Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

(20 markah)
Soalan 1 hingga 20.
Bulatkan jawapan yang tepat.

1. Bendera Malaysia juga dikenali sebagai ___________________.


A) Jalur Cemerlang B) Jalur Kebangsaan
C) Jalur Gemilang D) Jalur Malaysia

2. Aiman dan ayahnya bersembahyang di_________________.


A) Tugu Negara B) Masjid Negara
C) Menara KLCC D) jalan raya

3. “Cikgu, izinkan _____________pergi ke tandas,” kata Kiranjit.


A) mereka B) saya
C) kita D) kami

4. Mereka duduk berehat di bawah se______________ pokok.


A) batang B) buah
C) keping D) pasang

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Abang sedang ___________ ikan di tepi tasik.


A) menggoreng B) memotong
C) menanam D) memancing

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 1/10


Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Lemang itu _____________ oleh Pak Uda.


A) dijemur B) direbus
C) dibakar D) dibelah

7. _____________tidak baik untuk kesihatan.


A) Rama-rama B) Pinggan-pinggan
C) Jentik-jentik D) Gula-gula

8. Kulit tembikai itu berwarna ____________.


A) biru B) hijau
C) merah D) hitam

9. Buku cerita yang dibeli itu agak ___________.


A) pendek B) tinggi
C) gemuk D) tebal

10. Adik sedih _____________kucing kesayangannya mati.


A) jika B) tetapi
C) kerana D) sambil

11. Hari Kantin telah diadakan ____________ hari Ahad.


A) pada B) di
C) ke D) daripada

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 2/10


12. __________________ datuk kamu tinggal?
A) Bilakah B) Di manakah
C) Siapakah D) Bilakah

13. _____________ beratur semasa membeli makanan.


A) Sila B) Usah
C) Jangan D) Jemput
14. __________, ambil pensel kamu!
A) Wah B) Cis
C) Amboi D) Nah

15. Encik Baharudin memakai _____________ sebelum tidur.


A) baju hujan B) baju tidur
C) baju kurung D) baju Melayu

16. _________________ senyap di dalam perpustakaan.


A) Tolong B) Sila
C) Jemput D) Usah

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 3/10


Soalan 17 hingga 20
Hari Sabtu yang lalu, sekolah Sutharshana mengadakan majlis Hari Cemerlang.
Majlis itu diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang
berjaya dalam bidang pelajaran dan kokurikulum. Sebelum majlis itu diadakan,
murid-murid dan para guru bekerjasama untuk membuat persiapan.
Hari Cemerlang telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan. Pada hari itu,
murid-murid dari Tahap 1 dan Tahap 2 mempersembahkan pelbagai
persembahan. Antaranya tarian tradisional, nyanyian, lakonan dan nasyid.
Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah diadakan. Pada hari itu,
Sutharshana turut menerima hadiah kerana memperoleh kedudukan pertama
dalam peperiksaan akhir tahun. Sebelum majlis berakhir, para tetamu diraikan
dalam satu jamuan ringan. Semua acara berjalan dengan lancar.

17. Bilakah sekolah Sutharshana mengadakan majlis Hari Cemerlang?


A) Isnin B) Selasa
C) Ahad D) Sabtu

18. Siapakah yang merasmikan majlis Hari Cemerlang itu?


A) Pengarah Pendidikan B) Guru Besar
C) Perdana Menteri D) Guru Kelas

19. Siapakah yang mempersembahkan pelbagai persembahan?


A) murid-murid B) guru-guru
C) Pengarah Pendidikan D) para tetamu

20. Mengapakah Sutharshana menerima hadiah pada hari itu?


A) kerana dia pelajar yang rajin
B) kerana dia memperoleh kedudukan pertama dalam peperiksaan.
C) kerana dia memperoleh kedudukan terakhir dalam peperiksaan.
D) kerana dia menari dengan baik sekali.

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 4/10


BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21.
(a) Padankan kata seru dengan ayat yang diberikan dengan betul. (4M)

. Amboi ambilah buku-buku kamu ini!

Nah cantiknya jam tangan kamu!

Aduh sakitnya kakiku ini!

Cis cantiknya baju kamu!

Wah berani kamu mencabar saya!

(b) Susun kata-kata di bawah semula agar menjadi ayat yang lengkap.(2M)

i) adik koyak sudah Kasut sekolah


_______________________________________________________ .

ii) semut api menangis kerana digigit Adik


_______________________________________________________.

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 5/10


Soalan 22
Berdasarkan maksud yang diberikan, lengkapkan simpulan bahasa yang
berikut.(5M)

Contoh: SOMBONG

hidung tinggi
+ = hidung tinggi

1. CERDIK

otak
+ = ______________

2. RAJIN BEKERJA

ringan
+ = ______________

3. SUKA BERCAKAP

mulut
+ = ______________

4. TULISAN YANG BURUK

cakar
+ = ______________

5. DEGIL

keras
+ = ______________

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 6/10


Soalan 23
a) Tukarkan kata kerja transitif aktif kepada kata kerja transitif pasif. (5M)

1. memakan ____________________

2. membaling ____________________

3. memasak ____________________

4. melukis ____________________

5. meminum ____________________

b) Gariskan jawapan yang betul (3M)

1. Murid-murid ( membuang / membaca ) buku dengan senyap di


perpustakaan.

2. Doktor Laura ( merawat / mengira ) pesakitnya di hospital.

3. Abang melukis gambar ( sambal / atau) menyanyi.

4. Sungguhpun dia orang kaya ( supaya / tetapi ) dia tidak sombong.

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 7/10


Soalan 24
Baca petikan dan jawab soalan yang diberikan.
Pak Hashim peniaga buah-buahan. Beliau berniaga di pasar berhampiran dengan
rumahnya. Pak Hashim menjual pelbagai jenis buah-buahan seperti nanas,
pisang, mangga, manggis dan cempedak. Ramai pengunjung gemar membeli
buah-buahan di gerai Pak Hashim kerana harga buah-buahan tersebut berpatutan.
Tambahan pula, buah-buahan yang dijual sangat segar.
Pak Hashim melayan pelanggannya dengan mesra. Pelanggan Pak Hashim
sangat terhibur dengan gurauan Pak Hashim. Dia peniaga yang jujur dan baik hati
juga.

a) Di manakah Pak Hashim berniaga?


___________________________________________________________
___________________________________________________________
(1M)
b) Mengapakah ramai pengunjung gemar membeli buah-buahan di gerai Pak
Hashim?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(1M)
c) Bagaimanakah Pak Hashim melayan pelanggannya?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(1M)
d) Buah-buahan yang dijual oleh Pak Hashim ialah pisang, _____________,
_________________, _________________ dan ___________________.
(1M)
e) Mengapa kita perlu makan buah-buahan?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(2M)

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 8/10


Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Dari Kedah pergi ke Banting,


Bawa ragi di dalam raga,
Tidur cukup sangatlah penting,
Bangun pagi lebih bertenaga.

Daun palas dianyam jemari,


Rendang dimasak berkuah santan,
Enam gelas air sehari,
Minumlah banyak demi kesihatan.

Terbang ligat si anak kumbang,


Terpikat warna putih melati,
Makanan berkhasiat lagi seimbang,
Makan buah-buahan cegah obesiti.

Enak rambutan semanis gula,


Berbuah lebat di Batu Pahat,
Dapatkan rawatan secara berkala,
Hidup hebat terjamin sihat.

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 9/10


Tandakan ( ) pada jawapan yang tepat.
i) Perkataan bertenaga boleh digantikan dengan perkataan_____________.

cergas pintar cerdas

ii) Kita perlu minum air _______________ gelas sehari.

satu lima enam

iii) Padankan jawapan yang tepat.

Kita mestilah berjumpa doktor untuk


mendapatkan rawatan.

SALAH

Jika kita makan buah-buahan kita akan


jatuh sakit.

BETUL

Kita mesti mendapatkan tidur yang


cukup supaya kita lebih bertenaga.

iv) Apakah yang akan terjadi jika kita makan makanan yang tidak sihat?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(1M)

BM1_Thn 2_Aug2018_Vasan 10/10

Anda mungkin juga menyukai