Anda di halaman 1dari 15

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (BMK3023)

KUMPULAN B

(PERANAN MEDIA KOMUNIKASI TRADISIONAL DAN CADANGAN UNTUK


MENYEMARAKKAN PENGGUNAAN MEDIA TERSEBUT)

NAMA PESYARAH

DR. ZURAINI BINTI RAMLI

AHLI KUMPULAN

Clevelson Calvin Basilius D20161074324


Norhisyam Bin Mohd Nuruddin D20161074317
Isi kandungan

1.0 Pengenalan
2.0 Peranan media komunikasi tradisional
2.1 Pantun
2.2 Seloka
2.3 Gurindam
2.4 Syair
2.5 Peribahasa
3.0 Cadangan untuk menyemarakkan penggunaan media komunikasi tradisional
3.1 Memperbanyakkan pertandingan yang menggunakan media komunikasi di
setiap peringkat institusi pendidikan
3.2 Pelbagai pihak anjurkan program apresiasi sastera khusus untuk pantun, seloka,
dan gurindam
3.3 Langkah kementerian pelajaran masukkan komsas dalam subjek bahasa melayu
perlu diteruskan dan diperkasakan
3.4 Peranan para guru dalam mengiklankan pelajar menggunakan media
komunikasi tradisional secara berkesan
3.5 Kempen cintai puisi
4.0 Kesimpulan

Rujukan
1.0 PENGENALAN

Istilah komunikasi sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian kita.
Berlo (1960) menyatakan bahawa manusia tidak boleh tidak berkomunikasi. Maksud yang
dinyatakan disini ialah dalam apa keadaan sekalipun, kita akan berkomunikasi dengan orang lain.
Perkataan komunikasi itu sebenarnya berasal daripada perkataan latin iaitu
”communicare” yang bererti menjadikan sama atau berkongsi. Menurut Pearson pula (2007),
beliau mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses menggunakan mesej untuk menghasilkan
makna. Komunikasi pada zaman sekarang dengan zaman tradisional adalah amat jauh berbeza.
Pada waktu dahulu tiada lagi gadjet-gadjet moden seperti telefon bimbit, jaringan internet serta
applikasi sosial. Jauh sekali perbezaan yang dapat dilihat dimana pada waktu tersebut mereka
menggunakan komunikasi secara dua hala iaitu bersemuka ataupun lebih dikenali secara
interpersonal.
komunikasi tradisional semakin dilupakan pada masa kini. Selari dengan peredaran zaman
yang kian pesat ini, komunikasi tradisional dilihat semakin hilang dan tengelam dalam peredaran
zaman. Sekiranya disoal kepada anak muda pada masa ini adakah mereka mengenali dan tahu
dengan apa yang dimaksudkan dengan komunikasi tradisional. Tidak ramai yang mengetahui dan
mengenalpasti apa yang dimaksudkan dengan komunikasi tradisional. Hal ini mungkin kerana
komunikasi tradisional tidak ditekankan dalam pembelajaran pada masa kini.
Komunikasi tradisional sebenarnya dapat dilihat melalaui karya sastera yang ada pada
masa ini. Karya sastera merupakan karya yang indah dan berfaedah. Karya-karya kesusasteraan
Melayu tradisional seperti pantun, seloka, grindam, dan peribahasa menjadi perantara komunikasi
massa yang amat penting dalam era tersebut. Selain menyampaikan maklumat, karya-karya ini
juga menjadi sumber hiburan, pendidikan, kesenian dan sebagainya. Kandungan karya-karya
tersebut meliputi nilai, norma dan gaya hidup orang Melayu yang harus dikekalkan dan diwarisi
oleh generasi pada masa kini dan akan datang.
2.0 Peranan media komunikasi tradisonal
Secara umumnya, komunikasi tradisional ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam
masyarakat pada ketika itu, lebih-lebih lagi masyarakat melayu. Contoh yang paling mudah
ialah digunakan untuk menyampaikan maklumat, alat pendidikan dan alat penguasaan undang-
undang. Hal ini akan dijelaskan lebih terperinci dalam setiap jenis komunikasi tradisional yang
ada seperti berikut :

2.1 Pantun

Pantun merupakan puisi tradisional orang melayu. Pantun merupakan sebuah sastera rakyat
yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya didalam masyarakat melayu dengan tidak
kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia
bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai
dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang
mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Dalam pantun pula terdapat lagi pecahan
kecil dimana terdapat pelbagai jenis pantun yang dapat dikenalpasti.

