Anda di halaman 1dari 8

NAMA : AININ SOFEA BINTI MOHAMAD BULIAN

Tugasan 2 : Pengguna-pengguna media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram

dan lain-lain dikatakan sering menggunakan kata-kata dan ayat yang tidak

menunjukkan kesantunan. Buat satu analisis terhadap isu-isu yang sering

diperkatakan dalam media tersebut.

Pada era globalisasi tanpa limitasi ini, pembangunan dan kemajuan dalam

bidang teknologi pada masa kini sedikit sebanyak turut mengubah cara manusia

berkomunikasi dan berinteraksi. Daripada bentuk komunikasi secara bersemuka, kini

komunikasi telah berubah kepada komunikasi yang hanya di hujung jari secara maya

dengan menggunakan portal dan laman sosial tertentu sebagai perantara.

Kewujudan pelbagai saluran komunikasi ini menyebabkan masyarakat bebas

bersuara tanpa memikirkan etika dan kesantunan berbahasa. Komunikasi maya ini

bukan sahaja melibatkan teks semata-mata tetapi netizen juga boleh menggunakan

emoticon untuk mewakili gambaran perasaan mereka. Justeru, analisis yang

dilakukan ini bertujuan meninjau isu-isu pengunaan kata-kata dan ayat yang tidak

menunujukkan kesantunan di lama sosial. Medium komunikasi yang dipilih sebagai

subjek kajian ini ialah laman sosial popular iaitu Facebook, Twitter, Instagram dan lain

lain yang boleh diakses oleh pengguna internet.

Isu yang sering dibincangkan oleh masyarakat di media sosial pada masa kini

ialah isu tentang pemimpin. Hal ini kerana masyarakat sedar akan kepentingan

pemimpin dan juga mahu memilih pemimpin yang terbaik mengikut kriteria yang

mereka mahukan. Akan tetapi ada segolongan masyarakat yang kurang santun

bahasa di media sosial tentang aspek ini dari segi gelaran pemimpin tersebut.

1
Gelaran biasanya diberikan kepada pemimpin. Gelaran biasa diberi oleh sultan dan

jawatan yang dipegang oleh pemimpin tersebut. Masyarakat kini di laman sosial

majoriti nya biadap dengan tidak mengendahkan pengunaan gelaran hormat dan

hanya memanggil dengan nama sahaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

masyarakat negara kita telah mengabaikan rasa hormat terhadap pemimpin.

Rajah 1.0

Rajah 1.0 menunjukkan bahawa netizen memanggil mantan perdana menteri

Malaysia Yang Berbahagia Najib Razak dengan panggilan Najib sahaja.

2
Rajah 1.1

Rajah 1.1 pula menunjukkan netizen menyuarakan perasaan tidak puas hati di

sosial media atas tindakan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak berbudi bahasa.

Contohnya, insiden pemimpin yang bergaduh di parlimen menjadi bualan netizen di

sosial media dengan kasar. Perbuatan tersebut boleh mencemarkan imej negara kita

di mata dunia.

Menurut dua gambar diatas iaitu rajah 1.0 dan rajah 1.1adalah antara contoh

netizen memaki hamun pemimpin tanpa memikirkan rasa hormat terhadap pemimpin

tersebut . Nilai-nilai murni berbahasa turut dilupakan. Dengan selambanya mereka

memanggil pemimpin tanpa panggilan hormat dan melontarkan kata-kata kesat.

Situasi ini amat membimbangkan kerana risau masyarakat kini dan yang akan

terbiasa memanggil orang terhormat tanpa gelaran yang sepatutunya. Kelakuan tidak

elok tersebut secara tidak langsung menunjukkan keperibadian masyarakat Malaysia

terhadap negara luar kerana perkara tersebut boleh diakses secara atas talian sahaja

diseluruh dunia. Selain hilangnya nilai murni serta kesantunan, perkara ini juga turut

memberikan imej yang tidak baik kepada negara lain kerana pemimpin sendiri pon

kita sendiri tidak mampu hormat. Ini ibarat menjatuhkan air muka negara kita sendiri.

Oleh itu kita perlulah menerapkan kesantunan didalam pertuturan serta tingkah laku
3
kita.

Selain itu, isu yang sering dibincangkan oleh masyarakat di sosial media ialah isu

yang berkaitan dengan selebriti. Selebriti jugak tidak lari daripada kecaman daripada

netizen. Antara yang dapat dianalisis ialah isu rakyat mengecam selebriti hanya

kerana beliau membanteras produk tiruan sahaja. Sedangkan netizen boleh sahaja

memberi komen untuk memberi pendapat dengan cara baik tetapi masyarakat kini

lebih suka menggunakan bahasa yang tidak sopan tanpa memikirkan perasaan

individu yang dikecam itu. Perkara ini tidak wajar dilakukan kerana ia mampu

memberi pengaruh yang tidak baik kepada anak anak muda yang mudah terpengaruh

serta memberi imej yang negatif terhadap orang luar yang memandang negara kita ini

sebagai negara yang bersikap sopan santun.

