Anda di halaman 1dari 32

TUGASAN

JANUARI SEMESTER 2016

KOD KURSUS ETP441

TEACHING PRATICUM
NAMA KURSUS

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AEU CAWANGAN UPM BINTULU

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

JURNAL 1

JURNAL 2

JURNAL 3

JURNAL 4

JURNAL 5 1 - 32

JURNAL 6

JURNAL 7

JURNAL 8

JURNAL 9

JURNAL 10

2
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 1 / REFLECTIVE JOURNAL 1

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 2

TARIKH / DATES : 11 JANUARI 2016

ISU / ISSUE: Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar mengalami masalah dalam kesantunan penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri..

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Setelah di soal siasat atau diselidik, masalah ini timbul disebabkan pelajar bertutur menggunakan bahasa
Melayu kampung di rumah dan perkara ini terbawa – bawa ke sekolah dan di dalam perbualan sesama
rakan di sekolah. Masalah ini juga timbul disebabkan pelajar menonton rancangan televisyen yang
menggunakan dialek kampung yang menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kampung
sebagai bahasa pertuturan. Selain daripada itu, masalah ini juga timbul kerana guru juga turut terjebak
dengan pelajar menggunakan bahasa tersebut di sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Penekanan terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku di kelas kepada pelajar supaya pelajar
membiasakan diri dengan penggunaan tatabahasa yang betul.

2. Tahap keyakinan guru terhadap kebolehan pelajar terlalu tinggi. Ini disebabkan guru berfikiran
bahawa pelajar faham mengetahui isi pelajaran yang di ajar tetapi sebaliknya terjadi.

3. Proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru membuatkan pelajar tidak diberi ruang
untuk berfikir secara kreatif dan mengeluarkan idea – idea atau memberi pendapat atau
bertanyakan soalan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini mungkin disebabkan oleh,
guru terlampau bersemangat untuk mengajar untuk memberi ilmu kepada pelajar sehinggakan
membuatkan pelajar tiada ruang untuk bertanyakan soalan atau memberi idea atau pendapat.

4. Tiada aktiviti yang menarik dibuat membuatkan pelajar bosan dan kurang memberi respon

3
kerana rancangan pengajaran berpusatkan guru.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Membuat peraturan di dalam kelas supaya pelajar bertutur Bahasa Melayu yang betul dan
bukannya bahasa pertuturan di rumah. Sesiapa yang diapati menggunakan bahasa lain selain
Bahasa Melayu diberikan hukuman atau denda seperti membaca buku, bercerita, menyanyi atau
sebagainya.

2. Guru juga harus menunjukkan contoh dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3. Menyelitkan unsur jenaka atau lawak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar
berasa selesa dan tidak stress.

4. Menyelitkan aktiviti yang bersifat berkumpulan supaya guru dapat menilai tahap kerjasama
pelajar bekerja dalam kumpulan dan sejauh mana penglibatan dan sumbangan pelajar tersebut
terhadap kumpulan mereka. Selain itu juga, ia secara tidak langsung dapat memupuk nilai
kepimpinan pelajar.

5. Sesi pengajaran dan pembelajaran bersifat 2 hala. Pelajar diberi ruang untuk bertanya dan
mengemukakan idea. Melalui aktiviti atau kaedah ini, secara tidak langsung pelajar digalakkan
untuk berfikir dan pelajar tidak takut untuk berfikir atau memberi idea. Dengan itu, guru dapat
menilai pelajar mana yang berpotensi dan memberikan perhatian sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Kelas atau bilik darjah berjaya menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik
dan pelajar berjaya mengutarakan soalan – soalan yang menimbulkan persoalan bagi mereka.
Guru pula memberikan respon yang baik terhadap soalan yang diajukan dan berjaya menjawab
dengan baik setiap soalan yang diajukan.

2. Pelajar kelihatan bersemangat semasa sesi pembentangan dan kerja kumpulan. Masing –
masing mengeluarkan idea supaya persembahan atau pembentangan yang dilakukan menarik.

3. Pelajar kelihatan lebih selesa semasa sesi pengaran dan pembelajaran setelah diselitkan unsur

4
jenaka dalam pembelajaran.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Hasil daripada kajian yang dibuat didapati:

1. Sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

2. Pelajar memberi idea dan bertanyakan soalan yang menjadi persoalan kepada pemahaman
mereka.

3. Kepimpinan pelajar kelihatan setelah sesi atau aktiviti kumpulan dibuat.

4. Tahap komunikasi pelajar semasa aktiviti kumpulan baik.

5. Pelajar berasa gembira dan tenang sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan
tiada sebarang tekanan yang diberikan hanya keseronokan dan aktiviti yang menarik untuk
mencari atau berkongsi ilmu.

6. Perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran teratur setelah guru merancang aktiviti untuk
kelas.

7. Pelajar dan guru mendapat banyak output hasil modifikasi yang dilakukan di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

5
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 2 / REFLECTIVE JOURNAL 2

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 3

TARIKH / DATES : 18 JANUARI 2016

ISU / ISSUE: Penggunaan kata soal yang salah

MASALAH /PROBLEM:

Masalah yang berjaya diketahui pada minggu ini ialah masalah penggunaan kata soal yang betul. Pelajar
tidak berjaya menjawab soalan berkenaan kata soal yang betul semasa proses penilaian dibuat setelah
tamat sesi pengajaran dan pembelajaran.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Masalah penggunaan kata soal yang tidak tepat adalah disebabkan beberapa perkara iaitu penggunaan
dialek kampung seperti “buat apa” sepatutnya mengapa. Selain itu juga, didapati pelajar menggunakan
kata soal yang salah seperti “siapakah” untuk tempat dan bukannya untuk manusia atau individu. Selain
daripada itu, pelajar juga mengalami kesukaran untuk bersoal jawab sesama rakan disebabkan kedua –
dua pelajar tersebut menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza seperti seorang menggunakan
dialek Kelantan dan seorang menggunakan dialek Terengganu.

