Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT FATHER BARRE

JALAN KOLAM AIR, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH,


MALAYSIA

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB MEMASAK


SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT FATHER BARRE
TAHUN: 2018

1
1.0 TAJUK KERTAS KERJA

Kertas Kerja Penubuhan Kelab Memasak Sekolah Kebangsaan Convent Father


Barre.

2.0 JENIS PERSATUAN ATAU KELAB

Kelab Memasak

3.0 IDENTITI PERSATUAN

3.1 Logo

KELAB MEMASAK

SK CONVENT FATHER BARRE

2
3.2 Lagu

Mari...mari kita memasak (2x)

Memasak bersama-sama

Dengan kawan-kawan...mari masak bersama-sama

Mari...mari makan bersama-sama (2x)

Dengan kawan-kawan...mari makan bersama-sama

Menjaga kesihatan diri dan menjauhkan penyakit

Kita hidup sejahtera dan harmoni

3.3 Moto

Bersama Membina Generasi Sejahtera.

3.4 Visi Dan Misi

Visi

Menjadi sebuah kelab yang unggul dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia yang
berbakat dalam bidang masakan.

Misi

Melahirkan insan yang dapat hidup dengan sihat dan sejahtera serta memupuk
kesefahaman antara murid yang pelbagai bangsa ke arah pembentukan bangsa
Malaysia yang bersatu padu.

4.0 OBJEKTIF

i. Menyerlahkan bakat semulajadi yang terpendam dalam diri murid dalam


bidang masakan.
ii. Menimbulkan kesedaran terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan
seimbang dalam kehidupan.
iii. Mewujudkan semangat kerjasama dan kesatuan hati di antara murid.
iv. Mewujudkan murid yang mahir dalam praktikal kendiri seperti dalam bidang
masakan.

3
5.0 RASIONAL

Rasional penubuhan Kelab Memasak Sk Convent Father Barre adalah untuk


melahirkan murid yang berbakat dalam bidang memasak dan dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara murid.

6.0 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA DAN TUGAS JAWATANKUASA

Penasihat : Cik Leshainie A/P Shankaren

Penolong penasihat : Puan Chin Lee Lee

Pengurusi : Nur Naziera Binti Saiful (6 Kreatif)

Naib pengurusi : Tamilarasi A/P Kalaiselvan (5 Bakti)

Setiausaha : Tan Jun Ro (5 Kreatif)

Naib setiausaha : Mohamad Aiman Bin Nizam (5 Bakti)

Bendahari : Selvan A/L Raju (6 Bakti)

Naib bendahari : Rozita Binti Mohamad (4 Kreatif)

AJK tahun 6 : Rinitha A/P Selvam (6 Tekun)

AJK tahun 5 : Rosidah Binti Mohd Fazli (5 Bakti)

AJK tahun 4 : Azandia Binti Abdul Rahman (4 Tekun)

7.0 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

Perkara 1 : Nama dan alamat

1.1 Nama kelab : Kelab Memasak

1.2 Alamat : Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre, Jalan


Kolam Air, 08000 Sungai Petani Kedah.

4
Perkara 2 : Tujuan dan matlamat

2.1 Menyediakan proses pembelajaran secara informal kepada


murid.

2.2 Menyerlahkan bakat semulajadi yang terpendam dalam diri


murid dalam bidang masakan.

2.3 Memberi keseimbanagn kepada pendidikan formal dalam


domain kognitif, afektif, psikomotor dan intelek, rohani,
jasmani dan emosi murid.

2.4 Menimbulkan kesedaran terhadap masakan berkhasiat dan


pemakanan seimbang dalam kehidupan.

2.5 Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang lebih


menyeronokkan,segar dan sihat.

2.6 Mewujudkan semangat kerjasama dan kesatuan hati di antara


murid.

2.7 Mewujudkan murid yang mahir dalam praktikal kendiri seperti


dalam bidang masakan.

2.8 Memberi peluang kepada murid untuk menimba pengalaman


yang baharu melalui aktiviti di luar bilik darjah dan dapat
mengelakkan murid daripada terlibat dalam gejala negatif.

Perkara 3 : Keahlian

3.1 Keahlian persatuan ini terbuka kepada semua murid yang


menuntut di Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre yang
seramai 900 orang.

3.2 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang


disediakan.

3.3 Setiap ahli yang diterima, dikenakan bayaran yuran sebanyak


RM 5 setiap sebulan.

5
3.4 Setiap ahli kelab mestilah sentiasa berusaha melaksanakan
tujuan dan matlamat kelab dengan mengambil bahagian
secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab
memasak.

