Anda di halaman 1dari 7

Wan Faridah Fairus 821002055266

Tajuk Kajian

Pembangunan Modul Terapi Muzik (TeMu) bagi murid Autisme di Sekolah Menengah Program
Pendidikan Khas Integrasi.

1.1 Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan utama dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi
sesebuah negara. Kejayaan sesebuah negara bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi yang menjadi asas pembinaan negara bangsa. Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 turut menyatakan keperluan tentang murid bekeperluan khas.
Kerajaan telah merancang untuk menyediakan kurikulum yang luwes, relevan dan berkualiti
tinggi serta menawarkan infrastuktur sokongan dan kewangan yang kukuh. Murid bekeperluan
khas akan menggunakan kurikulum yang dibina khusus dengan memberi fokus kepada
kemahiran asas, kemahiran hidup dan kemahiran sosial.

Murid berkeperluan khas memerlukan pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan yang berbeza
daripada murid aliran perdana. Pada tahun 1977 satu peruntukan di bawah perlembagaan
Amerika Syarikat (Public Law 94 –142) diluluskan bagi mengiktiraf hak kanak-kanak Amerika
yang mengalami masalah pembelajaran. Ia khusus bagi mendapatkan pemeriksaan serta kaedah
yang bersesuaian bagi menangani masalah mereka. Dalam tahun 1981, England dan Scotland
meluluskan Akta Pendidikan yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak yang mengalami apa
jua jenis masalah pembelajaran wajar mendapat pemeriksaan dan bantuan yang sesuai dengan
keperluan khas mereka.

1.2 Latar belakang Kajian

Dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dan
mengintegrasikan pelbagai stategi pengajaran Modul TeMu akan memberikan fedah kepada
murid Autisme dalam meningkatkan kemahiran social dengan bimbingan guru secara terancang.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pemudahcaraan di Program
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan
dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “guru-guru
2

boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
Pendidikan Khas”. Collect (1992) melaporkan satu kurikulum integrasi muzik yang berjaya
adalah yang dapat memberi kesan terhadap murid bilingual dan pelajar pendidikan khas.
Integrasi muzik menyediakan murid dengan pengalaman dan secara tak langsung sangat berguna
untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam berfikir, menyelesaikan masalah, analisis,
penilaian dan meningkatkan kreativiti. Murid-murid dengan autisme berjaya meningkatkan
kemahiran komunikasi mereka dengan nyanyian yang dicipta bersama. Susan (2006) juga
menjelaskan bahawa muzik boleh digunakan sebagai alat untuk menggalakkan perkembangan
manusia dalam pembangunan kognitif, sosial dan emosi. Dalam kajian lain, Stambough (1996)
menemui beberapa strategi dan teknik seperti mendengar, menyanyi, menepuk tangan,
menghentak kaki, mencipta dan bermain alat muzik yang boleh membantu untuk memenuhi
keperluan murid-murid istimewa. Alat muzik, pergerakan badan, nyanyian secara spontan boleh
membantu murid-murid dengan autisme meningkatkan komunikasi secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran mendengar murid-murid dengan autisme serta mengurangkan tingkah
laku negatif.

Modul ini akan menggunakan terapi muzik sebagai satu proses interaksi yang terancang dan
mempunyai matlamat berdasarkan keperluan murid-murid dengan autisme. Contohnya
menyanyi, menggunakan alatan muzik, bergerak dan mendengar muzik akan mempengaruhi
perubahan positif kepada keadaan individu, kemahiran perasaan dan tingkah laku (Kern,
Wakeford & Aldridge, 2007). Terapi muzik dan pergerakan telah digunakan untuk meningkatkan
keperluan fizikal, emosi, kognitif dan sosial sesuai bagi semua peringkat umur. Terapi muzik
adalah satu program yang berupaya untuk membantu murid-murid autisme untuk belajar bertutur
dan kemahiran-kemahiran sosial akan datang secara semulajadi. Selain itu, boleh membantu
murid-murid autisme berkomunikasi dengan cara bukan lisan serta mengurangkan tingkah laku
negatif. The Berklee College of Music (2007) mendefinisikan terapi muzik sebagai satu kaedah
aplikasi muzik yang berperanan untuk meningkatkan pembangunan muzik dalam diri individu. Ia
melibatkan intervensi dan kolaborasi dari pelbagai pihak. Komponen terapi muzik berserta visual
3

adalah untuk mengenal pasti fungsi tingkah laku, sosial, psikologi dan kognitif. Murid-murid
dengan autisme yang melibatkan diri dengan nyanyian, pergerakan, bermain alatan muzik serta
aktiviti pergerakan kreatif dalam pengajaran yang sistematik akan memberikan perubahan pada
respon atau tingkah laku yang dikehendaki. Melalui terapi muzik juga, dapat membantu murid-
murid dengan autisme ini meningkatkan kemahiran komunikasi mereka (American Music
Therapy Association, 2004).