ANALISIS / ANALYSIS :

Setelah melakukan pemerhatian, beberapa analisis telah berjaya diketahui. Antaranya ialah:

1. Guru memandang tinggi akan kebolehan pelajar sehinggakan mendorong pelajar menggunakan
kata soal yang salah. Sepatutnya guru sebagai pembimbing bagi memastika pelajar memahami
isi pelajaran yang diajar.

2. Guru tidak berjaya mengadakan aktiviti berkumpulan yang dapat membantu pelajar menguasai
isi pelajaran.

3. Penerangan berkenaan kata soal harus diperincikan kerana tahap pelajar berbeza – beza. Ada

6
dikalangan pelajar yang memahami dan ada yang tidak.

4. Guru terlalu terburu – buru dalam soal penerangan kerana terlalu memikirkan berkenaan
dengan aktiviti pelajar.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Menerangkan penggunaan kata soal dengan lebih terperinci dengan memberikan contoh yang
bagi setiap kata soal yang diajar. Contoh yang diberikan seharusnya merupakan contoh yang
mudah difahami dan biasa pelajar tahu atau kebiasaan bagi mereka. Sebagai contoh, “Apakah
pekerjaan ayah awak?.

2. Pembahagian kumpulan seharusnya mengikut tahap kemampuan pelajar. Pastikan setiap pelajar
yang cemerlang ada di setiap kumpulan supaya boleh membantu menjadi mentor. Sekiranya
tiada guru boleh memberikan focus yang lebih kepada kumpulan yang sederhana.

3. Selain daripada kerja berkumpulan, aktiviti soal menyoal secara berpasangan juga boleh
dilakukan supaya pelajar lebih banyak masa untuk mengaplikasikan segala kata soal yang telah
diajar.

4. Guru perlu bersedia dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar
kerana pelajar di dalam setiap kelas berbeza – beza tahapnya.

5. Menyediakan alat bantu mengajar yang secukupnya bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu juga ia boleh dijadikan rujukan untuk guru dan pelajar sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar lebih memahami berkenaan dengan penggunaan kata soal. Pelajar berjaya
mengaplikasikan kata soal semasa sesi berpasangan dan menggunakannya dengan tepat.

2. Pengurusan kelas lebih teratur. Pelajar berjaya memaksimumkan masa yang diberikan untuk
aktiviti berpasangan dan berkumpulan

3. Kesemua pelajar berjaya menguasai kemahiran kata soal.

7
4. Alat bantu mengajar banyak membantu bukan sahaja untuk guru malah pelajar.

5. Persediaan yang disediakan membuktikan bahawa setiap sesi pengajaran dan pembelajaran
memerlukan persediaan yang rapi supaya semuanya berjalan lancer dan masa pengajaran dan
pembelajaran digunakan semaksimum yang boleh.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Persediaan sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran amatlah penting kerana ia
merupakan salah satu factor yang akan menyumbang kepada pencapaian objektif.

2. Penglibatan murid di dalam kelas haruslah menyeluruh. Penglibatan murid dalam aktiviti yang
dijalankan juga penting kerana ia secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai ukuran kepada
tahap kefahaman mereka. Melalui penglibatan ini juga guru dapat menilai tahap kefahaman
murid.

3. Kaedah pengajaran dan pengajaran berpusatkan murid harus diketengahkan di dalam kelas
supaya pelajar mempunyai peluang untuk mencuba dan mengeluarkan idea – idea mereka
tetapi dengan bimbingan guru supaya tidak lari dari objektif pengajaran dan pembelajaran.

4. Komunikasi dua hala diantara guru dan murid penting kerana melalui komunikasi juga guru
dapat mnilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran.

5. Kerjasama yang baik ditunjukkan oleh pelajar merupakan salah satu factor yang mengumbang
kepada kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran.

8
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 3 / REFLECTIVE JOURNAL 3

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 4

TARIKH / DATES : 25 JANUARI 2016

ISU / ISSUE: Penggunaan Kata Perintah yang kurang tepat

MASALAH /PROBLEM:

Penggunaan kata perintah yang kurang tepat dilakukan oleh pelajar. Perkara ini mungkin disebabkan
oleh penerangan yang kurang jelas daripada guru serta penggunaan contoh yang kurang sesuai dengan
kata perintah yang diberi. Selain itu juga, masalah pertuturan juga masih menjadi isu kerana pelajar
masih menggunakan bahasa tersebut semasa berkomunikasi di rumah dan di sekolah. Perkara ini
membuatkan pelajar agak keliru dengan penggunaan kata perintah yang betul.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh
ditambah partikel –lah di belakangnya. Penguasaan kata perintah ini penting kerana ia akan
menentukan tindakan yang dilakukan selepas menerima sesuatu arahan. Kegagalan untuk menggunakan
kata perintan yang betul boleh menimbulkan kecelaruan atau konflik. Kegagalan menguasai kata
perintah ini disebabkan oleh beberapa perkara iaitu, kekeliruan pengguaan kata perintah larangan
dengan permintaan, penggunaan kata perintah yang tidak sesuai dengan arahan dan masalah
penggunaan bahasa dialek kampung.

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Penerangan yang kurang jelas daripada guru membuatkan pelajar kurang memahami isi
pelajaran.

2. Guru tidak menggunakan alat bantu mengajar untuk memudahkan sesi pengajaran dan rujukan
pelajar.

3. Guru terlalu tergesa – gesa menerangkan isi pelajaran kerana kesuntukan masa sehingga

9
mengabaikan pemahaman pelajar berkenaan dengan kata perintah.