Rajah 2.0

Rajah 2.0 menunjukkan komen yang diberi terhadap Datin Vivy Yusof, seperti

yang dapat kita lihat individu tersebut bukan sahaja menggunakan bahasa tidak

sopan malahan mengeluarkan kata-kata kesat kepada beliau. Ini menunjukkan


4
netizen tersebut tidak mempunyai rasa hormat kepada beliau. Perkara ini amat tidak

wajar berlaku dikalangan masyarakat tambahan pula sesama kaum.

Selain itu, ada juga isu kemasyarakatan yang sering dibualkan dimana ada juga

netizen yang niatnya mahu menegur tetapi cara teguran mereka itu salah. Walhal,

mereka boleh sahaja menegur dengan memberi mesej secara peribadi ataupun

teguran secara baik tetapi netizen sekarang lebih gemar untuk menegur secara

terbuka dengan cara kasar serta memalukan individu tersebut. Antara contoh yang

diberikan ialah ada selebriti yang memuat naik gambar semasa beliau bercuti dan

pakaian yang dipakai agak menjolok mata. Tanpa memikir panjang masyarakat terus

memberi kecaman yang teruk sehingga menjatuhkan air muka selebriti tersebut.

Bukan sekadar kecaman ada juga yang memberi komen-komen yang berunsurkan

lucah dan tidak mencerminkan masyarakat yang tinggi budi pekerti. Sedangkan dari

segi budaya masing-masing di negara ini kesopanan amatlah ditekan tetapi kini

kesopanan di dalam tingkah laku serta tutur kata tidak lagi diendahkan.

Rajah 2.1

Berdasarkan rajah 2.1 diatas, berikut adalah contoh netizen memberi komen

5
untuk menegur selebriti kerana beliau tidak menutup aurat dengan sempurna dengan

cara yang salah. Akibat daripada komen itu juga akan menyebabkan selebriti tersebut

malu dan menjatuhkan maruahnya.

Rajah 3.0

Masyarakat juga selalu meluahkan perasaan di media sosial dengan

menggunakan bahasa yang tidak bersopan santun. Rajah 3.0 adalah contoh situasi

tersebut dimana individu tersebut menggunakan kata-kata kesat dalam media sosial.

Hal ini berlaku kerana masyarakat menganggap media sosial adalah satu tempat

untuk mereka meredakan kemarahan mereka tanpa menyedari akibat daripada

perbuatan tersebut. Perkara ini sering berlaku apabila berlakunya perselisihan faham

sesama sendiri. Masyarakat tidak dapat mengawal perasaan marah mereka sehingga

mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mengguris perasaan orang lain. Hal ini tidak

sepatutnya berlaku sekiranya masyarakat menitikberatkan aspek kesantunan dan

peribadi yang mulia dalam kehidupan seharian.


6
Kesimpulannya, pendekatan kualitatif yang diaplikasi dalam kajian ini telah

menganalisis komen-komen yang diberikan oleh netizen pada ruangan komen yang

terdapat dalam laman sosial tersebut menggunakan Teori Kesantunan Asmah Haji

Omar (2000). Hasil penelitian mendapati bahawa majoriti netizen akan menggunakan

kata-kata kesat yang tidak santun apabila memberi komen terhadap sesuatu isu

berkaitan kerajaan yang disiarkan dalam laman sosial. Rakyat Malaysia perlulah

mengubah sikap ini kerana sikap ini amatlah memberi imej yang yang buruk kepada

negara. Tambahan pula, negara kita memang dikenali sebagai negara yang tinggi

kesantunan di kalangan rakyat nya tapi jikalau orang luar melihat perkara ini pastinya

mereka akan memandang rendah kepada negara kita. Selain itu, mengamalkan

kesantunan juga akan mengakrabkan lagi hubungan kita kerana jikalau kita tidak

bersopan santun semasa tutur kata pastinya ada yang tersinggung ataupun kecil hati

walaupun kita anggap perkara itu adalah remeh.

RUJUKAN

Ahmad, Ainal Akmar and Yahya, Maizatul Azura and Hashim, Nasihah and Mahmor,
Noor Aida (2016) Kesantunan bahasa semasa berkomunikasi di laman sosial

https://drive.google.com/drive/folders/0B29_Q9vg7U5Wfk8yU2xpZGc1ejFMVmVRSz
hwNFJQdFZTbVpWbTM2ZDg3STBzOXRzcnJXeTg
7
Asmah Haji Omar (2002), Setia Dan Santun Bahasa Tanjung Malam, Penerbitan
Universiti Sultan Idris

Awang Sariyan (2007), Kesantunan Bahasa Dalam Pengurusan Pentadbiran dan


Media Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Faridah Nazir et al (2014), Kesantunan Masyarakat Malaysia, Puchong: Penerbitan


Multimedia

Anda mungkin juga menyukai