Menurut Rosli Saludin (2007) didalam bukunya, hlm 8, “dunia pantun itu terbina dengan
unsur-unsur tertentu. Kemudian unsur-unsur ini diperkuatkan secara teratur,
diperkukuhkan secara tersusun dan disempurnakan secara bersistematik”. Justeru itu, dunia
pantun muncul sebagai satu dunia yang utuh, kompak dan konkrit. Dalam hubungan yang
sedemikian, istilah atau perkataan pantun yang kita gunakan sebagai istilah atau perkataan
kepada suatu bentuk sastera adalah ternyata muncul daripada aspek-aspek teknikalnya
yang sedemikian rupa untuk melontarkan perasaan dan pemikiran dalam iklim dan suasana
pengucapan dan kebahasaan tertentu pula.

Menurut A.Halim Ali, Mana Sikana & Mohd Rosli Saludin (2011), hlm. 189, “Pantun
mempunyai peranannya yang tersendiri dalam masyarakat Melayu”, antara peranan pantun
ialah

 Alat untuk mendapat gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan
 pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan, dan cita-cita.
 Alat untuk menguji ketajaman minda dan kehalusan perasaan. Sebagai contoh pantun
teka-teki,
 pantun peribahasa dan lain-lain.
 Dipergunakan juga dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.
 Digunakan untuk pendidikan sama ada untuk menyindir, kiasan atau berterus terang.
 Alat untuk hiburan dan bahan untuk jenaka seperti pantun jenaka, pantun permainan
dan lainlain.
 Alat untuk berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati. Sebagai contoh sanjungan,
pemujaan
 dan ucapan selamat kepada seseorang dalam majlis upacara atau majlis rasmi.

Dapat dilihat dengan jelas disini bahawa pantun memainkan peranan yang tersendiri dalam
komunikasi tradisional. R.J Wilkinson dan R.O Winstedt pernah menyatakan bahawa
untuk memahami orang melayu hendaklah memahami pantun mereka. Berdasarkan fungsi
yang disenaraikan maka pantun mempunyai peranan yang tersendiri dalam memberikan
pengaruh nilai yang baik dalam kehidupan masyarakat tradisi
2.2 Seloka

Menurut Noremawati Binti Ajis. (2009), hlm. 24 “perkataan seloka berasal daripada bahasa
Sanskrit, shola atau anustubh yang memberi makna suatu bentuk puisi yang terdiri daripada
dua baris ( dua kerat, dua hemistichs ), tiap-tiap satunya mengandungi 16 suku kata,
tersusun dalam empat unit”, unit yang terakhir selalunya berbentuk diambus sementara
unit-unit yang lain dalam bentuk- bentuk yang digemari, dari susunan suku-suku kata
panjang dan pendek ( guru dan lagu ). Misalnya, ikatan yang standard pada sebuah seloka,
yang terdiri daripada lapan suku katadalam suatu pada suku kata yang keenam selalunya
panjang, yang kelimanya pendek danyang ketujuh, pendek.

Menurut Nang Naemah Nik Dahalan pula (2014), hlm 59 “seloka berasal daripada kata
Sanskrit yang bermaksud karangan bersajak yang menyindir atau mengejek atau
percakapan untuk bergurau senda”. 80 Tema seloka adalah lebih kepada sindiran (satira).
Tema dan isi seloka adalah terbatas secara tidak langsung. Sindiran yang terdapat dalam
seloka terbahagi kepada tiga jenis iaitu satira secara terus-terang (direct satire) atau seloka
mengejek, satira secara tidak terus (indirect satire), disebut sebagai seloka menyindir dan
satira secara bergurau senda yang disebut sebagai seloka mengusik. Seloka kadang-kala
menjadi medan sebagai kritikan sosial sepertimana yang dapat di dalam seloka Pak Kaduk.

