Anda di halaman 1dari 6

Video Dokumentari

Video dokumentari yang saya pilih adalah berkaitan “Pendidikan untuk Anak Orang

Asli” oleh “Kelas KASEH (UKM)”. Latar belakang kumpulan anggota Kelas KASEH daripada

pelbagai latar belakang pendidikan serta kerjaya. Program Kelas KASEH ternyata membuka

peluang kepada orang ramai terutama golongan muda terlibat dalam bidang kesukarelawanan

dengan membantu setiap pelajar semasa kelas berlangsung. Apa yang menarik, sukarelawan

terlibat datang daripada pelbagai latar belakang dan hanya mengenali satu sama lain melalui

media sosial rasmi Kelas KASEH di Twitter dan Facebook sebelum menyertai program ini.

Kelas KASEH ini memberikan pendidikan informal yang percuma kepada anak Orang

Asli disekitar Semenyih dan Dengkil oleh sukarelawan yang datang dari pelbagai kerjaya dan

bidang. Ibu bapa anak Orang Asli menyokong dan menerima dengan tangan terbuka untuk

Kelas KASEH. Mereka amat menggalakkan anak-anak mereka untuk datang ke sesi Kelas

KASEH. Kebanyakkan anak-anak Orang Asli pada zaman kini di Kg Sungai Buah, tahap

pendidikan mereka sudah mencapai tahap tertinggi iaitu pada tahap (Sijil Pelajaran Malaysia)

SPM berbanding pada zaman 80-an yang hanya mencapai tahap tertinggi pada tahap darjah

enam dan terdapat banyak masalah keciciran berlaku. Namun hal yang demikian, pada zaman

kini masalah keciciran itu dapat di minimakan malahan kebanyakkan mereka bersekolah di SK

Bangi dan SMK Bandar Seri Putra sebagai sekolah pilihan utama.

Terdapat perbezaan anak Orang Asli dan anak Orang Bandar disebabkan anak Orang

Asli tidak didedahkan dengan dunia luar. Kelas KASEH membantu anak Orang Asli untuk

mendekati dunia luar dan meningkatkan tahap pengetahuan pembelajaran mereka. Selain itu,

anak Orang Bandar lebih cepat faham apa yang diterangkan oleh sesuatu individu berbanding

anak Orang Asli mereka mengambil masa untuk memahami suatu perkara dan lama-kelamaan

mereka jadi cepat faham.


Kelas KASEH ini sewajarnya diperluaskan diseluruh kawasan perkampungan Orang

Asli agar sedikit sebanyak kita dapat membantu tahap pemikiran dan pendidikan anak Orang

Asli. Kerajaan seharusnya sedar bahawa kelas KASEH ini perlu diberi peruntukan agar dapat

diperluaskan diseluruh kawasan yang memerlukan khidmat daripada Kelas KASEH.

Video yang dimuat naik ini sebenarnya menjadi salah satu inisiatif dalam

memperkenalkan Kelas KASEH di serata Malaysia. Hal ini demikian kerana media hiburan

seperti youtube ini menjadi medan utama netizen untuk melihat apa apa perkembangan video

di serata tempat. Kita wajar menjadikan ia sebagai inisiatif demi memperkenalkan dan

menguar-uarkan kewujudan program seperti ini dan mengajak lebih ramai para sukarelawan di

serata tempat.

Selain itu, kita dapat mewujudkan nilai kesukarelawan dalam kalangan netizen dan

sedikit sebanyak kita dapat membantu dalam meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia tanpa

menghiraukan jurang antara kaum, bangsa mahupun agama.

Kesimpulannya, video ini sebenarnya dapat menarik minat netizen di luar sana untuk

mengetahui mengenai Kelas KASEH dan mampu menarik minat mereka untuk turut serta

menjayakan program ini. Kelas KASEH ini seharusnya diperkenalkan dan diluaskan dengan

bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia agar nasib pendidikan anak Orang Asli ini terbela

dengan kadar arus kemodenan pada zaman kini.


GAMBAR
Gambar yang telah saya pilih untuk diulas ialah gambar berkaitan “Isu Beg Berat Murid

Sekolah”. Gambar ini diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Gambar ini

diterbitkan bertujuan untuk mengsyorkan garis panduan bagi menangani Isu Beg Berat Murid

Sekolah.

Seperti yang telah dinyatakan, gambar ini diterbitkan dengan tujuan menjadi garis

panduan bagi Isu Beg Berat Murid Sekolah oleh KPM sebagai langkah memudahkan murid-

murid ke sekolah. Pihak yang terlibat ialah murid, guru, ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah.

Isu ini bukan saja terjadi pada masa sekarang malahan sejak zaman dahulu. Justeru

KPM merangka tiga strategi bagi menangani isu tersebut.Antaranya Penguatkuasaan Surat

Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan Surat Siaran sedia ada, penggubalan garis panduan kepada murid,

guru, ibu bapa dan sekolah, serta menerusi kempen kesedaran dan hebahan maklumat.