4. Tiada set induksi yang dibuat bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Menggunakan pelbagai jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk set induksi. Sebagai
contoh, tayangan video berkenaan dengan kata perintah supaya pelajar lebih faham dan tahu
arah tujuan sesi pengajaran pada hari tersebut.

2. Mengadakan sesi soal jawab untuk memberi ruang kepada pelajar untuk memahami dengan
lebih lanjut isi pelajaran.

3. Aktiviti berkumpulan perlu diwujudkan bagi melihat perkembangan serta menilai murid dalam
menguasai isi pelajaran

4. Penerangan berkenaan dengan isi pelajaran haruslah diutamakan supaya pelajar faham akan
content yang diajar. Sekiranya pelajar faham maka pelajar berjaya melakukan tugasan
berkumpulan dengan mudah.

5. Pengurusan masa yang lebih realistic. Pengurusan masa merupakan nadi dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya terlalu lama masa yang digunakan untuk penerangan
maka masa untuk membuat aktiviti lain akan dikurangkan dan ini akan mengakibatkan
penglibatan murid dalam melakukan aktiviti berkurang.

6. Penerangan oleh guru haruslah ringkas dan padat serta mudah difahami.

7. Penyediaan alat bantu mengajar yang menarik dan membantu perlu dilakukan supaya boleh
dijadika panduan oleh guru dan pelajar.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Penerangan yang jelas membuatkan pelajar lebih faham dan tahu isi pelajaran yang diajar.
Pelajar juga berjaya mengaplikasikannya dengan mudah seikranya mereka faham akan
kehendak aktiviti.

2. Alat bantu mengajar banyak membantu guru dan pelajar berkenaan dengan perkara – perkara

10
penting yang perlu difahami dan dikuasai dalam isi pelajaran

3. Penerangan yang ringkas dan padat serta mudah difahami membuatkan pelajar lebih faham
akan isi pelajaran.

4. Pengurusan masa yang baik membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar.

5. Aktiviti yang menarik dilakukan membuatkan pelajar lebih seronok dan berkeinginan untuk
melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Disimpulkan bahawa:

1. Set induksi yang menarik mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran.

2. Penerangan yang ringkas dan padat serta penggunaan contoh yang mudah membuatkan pelajar
lebih memahami isi pelajaran

3. Pengurusan masa yang realistic melancarkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran

4. Aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar disamping dapat


menilai pelajar sama ada berjaya menguasai kemahiran ke tidak.

5. Kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
membantu kelancaran kelas.

11
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 4 / REFLECTIVE JOURNAL 4

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 5

TARIKH / DATES : 8 FEBRUARI 2016

ISU / ISSUE: Kata Nama AM dan Kata Nama Khas

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar mengalami masalah mengenalpasti Kata Nama Am dan Kata Nama Khas. Selain itu juga pelajar
juga gagal menggunakan huruf besar pada Kata Nama Khas sebaliknya menggunakan huruf besar pada
Kata Nama Am.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Pelajar mengalami sedikit kekeliruan pada definisi atau maksud Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti
orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya. Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum. Kata Nama Khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,
khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Masalah kekeliruan ini mungkin terjadi disebabkan oleh guru menerangkan topic ini secara serentak dan
tidak terlalu jelas dalam penerangannya.

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Penerangan guru berkenaan dengan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas terlalu ringkas
sehinggakan pelajar menimbulkan banyak soalan di fikiran mereka.

2. Penerangan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang serentak membuatkan pelajar keliru dan
tidak dapat membezakan kedua – dua perkara tersebut.

3. Keyakinan guru yang terlalu tinggi terhadap pelajar menyebabkan guru mengambil remeh

12
berkenaan dengan penerangan isi pelajaran.

4. Pelajar agak kurang memberi kerjasama mungkin disebabkan cuaca yang panas pada tengah
hari dan pelajar baru selesai masa rehat. Perkara ini juga mungkin disebabkan oleh aktiviti yang
dibuat oleh guru kurang menarik minat pelajar.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Penerangan yang dilakukan seharusnya terperinci dan mempamerkan contoh yang mudah
difahami dan jelas kepada pelajar

2. Menggunakan alat bantu mengajar seperti gambar dan sebagainya supaya pelajar dapat
menggambarkan perkara yang diperkatakan kerana pelajar pada usia sebegini lebih senang
memahami sesuatu dengan gambar.

3. Penerangan berkenaan dengan subtopic atau tajuk harus dibuat satu – persatu dan bukannya
sekaligus kerana ia akan mengelirukan pelajar. Contohnya, penerangan dan latih tubi Kata Nama
Am dibuat pada waktu pertama dan Kata Nama Khas pula pada waktu yang berikutnya supaya
pelajar tidak keliru dan dapat membezakan kedua – dua perkara tersebut.

4. Aktiviti berkumpulan yang menarik harus dilaksanakan supaya pelajar mwnunjukkan minat dan
kesungguhan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh berbincang
berkenaan perbezaan kata nama am dan kata nama khas berpandukan gambar. Selain itu juga,
pelajar suka jika dibuat kuiz. Guru boleh menyelitkan sesi kuiz untuk menguji tahap kefahaman
pelajar.

5. Guru sepatutnya bersedia dengan segala aspek tahap kefahaman pelajar kerana tidak semua
pelajar berjaya memahami isi pelajaran yang diajar pada penerangan kali pertama. Ada di
kalangan pelajar yang memerlukan penerangan yang lebih terperinci untuk mereka
memahaminya.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar lebih senang memahami isi pelajaran.

2. Kerjasama yang baik daripada para pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

13
selepas aktiviti kuzi dijalankan.

3. Alat bantu mengajar memang banyak membantu dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran

4. Persediaan yang rapi merupakan salah satu factor yang menyumbang kepada kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Pelajar lebih mudah memahami sesuatu perkara sekiranya diterangkan dengan secara
terperinci serta mengemukakan contoh – contoh yang mudah difahami serta contoh yang rapat
serta menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka.

2. Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas berjaya menarik minat pelajar sekaligus membantu
pelajar lebih memahami isi pelajaran yang diajar.

3. Suasana kelas yang kondusif merupakan salah satu factor yang menyumbang kepada keselesaan
pelajar. Sekiranya cuaca terlalu panas atau sejuk, suasana bising dan sebagainya akan
mengganggu tumpuan atau focus pelajar.

4. Alat bantu mengajar yang berkualiti memang sangat – sangat membantu dan berjaya
membantu guru dan pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

14
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 5 / REFLECTIVE JOURNAL 5

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 6

TARIKH / DATES : 15 FEBRUARI 2016

ISU / ISSUE: Penggunaan tanda baca

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar banyak melakukan kesilapan tidak menggunakan tanda baca dan menggunakan tanda baca yang
salah. Selain itu juga, disebabkan kurangnya aktiviti berkumpulan seperti kebiasaannya dan lebih
berfokus kepada latih tubi, suasana pengajaran dan pembelejaran kurang ceria. Selain daripada itu,
focus utama masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah penggunaan tanda baca yang salah ataupun tidak
sesuai.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Penggunaan tanda baca merupakan salah satu aspek penting dalam penulisan. Pelajar mengalami
masalah ini disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah, tidak meletakkan tanda nokhtah di
setiap penghujung ayat, tidak menggunakan huruf besar pada perkataan pertama setiap ayat, dan tidak
meletakkan tanda soal dan tanda seru pada ayat yang berkenaan.

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Pelajar tidak menggunakan tanda baca yang betul pada setiap ayat.

2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terlalu serius membuatkan pelajar kurang selesa. Ini
mungkin disebabkan guru terpaksa menerangkan banyak perkara dalam satu masa
menyebabkan aspek – aspek lain diketepikan.

3. Tiada sesi perbincangan dan soal jawab antara guru dan murid menyebabkan guru tidak tahu
sama ada pelajar faham apa yang diterangkan dan murid tidak dapat bertanyakan soalan yang
mereka ingin timbulkan.

4. Guru terlalu tergesa – gesa mengejar masa pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan masa

15
pengajaran dan pembelajaran yang terlalu singkat untuk menyelesaikan atau mengajar banyak
perkara.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Penerangan berkenaan dengan tanda baca harus diterangkan satu persatu. Contohnya, di setiap
permulaan ayat, huruf pertama bagi perkataan pertama seharusnya huruf besar walaupun ianya
bukan kata nama khas. Selain itu, di setiap kata soal harus ada tanda soal dihujung ayatnya.
Begitu juga dengan penggunaan tanda seru, koma dan sebagainya. Penggunaan kesemua tanda
– tanda baca ini harus diterangkan secara terperinci dan disertakan contoh yang tepat dan
senang difahami.

2. Guru seharusnya merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti dan
tidak meletakkan terlalu banyak aspek teknikal yang perlu dilakukan atau difahami pelajar pada
satu – satu masa. Penerapan ilmu yang terlalu banyak pada satu waktu akan membuatkan
pelajar keliru atau kurang faham bak kata pepatah “yang dikendung berciciran, yang dikejar tak
dapat”

3. Kaedah pengajaran seharusnya yang menyeronokkan. Ini disebabkan sekiranya sesi pengajaran
dan pembelajaran terlampau serius pelajar akan menjadi bosan dan jemu. Kaedah yang
menyeronokkan juga seharusnya selari dengan objektif yang ingin dicapai. Jangan sampai kelas
menyeronokkan tetapi pelajar tidak mendapat satu pun input yang berguna.

4. Sesi soal jawab dan perbincangan harus dilakukan kerana ia secara tidak langsung menjadi kayu
ukur kepada guru untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar. Sesi ini juga secara tidak
langsung membuktikan bahawa pelajar berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar semakin memahami isi pelajaran. Pelajar mula mengaplikasikan tanda baca yang betul
semasa penulisan. Masalah ini terjadi disebabkan beberapa factor. Yang pertama disebabkan
mereka tidak tahu kepentingannya. Kedua, disebabkan oleh mereka malas menulis titik atau
nokhtakh di akhir ayat, begitu juga dengan tanda seru dan tanda soal. Yang ketiga dan terakhir
ialah pelajar menganggap penggunaan huruf besar bagi permulaan setiap ayat adalah tidak

16
penting.

2. Setelah melalui proses perancangan yang teliti, guru berjaya membahagikan masa dengan baik
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan semuanya berjalan lancer.

3. Sesi soal jawab dan perbincangan banyak membantu pelajar dalam memahami isi pelajaran.
Melalui sesi ini juga banyak isu yang ditimbulkan oleh pelajar dan guru berjaya menerangkannya
dengan baik

4. Kaedah pengajaran yang bersifat santai berjaya menarik minat pelajar. Pelajar berasa selesa dan
selamat ketika belajar dan tidak menghadapi sebarang ketenangan kerana belajar adalahkah
keseronokan bagi mereka.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Pelajar berjaya memahami dan menguasai isi pelajaran

2. Pengurusan masa merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

3. Suasana yang kondusif dan menyeronokkan membuatkan pelajar selesa dan memberi kerjasama
yang baik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.’