Menurut Mohd Rosli Saludin (2007), hlm. 221-224, “peranan seloka pada zaman
tradisional adalah berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan yang bertujuan untuk
memberi panduan agar sentiasa beringat dan berwaspada terhadap sesuatu kemungkinan
buruk yang menimpa akibat daripada tindakan kita yang lalai”. Selain menjadi alat
pengajaran, seloka juga boleh berperanan untuk menghibur, bermain dan bersuka-suka.
Akan tetapi ia mengandungi sindiran dan ejakan yang boleh dijadikan sebagai pengajaran
dalam kehidupan seharian. Tegasnya seloka ini bertindak sebagai serampang dua mata dan
bukan sebagai untuk berhibur sahaja. Pengajaran yang tersirat adalah lebih penting lagi.

Jadi dapat disimpulkan disini bahawa fungsi seloka ialah digunakan untuk menyindir
seseorang atau masyarakat, mengejek kelakuan manusia, menempelak seseorang,
melahirkan rasa benci terhadap kelakuan manusia yang lebih bermaksud memberi kritikan
dan seloka juga digunakan untuk memberi pengajaran kepada seseorang.

2.3 Gurindam

Gurindam dikatakan telah digunakan oleh masyarakat melayu tradisional sejak zaman
hindu lagi. Menurut Dosen Fakultas Tarbiyah dan keguruan UIN Suska Riau (2015), hlm.
162, “gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastra Hindu. Gurindam
berasal dari bahasa Tamil (India) iaitu kirindam yang berarti mula-mula amsal,
perumpamaan. Gurindam masuk ke Indonesia dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh
sastera Hindu kira –kira tahun 100 Masehi”. Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu
lama yang terdiri dari dua baris Kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan
satu kesatuan yang utuh. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian
dan baris kedua berisikan jawabannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris
pertama
Gurindam merupakan puisi lama yang mempunyai dua baris dengan bunyi akhirnya adalah
sama. Gurindam yang paling terkenal adalah Gurindam Dua belas karangan Raja Ali Haji.
Kebanyakan ayat dalam gurindam ini merujuk kepada nasihat dalam bidang agama, dan
pergaulan masyarakat. Walau bagaimanapun, tidak semua gurindam bertemakan nasihat
semata-mata. Gurindam yang mempunyai tema lawak juga ada seperti contoh Gurindam
Cik Noang. Jelaslah bahawa, gurindam bukan sahaja sekadar memberi nasihat walaupun
kebanyakan gurindam adalah bertemakan nasihat semata-mata, namun ada juga gurindam
yang menghiburkan seseorang yang mendengar berdasarkan tema gurindam itu.

2.4 Syair

Menurut A. Halim Ali (2013), hlm. 90-91, “perkataan syair dalam tradisi kesusuasteraan
Melayu dikatakan berasal dari bahasa Arab syí’r”. Walau bagaimanapun, penggunaannya
dalam bahasa Melayu hanya sebagai istilah teknik. Dari segi bentuknya, syair Melayu
berlainan dengan bentuk syair yang didapati dalam tradisi kesusasteraan Arab, kerana
susunan barisnya yang terikat kepada empat baris serangkap dengan rima akhir a/a/a/a.
walau bagaimanapun, terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa bentuk syair tidak
terhadap kepada empat baris serangkap, malah ada tiga serangkap. Namun begitu, bentuk
empat baris serangkap adalah popular.

Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita
(naratif) dan bukan cerita (bukan naratif). Syair yang berupa cerita ialah syair romantis,
syair sejarah, syair keagamaan dan syair kiasan. Manakala syair bukan cerita ialah syair
agama dan syair nasihat.

Peranan dan fungsi syair bergantung kepada jenis syair tersebut. Menurut Mohd Rosli
Saludin (2007), hlm. 122-138, “bagi syair jenis penceritaan, kebanyakan ayat-ayatnya
adalah bersifat puitis terutamanya syair romantis dalam penyampaian syair tersebut agar
mampu menarik para pendengar. Bagi syair nasihat pula, ia adalah alat untuk
menyampaikan mesej yang membawa unsur pengajaran kepada orang yang akan
mendengarnya”. Fungsi syair ini akan menjadi lebih berkesan apabila disampaikan secara
berlagu dan merdu sekali. Kesimpulannya, peranan sesuatu syair itu adalah bergantung
kepada jenis dan tujuan sesuatu syair itu.
2.5 Peribahasa

Za’ba mendefinisikan peribahasa sebagai segala susunan cakap pendek yang melekat di
mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan
benar tujuannya. Peribahasa juga mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek
moyang terdahulu yang membandingkan reality kehidupan dengan segala gerak laku
manusia dana lam sekeliling.

Menurut Mohd Rosli Saludin (2017) hlm. 40 “Peribahasa lahir dari masyarakat melayu
atas keinginan masyarakat untuk menyelesailkan sesuatu masalah”. Peribahasa merupakan
salah media komunikasi tradisional masyarakat melayu yang masih diamalkan dan
dijadikann salah satu perkara yang akan diajar di sekolah. Peribahasa melayu dikatakan
diwarisi daripada nenek moyang kita pada masa zaman dahulu. Pada zaman dahulu,
undang-undang untuk mengawal perilaku masyarakat masih belum wujud sehingga
menyebab berlaku banyak kesalahan dalam masyarakat. Masyarakat yang mempunyai
ilmu ketika itu telah mencipta pelbagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan
tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dalam hubungan sesama manusia.
Peribahasa merupakan satu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu
menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu.

Menurut Mohd Rosli Saludin juga “Peribahasa inilah digunakan untuk menegur dan
mengawal masayrakat pada zaman dahulu”. Dalam konteks ini, peranan utama peribahsa
sebagai media komunikasi adalah untuk menegur sebarang perilaku yang ditunjukkan oleh
seseorang pada zaman dahulu.

Peribahasa juga menjadi sebagai alat komunikasi sama ada komunikasi formal iaitu
digunakan dalam urusan adat istihadat tertentu atau digunakan secara tidak formal dengan
cara menegur atau menyindir. Peribahasa juga berfungsi sebagai alat pendidikan, melalui
peribahasa secara tidak langsung ia akan menyampaikan sesuatu ilmu dan pengajaran dapat
di sampaikan kepada masyarakat kerana sifatnya yang fleksibel dan dapat digunakan dalam
pelbagai keadaan.

Peribahasa juga digunakan untuk mengambarkan sesuatu keadaan, Peribahasa juga


mengambarkan sesuatu keadaan yang sukar untuk dijelaskan. Melalui media komunikasi
tradisional ini sesuatu keadaan dapat dijelaskan dengan lebih mudah dan ringkas. Contoh
nya ialah “seperti kerbau dicucuk hidung” yang menggambarkan seseorang yang selalu
menurut kemahuan orang lain

Secara kesimpulan kecilnya, peranan komunikasi tradisional ini yang dapat dilihat dengan jelas
dalam karya-karya sastera melayu pada zaman itu ialah untuk digunakan dalam acara formal
seperti tujuan istiadat atau pun digunakan untuk situasi tidak formal seperti menyatakan perasaan,
nasihat dan pengajaran, memberi pendapat serta menjelaskan maklumat, menzahirkan
penghargaan dan ucapan terima kasih dan menyerlahkan kreativiti orang melayu.

3.0 Cadangan untuk menyemarakkan penggunaan media komunikasi tradisional

Penggunaan dan penglibatan komunikasi tradisional amatlah kurang digunakan oleh


masyarakat pada masa kini. Hal ini haruslah dibendung demi untuk mengekalkan warisan
kebudayaan yang kian dilupakan agar tidak luput ditelan zaman.

Media komunikasi tradisional tidak terhad digunakan sebagai medium untuk


berkomunikasi, tetapi intitpati keseniannya yang begitu berharga hendaklah dijaga dan dihayati
kerana ianya merupakan merupakan sebuah warisan yang tidak ternilai. Generasi muda khususnya,
haruslah menanam sikap cinta terhadap seni warisan ini agar semangatnya terus mekar dan mampu
dibudayakan oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira usia.

Penulisan ini turut melibatkan cadangan serta beberapa strategi yang boleh diaplikasikan
agar penggunaan media komunikasi tradisional ini dapat disemarakkan dan dibudayakan dalam
kalangan masyarakat moden agar keseniannya mampu dikekalkan sekaligus menjadi sebuah
amalan yang berterusan.