Isu ini amat menarik untuk saya ulas kerana pada pendapat saya isu ini sudah lama

berlaku dan sampai sekarang masih belum ada penyelesaian sepenuhnya bagi isu ini. Gambar

tersebut merupakan salah satu langkah atau usaha bagi pihak KPM untuk menyelesaikan isu

ini namun ianya bukan mudah seperti kita jangka. Untuk menyelesaikan sesuatu isu, kita

memerlukan usaha yang besar malahan kukuh dan masa yang diperlukan juga amat panjang.

Namun hal yang demikian, gambar tersebut tidak dinafikan menjadi bahan yang mudah untuk

di kongsi kepada pihak yang terlibat lantaran ianya berbentuk foto yang senang untuk dikongsi

melalui media massa dan rangkaian sosial. KPM juga mewujudkan pasukan khas bagi

menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid sekolah.


Isu ini wajar di selesaikan dengan secepatnya .Jika keadaan ini masih berlarutan, ia

akan menyebabkan murid murid mengalami masalah kesihatan tulang untuk memikul buku

yang berat ke sekolah. Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini sepatutnya pihak KPM

mewujudkan sistem buku digital selaras dengan arus teknologi pada zaman sekarang.

Penggunaan buku teks digital ini juga mampu memudahkan murid untuk berinteraksi.

Buku teks digital ini juga relevan dengan keperluan abad ke-21. Buku teks digital ini juga

mampu merapatkan jurang antara murid luar Bandar dalan Bandar selaras dengan arus

kemodenan. Jadi, pihak KPM sewajarnya menubuhkan badan penyiasat untuk menyiasat baik

buruk keberkesanan dalam mewujudkan buku teks digital.

Kesimpulannya, gambar ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyelesaikan

masalah isu ini. Semua pihak sewajarnya bekerjasama berganding bahu demibmemastikan

generasi yang akan datang tidak akan menghadapi isu yang sama. Justeru, gambar ini mampu

memberi impak kepada pihak murid, guru, ibubapa/penjaga dan pihak sekolah dalam

memastikan pdpc berjalan dengam lancar tanpa diganggu oleh isu ini.
Video temubual yang telah saya pilih ialah bertajuk “Inisiatif STEM: Cabaran guru

abad ke-21". Temu bual ini diterbitkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 3 Mei

2017 yang telah menemu bual Dr Ahmad Rafee Che Kassim. Video temubual ini dimuat naik

ke YouTube dengan menggunakan akaun yang bernama “beritanasionalrtm rasmi”.

Temubual ini membincangan mengenai STEM yang menjadi cabaran guru abad ke-21.

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan

Matematik. STEM diandaikan bukan sahaja untuk memproses dan dapat menghasilkan tenaga

mahir dalam pendidikan, tetapi sekaligus dapat membantu sebagai pemangkin kepada

pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Industri berkembang dengan begitu pesat

oleh itu kita memerlukan tenaga yang mahir dalam mengejar arus perkembangan.

60% daripada peluang pekerjaan untuk 5 tahun yang akan datang terdiri daripada

bidang STEM. Oleh itu kita harus menangani apa sahaja cabaran dalam meluaskan STEM ini.

Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) ini perlu ditekankan untuk murid dalam

menyelesaikan masalah soalah yang lebih beraras tinggi. Keperluan ini menjadi cabaran guru

untuk megubah atau menambah baik cara mereka mengajar dengan mengadakan aktiviti pdpc

yang bervariasi untuk menanam dan mendidik KBAT dalam diri murid.

Cabaran pendidikan dalam kemahiran abad ke-21 saat ini, menjadikan sekolah perlu

berfikir secara maju dan global supaya tidak ketinggalan jauh dengan negara lain. Cabaran

tersebut menggalakkan guru supaya meningkatkan kualiti dalam pembelajaran dan

pemudahcaraan STEM dengan menggunakan KBAT. Pihak KPM juga bekerjasama dengan

pihak luar dalam melakukan pelbagai program untuk kolokium untuk para guru yang di hoskan

pihak univerisit.

Untuk menjadi Negara yang maju dan bergerak kehadapan, STEM menjadikan kita

untuk terdesak memerlukannya agar dapat memenuhi keperluan industri. Kurikulum


penyepaduan STEM berasaskan projek bertujuan untuk membantu murid dalam pemecahan

masalah yang berhubungan dengan sifat sahih dan aplikatif. Sememangnya, konsep STEM

berhubung dengan hasil yang diharapkan seperti peningkatan pendidikan, keupayaan tenaga

kerja, dan produktiviti Negara.

Dalam memenuhi kualiti guru dalam pembelajaran STEM perlu dilakukan

pembangunan kurikulum yang lebih baik, akses pembentukan guru berkualiti, metode atau

strategi pengajaran di kelas, perolehan program rutin secara komitmen di sekolah, serta

pembangunan sokongan bagi bakal-bakal guru dalam mempersiapkan pembelajaran STEM.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kualiti guru terhadap pengajaran STEM saat ini

perlu ditingkatkan, salah satunya adalah memahirkan pengajaran STEM secara bersepadu.

Selain itu pemerintah harus memperhatikan dan memberikan sokongan secara berterusan

supaya kurikulum penyepaduan STEM dapat berjalan sesuai harapan, sehingga dapat mencipta

generasi penerus bangsa yang bertanggungjawab memajukan matlamat dalam pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai