Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Perkhemahan Jati Diri Smk Rancha-Rancha Wp Labuan ini merupakan antara


saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah
bertujuan menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini diharap akan dapat
mendidik peserta-peserta percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan
diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik
darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan
intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada peserta-
peserta menonjolkan kemampuan diri mereka disamping mengeratkan hubungan
siratulrrahim dikalangan peserta-peserta dan guru-guru.

2.0 Nama program

Perkhemahan Jati Diri Smk Rancha-Rancha Wp Labuan

3.0 Matlamat

Perkhemahan Jati Diri Smk Rancha-Rancha Wp Labuan ini diharap dapat membina
keyakinan diri peserta-peserta apabila berhadapan dengan situasi kehidupan yang
mencabar, disamping menerapkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama
lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta
perkongsian ilmu dan pengalaman .

4.0 Objektif

Pada akhir program ini, para peserta-peserta akan dapat :

a) memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian.


b) menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.
c) mengukuhkan semangat jati diri.
d) membina keyakinan dan ketrampilan diri.

5.0 butiran perkhemahan

a) Tarikh : 13hb. Dan 14hb. Oktober 2017 (Jumaat/Sabtu)


b) Tempat : Sekitar kawasan/Dewan Serbaguna Smk Rancha-Rancha Labuan
c) Jurulatih/Fasilitator : Guru-Guru Smk Rancha-Rancha WP Labuan

6.0 sasaran penyertaan :

40 orang peserta-peserta Smk Rancha-Rancha Wp Labuan •


7.0 bayaran penyertaan :

Setiap peserta-peserta dikenakan bayaran sebanyak rm 10.00 (sepuluh ringgit


sahaja) bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:

I. Aktiviti

Ii. Makan dan minuman peserta-peserta

8.0 jawatankuasa induk

Penaung : Tn. Hj. Mohd Arif B. Abd Jabbar

Penasihat I : Pn. Hjh. Nigar Begum Bt. A.B. Khan

Penasihat Ii : En. Wan Ghani B. Wan Jamel

Pengerusi : En. Mohd Shafarun B. Abdullah

Naib Pengerusi : En. Sobri B. Hassan

Setiausaha : Pn. Noorul Dalilah Bt. Harun

Pen. Setiausaha : En. Ramli B. Sidik Amat

Bendahari : Pn. Hjh. Nooranis Bt. Abd Wahab

Pen. Setiausaha : Pn. Zainatul Ashikin Bt. Mohd Mohaidin

Ahli Jawatan Kuasa :

1. Mohd safrie bin wasli


2. Nor mohd nasriq bin hj kassim
3. Muhammad saiful bin mohamad fuad
4. Muhammad ruzuan bin mohd noor
5. Mohd koming bin bahari
Perincian Tugasan Setiap Ahli Jawatankuasa

1. Pengerusi / ketua projek

A. Membentuk jawatankuasa

B. Mempengerusikan mesyuarat

C. Merujuk kepada penasihat

2. Setiausaha

A. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan

B. Urusan surat menyurat dan borang.

3. Bendahari

A. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan


program.

B. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang


sepatutnya.

4. Ketua Dan Penolong Komando Perkhemahan

A. Merancang segala pengisian aktiviti.

B. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

5. Peralatan / Siaraya

A. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.

B. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa


pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal.

6. Keselamatan

A. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.

B. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.

C. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

7. Makanan Dan Minuman

A. Merancang dan menentukan menu makanan

B. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih

C. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.


8. Dokumentasi

A. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.

B. Mengambil foto untuk setiap aktiviti.

C. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.

D.Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk


didokumentasikan.

9. Ibadah

A. Memimpin para peserta-peserta solat berjemaah.

B. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.

C. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

10. Hadiah Dan Cenderamata

A. Menyediakan hadiah dan cenderamata program

11. Disiplin Peserta-Peserta

A. Mengawal disiplin para peserta-peserta sepanjang perkhemahan.

12. Pengesahan Pendaftaran

A. Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan

B. Semak kehadiran peserta berdasarkan nama yang akan diberikan oleh


setiausaha.
Tentatif Program Perkhemahan Jati Diri SMK Rancha-Rancha W.P Labuan

Tarikh Masa Perkara Tindakan

1.00 – 2.00 ptg Pendaftaran peserta Ajk pendaftaran


13 Oktober
2017 2.00 – 4.00 ptg Taklimat perkhemahan/ Kem komandan /
(jumaat) mendirikan khemah Ajk khemah / fasilitator
/minum petang Ajk makanan & minuman

4.00 – 5.30 ptg Ice breaking Ajk fasilitator

5.30 – 8.00 ptg Pengurusan diri/solat Ajk keagamaan/ ajk


magrib/solat isyak/ makan makanan & minuman
malam

8.00 -10.00 mlm Ldk1 penghayatan malam Ajk fasilitator

10.00-5.30 ptg Rehat /Tidur Ajk keselamatan

5.30 – 6.30 pg Pengurusan diri dan solat Ajk keagamaan


14 Oktober subuh
2017
(sabtu) 6.30 – 8.00 pg Takzirah / amali solat/ Ajk keagamaan / Ajk
Sarapan pagi makanan & minuman

8.00 –10.00 pg Ldk2 Ajk fasilitator

10.00 – 12.00 pg Ldk3 Ajk fasilitator

12.00 – 1.00 ptg Makan tengah hari / solat Ajk makanan & minuman
zohor ajk keagamaan / ketua
kumpulan

