Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Seni dalam pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan
persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan
seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Pada masa yang
sama, seni dalam pendidikan juga membolehkan murid mengekspresikan idea-idea mereka
secara bebas dan kreatif. Seni lebih menekankan kepada unsur warna, muzik menekankan
penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama
dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran
yang menarik. Hal ini akan mendorong pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif.

2.0 ULASAN

Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik
dan pergerakan. Ketiga-tiga komponen tersebut terdapat didalam rakaman video yang dipilh.
Berdasarkan video tersebut ia lebih menjurus dan sesuai untuk pelajar sekolah rendah tahap
dua dan sekolah menengah tahap satu dan dua. Oleh hal yang demikian, berdasarkan
persembahan video yang dipilih, ulasan bagi kepentingan seni dalam pendidikan akan
dihuraikan mengikut aspek iaitu dari segi pendidikan seni, muzik dan pergerakkan.
2.1 PENDIDIKAN SENI

Seni di dalam bahasa inggeris dikenali sebagai art yang diambil daripada istilah Latin
ars, bermaksud penyusunan ataupun untuk menyusun. Menurut John Canaday dari pepatah
“art for art’s sake” seni adalah satu pelarian dari kehidupan tetapi kebaikannya merupakan
khalayan dan fantasi.

Antara kepentingan seni dalam pendidikan dari segi pendidikan seni yang terdapat di
dalam video tersebut adalah ia dapat mendorong pelajar menggunakan imaginasi mereka.
Dalam hal ini, imaginasi menurut kamus Dewan Bahasa ialah khalayan, agakan atau rekaan.
Menurut whitehead, berimaginasi tanpa ilmu adalah suatu kebodohan dan berilmu dengan
berimaginasi adalah satu cara yang mementingkan perincian dan ketelitian. Dalam konteks seni
dalam pendidikan imaginasi merupakan suatu proses memikir ke arah yang unik dan luar biasa.
Dalam buku murid dan pembelajaran teori kecerdasan ruang fizikal Howard Gardner juga ada
menyatakan imaginasi akan terhasil apabila seseorang itu mampu untuk memperincikan
sesuatu yang mereka lihat dan mengubahnya kepada sesuatu yang baru. Oleh itu, melalui
imaginasi tersebut maka lahirlah seni daripada pelbagai perspektif yang boleh dilihat dalam
video tersebut, antaranya ialah seni warna, ruang, irama dan pergerakkan, kepelbagaian, dan
kesatuan.

2.1.1 WARNA

Warna adalah satu unsur yang sangat penting dalam karya seni. Warna
sebenarnya dapat mempengaruhi perasaan, menceriakan suasana sekeliling serta
dapat menggambarkan emosi dan personaliti diri. Berdasarkan video yang telah dipilih
penggunaan warna dapat dilihat dari segi warna pakaian dan warna dalam penggunaan
set dan prosp. Menurut teori kecerdasan Howard gardner, beliau menyatakan individu
yang bijak menggunakan warna adalah merupakan salah seorang individu yang
tergolong dalam kecerdasan ruang fizikal. Hal ini kerana, individu ini berupaya untuk
mengubah sesuatu dengan penuh imaginasi dan kreatif. Sebagai contoh kumpulan the
Groove ini telah memilih warna panas bagi pakaian dan props mereka, ini kerana
mereka tahu bahawa warna panas sebenarnya boleh menimbulkan suasana yang
bertenaga dalam persembahan. Mengikut teori David Brewster warna terbahagi kepada
empat kelompok. Melalui kelompok ini maka terhasilah dua jenis warna iaitu warna
panas dan warna sejuk.
Oleh itu, penggunaan warna bagi pakaian serta set dan pros ini sangat sesuai
dengan tema persembahan yang telah kumpulan ini sampaikan. Ini kerana, dengan
penggunaan warna yang betul ini, maka setiap satu item yang terdapat di dalam
persembahan ini mudah untuk dilihat malah ia dapat menarik tumpuan orang ramai
untuk melihat persembahan yang mereka sampaikan. Justeru itu, kumpulan the Groove
ini mempunyai bakat dalam pemilihan warna. Ini kerana mereka mampu memilih warna
yang sesuai untuk pakaian dan props mereka.

2.1.2 RUANG

Di samping itu, ruang juga merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam
pendidikan seni. Dalam persembahan video tersebut, ahli kumpulan the Groove telah
menggunakan ruang dengan amat baik sekali. Ruang ialah jarak di antara objek yang
wujud dalam alam yang nyata. Berdasarkan kenyataan tersebut ruang sebenarnya
merupakan salah sebuah kawasan kosong yang di kelilingi oleh suatu objek, jarak di
antara dua objek ataupun yang terdapat dalam sesuatu objek. Melalui persembahan
video tersebut ruang yang digunakan ialah ruang fizikal iaitu ruang yang berbentuk tiga
dimensi dalam keadaan ruang yang terbuka. Ruang terbuka ini merupakan ruang yang
luas dan lapang. Berdasarkan video tersebut, ruang yang digunakan adalah dalam
keadaan yang stabil dan tidak berat sebelah. Pada masa yang sama, setiap ruang telah
dipenuhi oleh set dan props yang sesuai digunakan. Hal ini kerana, sekiranya tiada set
dan props yang digunakan dalam persembahan tersebut maka ruang yang terhasil
adalah kosong.