4. Sesi soal jawab dan perbincangan penting bagi menyelesaikan segala persoalan yang timbul
dalam diri pelajar.

17
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 6 / REFLECTIVE JOURNAL 6

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 7

TARIKH / DATES : 22 FEBRUARI 2016

ISU / ISSUE: Sebutan atau Intonasi

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar mengalami masalah dalam sebutan semasa bercakap dan intonasi yang dibuat juga kurang tepat.
Masalah ini mungkin disebabkan oleh latar belakang keluarga atau factor persekitaran pelajar
berkenaan

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Terdapat dua jenis masalah yang diketahui iaitu masalah dalam bahasa Malaysia itu sendiri dan kedua
masalah dari luar. Dari dalam bahasa Malaysia sendiri, terdapat masalah menentukan sebutan baku
berbanding dengan sebutan dialek. Sebutan kata-kata bahasa Malaysia memang tidak banyak berbeza,
yang menjadi perbalahan ialah pada bunyi a di suku kata akhir terbuka, sama ada patut
diucapkan a atau e.

Di samping itu terdapat pula kesalahan sebutan di kalangan pelajar bukan Melayu untuk kata-kata
seperti rume(rumah), datu (datuk), kulang (kurang), ba-niak (banyak), dan sebagainya. Daerah morfologi
juga menimbulkan masalah bagi mereka, umpamanya dalam menyebut kata-kata seperti: peng-
arah (pengarah), meletak-an(meletakkan), pakai-an (pakai-yan), dan sebagainya.

Masalah kedua, timbul daripada unsur-unsur bahasa asing. Oleh sebab kebanyakan kita agak terlalu
biasa dengan bunyi-bunyi Inggeris, maka apabila kita membawa masuk kata-kata tersebut ke dalam
bahasa Malaysiapat. Kebanyakan pelajar tidak menyedari yang kekacauan ini wujud dalam bahasa
Inggeris, dan terbawa-bawa ke dalam bahasa Malaysia.

Intonasi adalah suatu masalah yang sering juga berlaku. Intonasi Inggeris, Cina atau India kerap
digunakan dalam ayat-ayat bahasa Malaysia.

18
ANALISIS / ANALYSIS :

1. Pelajar kerap menggunakan sebutan yang salah setiap kali melakukan pengucapan awam,
perbentangan atau perbualan.

2. Guru sepatutnya mendedahkan pelajar dengan video – video yang berkenaan dengan cara
sebutan dan intonasi yang betul serta memberi semangat untuk menaikkan keyakinan pelajar
melakukan sebutan yang betul.

3. Set induksi yang lebih menarik yang lebih sesuai dengan masalah sebutan harus diketangahkan.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Menayangkan video – video yang menunjukkan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Membuat latih tubi pengucapan awam menggunakan bahasa baku disamping memupuk
keyakinan pelajar untuk berucap di depan khalayak ramai.

3. Guru harus menyediakan video yang lebih menarik semasa set induksi supaya pelajar lebih
tertarik dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar menunjukkan kesungguhan dalam mengubah sebutan dan intonasi mereka supaya dapat
melakukan yang terbaik.

2. Kerjasama yang baik ditunjukkan oleh pelajar untuk menjadi lebih baik dalam penguasaan
sebutan dan intonasi.

3. Video – video yang ditunjukkan banyak membantu pelajar dalam memperbaiki sebutan dan
intonasi mereka.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Masalah sebutan dan intonasi pelajar lahir daripada pengaruh media massa dan persekitaran
iaitu keluarga dan masyarakat setempat. Penggunaan sebutan dan intonasi yang betul biasanya
kedengaran di media massa ketika siaran berita. Kebanyakkan pelajar apabila ditanya jarang

19
menonton telivisyen terutamanya semasa berita. Selain daripada itu, pergaulan pelajar seharian
yang menggunakan dialek dan bahasa rumah masing – masing juga menyebabkan pelajar
terbawa – bawa intonasi atau sebutan bahasa tersebut di sekolah.

2. Tayangan video yang ditunjukkan banyak membantu pelajar dalam mengubah cara sebutan dan
intonasi mereka. Setelah didedahkan dengan video, banyak perkara – perkara atau ilmu baru
yang mereka perolehi.

3. Set induksi merupakan aspek penting dalam menarik minat pelajar untuk menumpukan
perhatian semasa di dalam kelas seawal minit yang pertama.

20
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 7 / REFLECTIVE JOURNAL 7

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 8

TARIKH / DATES : 29 FEBRUARI 2016

ISU / ISSUE: Ejaan

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar mengalami masalah untuk mengeja dengan betul. Antara contoh kesalahan ejaan yang didapati
ialah Ada kata yang selalu salah dieja seperti bolih (untuk boleh), goring(untuk goreng), ke- dalam (untuk
ke dalam), dibawah (untuk di bawah).

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Masalah ejaan memang selalu terjadi di kalangan pelajar. Perkara ini disebabkan oleh beberapa perkara:

1. Keluarga. Pelajar mengeja menggunakan dialek yang mereka biasa gunakan di rumah contohnya
boleh menjadi bolih.

2. Bahasa pinjaman. Pelajar mengalami masalah dalam mengeja perkataan pinjaman.

3. Perkataan imbuhan. Pelajar juga mengalami masalah dalam menggunakan imbuhan dalam
perkataan seperti menggalakkan menjadi mengalakan.

4. Persekitaran. Pelajar mengalami masalah di dalam ejaan kerana bahasa yang digunakan untuk
berkomunikasi pelbagai dialek seperti bercakap dengan orang cina menggunakan dialek cina,
bercakap dengan orang india menggunakan dialek india dan sebagainya.

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Pelajar mengeja menggunakan sebutan atau dialek kampung. Itu yang menyebabkan pelajar
sering mengeja dengan salah.

2. Guru sepatutnya menggunakan kaedah bercakap menggunakan bahasa baku supaya ejaan

21
pelajar semakin baik.

