Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BENDANG KERING,

33040 KUALA KANGSAR

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KELAS 5 BINTANG


BAGI TAHUN 2018

Pengenalan

Kelas merupakan tempat dan “rumah” bagi pelajar di sekolah.Kelas yang menarik dan
kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut
ilmu.Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di
samping merasa teruja untuk menerima lmu yang baharu.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam kelas
tersebut.Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru dan murid
bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka untuk
kepuasaan diri sendiri untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas.Semoga
pertandingan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai objektifnya untuk menceriakan
kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif.

Rasional

1.Suasana kelas yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif.

Matlamat

1.Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.


2.Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
3.Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang kondusif.

Objektif

i. Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat.


ii. Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan
ceria.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong.

Sasaran

Semua kelas dan pelajar.

Jangka masa

Februari hingga November 2018 / Sepanjang tahun.


Anggaran kos

1. Piala Pusingan (RM 50.00 X 2) RM 100.00


2. Sijil penghargaan (setiap bulan) (RM 1.50 X 20 kpg) RM 30.00
3. Hadiah ( setiap bulan ) (RM 60.00 X 10 bulan) RM 600.00
4. Baner Pelancaran RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 830.00

Sumber kewangan

1. Peruntukan 3K

Sumber tenaga

i. Guru
ii. Pelajar

Penganjur

Jawatankuasa 3K

Pelaksanaan

1. Minggu 1 (5/2/2018) - Pelancaran rasmi dan pertandingan dan syarat-syarat


pertandingan serta persiapan kelas.

2. Minggu 2 dan seterusnya – Pertandingan dijalankan seperti yang dirancangkan.

Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn.Halimahton Saadiah bt Ree


Pengerusi : Tn. Haji Uzair bin Abd Aziz
Naib Pengerusi 1 : En. Abdul Razak b Abdul Majeed
Naib Pengerusi 2 : En. Norahimi b Abd Wahab
Setiausaha : Pn. Ruslinaizam bt Mohd Saleh
Bendahari : Tn.Hj Roslan b Zulkifli
AJK : Pn Musnada Fitri bt Mohd Azmi
Pn Rathimalar a/p S.Jegadesan
Syarat – Syarat Pertandingan

1. Pertandingan melibatkan semua kelas.


2. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut :-
a. Kebersihan lantai , tingkap, siling dan dinding
b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan
papan kenyataan belakang : ( visi dan misi / peraturan kelas / jadual waktu /
pelan kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran / carta organisasi /
senarai pelajar )
c. Hiasan dan kata-kata motivasi
d. Susun atur perabut (kerusi,meja,almari) termasuk semasa dan selepas waktu
persekolahan.

Jadual Perlaksanaan

Minggu Tarikh Aktiviti

1 15 Jan 2018 Pelancaran rasmi pertandingan dan syarat-syarat


pertandingan serta persiapan kelas.

2 5 Feb 2018 dan Pertandingan dijalankan seperti yang dirancangkan.


seterusnya

Borang Permarkahan

( Rujuk Lampiran )

Hakim / Penilai

Pentadbir dan guru bertugas

Penutup

Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang
penganjur.Selain itu, ianya adalah untuk merialisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani,
rohani, mental, emosi dan sosialnya.Melalui pertandingan ini juga diharap objektif
penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan
menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ ________________________
Pn. Ruslinaizam bt Mohd Saleh Tn. Haji Uzair bin Abd Aziz
Setiausaha 3K PK Hal Ehwal Murid SKBK

Disahkan oleh:
_____________________________
Pn. Halimahton Saadiah binti Ree
Guru Besar SKBK
SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini wajib kepada semua kelas tahap 1 dan tahap 2.


2. Kriteria yang akan dinilai adalah :

2.1 Jadual Kelas


2.2 Jadual Tugasan
2.3 Carta Organisasi
2.4 Papan matapelajaran (bahan bersesuaian dengan tahap murid )
2.5 Senarai nama murid
2.6 Visi & Misi
2.7 Susun atur perabut
2.8 Kebersihan
2.9 Keceriaan
2.10 Lantai / tingkap / langsir
2.11 Penyapu / penyodok / bakul sampah
2.12 Papan kenyataan
2.13 Meja
2.14 Sudut bacaan / sudut i-think / sudut Abad ke 21

3. Penilaian akan dibuat setiap minggu oleh para juri yang dilantik ( guru bertugas ).
Kelas yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan semasa perhimpunan
rasmi hari Isnin.
4. Penilaian akan dibuat oleh guru bertugas setiap minggu.
5. Pemenang akan menerima sijil penghargaan dan piala pusingan.
6. Kelas yang terbanyak menerima anugerah akan menerima hadiah utama.
7. Kelas yang tidak memuaskan akan dikenakan tindakan.

JURI / HAKIM

1. Barisan Pentadbir & Staf SKBK


1.1 Guru Besar
1.2 Penolong Kanan Pentadbiran
1.3 Penolong Kanan HEM
1.4 Penolong Kanan Ko-Ko
1.5 Guru Bertugas
SEKOLAH KEBANGSAAN BENDANG KERING

KERTAS KONSEP

ANJURAN :
UNIT KECERIAAN 3K

DISEDIAKAN OLEH :
Pn. Ruslinaizam bt Mohd Saleh

Anda mungkin juga menyukai