2.1.3 KEPENTINGAN PERSEMBAHAN DALAM SENI PENDIDIKAN.

Melalui video yang telah dipersembahkan oleh kumpulan the Groove,


kepentingan persembahan ini dalam seni pendidikan dari segi imaginasi dapat dicapai.
Dalam hal ini, dengan menonton tayangan video ini pelajar akan dapat
mempertingkatkan lagi gaya pembelajaran mereka dari segi penggunaan warna dan
ruang. Ini kerana, apabila mereka melihat tayangan video, maka mereka akan dapat
belajar untuk memilih warna yang sesuai dan penggunaan ruang yang betul ketika
membuat persembahan. Mengikut teori pembelajaran kecerdasan howard gardner,
apabila mereka berupaya untuk memperincikan sesuatu yang dilihat dan mengubahnya
maka mereka akan dapat menggunakan imaginasi mereka. Dengan imaginasi tersebut
maka mereka akan bijak menggunakan warna dan ruang dengan kreatif.
2.2 MUZIK

Muzik merupakan salah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-
bunyi vokal dan instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika,corak pemikiran, dan emosi
manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Muzik merupakan salah satu
elemen yang berkait rapat dengan kehidupan kita. Bunyi dalam muzik berlaku apabila terdapat
getaran yang berlaku. Sebagai contoh, petikan tali gitar, orang yang menyanyi dan sebagainya.
Berdasarkan video persembahan yang telah dipilih, antara kepentingannya dalam seni
pendidikan ialah ia dapat mewujudkan perasaan seperti marah, sedih, gembira didalam diri atau
dalam kata lain perasaan dikenali sebagai emosi. Emosi adalah merupakan gerak balas,
tingkah laku, perubahan fisiologi dan perasaan jiwa. Menurut Daniel Goleman (2002) beliau
mengatakan bahwa emosi merujuk pada suatu perasaan dan pikiran yang khas, suatu keadaan
biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Emosi merupakan
reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu, sebagai contoh emosi gembira
mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga secara fisiologi terlihat tertawa,
emosi sedih mendorong seseorang berperilaku menangis. Emosi manusia sebenarnya boleh
dilahirkan melalui muzik yang didengar. Hal ini dibuktikan melalui kata-kata Ismail saiman et.al,
2014. Beliau menyatakan bahawa melalui muzik seseorang itu akan dapat melahir emosi
seperti kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, dan lain-lain.

Sehubungan itu, berdasarkan video yang telah dipilih kumpulan the groove telah
menunjukan emosi yang sangat baik iaitu dalam keadaan yang gembira dan seronok. Hal ini
kerana, kerjasama yang mereka tunjukan sebenarnya sangat memberi impak yang besar dalam
persembahan mereka. Melalui persembahan bagi kumpulan ini mereka telah menujukan emosi
yang gembira dan seronok. Emosi ini dapat dibuktikan melalui cara mereka memainkan alat
muzik dengan tempo yang betul. Tempo ialah kelajuan detik dalam muzik. Justeru itu, tempo
yang mereka gunakan adalah dalam keadaan rancak sesuai dengan persembahan yang
mereka sampaikan. Tambahan pula, tempo yang mereka gunakan juga sebenarnya sangat
mempengaruhi persembahan mereka dan menjadikan persembahan mereka nampak teratur
dan terancang walaupun diatas jalan raya. Menurut Ismail saiman et.al, (2014). Beliau
menyatakan bahawa tempo sebenarnya mempengaruhi mood muzik. Tempo yang cepat
memberi perasaan yang riang gembira dan bersemangat manakal tempo yang perlahan
menggambarkan mood yang sedih, gelap dan sayu.
Selanjutnya, melalui persembahan video tersebut individu yang terlibat sebenarnya
mempunyai kecerdasan muzik seperti yang dinyatakan oleh gardner dalam domain kecerdasan.
Mereka mampu mencipta menghayati dan menghargai muzik dari pelbagai aspek. Malah
mereka juga peka terhadap melodi, tempo serta ton dalam persembahan mereka. Sebagai
contoh, mereka mampu melantun nada dan bunyi dengan baik walaupun mereka hanya
menyebut beberapa perkataan. Tambahan pula, walaupun mereka tidak menggunakan alat
muzik yang betul akan tetapi mereka dapat bermain muzik dengan menggunakan bahan
terbuang mengikut tempo yang tepat serta menghasilkan bunyi melodi yang sangat baik.
2.3 PERGERAKKAN