1.3 Penyataan masalah

Terapi muzik telah bermula di Malaysia sejak dua dekad yang lalu. Terdapat sebilangan kecil
rakyat Malaysia ke luar negara untuk mengikuti kursus terapi muzik. Namun yang demikian, ahli
terapi muzik yang. merupakan perintis di Malaysia hanya menyediakan perkhidmatan swasta di
sekolah-sekolah dan hospital. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah membuat inisiatif
dengan mengumpul segelintir guru – guru pendidikan khas untuk sama-sama menjana idea dan
menghasilkan modul-modul tertentu. Namun yang demikian, kekangan yang dialami dari segi
masa, kekurangan tenaga pakar iaitu ahli terapi muzik itu sendiri menyukarkan terapi muzik
berkembang di Malaysia

Keupayaan untuk bercakap, berhubung, memahami orang lain dan keupayaan untuk melihat
perspektif, dan merasai sebahagian perasaan individu lain serta berkongsi pengalaman dengan
keluarga dan kawan-kawan merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikasi. Murid-
murid dengan autisme boleh melihat dan mendengar tetapi kecacatan mental yang dihadapi
menyebabkan mereka sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang diperoleh. Mereka
juga dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi (Ganz, Kaylor,
Bourgeoia & Hadden, 2008) dan juga tidak mampu mempamerkan emosi mereka kepada
individu sekeliling mereka.
4

Kenyataan ini disokong oleh kajian-kajian lepas menyatakan bahawa murid-murid dengan
autisme sering berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa, penggunaan
perkataan, imaginasi dan seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak. Hal ini jelas
menunjukkan murid-murid dengan autisme menghadapi masalah pertuturan dan bahasa.Ekoran
daripada masalah ini, mereka sering berdepan dengan masalah tingkahlaku bagi menunjukkan
rasa tidak puas hati mereka terhadap orang di sekelilingnya (Mancil dan Boman, 2010).

Murid dengan Autisme sering menunjukkan perbezaan yang seperti ritma yang stereotype atau
berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran vokal yang
berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic suara yang terhad dan nada bunyi yang berbeza
dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan. Mereka juga gagal
menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi (Bregman dan
Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah faham dalam kalangan pihak yang
berkomunikasi dengan murid-murid dengan autisme ini. Murid-murid dengan autisme juga
kurang cekap dalam menarik perhatian rakan sebayanya untuk berinteraksi dengannya.
Ketiadaan ‘eye contact’ ketika berkomunikasi menyebabkan mereka tidak berupaya mengikuti
perbualan rakan sebayanya (Ministry of Education British Columbia 2000). Murid-murid dengan
autisme kurang bertindak balas dengan perhatian dengan orang lain, atau mereka cuba
mengalihkan perhatian dari bertentang mata daripada orang lain. (Loveland & Landry, 1986;
Mundy, Sigman, Ungerer, & Sherman, 1986; Sig- man, Mundy, Sherman, & Ungerer, 1986;
Mundy, Sig- man, & Kasari, 1990; Sigman & Ruskin, 1999). (Siller & Sigman, 2002).

Masalah komunikasi terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada pendengaran pertuturan
atau bahasa yang normal mengganggu komunikasi. Kajian oleh Jane (2007) menjalankan kajian
mengenai perbandingan diantara kepuasan proses pembelajaran konvensional dan pembelajaran
yang menggunakan muzik. Hasil kajian menunjukkan bahawa muzik boleh meningkatkan
kesedaran dan tumpuan peserta dan respon yang positif. Edgerton (1994) mengkaji kesan terapi
muzik improvisational pada tingkah laku komunikasi dan mendapati kelebihan untuk kaedah
komunikasi iaitu rentak, irama, bentuk dan pitch pada seisi terapi muzik dijalankan. Hasil kajian
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan diantara kemahiran bukan muzik dengan
kemahiran menggunakan muzik. Ini jelas menyatakan bahawa komunikasi melalui muzik boleh
5

meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid dengan autisme. Burleson, Center
& Reeves (1989) mendapati hasil kajian mereka menunjukkan bahawa muzik latar boleh
mengurangkan tingkahlaku negatif. Manakala Orr, Myles & Carlson (1998) mengkaji kesan
muzik berirama terhadap tingkah laku murid didalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati muzik
berirama membantu dalam mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Kajian
terkini mendapati bahawa terapi muzik mempunyai kesan positif terhadap pembangunan kognitif
pelajar.

