Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH

13600 PERAI, PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROGRAM IMFREE PERINGKAT KEBANGSAAN 2017


PERINGKAT SEKOLAH
1. LATAR BELAKANG
IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam
kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12
tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Komponen IMFree juga
dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di
seluruh negara.

2. TUJUAN PROGRAM
Murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat

3. VISI
Rakyat Malaysia bebas daripada merokok.

4. MATLAMAT
Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025.
5. OBJEKTIF
5.1 Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
5.2 Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
5.3 Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada
rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

6. JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN IMFREE PERINGKAT KEBANGSAAN

Sebagai salah sebuah sekolah rintis IMFree di peringkat kebangsaan Sek. Keb. Taman
Inderawasih telah dijemput untuk mengadakan pameran dan persembahan pada majlis
pelancaran tersebut.

Pihak sekolah telah diminta menyediakan murid untuk melancarkan program yang
dirancang. Pihak Sek. Keb. Taman Inderawasih telah menyediakan 15 orang murid
dan diiringi enam (6 ) orang guru untuk membantu murid semasa pameran dijalanan.

Untuk melancarkan program pihak sekolah telah membekal dan menyediakan


beberapa kemudahan kepada murid dan guru yang mengiringi. Kemudahan tersebut
merupakan :
Bil. Kuantiti Barangan Harga Jumlah (RM)
seunit(RM)
1 3 T-Shirt Collar 25.00 75.00
2 5 Streamer 2x5 10.00 50.00
3 50 Brouser 1.50 75.00
4 3 T-Shirt tangan panjang 20.00 60.00
5 15 T-Shirt budak 13.00 195.00
Jumlah 455.00

7. SUMBER KEWANGAN
7.1 Akaun Kerajaan- Bimbingan dan Kaunseling = RM455.00

8. SENARAI NAMA MURID


Lampiran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ………………………
(KHAIRUDIN BIN ZAINAL RASHID)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Taman Inderawasih,
13600 Perai

Anda mungkin juga menyukai