kewangan dan peralatan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ( Ibrahim
Mamat, 2001).

2.5 Keperluan pengurus pertengahan disekolah

Budaya pengurusan sekolah kini berubah daripada model hierarki ‘atas-bawah’ kepada
struktur lebih mendatar yang melibatkan kebanyakan staf dalam pengurusan sekolah ( Abdullah
Sani, 2005). Keperluan pengurus pertengahan disekolah sudah meningkat disebabkan oleh
perubahan kepada pengurusan berasaskan sekolah. Menurut O’Sullivan et.al (1990) peranan

20
pengurusan bukan sahaja dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua tetapi juga guru penolong
kanan, guru kanan mata pelajaran, dan guru-guru dengan tanggungjawab khusus. Mereka
bertindak sebagai koordinator , pengawal, perancang dan pelaksana .

Sebagai pengurus pertengahan disekolah, ketua panitia perlu memainkan peranan sebagai
penghubung diantara pengurus atasan dengan guru-guru. Menerusi ketua panitia, sebarang
permasalahan yang timbul pada peringkat guru-guru mata pelajaran dapat disalurkan kepada
pihat pentabdiran dengan segera. Perhubungan antara panitia dapat diselaraskan diperingkat
jawatankuasa kurikulum yang dianggotai oleh semua guru kanan mata pelajaran dan ketua-ketua
panitia.

Pengurus pertengahan berperanan mengurus organisasi bagi memastikan kerja dapat


dijalankan dengan baik dan teratur. Pengurus pertengahan berada dibawah suatu struktur
pengurusan dan mempunyai peranan penting bersama pasukan kerjanya. Keahlian dalam
pasukan dan kepimpinan sangat penting kepada fungsi pengurusan sekolah. Pengurus
pertengahan ialah seorang guru, pemimpin dan ahli pasukan.

Pengurus pertengahan harus bertujuan memimpin dan terlibat bersama dalam pasukan
yang efektif serta mempunyai tujuan yang sama, berkongsi kemahiran, menyedari potensi dan
mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Sebagai pemimpin pasukan , pengurus pertengahan
harus bertindak sebagai model peranan kepada ahli pasukannya. Pengurus pasukan juga harus
memberi dorongan dan rangsangan kepada yang lain bagi mencapai tahap kecekapan yang tinggi
dan berusaha mencapai tujuan sekolah.

Pengurus pertengahan sewajarnya mempunyai kefahaman berkaitan dengan hubungan


interpersonal dengan orang lain bagi mengelakkan konflik dalam pengurusannya. Pengurus
pertengahan harus mengenal pasti pengaruh yang berbeza ke atas jawatannya. Struktur sekolah
sebagai organisasi mesti menunjukkan kedudukkanya dengan jelas dalam sistem pergurusan.

Menurut Sonia Blandford (1999), seorang pengurus pertengahan adalah pengurus bilik
kakitangan yang mengurus pengetahuan dan kefahaman, kemahiran dan kebolehan rakan sekerja.

21
Dalam sebuah sekolah, ketua panitia bertindak sebagai pengurus kepada pasukan panitia mata
pelajaran. Ketua penitia perlu bekerja secara berpasukan dengan semua guru-guru mata
pelajaran. Pengurus pertengahan perlu sentiasa mencipta, membentuk dan mengaitkan amalan
dan polisi untuk mencapai kejayaan. Kerjasama yang erat dan padu amat dituntut demi
melicinkan pentadbiran dan pengurusan panitia. Pengurusan yang berkesan diperolehi daripada
kebolehan pengurus pertengahan mengenal pasti peranannya. Hubungan kemanusian pengurus
pertengahan dengan ahli-ahli dalam pasukan amatlah penting dan dituntut. Sehubungan dengan
itu, ketua panitia sebagai pengurus pertengahan seharusnya mempunyai kemahiran-kemahiran
interpersonal yang baik dengan ahli jawatankuasa panitia.

