Anda di halaman 1dari 1

Nama pengirim

Alamat pengirim

Tarikh

Nama penerima

Alamat penerima

Tuan,

JAMINAN KEWANGAN

Kami amat menghargai pesanan yang tuan buat. Hal ini menandakan tuan yakin
terhadap produk kami dan kami amat berterima kasih.

2. Kami ingin membantu tuan dalam membekalkan kesemua barangan yang


dipesan, tetapi berdasarkan maklumat yang telah kami peroleh, syarikat tuan
kekurangan modal berbayar dan hal ini mungkin boleh memberikan kesan
kepada keupayaan syarikat tuan memenuhi tuntutan pembayaran dari syarikat
kami.

3. Sebagai satu penyelesaian, kami mencadangkan agar tuan melantik seorang


penjamin bagi menjamin akaun tuan dengan kami, Kami mendapati cara ini
berkesan dan sesuai untuk syarikat yang baru mula bertapak.

4. Sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………….
Nama pengirim

Anda mungkin juga menyukai