10 Perkara Anak Perempuan Anda Patut Tahu Apabila Dia Berusia 10 Tahun
10 Perkara Anak Perempuan Anda Patut Tahu Apabila Dia Berusia 10 Tahun
Memiliki anak perempuan pasti berbeza dengan anak lelaki. Lebih-lebih lagi apabila anda
mempunyai hanya seorang anak perempuan sahaja. Bagi kaum ibu, anak perempuan lebih dekat
dengan mereka. Anak perempuan ini bagaikan cermin bagi diri mereka. Pasti boleh berkongsi
minat yang sama, bakat yang sama dan pendapat yang sama. Bagai kawan baik!
Artikel ini akan berkongsi 10 perkara yang patut anak perempuan anda tahu sebaik sahaja
mereka berusia 10 tahun. Penting bagi ibu bapa mengetahui perkara ini kerana bak kata pepatah,
“pelajaran terbaik bermula dari rumah”.
4. Batas-batas agama
Ramai ibu bapa percaya, agama biarlah anak-anak belajar disekolah. Sedangkan, seelok-eloknya,
ibu bapa sendiri mendidik anak perempuan mereka akan batas-batas agama. Ibu bapa perlu
menitikberatkan isu solat, aurat dan batas-batas pergaulan. Tekankan pada pada anak perempuan
anda, tengtang betapa pentingnya menjaga nilai agama. Saya percaya, dengan teguhnya ajaran
Islam dan iman sejak kecil, anak perempuan anda akan lebih pandai menjaga diri di luar nanti.
Beliau akan lebih pandai membezakan mana yang baik, dan mana yang buruk. KIta pasti tidak
mahu anak perempuan kita menjadi seperti orang lain yang hanya Islam pada nama. Mereka lahir
dalam Islam, tetapi nilai Islam tidak diketahui akibat kecuaian ibu bapa dan masyarakat
sekelilingnya. Namun begitu, kita perlu ingat, jangan hanya sekadar mendidik, kita juga harus
menjadi contoh yang baik pada mereka. Barulah lebih mudah untuk mereka ikuti. Saya percaya,
anak merupakan cermin pada diri kita.
5. Hakikat kehidupan
Usia 10 tahun sudah cukup untuk mereka mengetahui hakikat sebenar kehidupan. Tidak perlu isu
yang berat dan terperinci. Cukuplah sekadar yang dapat mereka fahami. Sebagai contoh, isu
Palestin di Gaza. Saya berpendapat, anak-anak tidak seharusnya diabaikan untuk memahami isu
ini hanya kerana mereka dianggap masih muda. Jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, dan
berikan mereka ruang untuk menyatakan pendapat mereka berkenaan isu ini.
6. Tidak semua bernasib baik sepertinya
Anak perempuan anda patut tahu bahawa tidak semua orang bernasib baik sepertinya. Tidak
semua rakan sebaya dengannya pernah merasa makan malam di restoran. Tidak semua rakan
sebayanya mempunyai baju sekolah hampir 3 pasang. Tidak semua orang mempunyai anggota
badan yang cukup sepertinya. Galakkan mereka bersedekah walaupun 20 sen sama ada di
masjid, surau, tabung kemanusian atau dimana sahaja. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya
sukakan cara ibu saya menggalakkan kami bersedekah. Apabila ke masjid atau pasar, beliau akan
memberikan saya wang untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut sambil menjelaskan
kebaikan menderma. Lama kelamaan, saya sendiri terdorong untuk meletakkan sedikit dari wang
perbelanjaan sekolah saya. Kepuasan kerana dapat menderma dengan wang sendiri tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata. Latih anak anda bersifat sering ingin membantu walaupun rakan
sebaya mereka dalam kesusahan. Sesekali di hujung minggu, bawa anak perempuan anda ke
rumah anak yatim, rumah orang tua atau zoo untuk menjadi sukarelawan. Selain dapat
menghabiskan masa berkualiti bersamanya, anak anda akan memperoleh pengalaman baru
sekaligus memupuk sifat suka membantu dalam diri mereka. Mulakan dengan perbuatan kecil
pun tidak mengapa. Sebagai contoh, setiap kali lepas makan di restoran, cuba untuk mengemas
serba sedikit agar memudahkan pelayan restoran mengangkatnya nanti. Jika kita lakukannya,
pasti anak-anak akan turut mengikut. Ingatkan pada anak-anak “sekiranya kita sering membantu
atau memudahkan urusan orang lain, inshaAllah di masa hadapan Allah akan membantu dan
memudahkan urusan kita melalui orang lain”. Ingat, pelayan restoran juga adalah manusia. Jadi
tidak ada salahnya kita boleh meringankan beban mereka.
Daripada Mus’ab bin Abu Waqas r.a katanya: “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan
daripada orang lain”. Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kamu tidak ditolong dan diberi
rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu).” – hadith
riwayat Bukhari
Mengetahui 10 perkara ini membolehkan anak perempuan anda memulakan zaman awal remaja
dengan permulaan yang baik. Dengan keadaan zaman serba moden ini, anak-anak perempuan
berada di luar rumah walau seketika pun mampu membuatkan ibu bapa berasa risau dan susah
hati. Kerana kita sebagai ibu bapa pun tahu betapa bahayanya di luar sana. Tetapi tidak realisitik
sekiranya kita mahu mengongkong dan menyekat kebebasan mereka setiap masa kerana ini akan
membuatkan mereka lebih memberontak. Oleh itu, persiapkan anak anda dengan ilmu dan
pengetahuan secukupnya. Selepas tanggungjawab kita tertunai, inshaAllah yang selebihnya kita
serahkan kepada Allah untuk menjaga mereka.