Sonia Blandford (1999) mengatakan, pengurus pertengahan adalah sebagai penyebar dan
pengumpul maklumat dan bertindak sebagai jaga untuk pasukannya. Pengurus pasukan perlu
peka kepada keperluan pasukannya dan peluang-peluang yang boleh meningkatkan pengetahuan
dan kemajuan ahli. Pengurus pertengahan tidak seharusnya berahsia dari ahli-ahli pasukannya.
Pengurus pertengahan perlu mengenal pasti peranannya dari segi tugas, tanggungjawab,
perhubungan, keadaan kerja dan pengaruh luaran. Seorang pengurus perlu mempunyai
kefahaman tentang hubungan dengan orang lain untuk mengelak konflik dan dilemma dalam
pengurusannya. Ia perlu menganalisis bentuk dan tujuan tugas, menggunakannya semasa
menjalankan tugas dan mengkaji semula kegagalan dan kejayaan pengurusannya.

Pada dasarnya pengurus pertengahan bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan strategi


bagi keseluruhan sekolah, menjadi contoh kepada kakitangan yang lain dan tingkah lakunya
harus melambangkan budaya sekolah. Dalam proses ini, pengurus pertengahan meneliti strategi
berkenaan supaya dapat disesuaikan dengan keadaan sebenar.

2.6 Pengurusan Panitia

Pengurusan panitia matapelajaran disekolah diketuai oleh seorang ketua panitia yang
dilantik oleh guru besar dari kalangan guru matapelajaran yang berpengalaman. Panitia
memainkan peranan yang penting terutama dalam mencapai matlamat peningkatan prestasi mata

22
pelajaran. Disekolah, panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh
semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama.

Penubuhan panitia mata pelajaran mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu seperti yang
ditetapkan dalam dalam surat pekeliling ikhtisas (Bil. 4/1986) seperti berikut ;

2.6.1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran pembelajaran.


2.6.2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran.
2.6.3. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan ( berasaskan sekolah dan
awam ) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi atau target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
2.6.4. Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan kelab akademik.

2.7 Struktur Dan Organisasi Panitia Penididikan Islam Di Sekolah

Penubuhan jawatankuasa panitia disekolah rendah atau menengah bertujuan agar segala
perancangan berkaitan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dapat dijalankan dengan lancar.
Selain itu, panitia juga menjadi tempat guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama
berkongsi pandangan dan idea untuk kepentingan bersama. Dengan wujudnya panitia disekolah,
segala perancangan dapat dibuat dengan lebih sistematik dan lancar. Rajah 2.4 menunjukkan
struktur pengurusan panitia disekolah.

Guru Besar

Guru Penolong
kanan Kurikulum

23
Ketua Panitia

Setiausaha Timbalan Ketua Bendahari


Panitia

Penyelaras Bank Penyelaras Penyelaras Penyelaras PAFA


Soalan Hubungan Luar papan
kenyataan

Penyelaras Penyelaras Ketua Penasihat Penyelaras


pameran dan j-QAF Persatuan Buku Analisis
Pertandingan peperiksaan

Rajah 2.4. Carta Panitia Pendidikan Islam (Panduan Pengurusan Panitia Pendidikan Islam, 2003)

Rajah 2.4 diatas menunjukkan jawatankuasa panitia Pendidikan Islam disekolah


sebagaimana yang dicadangkan oleh bahagian pengurusan kurikulum Jabatan Pendidikan Islam
(JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa Panitia mata pelajaran Pendidikan
Islam diketui oleh seorang ketua yang pada kebiasaannya dilantik dari kalangan guru kanan mata
pelajaran. Ketua panitia bertanggungjawab secara langsung kepada penolong kanan kurikulum
serta menjadi ahli kepada jawatakuasa kurikulum sekolah. Ketua Panitia dibantu oleh timbalan
ketua , setiausaha, bendahari serta penyelaras-penyelaras yang dilantik bagi melicinkan
pentadbiran panitia.