3. Pendedahan kepada bahan bacaan ilmiah perlu diterapkan kerana ia dapat membantu pelajar
dalam membetulkan kesalahan ejaan yang mereka lakukan.

4. Proses pengajaran dan pembelajaran yang terlalu cepat disebabkan kekangan masa
membuatkan pelajar semakin tidak faham akan kesalahan yang mereka lakukan.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Guru sepatutnya menegaskan para pelajar supaya menggunakan bahasa Melayu baku daripada
menggunakan dialek kampung atau dialek Kuala Lumpur kerana ia akan membuatkan pelajar
bertambah baik dalam ejaan.

2. Memberi pelajar membaca buku – buku yang menggunakan Bahasa Melayu yang menggunakan
ejaan terkini dan menyuruh mereka menulis perkataan – perkataan yang mereka anggap
mengelirukan dalam ejaan.

3. Mendedahkan para pelajar dengan video – video yang menggunakan bahasa Melayu yang betul
supaya mereka secara tidak langsung dapat menyebut perkataan Bahasa Melayu dengan betul
dan mengaplikasikannya dalam ejaan.

4. Menyelesaikan masalah pelajar satu persatu supaya masalah yang sama tidak berulang.
Memastikan semua pelajar berjaya menguasai kesalahan yang dilakukan.

5. Menggunakan Alat Bantu Mengajar yang bersesuain seperti buku, gambar dan sebagainya
dalam menjelaskan kepada pelajar kesalahan ejaan.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar berjaya mengetahui dan membetulkan kesilapan mereka.

2. Pencapaian pelajar dalam ejaan mengalami perubahan setelah didedahkan dengan pelbagai
sumber dan rujukan.

3. Penggunaan Alat Bantu mengajar banyak membantu guru dalam mengajar

4. Penerangan yang jelas dan terperinci daripada guru membantu pelajar dalam ejaan.

22
KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Sesi pengajaran dan pembelajaran sepatutnya menyeronokkan dan dalam suasana yang selesa
atau kondusif kerana ia secara tidak langsung banyak membantu dalam aspek tumpuan dan
keinginan pelajar untuk mengikuti satau – satu sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Penerangan yang jelas dan terperinci akan membuatkan pelajar lebih mudah untuk memahami
isi kandungan atau kesalahan serta kesilapan yang mereka lakukan.

3. Peralihan daripada satu masalah kepada satu masalah haruslah berperingkat dan bukannya
diselesaikan sekaligus kerana ia akan membuatkan pelajar keliru dan gagal dalam menguasai
kemahiran atau kesilapan yang telah dilakukan.

4. Latihan yang diberikan kepada pelajar seharusnya meningkatkan kemahiran atau menunjukkan
betapa pelajar memahami isi pelajaran yang diajar.

23
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 8 / REFLECTIVE JOURNAL 8

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 9

TARIKH / DATES : 7 MAC 2016

ISU / ISSUE: Imbuhan

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar mengalami masalah dalam menggunakan imbuhan yang betul di dalam penulisan. Masalah ini
disebabkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu agak lemah dan pelajar masih terikat dengan
penggunaan bahasa rumah atau pergaulan seharian dengan rakan – rakan.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Imbuhan juga sering menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi dalam pemakaian -kan, me-, di-, dan ber-
. Misalnya, -kan dipakai pada tempat yang tidak perlu seperti Saya membelikan buku (-kan tidak perlu
kerana beli sudah transitif), atau sebaliknya -kan tidak dipakai seperti dalam mengguna dan membenar
(-kan diperlukan supaya kata kerja tersebut menjadi transitif).

Dalam peringkat kata, kesalahan tatabahasa kerap dilakukan dalam penggunaan imbuhan. Kalau
diperhatikan pula betul-betul, maka akan didapati satu perkara yang betul-betul sukar kita fahami, iaitu:
jumlah imbuhan yang ada dalam bahasa Malaysia adalah amat sedikit bilangannya. Ada tujuh bilangan
imbuhan yang sedikit ini sangat sukar dipelajari dan digunakan dengan tepat, manakala, kita mungkin
berpendapat bahawa bilangan yang sedikit harus memudahkan pembelajaran.

Kesalahan yang sering berlaku ialah dalam penggunaan imbuhan ber- ataume- pada kata dasar yang
tidak memerlukannya; sepertiber- duduk (untuk duduk), bertimbul (untuk timbul),berbangun (untuk
bangun), menjalan (untuk berjalan),menurun (untuk turun), dan memindah (untuk berpindah).

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Pelajar menggunakan imbuhan yang salah dalam penulisan yang dilakukan.

24
2. Guru agak terburu – buru dalam menerangkan kesalahan pelajar sehinggakan pelajar masih lagi
tidak memahami atau mengerti akan kesalahan yang dilakukan dan mengulangi kesalahan yang
telah dilakukan.

3. Latihan yang diberikan kurang bersesuaian dan tidak berjaya memperbaiki tahap kemahiran
pelajar dalam penggunaan kata imbuhan.

4. Aktiviti yang dijalankan terlalu serius sehinggakan pelajar takut mencuba. Sepatutnya aktiviti
yang bersifat menyeronokkan diselitkan.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Memberi latihan yang bersesuaian dengan tahap pelajar supaya mereka lebih faham dan
mengetahui penggunaan imbuhan yang betul.

2. Menyediakan pelbagai set soalan imbuhan yang meliputi pelbagai aras supaya guru dapat
mengetahui pelajar yang betul – betul memahami atau menguasai imbuhan.

3. Menerangkan dengan jelas dan terperinci serta contoh yang tepat kepada para pelajar tentang
penggunaan imbuhan yang betul.

4. Merangka aktiviti yang bersifat menyeronokkan seperti kuiz untuk membantu pelajar dalam
menguasai imbuhan.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar berjaya menguasai dan menyiapkan latihan yang diberi dengan prestasi yang cemerlang.
Latihan yang diberikan bersesuaian dengan tahap pelajar.