1.00 – 2.00 ptg Ptg berkemas Ketua komando/ketua


kumpulan

2.00 – 4.00 ptg Penyampaian hadiah & sijil Penyampaian hadiah &
majlis penutup sijil majlis penutup
Senarai Aktiviti Yang Dilaksanakan :

Tajuk : ICE BREAKING


Masa : 4.00 ptg – 5.30 ptg
Tempat : Dewan Serbaguna Smk Rancha-Rancha Labuan

1. Salam Semut
Pelaksanaan :

i. peserta-peserta akan membentuk bulatan besar dan muzik iringan akan


dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii peserta-peserta akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil
mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut
“huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal
aktiviti.

2. Senyum

Pelaksanaan :
i. Sebut perkataan “tempey”.
ii. Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas

Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal


aktiviti.

3. Kungfu Wacha (1,2,3,4)

Pelaksanaan :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)

Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri


LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (PENGHAYATAN MALAM) : ( 2 jam

Tajuk : Nur Kasih


Masa : 8.00 mlm – 10.00 mlm
Tempat : Dewan Serbaguna Smk Rancha-Rancha Labuan

Objektif :

1. Menilai sendiri kasih sayang kepada ibu bapa.


2. Menginsafi diri dan berazam menjadi anak yang taat.
3. Menyedarkan peserta bukan sesuatu yang mudah dalam membuat
keputusan.

Langkah Pelaksanaan :

1. Peserta diberi secebis kertas, mereka diminta menulis satu nama atau
panggilan yang mereka sangat sayangi.
2. Minta peserta berkumpul mengikut seseorang yang disayangi, contohnya ibu,
ayah , datuk atau nenek.
3. Pilih beberapa peserta dari kumpulan, dan minta mereka memberi alasan
atas pemilihan mereka.
4. Aktiviti diteruskan dengan tayangan video berkaitan ‘ibu bapa’
5. Fasilitator membuat rumusan sambil bersoaljawab dengan peserta.

LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 : ( 2 jam )


Tajuk : Tekad Cemerlang Kumpulanku
Masa : 8.00 pg – 10.00 pg
Tempat : Dewan Serbaguna Smk Rancha-Rancha Labuan

Objektif:

1) Peserta dapat bekerjasama dalam menyempurnakan tugasan dalam


kumpulan. (Perpaduan dan kerjasama dari ahli kumpulan adalah penting
membolehkan sesuatu penyelesaian dibuat).
2) Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan inovatif dalam menyelesaikan
setiap masalah yang dihadapi. Setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Langkah Pelaksanaan:
1. Semua peserta berhimpun untuk taklimat awal dari fasilitator.
2. Fasilitator kumpulan membawa perbincangan kumpulan peserta ke tempat
yang sesuai untuk membentuk perbincangan secara kelompok.
3. Fasilitator akan mengawasi ahli kumpulan membuat aktiviti yang diberi.

Kumpulan diminta untuk membentuk:

I. Nama kumpulan dan moto (menggunakan aplikasi Powerpoint)


II. Slogan (YEL) ‘Tekad Cemerlang’ Kumpulan (menggunakan aplikasi
Powerpoint) sebagai identiti/pengenalan kumpulan.
III. Etika kumpulan mencapai tekad cemerlang.
IV. Sasaran/target kumpulan.
V. Merekacipta dan menulis banner menggunakan aplikasi Microsoft
Word tidak lebih daripada 15 patah perkataan.
LATIHAN DALAM KUMPULAN 3 : ( 2 jam )
Tajuk : Muafakat Membawa Berkat
Masa : 10.00 pg – 12.00 tgh
Tempat : Dewan Serbaguna Smk Rancha-Rancha Labuan

Objektif:

1. Dapat membentuk peserta-peserta di dalam kerja berpasukan.


2. Dapat mendidik peserta-peserta menerima arahan daripada ketua yang dilantik
semasa menjalankan tugasan yang diberikan.

3. Dapat mendidik dan membentuk peserta-peserta bersedia menerima teguran


antara satu sama lain semasa tugasan dijalankan.

Langkah Pelaksanaan
1. Kumpulan akan dibahagikan kepada 10 hingga 15 orang bagi satu kumpulan.
2. Mengedarkan peralatan kepada kumpulan.
3. Kumpulan dikehendaki memindah semua air di dalam baldi di garisan permulaan ke
dalam baldi yang diletakkan di garisan penamat.
4. Fasilitator dikehendaki membantu mengisi air ke dalam mangkuk dan diletakkan di
tepi baldi.
5. peserta-peserta membawa mangkuk berisi air dan meletakkannya di atas blanket
menggunakan chopstick dan bergerak secara berkumpulan dari garisan permulaan
sehingga ke garisan penamat.
6. Peserta dikehendaki menggunakan chopstik semasa mengangkat mangkuk berisi air
ke atas blanket dan menuangkan air ke dalam baldi.
7. Aktiviti diulang sehingga kumpulan mengisi penuh baldi dan baru permainan di kira
tamat.
8. Jarak garisan permulaan ke garisan penamat adalah 20 meter.

Anda mungkin juga menyukai