3.1 Memperbanyakan pertandingan yang menggunakan media komunikasi tradisional di


setiap peringkat institusi pendidikan

Media komunikasi tradisional adalah sebuah kesenian berbahasa yang menjadi tarikan
serta identiti masyarakat tempatan di dalam negara kita. Oleh itu, untuk menjamin terpeliharanya
keunikan yang ada di dalam media ini, program-program pertandingan haruslah dianjurkan di
setiap institusi pendidikan yang ada di Malaysia.
Dalam konteks ini, golongan remaja merupakan golongan sasaran yang seharusnya
diberikan keutamaan dalam menyertai anjuran-anjuran pertandingan sebegini. Hal ini kerana,
melalui penglibatan tenaga muda bukan sahaja mampu untuk mencungkil bakat-bakat baharu
bahkan mampu juga untuk melahirkan pelbagai idea baharu dalam memperbanyakkan karya-karya
media tradisional ini. Oleh itu, secara tidak langsungnya mereka akan terdedah kepada pentingnya
media tradisional ini untuk terus dihidupkan.

Pihak sekolah dan institusi tinggi awam dan swasta juga haruslah sentiasa peka terhadap
isu-isu yang melibatkan lunturnya peranan media tradisional dalam kalangan masyarakat pada
masa kini. Hal ini kerana, sebagai badan awam yang mempunyai bilangan remaja dan kanak-kanak
yang ramai, pihak-pihak ini haruslah memanfaatkan kelebihan yang ada untuk menggiatkan lagi
pelbagai anjuran seperti pertandingan bersajak, berpuisi, pantun dan sebagainya.

3.2 Pelbagai pihak anjurkan program apresiasi sastera khusus untuk pantun, seloka, dan
gurindam

Sekiranya kita menyebut pelbagai jenis media komunikasi tradisional, berkemungkinan


terdapat sebilangan besar golongan remaja milenium masa kini tidak mengerti dan mengetahuinya.
Oleh itu, sudah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah
ini agar istilah warisan kesenian ini dijadikan kenyataan dalam alam reality. Langkah yang mampu
dibuat oleh badan berwajib ini adalah dengan menganjurkan program-program apresiasi sastera
yang lebih mengkhususkan kepada pantun, gurindam dan seloka pada peringkat kebangsaan.

Hal ini kerana, program apresiasi sastera ini bukan sahaja melibatkan golongan sasaran
seperti para remaja, tetapi di setiap lapisan masyarakat yang ada di Malaysia tanpa mengira umur
dan bangsa. Oleh itu, dengan penglibatan semua lapisan masyarakat ini, objektifnya yang akan
dicapai adalah secara menyeluruh. Dalam konteks ini, semua pihak akan menyedari bahawa
pentingnya media komunikasi tradisional ini untuk dibudayakan manakala keseniannya pula
dijadikan sebagai warisan yang amat tidak ternilai.

Selain itu, penganjuran program sebegini juga mampu memberikan impak yang positif
kepada masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Hal ini demikian, penganjuran program
sebegini akan memberikan manfaat yang begitu berharga, sebagai contoh yang jelas adalah ilmu
pengetahuan yang tersirat di sebalik makna media komunikasi tradisinonal, sekaligus akan
merangsang serta menanam rasa cinta terhadap media ini yang mana akan menjadi lambang rasmi
kepada identiti kita selaku bangsa Malaysia.

3.3 Langkah Kementerian Pelajar masukkan KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu perlu
diteruskan dan diperkasakan.

KOMSAS adalah bahagian pembelajaran yang terdapat dalam subjek Bahasa melayu.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan “Melalui komponen KOMSAS, diharapkan
minat membaca, keseronokan membaca dan penghayatan terhadap bahan sastera dapat dipupuk.”
Melalui pernyataan ini jelas sekali difahami bahawa, komponen sastera merupakan platform yang
amat sesuai untuk mengetengahkan pembelajaran kemahiran berbahasa sekaligus memberi ruang
dan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran tersebut. Oleh itu, KOMSAS
merupakan medium yang amat bersesuian bagi para pelajar untuk melakukan apresiasi sastera.

Melalui matlamat yang dihasratkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tersebut, agen-
agen utama dalam memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta
penghayatan yang medalam adalah melalui karta-karya sastera. Oleh itu, KOMSAS menyajikan
pembacanya dengan pelbagai jenis media komunikasi tradisional yang akan menjanjikan
keseronokan seperti yang telah dinyatakan. Melalui pendidikan KOMSAS para pelajar diharap
mampu untuk mengaplikasikan pelabagai media komunikasi tradisional dengan lebih mapan
ketika sesi PnP di dalam kelas berlangsung.

Berdasarkan, petikan yang terdapat pada akhbar Utusan Online, menjelaskan bahawa
terdapatnya kekurangan minat anak muda masa kini untuk mempelajari ilmu-ilmu sastera,
sekaligus menjejaskan taraf media komunikasi tradisional dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang
demikian, pendidikan KOMSAS menjadi wadah yang utama bagi memupuk sikap minat terhadap
ilmu sastera serta mengenali dengan lebih dalam apakah yang dikatakantentang media komunikasi
tradisonal. Peribahasa melayu ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak
Kementerian Pelajaran haruslah memandang perkara ini sebagai masalah yang serius agar
permasalahan ini dapat dibendung melalui pemerkasaan pelajaran KOMSAS di dalam bilik
darjah.
3.4 Peranan para guru dalam mengiklankan pelajar menggunakan media komunikasi
tradisional secara berkesan.

Guru merupakan insan yang begitu rapat dengan murid dek kerana peranannya sebagai
perantara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Oleh itu, berkisarkan kepada tajuk, para guru
Bahasa sudah pastinya mempunyai ilmu terhadap media komunikasi tradisional. Melalui ilmu
pengetahuan tersebut, setiap guru Bahasa yang mendidik mata pelajaran Bahasa melayu dan
KOMSAS haruslah bijak mengaplikasikan pelbagai teknik yang bersesuaian agar memberi kesan
kepada pelajar, sehubungan dengan itu, para pelajar selanjutnya mampu menyemai rasa cinta
terhadap media komunikasi tradisional ini.

Sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas sedang berlangsung, guru
seharusnya mengaplikasikan teknik dalam menyampaikan pendidikan mengenai ilmu media-
media tradisional secara tepat dan jelas. Dalam konteks ini, para guru hendaklah memperkenalkan
kepada para pelajar tentang cara serta kaedah mendeklamasikan sajak dan puisi (media komunikasi
tradisional) dengan tepat. Setelah berlakunya proses pengajaran tersebut, para pelajar haruslah
diberikan pula peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehinya itu, iaitu
mendeklamasikan media-media komunikasi tradisional itu di dalam kelas. Oleh hal yang
demikian, dengan menggunakan kaedah sebegini secara tidak langsungnya akan memberi impak
yang positif dalam diri pelajar yang mana akan menggunakan peranan media komunikasi
tradisional secara tepat sekaligus membudayakan keseniannya dalam kehidupan sehari-hari. Selain
itu, bakat-bakat baharu juga dapat dijana serta diasah untuk menjadi pelapis kepada sekolah yang
akan menyertai program-program pertandingan yang menggunakan konsep media komunikasi
tradisional.

3.5 Kempen cintai puisi

Salah satu kaedah yang lebih berkesan yang boleh diaplikasikan dalam usaha untuk
membudayakan media komunikasi tradisional adalah melalui penganjuran kempen-kempen puisi.
Penganjuran kempen puisi adalah bermatlamat bagi merapatkan lagi jurang yang wujud di antara
masyarakat masa kini dengan karya-karya sastera yang banyak menggunakan media komunikasi
tradisional.
Antara strategi yang berkesan dalam menarik perhatian orang ramai untuk menyertai
kempen-kempen puisi adalah dengan menjemput tokoh-tokoh bahasa yang terkenal dan
mempunyai reputasi yang tinggi melalui penghasilan karya-karya yang hebat. Hal ini dilihat sangat
relevan kerana, melalui kaedah ini tokoh-tokoh bahasa tersebut dapat memberikan pendedahan
mengenai peri pentingya media komunikasi tradisional dengan lebih teratur dan jelas kepada
segenap lapisan masyarakat. Selain itu, bagi memeriahkan lagi kempen puisi ini, para artis tanah
boleh dijemput. Tidak dinafikan bahawa, kehadiran arits-artis tanah air mampu memberi impak
yang positif kepada tahap kehadiran masyarakat untuk menyertai kempen puisi ini. Dalam konteks
ini, para artisan yang dijemput pula haruslah menggunakan bakat yang sedia ada untuk
mendeklamasi serta melagukan pelbagai jenis media komunikasi tradisional yang terdapat dalam
karya-karya kesusasteraan.
4.0 Penutup