2. Set – set soalan yang dibuat banyak membantu guru dalam mengenalpasti tahap setiap pelajar
di dalam kelas.

3. Penerangan yang ringkas dan padat besertakan contoh membuatkan pelajar faham dan
mengetahui segala kesilapan yang dilakukan dan berjaya menguasai imbuhan dengan lebih baik
berbanding sebelumnya.

4. Aktiviti kuiz yang dibuat membantu pelajar dalam menguasai kemahiran imbuhan dan aktiviti

25
yang dibuat ternyata menarik minat pelajar dalam mempelajari imbuhan.

5. Pelajar mula berasa selesa selepas aktiviti yang dibuat dan bertanyakan banyak soalan yang
masih menjadi keraguan mereka dan guru berjaya menjelaskan semua soalan tersebut dengan
baik.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Latihan yang bersesuain dengan tahap pelajar ternyata membantu pelajar dalam menguasai
kemahiran imbuhan.

2. Set – set soalan yang berlainan tahap memudahkan guru dalam mengenalpasti tahap
kefahaman pelajar.

3. Aktiviti yang menyeronokkan membantu dalam menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran.

4. Penerangan guru dala satu – satu topic amatlah penting kerana kebolehan itu akan menentukan
pelajar faham apa yang dipelajari.

5. Kerjasama yang amat baik daripada para pelajar banyak membantu dalam menjayaka satu –
satu sesi pengajaran dan pembelajaran.

26
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 9 / REFLECTIVE JOURNAL 9

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 10

TARIKH / DATES : 21 MAC 2016

ISU / ISSUE: Struktur Ayat

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar mengalami masalah dalam membuat ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Perkari
ini terjadi disebabkan pelbagai factor yang akan dibuncangkan diruangan di bawah kelak.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Masalah struktur ayat sering berlaku terutama sekali dalam penulisan karangan. Peminjaman struktur
ayat-ayat Inggeris, Arab dan sebagainya memang kerap ditemui seperti dalam kes pandai orang, besar
rumah, dan sebagainya. Tetapi yang agak menarik ialah kesalahan seperti Apakah ialah nama ibu negeri
Perak? Di sini ternyata bahawa ialah itu adalah terjemahan unsur bahasa inggeris dalam ayat What is
the capital of Perak? Hal ini adalah suatu perkara yang tidak perlu berlaku, melainkan orang yang
terlibat itu tidak memahami sepenuhnya bahawa ayat bahasa Malaysia tidak memerlukan unsur kopula
is (ialah) itu.

Satu lagi kesalahan pada peringkat ayat ialah penggunaan penutup frasa seperti itu dalam ayat seperti
Menteri itu yang baru pulang..., selalu terdengar dalam pembacaan berita Radio dan Televisyen
Malaysia. Itu adalah unsur penutup frasa seperti dalam Menteri yang baru pulang itu, dan sebagainya.
Ini adalah kesalahan-kesalahan yang agak meluas dan seharusnya boleh diperbetulkan.

Selalu pula terdapat kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan ayat bangun kena membuat (pasif)
seperti:Pencabulan tentera Soviet oleh Afghanistan. Pencabulan itulah yang dilakukan oleh tentera
Soviet terhadap Afghanistan dan bukan sebaliknya. Memang di sini ada ternyata gara-gara pengaruh
unsur-unsur bahasa asing dalam bahasa Malaysia, lebih-lebih lagi apabila orang itu lebih mahir dalam
bahasa asing itu dan tidak pernah belajar bahasa Malaysia secara formal (dan tidak mengenali sistem

27
tatabahasa).

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Pelajar mencuba untuk membina ayat yang kreatif tetapi di akhirnya menghasilkan satu ayat
yang mempunyai kesalahan tatabahasa.

2. Guru menyuruh pelajar untuk mencipta ayat yang kreatif tetapi kurang membimbing pelajar ke
arah penulisan ayat yang cantik dan menarik.

3. Aktiviti yang dilakukan terlalu terus menerus sehinggakan pelajar menghadapi kekangan untuk
mengeluarkan idea – idea yang kreatif kerana mereka hanya focus untuk menghabiskan tugasan
semata – mata.

4. Guru mengemukakan ayat yang terlalu sukar atau terlalu tinggi berbanding dengan tahap
pelajar. Guru sepatutnya menunjukkan beberapa contoh berlainan tahap supaya pelajar faham
dan mengetahui kehendak guru dan berjaya membina ayat yang baik.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Guru menunjukkan contoh – contoh ayat yang baik. Dimulakan dengan ayat yang paling ringkas
dan senang dituruti oleh ayat – ayat yang lebih kompleks dan sebagainya.

2. Guru menyuruh pelajar untuk membaca bahan bacaan yang berguna kepada pelajar untuk
meningkatkan lagi penguasaan dalam Bahasa Melayu seterusnya meningkatkan lagi penulisan
ayat pelajar.

3. Menyediakan aktiviti – aktiviti yang menarik yang mampu menarik minat pelajar untuk
menjelmakan ayat – ayat yang lebih kompleks dan baik.

4. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk membina ayat menggunakan kreativiti sendiri tetapi
dengan pengawalan supaya ianya tidak tersasar daripada matlamat utama sesi pengajaran dan
pembelajaran.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar berjaya menghasilkan ayat – ayat yang baik.

28
2. Penerangan dan contoh – contoh yang ditunjukkan berjaya meningkatkan tahap kefahaman
pelajar dalam menulis ayat yang kompleks dengan baik.

3. Aktiviti – aktiviti yang dilakukan berjaya meningkatkan tahap penulisan ayat pelajar. Pelajar
berjaya menghasilkan ayat – ayat yang baik dengan tatabahasa yang betul.