2.8 Fungsi Dan Tugas Jawatankuasa Panitia

2.8.1 Ketua Panitia Pendidikan Islam

24
a) Bertanggungjawab di atas perancangan, perjalanan dan kemajuan Pendidikan Islam.
b) Mengemas kini pengetahuan semua hal yang berkenaan Pendidikan Islam.
c) Memastikan semua guru Pendidikan Islam menggunakan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam yang kemas kini.
d) Memastikan semua guru memberi kerja atau latihan Pendidikan Islam yang
secukupnya sama ada di bilik darjah mahupun kerja rumah.
e) Menyimpan rekod perkhidmatan guru-guru Pendidikan Islam yang kemas kini.
f) Menentukan jadual waktu Pendidikan Islam dan guru-guru pembimbing kepada guru
guru pelatih.
g) Mengadakan dan menyimpan fail-fail Pendidikan Islam.
h) Memastikan semua guru Pendidikan Islam membina soalan-soalan peperiksaan
dalaman mengikut format yang ditentukan.
i) Menentukan buku-buku kerja Pendidikan Islam bagi setiap tingkatan.
j) Memastikan semua guru Pendidikan Islam menyediakan rancangan tahunan dan
harian.
k) Memeriksa buku latihan murid dari semasa ke semasa
l) Menyelia pengajaran dan pembelajaran semua guru Pendidikan Islam terutama guru
guru baru dalam usaha membantu mereka.
m) Mengadakan Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam sekurang-kurang tiga kali dalam
satu semester.
n) Mempengerusikan Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
o) Menentukan jadual waktu tahun / tingkatan bagi semua guru Pendidikan Islam.
p) Menentukan jadual waktu kepada guru-guru pelatih
q) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.8.2 Timbalan Ketua Panitia

a) Membantu tugas-tugas Ketua Panitia Pendidikan Islam.12

25
b) Memangku tugas-tugas Ketua Panitia Pendidikan Islam ketika ketiadaan dan
keuzuran Ketua Panitia Pendidikan Islam.
c) Melaksanakan kursus-kursus yang dihadiri oleh guru-guru Pendidikan Islam
d) Memastikan aktiviti-aktiviti ko-akademik Pendidikan Islam berjalan lancar.
e) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.8.3 Setiausaha

a) Menyediakan surat-surat Pekeliling Panitia Pendidikan Islam atas arahan Ketua


Panitia Pendidikan Islam.
b) Menyediakan agenda-agenda untuk semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
c) Mencatat minit-minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
d) Membentang minit-minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
e) Menguruskan semua surat keluar masuk Panitia Pendidikan Islam.
f) Menyediakan laporan bagi setiap kali program Panitia Pendidikan Islam.
g) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

3.8.4 Bendahari

a) Mengumpul dan mengesahkn penerimaan yuran dari semua guru Pendidikan Islam.
b) Mengesahkan penerimaan sumbangan untuk Panitia Pendidikan Islam.
c) Menyimpan catatan-catatan kewangan dan wang Panitia Pendidikan Islam.
d) Membentangkan penyata kewangan Panitia Pendidikan Islam dalam setiap kali
mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
e) Mengemas kini penyata kewangan Panitia Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.
f) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

26
2.8.5 Penyelaras Bank Soalan

a) Mengumpulkan dan menyimpan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan


peperiksaan daman dalam fail yang disediakan.
b) Mengedarkan soalan-soalan peperiksaan dari sekolah lain kepada guru Pendidikan
Islam yang terlibat.
c) Mendapatkan dan menghantarkan soalan-soalan peperiksaan dalaman kepada
sekolah sekolah yang memohon secara bertulis.
d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.8.6 Penyelaras Papan Kenyataan

a) Memastikan Papan Kenyataan Pendidikan Islam digunakan dengan bahan bercetak


Pendidikan Islam yang berfaedah dan kemas kini.
b) Menyelia tugasan murid untuk ditampal pada papan kenyataan Pendidikan Islam.
c) Memastikan bahan bercetak pada Papan kenyataan Pendidikan Islam bertukar-tukar
sekurang kurang sekali dalam sebulan.
e) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.8.7 Penyelaras Pameran dan Pertandingan

a) Merancang serta mengadakan persembahan dan pertandingan di peringkat sekolah,


daerah,negeri dan kebangsaan.
b) Mengenal pasti bentuk, anggaran dan mendapatkan hadiah ataupun cenderahati.
c) Menyelaraskan pameran Pendidikan Islam jika diperlukan.
d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

27
2.8.8 Penyelaras Hubungan Luar

a) Menghubungi penceramah untuk seminar peperiksaan yang ditentukan oleh Panitia


Pendidikan Islam.
b) Mengadakan lawatan, rehlah dan ziarah ke destinasi tertentu yang ditentukan oleh
Panitia Pendidikan Islam.

c) Menjalankan arahan yang diberikan semasa ke semasa.

