Anda di halaman 1dari 1

3.

1 ALAT ARTIKULASI DAN FONEM VOKAL

Alat artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa. Alat artikulasi ialah alat
yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ yang terlibat. Perbuatan
ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersih
darah.

Menurut Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006), alat artikulasi adalah alat yang
digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat tersebut adalah bibir atas dan bawah, hujung
lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita
suara. Alat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah
alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

Manakala, bagi fonem vokal pula ianya terdiri daripada enam fonem vokal bahasa
melayu, iaitu ( a, e, i, o, u , ). Di dalam fonem vokal, bunyi vokal terhasil apabila udara yang
keluar melalui rongga oral tidak mengalami sebarang sekatan. Bunyi vokal keluar secara
berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut. Vokal adalah bunyi oral tetapi ada juga yang
dinasalkan. Sifat vokal ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Bunyi vokal yang
dilafazkan adalah dipengaruhi oleh bukaan lidah, sama ada ianya vokal hadapan, belakang
atau tengah.

Dalam pada itu, sekiranya lidah hadapan yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan
adalah vokal hadapan. Begitu juga apabila lidah yang terlibat adalah bahagian belakang lidah,
maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang. Namun apabila lidah dalam keadaan
bersahaja ataupun terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang maka
vokal yang dihasilkan adalah vokal tengah. Di sini jelas menunjukkan bahawa pelabelan nama
vokal ditentukan oleh kedudukan lidah. Manakala jenis vokal ditentukan oleh bentuk bibir dan
saiz rongga mulut.

Anda mungkin juga menyukai