4. Kebebasan yang diberikan oleh guru berjaya membuatkan pelajar menghasilkan idea – idea ayat
yang luar biasa yang menarik.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Latihan atau latih tubi yang dibuat seharusnya berperingkat – peringkat mengikut tahap pelajar
dan jangan membiarkan mereka terlalu bebas membuat ayat yang dikehendaki sehinggakan
jauh terpesong dari objektif sebenar.

2. Pelajar berjaya menguasai penulisan ayat dengan bantuan dan dorongan oleh guru.

3. Aktiviti – aktiviti yang dilakukan juga berjaya menghasilkan penulisan yang baik oleh para
pelajar.

4. Kerjasama yang sangat baik daripada para pelajar membuatkan sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar.

5. Sesi soal jawab yang dibuat berjaya menjawab segala persoalan yang timbul dalam diri pelajar
dan guru berjaya menjawab segala persoalan dengan baik.

29
NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 10 / REFLECTIVE JOURNAL 10

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: 11

TARIKH / DATES : 28 MAC 2016

ISU / ISSUE: Pengucapan awam

MASALAH /PROBLEM:

Pelajar mengalami masalah dalam pengucapan awam seperti tidak yakin, malu dan menggunakan
perkataan – perkataan dialek kampung atau rumah dan tidak menggunakan perkataan bahasa Melayu
yang betul. Selain daripada itu pelajar kelihatan tidak bersedia dengan pengucapan awam masing –
masing mungkin disebabkan masa yang diperuntukan untuk bersedia tidak mencukupi atau kekurangan
sumber.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Pengucapan awam adalah salah satu proses untuk berkongsi ilmu atau pendapat. Pengucapan awam
dibuat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Dalam konteks bilik darjah, pengucapan
awam dibuat bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk menilai setiap pelajar sejauh
mana penguasaan mereka dalam bahasa Melayu, kebolehan untuk menyampaikan maklumat dengan
baik dengan menggunakan ayat yang betul dan menguji tahap keyakinan pelajar. Didapati semasa
melakukan pengucapan awam terdapat banyak masalah yang diketahui. Antaranya pelajar masih lagi
gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik. Selain itu juga, struktur ayat yang digunakan kurang
sesuai. Kesalahan tatabahasa juga banyak dikesan dan pelajar kebanyakkannya kurang keyakian dan
malu semasa melakukan pengucapan awam. Intonasi pelajar juga banyak salah kerana menggunakan
dialek kampung atau bahasa di rumah.

ANALISIS / ANALYSIS :

1. Pelajar kurang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk melakukan pengucapan awam. Ini
mungking disebabkan oleh kurangnya dorongan atau motivasi daripada guru dan rakan – rakan

30
atau kurangnya persediaan.

2. Masa yang diberikan kepada pelajar untuk bersedia tidak mencukupi.

3. Sumber maklumat yang dibekalkan untuk pelajar tidak mencukupi.

4. Masa yang diberikan untuk pengucapan awam terlalu lama sehinggakan pelajar menyiapakan
pembentangan atau pengucapan awam awal daripada masa yang ditetapkan.

5. Keyakinan diri yang kurang ditunjukkan oleh pelajar dan sifat malu masih membelengu diri
pelajar.

6. Guru tidak menunjukkan video – video pengucapan awam yang menarik sebaliknya hanya
memberikan tugasan dan urang bimbingan terhadap para pelajar.

7. Guru terlalu yakin dengan kebolehan pelajar.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

1. Memberikan keyakinan kepada para pelajar supaya mereka tidak merasa gementar atau
gemuruh.

2. Memotivasikan pelajar dan menyuruh mereka untuk tidak berasa malu dan yakin dengan
pengucapan awam yang dilakukan

3. Memberikan masa yang secukupnya kepada pelajar untuk membuat persediaan pengucapan
awam. Sebagai contoh memberikan tajuk di hujung sesi pengajaran dan pembelajaran dan
menyuruh pelajar mencari maklumat selama seminggu dan menyiapkan diri pada jangka masa
tersebut.

4. Membekalkan pelajar dengan sumber maklumat yang secukupnya atau memberi bimbingan
kepada mereka cara – cara mencari maklumat untuk pengucapan awam yang bakal dilakukan
oleh pelajar berkenaan.

5. Menunjukkan video – video pengucapan awam yang baik untuk dijadikan panduan kepada para
pelajar disamping dapat memberikan motivasi bahawa mereka boleh melakukan lebih baik
daripada contoh tersebut.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

1. Pelajar lebih yakin dengan penyampaian pengucapan awam.

2. Rasa malu berjaya disingkirkan daripada para pelajar.

31
3. Video – video contoh pengucapan awam yang baik berjaya membuatkan pelajar lebih yakin dan
menjadi panduan yang berguna kepada mereka.

4. Sumber – sumber yang disarankan banyak membantu pelajar dalam membuat pengucapan
awam yang baik.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

1. Persediaan yang mencukupi mampu menghasilkan pengucapan awam yang baik disamping
bimbingan daripada guru

2. Sumber maklumat yang disarankan mampu membuatkan pelajar menyelitkan atau


mengutarakan idea – idea atau maklumat –maklumat yang penting untuk dikongsikan bersama
– sama dengan pelajar lain

3. Kesungguhan pelajar untuk melakukan yang terbaik juga secara tidak langsung mendorong
kepada pengucapan awam yang baik.

4. Kerjasama yang diberikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran membuatkan


semuanya berjalan lancar

5. Pengucapan awam yang dibuat berjaya membuktikan pelajar telah banyak menimba ilmu
dalamsubjek Bahasa Melayu.

32

Anda mungkin juga menyukai