Perkembangan penggunaan media komunikasi yang moden telah menyebabkan media komunikasi
tradisional ini semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih ini. Lebih menyedihkan lagi,
remaja pada masa ini ramai yang tidak mengenali apa yang dikategorikan dengan media
komunikasi tradisional. Apa yang mereka tahu yang berkaitan dengan komunikasi tradisional ialah
sperti beduk, penggunaan asap dan burung merpati. Mereka tidak sama sekali berfikir bahawa
puisi-puisi tradisional melayu turut merupakan alat atau medium komunikasi pada zaman dahulu.
Terdapat pelbagai sebab mengapa situasi seperti ini berlaku. Antaranya ialah perkembangan media
massa yang semakin maju pada masa ini dimana pelbagai gadjet yang canggih telah banyak
dihasilkan, media komunikasi tradisional ini tidak mendapat perhatian daripada golongan muda
dan yang paling ketara ialah proses modenisasi yang berlaku kepada masyarakat pada masa ini.
Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya
media komunikasi tradisional tidak hilang dan pupus ditelan masa. Lebih-lebih lagi puisi
tradisional melayu kita kerana ianya melambangkan identiti dan merupakan warisan melayu di
Malaysia. Sekiranya tidak bertindak dari sekarang sudah semestinya generasi kita pada masa akan
datang tidak akan mengenali apa yang dimaksudkan dengan komunikasi tradisional. Jadi, perkara
seperti ini hendaklah tidak dipndang remeh dan seharusnya dipandang serius demi mengekalkan
warisan melayu kita yang merupakan identiti kepada negara Malaysia.
Rujukan

A. Halim Ali. (2013). Memahami Puisi Melayu Tradisional. Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Budiman.

A.Halim Ali, Mana Sikana & Mohd Rosli Saludin. (2011). Prosiding Sastera Membina Peradaban
Bangsa. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Budiman.

Dosen Fakultas Tarbiyah dan keguruan UIN Suska Riau, Kebudayaan Melayu Riau (Pantun,
Syair, Gurindam), Jurnal Risalah, Vol 26, N0. 4, Disember 2015: 159-165, Malaysia.

Mohd Rosli Saludin. (2007). Puisi Melayu Tradisional. Pulau Pinang: GOAL INTELLIGENT
PUBLISHING SDN BHD.

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi, Kesusasteraan Melayu Tradisional Sebagai
Wadah Komunikasi Massa: suatu analisis, Jurnal Komunikasi, 2015, jilid 31(2), (183-194).

Nang Naemah Nik Dahalan, Sastera rakyat melayu: Sejarah dan genre-genre Utama, Jurnal Al-
Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 46-43,

Noremawati Binti Ajis. (2009). Unsur-unsur Kritikan dalam Puisi Melayu Tradisional:Seloka.
Tanjung Malim: Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Rosli Saludin. (2016). Puisi warisan kita. Negeri Sembilan: Persatuan Aura Anak Seni

Mohd Rosli Saludin. (2017). Seni Pengucapan Dalam Pengurusan Sastera. Negeri Sembilan:
Persatuan Anak Jati Kg Dioh.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0515&sec=Sastera&pg=sa_02.htm#ixzz
4womYNhSc © Utusan Melayu (M) Bhd.

Mohamed Zin Nordin & Mohd Taib Ariffin. (2012). Kemahiran Komunikasi. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai

  • Ulasan
    Ulasan
    Dokumen17 halaman
    Ulasan
    Norhisyam Mohd Nuruddin
    Belum ada peringkat
  • BMK Peranan
    BMK Peranan
    Dokumen15 halaman
    BMK Peranan
    Norhisyam Mohd Nuruddin
    Belum ada peringkat
  • BMK Peranan
    BMK Peranan
    Dokumen15 halaman
    BMK Peranan
    Norhisyam Mohd Nuruddin
    Belum ada peringkat
  • Mind Map BMK
    Mind Map BMK
    Dokumen1 halaman
    Mind Map BMK
    Norhisyam Mohd Nuruddin
    Belum ada peringkat
  • In Conclusion
    In Conclusion
    Dokumen15 halaman
    In Conclusion
    Norhisyam Mohd Nuruddin
    Belum ada peringkat
  • Definisi Strategi
    Definisi Strategi
    Dokumen1 halaman
    Definisi Strategi
    Norhisyam Mohd Nuruddin
    Belum ada peringkat
  • Definisi Strategi
    Definisi Strategi
    Dokumen1 halaman
    Definisi Strategi
    Norhisyam Mohd Nuruddin
    Belum ada peringkat