1.4 Objektif kajian

Antara objektif kajian ini adalah untuk:-

1. Menganalisis keperluan autisme dari segi isi kandungan bahan pembelajaran terapi muzik
(TeMu)

2. Mendapatkan maklum balas, cadangan dan pakar mengenai elemen utama yang perlu
dimasukkan di dalam TeMu

3. Mereka bentuk TeMu yang menjurus kepada keperluan dan kehendak autisme.

4. Membangunkan TeMu untuk memperkayakan strategi pembelajaran terapi muzik dalam


kalangan murid autisme

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:-


1. Apakah bahan pembelajaran terapi muzik yang diperlukan oleh murid autisme untuk
dimuatkan di dalam TeMu?
2. Apakah elemen utama dikehendaki oleh Guru Pendidikan Khas dan murid autisme di
dalam TeMu?
3. Bagaimanakah reka bentuk TeMu yang menjurus kepada keperluan dan kehendak murid
autisme?
4. Bagaimanakah temu dapat digunakan untuk memperkayakan strategi pembelajaran terapi
muzik dalam kalangan murid autisme?
6

1.6 Metodologi kajian

Modul TeMu yang akan dibangunkan ini merupakan modul yang berasaskan kepada teori
pembelajaran Konstruktivisme dan teori pembelajaran Behaviorisme. Di mana fokus utama
dalam teori behaviorisme adalah persepektif tingkahlaku terhadap pengaruh persekitaran luaran.
Bagi teori Konstruktivisme pula peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara dan pelajar
memainkan peranan utama dalam pembelajaran. Model MRK digunakan bagi pembangunan
Modul TeMu.

Kajian ini akan dilaksanakan secara kuantitatif dan kualitatif atau dikenali sebagai mixed-
method. Kaedah pengumpulan data dibuat melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Reka
bentuk kajian mixed method ini ialah Explanatory Design. Reka bentuk ini akan dijalankan
melalui dua fasa iaitu kajian kualitatif dijalankan pada fasa pertama dan kemudiannya disusuli
dengan fasa kedua iaitu kajian kuantitatif.

Bagi kajian kualitatif akan dijalankan pemerhatian terhadap murid autisme dan temubual. Untuk
kajian kuantitatif pula, akan dijalankan soal selidik secara tertutup kepada murid autisme.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini akan menghasilkan satu modul pembelajaran terapi muzik yang dapat memberi faedah
kepada pendidikan murid autisme dengan memantapkan aktiviti penyelidikan dan
menyemarakkan budaya berinovasi. Penambahbaikan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian
dari masa ke semasa.

Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada murid Autisme dalam peningkatan
kemahiran social dan tingkahlaku positif mereka kerana kefleksibelan dalam kurikulum
membolehkan keperluan khusus murid autisme disesuaikan dan melengkapkan mereka sebagai
persedian untuk kehidupan alam dewasa dan pekerjaan. Kepada ibu bapa murid Autisme, mereka
juga boleh mengaplikasikan modul TeMu ini semasa berada dirumah bagi meningkatkan lagi
interaksi sosial murid autisme dengan ibu bapa khasnya dan masyarakat amnya. Sememangnya
kolaborasi dengan pelbagai pihak sangat penting bagi menjayakan sesebuah objektif. Selain itu
juga, diharapkan modul TeMu ini akan menjadi sumber rujukan kepada guru-guru dalam
7

menyusun strategi pengajaran yang lebih menarik, interaktif serta penggunaan ‘hands on’ yang
mantap.

Model Temu ini juga diharapkan akan menjadi sumber rujukan kepada pihak-pihak yang
memberi latihan seperti Institusi Perguruan, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jabatan
Pendidikan Khas di dalam merencanakan kursus-kursus yang perlu diwujudkan untuk guru-guru
Pendidikan Khas dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru dalam
terapi muzik di dalam mencapai matlamat perlaksanaan Program Integrasi Pendidikan Khas.
Selain itu, dapat memberi sumbangan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
menjadikan pendidikan berkualiti selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 dimana Pendidikan khas sedang membuat tranformasi anjakan paradigma bagi
membina kurikulum khusus kearah inovasi berterusan bagi melahirkan murid bekeperluan khas
yang cemerlang dalam persekitaran yang kompetitif

Anda mungkin juga menyukai