Pergerakkan merupakan proses bagi individu untuk memperolehi kecekapan


pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekan
kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.
Kepentingan seni dalam pendidikan dari segi pergerakkan, sebenarnya dapat membantu
pelajar menimbulkan ekspresi dan kreativiti dalam diri mereka. Menurut American Heritage,
ekspresi membawa maksud sebagai meluah, menyampaikan atau mempersembahkan satu
gaya dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Di samping itu, menurut kamus
dewan kreativiti membawa maksud sebagai kemampuan individu dalam mencipta sesuatu yang
kreatif, manakala kreatif pula menerangkan tentang seseorang individu yang mempunyai
kebolehan dalam mencipta, menghasil dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli.
Oleh itu, ekspresi dan kreativiti ini pada hakikatnya dapat mewujudkan sesuatu kelainan serta
keunikan dalam apa jua persembahan.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan video persembahan yang telah dipilih ekspresi
dapat dilihat ketika mereka membuat pergerakan. Ketika individu tersebut membuat
pergerakan, ekspresi dari segi wajah serta gerak tubuh jelas menunjukkan bahawa keseluruhan
mereka yang terlibat di dalam persembahan tersebut berada dalam keadaan yang gembira. Hal
ini berkemungkinan kerana sikap kerjasama di antara mereka telah mewujudkan pergerakkan
yang bertenaga dan bersemangat secar tidak langsung ekspresi yang dihasilkan adalah sangat
baik. Ekspresi yang ditunjukan bukan saja boleh dilihat daripada reaksi wajah atau mimik muka
mereka, tetapi ia juga dapat dilihat melalui cara mereka dalam bermain alat muzik tersebut.
Sebagai contoh, ketika mereka memukul tong sampah menggunakan stick ekspresi dalam
keadaan yang gembira dapat dirasai oleh diri mereka sendiri serta penoton yang melihat. Hal ini
mungkin kerana mereka telah meluahkan perasaan mereka melalui pukulan dengan betul dan
menjadikan pukulan tersebut bertenaga dan berkualiti.
Selanjutnya, melalui pergerakkan mereka dapat mewujudkan sebuah kreativiti yang
sangat besar. Melalui persembahan video tersebut mereka telah menari dalam pelbagai
gerakkan sambil bermain alat muzik. Hal ini kerana, kreativiti yang ada dalam diri mereka
membuatkan mereka boleh berfikir sesuatu yang berbeza. Hal ini dapat dibuktikan oleh kata-
kata Rebecca T. Issabella (2003) mentakrifkan kreativiti itu sebagai pemikiran diluar kotak. Oleh
itu, peserta yang terlibat dalam persembahan tersebut sebenarnya tergolong dalam golongan
yang berfikir luar kotak kerana mereka mampu menghasilkan sesebuah persembahan muzik
gerakkan dengan menggunakan bahan terpakai atau bahan terbuang.

Dalam domain kecerdasan gardner pergerakkan juga terdapat didalamnya, akan tetapi
ia dikenali sebagai kecerdasan kinestetik. Kepentingan seni dalam pendidikan dari segi
pergerakkan dapat dilihat dengan jelas dalam persembahan video tersebut. Mereka mampu
melakukan pergerakkan yang pelbagai. Tambahan pula, mereka sangat cekap dalam mengenal
pasti pergerakkan tubuh sehingga keseragaman dalam tarian serta bermain alat muzik dapat
dilihat dalam persembahan mereka. Oleh itu, kepentingan ini boleh dikaitkan dengan
kecerdasan kinestetik yang terdapat dalam domain kecerdasan gardner yang menerangkan
bahawa individu yang mempunyai kecerdasan kinestetik mampu mengawal dan menggunakan
anggota tubuh badan dengan betul.
3.0 KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, melalui persembahan video yang telah dipilih secara keseluruhannya


dapat kita lihat bahawa seni, muzik dan pergerakkan terdapat di dalamnya. Dapat saya
rumuskan bahawa video persembahan ini dapat memberi kesan sama ada dalam bentuk positif
ataupun negatif. Walaupun pada hakikatnya, keseluruhan persembahan video ini banyak
memberi kesan yang lebih positif berbanding negatif dan persembahan video ini sebenarnya
sesuai dijadikan contoh oleh para pelajar untuk membuat persembahan di sekolah.

Seni sebenarnya dapat merangsang deria dan minda seseorang individu untuk
membantu mereka dalam meningkatkan pemahaman mereka dalam pelbagai aspek kesenian
dan pergerakkan. Oleh hal yang demikian, ketiga-tiga komponen tersebut sebenarnya
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah persembahan sama ada drama, tarian
muzik atau sebagainya. Hal ini kerana, seni, muzik dan pergerakkan sangat berkait rapat antara
satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai