Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP

36700 LANGKAP, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS CADANGAN

”LAWATAN MUHIBBAH”
KE CAMERON HIGHLAND

TARIKH:
27 OKTOBER 2016
KHAMIS

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP
LAWATAN MUHIBBAH
PPKI SK SERI LANGKAP KE CAMERON HIGHLAND

1. Pengenalan
Aktiviti pendidikan luar dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
sudah sinonim dan selalu dipraktikkan di Program Pendidikan Khas
Integrasi. Aktiviti bercorak rekreasi ini adalah salah satu elemen penting
dalam menjalankan terapi dan motivasi secara emosi, fizikal, mental dan
bahasa terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah.
Program Lawatan Muhibbah ini merupakan salah satu jenis aktiviti yang
perlu diketengahkan kepada semua murid bermasalah pembelajaran. Hal ini
kerana ia merupakan salah satu pemudahcara dan satu gerak kerja
penambahbaikan terhadap perubahan corak tingkahlaku murid dan
mendatangkan banyak manfaat kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran terutamanya dari segi menambahkan pengetahuan mereka
serta meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran bersosial di kalangan
murid.

2. Rasional
2.1 Membina keyakinan yang tinggi dalam diri murid-murid dan
membentuk minda murid-murid ke tahap yang lebih proaktif.
2.2 Membaiki keseimbangan fizikal murid-murid dengan terancang dan
bebas.
2.3 Membantu murid-murid yang memiliki masalah mental dan emosi
membina keyakinan diri yang tinggi, sabar dan berdisiplin tinggi.
2.4 Membentuk kerjasama dan kemahiran bersosial di antara murid
untuk mengatasi masalah komunikasi dan sosialisasi dalam diri
murid.
3. Objektif
3.1 Memberikan pengalaman konstruktivisme kepada murid-murid dalam
mewujudkan satu pengalaman baru dalam diri mereka untuk
disesuaikan dengan pengalaman sedia ada.
3.2 Memberi ruang kepada murid-murid untuk bersosial dan meluaskan
jaringan komunikasi kendiri mereka sesama manusia di sekitar
mereka seperti guru-guru mereka, rakan sebaya dan masyarakat.
3.3 Menyediakan pengetahuan secara ‘hands-on’ kepada murid-murid
untuk diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.

4. Matlamat
4.1 Ingin membaiki dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk
merasai kehidupan seperti murid-murid normal yang lain.
4.2 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan rasa muhibah di antara
guru-guru justeru mengangkat martabat dan taraf profesion
perguruan di dalam masyarakat.
4.3 Ingin menyalurkan pelbagai manfaat dalam kesihatan dan
psikoemosi yang bakal diperoleh dalam terapi sosial kepada murid-
murid bermasalah pembelajaran.

5. Kumpulan sasaran
Warga PPKI SK Seri Langkap, 36700 Langkap, Perak.

Murid = 50 orang

Guru = 13 orang

Ppm = 2 orang

Ibubapa/penjaga = 20 orang

Jumlah = 85 orang
6. Tarikh
27 Oktober 2016
Khamis
5.00 pagi – 7.00 malam

7. Tempat
Cameron Highland
 Kea farm
 Bea farm
 Cactus Valley
 Cameron Lavender
 MARDI
 Cameron Bharat Tea
8. Ahli Jawatankuasa

Penaung : En. Mohamed Bin Che Ree


(Guru Besar SK Seri Langkap)
Penasihat l : Pn. Siti Norhasidah Binti Mohd. Yusof
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Penasihat ll : Pn. Rus Anita Binti Mohd. Yunus
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pengerusi : Tn. Haji Isa Bin Tan Sha’ari
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : En. Ahmad Nizar Bin Abdul Kadir
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha : Amin Bin Hamzah
Pen. Setiausaha : En. Amrul Fahmi Bin Ahmad
Bendahari : Pn. Sakinah Bt Ariff Johor

Urusetia: Guru dan Staf

Penyelaras Aktiviti : En. Fathan Bin Muhammad

Pengangkutan dan Tempat : Cik Nor Mazlin Bt Abdul Latif


Puan Noorhafeza Bt Mohamed Ramli

AJK Makanan : Puan Fariza Bt Wazir


Puan Siti Aishah Bt Adenan

Keselamatan dan Kebajikan : En. Anas Murugan Bin Abdullah

Cenderamata / Buah Tangan : Puan Zainariah Bt Abdul Ghani


Puan Norfiza Bt Baharuddin
Puan Hayati Naimi Bt Hamdan

AJK Kawalan Murid : En. Muhammad Nor Tarmizi Bin Md Sarif


9. Kewangan

Penerimaan

No Perkara Jumlah (RM)

Kutipan Yuran
1 Dewasa : RM30.00 x 35 dewasa = RM1050 RM1050.00
Murid : Percuma

2 LPBT RM2600.00

Jumlah RM 3650.00

Perbelanjaan

No Perkara Perbelanjaan

Tambang bas/pengangkutan
1. RM 2600.00
( 2 buah bas x RM1300 = RM 2600 )

Makan dan minum


Pagi : ( RM 3.00 x 85 orang = RM 255 )
2. RM 935.00
Tengahari : ( RM 6.00 x 85 orang = RM 510 )
Petang :( RM 2.00 x 85 orang = RM170 )

Tiket
3. MARDI RM 105.00
RM 3.00 x 35 orang dewasa = RM 105.00

4. Runcit RM 10.00

Jumlah RM 3650.00
10. Aturcara

BUTIRAN PROGRAM
4.30 am : Berkumpul di SK Seri Langkap
5.00 am : Bertolak ke Cameron Higland
6.10 am : Solat Subuh dan sarapan di RTC Gopeng
6.50 am : Menyambung perjalanan ke Cameron Highland
8.30 am : Dijangka tiba di Cameron Highland.
Aktiviti lawatan bermula.
 Tringkap Bee Farm
 Kea Farm
 Cactus Garden
 Mardi
 Bharat Tea

4.30 pm : Bertolak pulang ke SK Seri Langkap


5.30 pm : Solat Jamak dan minum petang
7.30 pm : Tiba di SK Seri Langkap
aaaaaaa
11. Penutup

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Langkap amat berharap agar


program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya sebagaimana yang telah
dirancangkan. Semoga aktiviti yang akan dijalankan ini dapat membantu
murid-murid Pendidikan Khas dalam meningkatkan potensi hidup mereka ke
arah yang lebih baik. Sekian Terima kasih.

Disediakan oleh, ,

..............................................
( Amin Bin Hamzah )
Setiausaha Lawatan Muhibbah
PPKI SK Seri Langkap

Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… …………………………..

(Ahmad Nizar Bin Abdul Kadir) (Mohamed Bin Che Ree)


Penolong Kanan Pendidikan Khas Guru Besar
SK Seri Langkap SK Seri Langkap

Anda mungkin juga menyukai