2.8.9 Penyelaras j-QAF

a) Membantu guru-guru j-QAF


b) Menyelia dan membimbing guru-guru j-QAF untuk dibuat laporan kepada
ketua panitia.
c) Memastikan laporan pelaksanaan j-QAF dihantar menepati waktunya.
d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

2.8.10 Ketua Penasihat Persatuan Pendidikan Islam

a) Mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Pendidikan Islam pada minggu kedua


dalam bulan September setiap tahun.
b) Menyediakan perlembagaan Persatuan Pendidikan Islam.
c) Merancangkan aktiviti-aktiviti Persatuan Pendidikan Islam bersama jawatankuasanya
untuk satu tahun.
d) Membentangkan aktiviti-aktiviti Persatuan Pendidikan Islam dalam Mesyuarat
Panitia Pendidikan Islam.
e) Memastikan setiap aktiviti-aktiviti Persatuan Pendidikan Islam mengikut jadualnya
dan berjalan lancar.
f) Bertanggungjawab membimbing murid-murid melaksanakan program-program

28
Persatuan Pendidikan Islam.
g) Menguruskan penyertaan ahli Persatuan Pendidikan Islam dalam aktiviti atau
pertandingan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
h) Memastikan kutipan yuran Persatuan Pendidikan Islam berjalan dengan baik.
i) Mengurus kewangan Persatuan Pendidikan Islam.
j) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.8.11 Penyelaras Buku Analisis Peperiksaan

a) Menyediakan dan menyimpan buku Analisis Peperiksaan bagi setiap kelas.


b) Menyerahkan buku Analisa Peperiksaan kepada semua guru Pendidikan Islam yang
terlibat setiap kali peperiksaan dijalankan.
b) Memastikan semua Guru Pendidikan Islam merekodkan markah murid di dalam buku
Analis Peperiksaan dalam masa lima belas hari dari tarikh akhir Peperiksaan.
c) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.8.12 Penyelaras PAFA

a) Memastikan penilaian PAFA talah dilaksanakan dengan baik bermula dari tahun satu
hingga tahun enam.
b) Membantu guru-guru PAFA untuk meyelasaikan penilaian setiap pelajar tahun enam
dengan sempurna.
c) Memastikan sijil diberikan kepada murid yang telah lulus penilaian PAFA.
d) Memastikan laporan PAFA dihantar menepati waktunya.
e) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.9 Kesimpulan

29
Bidang pengurusan merupakan suatu bidang yang luas dan kompleks. Ianya menuntut
kepada komitmen dan ketelitian dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai objektif
dan matlamat organisasi. Sekolah merupakan organisasi yang berkait dengan proses
mengeluarkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
sebagaimana yang terkandung dalam falsafah pendididkan negara.

Berdasarkan kepada konsep dan fungsi pengurusan, pengkaji berharap untuk melihat
tahap amalan fungsi pengurusan dalam Panitia Pendidikan Islam supaya dapat meningkatkan
prestasi kerja mereka seterusnya mencapai objektif organisasi.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapat dan
menganalisis data yang diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukakan. Metodologi merupakan persiapan yang disusun dan dijalankan untuk mengumpul
dan menganalisis data yang sesuai dengan tujuan penyelidikan. Aspek-aspek yang disentuh

30
termasuklah rekabentuk kajian, lokasi kajian, instrumen kajian dan kaedah pengumpulan serta
penganalisaan data.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan dalam panitia
pendidikan Islam berdasarkan konsep pengurusan yang disarankan oleh James AF Stoner (1984).
Sehubungan itu, bab ini akan memberi penjelasan tentang beberapa perkara yang berkaitan
dengan proses pelaksanaan kajian. Antaranya ialah reka bentuk kajian, responden yang dipilih
sebagai sampel, instrumen yang digunakan dan proses pengolahan data yang terkumpul.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini bersifat deskriptif dan dijalankan dengan menggunakan
pendekatan soal selidik yang menunjukkan pendapat responden untuk mengumpul data yang
diperlukan. Soal selidik sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta,
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya (Mohd. Majid Konting, 2004). Ia juga sesuai
digunakan untuk populasi yang besar. Reka bentuk kajian adalah panduan dalam sesuatu
penyelidikan untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan kajian (Kerlinger,
1977). Dalam kajian ini data dikumpul secara kuantitatif..

Dalam kajian ini, fenomena yang dikaji ialah tahap amalan pengurusan Panitia
Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Zon Skudai. Segala rumusan terhadap objektif kajian
adalah dibuat berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden terhadap semua
penyataan yang terkandung dalam borang soal selidik yang diedarkan.

3.3 Lokasi dan Persampelan Kajian

Kajian ini dilakukan di 23 buah sekolah Rendah Zon Skudai melibatkan semua guru-guru
pendidikan Islam termasuk guru j-Qaf yang juga merupakan sebahagian daripada ahli
jawatankuasa panitia mata pelajaran Pendidkan Islam disekolah.

31
Memandangkan ini merupakan kajian kes, maka pengkaji melibatkan semua populasi sebagai
responden.

3.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada
semua responden disekolah yang terlibat. Menurut Oppenheim (1966) dalam Mohammad Najib
(2003), soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,
persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar belakang.

Pengkaji berpendapat pemilihan soal selidik sebagai instrumen adalah berdasarkan


beberapa sebab iaitu, (a) untuk memperolehi data yang lebih tepat dan responden dapat
memberikan maklum balas yang lebih cepat tehadap perkara yang ingin dikaji berbanding
dengan kaedah lain, (b) pengkaji boleh berhubung atau bekerjasama dengan responden dengan
lebih mudah dan (c) menjimatkan masa, tenaga serta perbelanjaan.

Soal selidik ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang
responden dan bahagian B mengenai amalan pengurusan panitia mata pelajaran Pendidikan
Islam.

Bahagian A menyentuh berkaitan umur, jantina, pengalaman mengajar dan gred sekolah
responden manakala bahagian B mengandungi item-item untuk mendapat maklumat mengenai
amalan fungsi pengurusan Panitia Pendidikan Islam menurut James AF Stoner. Item-item
tersebut melibat empat peringkat pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan
pengawalan.

Instrumen kajian dalam bahagian B menggunakan Skala Likert 5 mata. Tujuan skala ini
dipilih adalah untuk mengelakkan daripada kecenderungan responden untuk mengambil jalan
mudah dan memilih jawapan pertengahan (Mohamad Najib, 1999). Responden hanya perlu
membulatkan jawapan yang bersesuaian mengikut sejauh mana responden bersetuju atau
sebaliknya dengan sesuatu pernyataan.

32
3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian percubaan yang dilakukan oleh pengkaji sebelum
membuat kajian sebenar. Ia bertujuan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item-
item yang dibina oleh pengkaji. Ia juga dapat mengesan dan mengenalpasti item-item yang tidak
sesuai dan boleh mengelirukan responden dari sudut tatabahasa dan kejelasan item-item yang
sukar difahami.

Menurut Mohammad Najib (1999), kajian rintis dibuat sebelum pentadbiran sebenar
menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji.
Saiz sample kajian tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal
yang berkesan iaitu dalam lingkungan 6 hingga 9 orang responden.

Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian rintis terhadap 10 orang responden di sebuah
sekolah kebangsaan harian dalam zon Skudai yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
dengan lokasi kajian. Kajian rintis telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package For Social Science, Version 16.0 for Windows) bagi mengetahui sejauhmana
kesahan dan kebolehpercayaan item-item bagi soal selidik yang dibina.

3.6 Prosedur Mengumpul Data Kajian

Pengumpulan data dibuat oleh pengkaji selepas mendapat kebenaran daripada pihak
Universiti Teknologi Malaysia. Seterusnya pengkaji memohon kebenaran daripada guru besar
setiap sekolah terlibat untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah tersebut.

33
Pengkaji telah pergi ke sekolah-sekolah berkenaan dan mengedarkan borang soal selidik.
Data dikumpul melalui maklumat soal selidik, sumber rujukan, jurnal-jurnal pendidikan dan
kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian.

3.7 Analisis Data

Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistical Package
For the Social version 16.0. Penganalisisan adalah seperti berikut:

3.7.1 Min

Bagi menjawab objektif kajian yang pertama hingga keempat , pengkaji telah
menggunakan analisis berdasarkan kekerapan, peratusan dan min bagi melihat penilaian guru
terhadap tahap pengamalan fungsi pengurusan oleh Panitia Pendidikan Islam . Tahap-tahap
berikut dilihat berdasarkan kepada jadual skor min seperti dalam rajah dibawah..

Jadual : Skor Min Keseluruhan

Bil Skor Min Tahap


1 1.00-2.33 Rendah
2 2.34-3.66 Sederhana
3 3.67-5.00 Tinggi

34
3.7.2 Ujian ANOVA Sehala

Analisis Varians Sehala (ANOVA) pula digunakan untuk menentukan perbezaan antara
min-min kumpulan sampel bebas dan mengukur variabiliti dalam kumpulan yang sama, juga
antara kumpulan bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan antara min-min kumpulan itu
(Moore, 1983)

Di dalam kajian ini, Ujian ANOVA Sehala digunakan untuk menjawab objektif yang kelima dan
keenam iaitu untuk melihat perbezaan penilaian guru mengenai hubungan antara ciri-ciri
demografi iaitu faktor umur, jantina, pengalaman mengajar guru-guru dan gred sekolah guru-
guru dengan tahap amalan pengurusan Panitia Pendidikan Islam.

3.8 Kesimpulan

Pembolehubah kajian adalah terdiri daripada pembolehubah bebas iaitu fungsi amalan
pengurusan yang merangkumi aspek proses perangcangan, pengeolaan, pengaraha dan
pengawala. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan data SPSS version 16.0. Pengkaji
berharap kajian ini akan menepati objektif penyelidikan iaitu melihat amalan pengurusan.

35
Rujukan

Abdullah Sani Yahya (2005) “Mengurus Sekolah”, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Kilani Mohamed (2003) .Pengurusan Pendidikan Disekolah. Huraian Menurut Perspektif
Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
“Buku Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran” (2003). Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak diterbitkan.

Denyer J.K (1972). “Student Guide to Principle og Management”. London : Pavillion Books.

Jemaah Nazir Sekolah Wilayah Persekutuan (1999). Senarai Semak Pengurusan Panitia Mata
Pelajaran. Tidak diterbitkan.

Ibrahim Mamat (2001) “ Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan
Pendidikan” Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Kerlinger, F N (1987) “ Foundation of Behavior Research”. Fort Worth : Hardcourt Brace


Jovanovish.

Manual Pengurusan Pengurusan Sekolah Tahun 2010. SK Taman Universiti 4, Skudai Johor.

36
Mohd Majid Koting (2004) “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Dewan Bahasa dan Pustaka ,
Kuala Lumpur.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2004) “ Pembangunan Organisasi Di Malaysia : Projek


Pendidikan” Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjaun Soal Selididk Pendidikan”. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Morphet E.L, Johns R.L & Reller T.L 1982. Educational Organization and Administration
Concept. Englewood : Prentice Hall.
Robiah Sidin (2003) . “Teori Pentadbiran Pendidikan, Satu Pengenalan”. Pencetakan ASNI Sdn.
Bhd.
Robins, S (2000), “Gelagat Organisasi (8 edition)”. Terjemahan Abdul Razak Ibrahim & Aini
Sulaiman). Petaling Jaya: Prentice-Hall.
Sahari Mustafa (2001). “Kepakaran Individu Dalam Pengurusan Sekolah: Satu Tinjauan Di
Sekokah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.” Tesis Sarjana Pendidikan ,
Universiti Teknologi Malaysia.
Sonia Blandford, Penterjemah : Bahariah Yusof (1999) “ Pengurusan Peringkat Pertengahan
Disekolah, Bagaimana Menyelaras Pengurusan dan Pengajaran Untuk Sekolah Yang Efektif”
institute Terjemahan Negara Malaysia Bhd, Kuala Lumpur.

Stoner ,J A F (1984), “The Function of Executives”. Cambridge, Havard University Press.

Thierauf et.al (1977)” Excellen in Management”. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, Inc.

Surat Pekeliling Ikhstisas Bil. 4/1986, Panitia Mata Pelajaran, Kuala Lumpur, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Weber, R A (1961) “Management : basic Elements of Managing Organization “ Homewood, IL:


Irwin .

37
38

Anda mungkin juga menyukai