3.5 Setiap ahli kelab berhak memilih dan dipilih untuk memegang
sebarang jawatan dalam kelab memasak.

Perkara 4 : Jawatankuasa kelab

4.1 Ahli jawatankuasa terdiri daripada pengurusi, naib pengurusi,


setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan tiga orang
ahli jawatankuasa.

4.2 Jawatankuasa ini dipilih dalam mesyuarat agung kelab.

4.3 Tanggungjawab jawatankuasa kerja

4.3.1 Pengerusi

a. Bertanggungjawab kepada kelicinan perjalanan


pentadbiran dan kemajuan kelab
b. Tugas mempengurusikan mesyuarat
jawatankuasa kelab.
c. Diberi kuasa bersama-sama dengan bendahari
atau setiausaha untuk menandatangani cek-cek
kelab.

4.3.2 Naib Pengerusi


a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas
dan bertanggungjawab serta mengambil tempat
pengerusi pada masa ketiadaannya.
4.3.3 Setiausaha
a. Membantu pengerusi dalam hal-hal pentadbiran
termasuk surat menyurat, menyimpan rekod, fail
dan mencatat minit mesyuarat.
b. Mendaftar ahli baru dan menyimpan rekod
pendaftaran.

6
c. Membentangkan laporan bertulis dan
menyenaraikan kerja-kerja kelab dalam mesyuarat
AJK dan Mesyuarat Agung.
d. Bertanggungjawab menyediakan dan
mengedarkan surat panggilan semua mesyuarat
dan mencatat minit bagi mesyuarat tersebut.
4.3.4 Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab serta mengambil tempat
setiausaha semasa ketiadaannya.
4.3.5 Bendahari
a. Jawatan ini tidak boleh disatukan ke dalam
jawatan setiausaha dan tidak boleh menjalankan
tugas setiausaha.
b. Bertanggungjawab ke atas semua perkara yang
berkaitan dengan kewangan kelab.
c. Bertanggungjawab menyimpan akaun wang
keluar masuk dan menyimpan rekod yang
kemaskini (termasuk mengutip yuran
keahlian).
d. Membentangkan penyata kewangan dalam
mesyuarat jawatankuasa kerja dalam mesyuarat
agung.
4.3.6 Jawatankuasa Kerja
a. Menghadiri setiap mesyuarat jawatankuasa kerja
yang dipanggil oleh Setiausaha.
b. Membantu dan melaksanakan setiap aktiviti yang
dijalankan oleh kelab.
c. Boleh dilantik untuk menjadi pengurusi atau ahli
sesebuah jawatankuasa kecil dan ada hak bagi
melaksanakan sesuatu aktiviti kelab (jika perlu).

7
Perkara 5 : Mesyuarat
5.1 Kelab ini boleh mengadakan dua jenis mesyuarat iaitu
Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.
5.2 Mesyuarat Agung Tahunan kelab ditetapkan oleh
jawatankuasa kerja dan tidak lewat daripada bulan Januari
setiap tahun.
5.3 Menimbang dan mengesahkan laporan tahunan, penyata
kewangan, anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang
telah diperakui oleh Jawatankuasa Kerja dan membahas
usul-usul.
5.4 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dijalankan mengikut
agenda:
a. Melantik pengerusi mesyuarat (jika perlu)
b. Menerima dan mengesahkan peringatan Mesyuarat
Agung yang lepas.
c. Menerima penyata kewangan.
d. Menerima laporan tahunan
e. Meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan
tahunan.
f. Memilih jawatankuasa
g. Memilih pemeriksa kira-kira atau juruaudit.
h. Membincangkan usul-usul dan cadangan (jika ada)
i. Ucapan penangguhan.
5.5 Mesyuarat Agung Khas / Tergempar / Luar Biasa boleh
diadakan apabila :
a. Satu pertiga (1/3) daripada ahli jawatankuasa kerja
memikirkan perlu diadakan mesyuarat.
b. Satu pertiga (1/3) daripada ahli persatuan secara bertulis
meminta supaya mesyuarat ini diadakan.
c. Permintaan untuk mengadakan mesyuarat ini berasaskan
alasan-alasan yang munasabah dan mesyuarat ini hanya
membincangkan agenda itu sahaja.
d. Notis dan cadangan mengadakan mesyuarat ini diedarkan
oleh setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
mesyuarat tersebut diadakan.

8
5.6 Koram Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung
Khas / Tergempar/Luar Biasa ialah sekurang-kurangnya satu
pertiga (1/3) daripada bilangan ahli persatuan.
5.7 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja perlu diadakan tiga bulan
sekali.
5.8 Notis panggilan mesyuarat dikeluarkan oleh setiausaha dan
diberitahu kepada Jawatankuasa sekurang-kurangnya 19 hari
sebelum diadakan mesyuarat tersebut.
5.9 Koram Mesyuarat Jawatankuasa ialah lapan orang ahli
jawatankuasa yang hadir daripada bilangan jawatankuasa.

Perkara 6: Kewangan
6.1 Yuran keahlian ialah RM 5 sebulan.
6.2 Tahun kewangan kelab bermula pada 1 Januari dan berakhir
pada 31 Disember.
6.3 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi RM
200.
6.4 Setiap perbelanjaan yang melebihi RM 100 hendaklah
mendapat kelulusan mesyuarat jawatankuasa kerja dan
perbelanjaan yang kurang daripada RM 100 hanya perlu
mendapat persetujuan pengerusi dan guru penasihat.

Perkara 7 : Pendaftaran
7.1 Kelab ini didaftar mengikut peraturan dan ketetapan oleh
pihak sekolah.

Perkara 8 : Pembubaran
8.1 Kelab ini boleh dibubarkan dengan kehendak dua pertiga (2/3)
daripada jumlah ahli yang sah secara bertulis dan mendapat
persetujuan daripada guru besar sekolah.
8.2 Apabila kelab ini terpaksa dibubarkan, maka segala hutang
yang menjadi tanggungjawab persatuan hendaklah
diselesaikan oleh seluruh ahli semasa.

9
8.3 Jika ada harta benda yang lebih, ianya diserahkan kepada
pihak sekolah untuk tindakan sewajarnya mengikut budi
bicara guru besar sekolah.
Perkara 9 : Pindaan Kepada Undang-undang Kecil
9.1 Segala pindaan, tambahan atau sebarang perubahan kepada
perkara dalam undang-undang kecil ini hendaklah diluluskan
oleh dua pertiga (2/3) ahli persatuan ini yang hadir dalam
Mesyuarat Agung.
9.2 Segala pindaan, tambahan atau sebarang perubahan
tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah disahkan oleh
guru besar sekolah.

8.0 PERANCANGAN AKTIVITI DAN TAKWIM

MINGGU TAJUK AKTIVITI JAM


PERTEMUAN
1 Mesyuarat Agung Kelab Perlantikan ahli jawatankuasa 2 jam
Memasak

2 Pengenalan kepada 2 jam


pyramid makanan dan Kuliah
jenis-jenis makanan
3 Perbincangan tentang Murid dibahagikan kepada beberapa 2 jam
aktiviti memasak dalam kumpulan dan berbincang tentang
kumpulan aktiviti memasak pada minggu
hadapan dan bahan yang diperlukan
4 Aktiviti memasak dalam 3 jam
kumpulan Praktikal

5 Makanan yang seimbang Murid mendengar kuliah dan 2 jam


dan berkhasiat mencatat maklumat penting

6 Perancangan Guru dan murid berbincang dan 2 jam


pertandingan memasak merancang pertandingan memasak

7 Pertandingan memasak Masakkan murid dinilai dan diberi 3 jam


antara kumpulan markah

10
8 Pengenalan kepada Kuliah 2 jam
masakan rimba

9 Aktiviti masakan rimba Praktikal 3 jam

10 Jualan makanan pada Murid diberi tugasan untuk menjual 4 jam


Hari Kokurikulum makanan pada Hari Kokurikulum

11 Pameran makanan Murid membuat pameran di dewan 3 jam


berkhasiat sekolah

12 Jamuan Jamuan bersama-sama guru dan 2 jam


murid

11
9.0 CARTA ALIR DAN SURAT PENUBUHAN

Mengenal pasti kelab yang ditubuhkan

Penyediaan kertas kerja penubuhan kelab

Mengemukakan surat permohonan dan kertas kerja kepada guru


besar sekolah untuk mendapatkan kelulusan

Tidak Diluluskan Diluluskan

Kelulusan

Melantik guru penasihat

Mengadakan mesyuarat agung penubuhan kelab

Meluluskan penubuhan kelab

Mendaftarkan ahli kelab

Mengesahkan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab

Mengoperasikan kelab

12
Kelab Memasak,

Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre,

Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani Kedah.

_______________________________________________________________________
Ruj kami : SKPT/09/01/01(1)

Tarikh : 05 Januari 2018

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre,

Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani Kedah.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB MEMASAK

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Puan Sarifah Binti Abdullah berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan kelab
memasak mulai 10 Januari 2018.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.

2.2 Draf Aktiviti Asas.

2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan
terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

13
Saya yang menurut perintah,

________________________

( Cik Leshainie A/P Shankaren)

Guru Penasihat,

Kelab Memasak,

Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre,

Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani Kedah.

14
10.0 Penutup

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti Kelab
Memasak ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid demi untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada semua
pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

15

Anda mungkin juga menyukai