Anda di halaman 1dari 4

NAMA : DEVIANIE BARIN

TAHAP : 1 ( TAHUN 3 )
SEKOLAH : SK ULU TOMANI, TENOM
TAJUK CERITA : KERANAMU SEPASANG KASUT

Selamat pagi dan sejahtera.

Yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian.

Hai apa khabar kawan-kawan, nak dengar cerita tak? Pada hari ini, saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Keranamu sepasang kasut”. Dengar dan
hayati cerita ini.

“Kringgggggg”, loceng Sekolah Kebangsaan Ulu Tomani telah pun berbunyi,


menandakan waktu persekolahan baru sahaja bermula pada sesi petang.

Kelihatan seorang budak lelaki berpakaian lusuh memikul sebuah beg berlari dengan
pantas menuju ke pintu pagar sekolah. Budak lelaki itu telah ditahan oleh guru disiplin.
Guru disiplin yang berbadan tegap dan bersuara kuat itu bernama Cikgu Rahim.

Setiap pelajar sekolah itu pasti berasa gerun apabila berhadapan dengan Cikgu Rahim.

“Kenapa kamu lambat lagi hari ini Salleh?”, tanya Cikgu Rahim.

“Ma, maafkan saya, cikgu. Belum sempat Salleh memberikan alasan, satu libasan rotan
hinggap dikakinya.

“Aduhhh, Salleh mengerang kesakitan.

“Termasuk hari ini, sudah lebih sepuluh hari kamu datang lewat. Awas Salleh, cikgu
tidak mahu mendengar alas an kamu lagi, pastikan esok kamu datang lebih awal”.
Bentak Cikgu Rahim dengan suaranya bagaikan halilintar itu.
Kesian si Salleh ditimpa malang,

Dibenci guru bukan kepalang,

Tiada tempat ingin berkawan,

Hidup sendiri dalam kesusahan.

Selalu lewat datang ke sekolah,

Berlari laju sehingga lelah,

Tiada siapa ingin membantu,

Malang diri menanggung malu.

Salleh merupakan seorang pelajar yang datang daripada sebuah keluarga miskin yang
tinggal di ceruk kampong.

Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Syafina. Ibunya bekerja sendiri
seperti menjual sayur-sayuran yang ditanam untuk menyara hidup mereka. Ayahnya
pula sudah lama meninggal dunia.

Kehidupan mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Wang yang diperolehi hasil menjual sayur-sayuran itu cukup-cukup digunakan untuk
makan dan menghantar Salleh dan Syafina ke sekolah.

Pada suatu hari, kasut sekolah yang dipakai oleh Syafina koyak teruk dan tidak boleh
dipakai lagi. Salleh berasa kasihan kepada adiknya tetapi dia tidak mampu melakukan
apa-apa.

Salleh mendapat idea, dia memberi cadangan kepada adiknya.

“Adik, adik gunalah kasut abang tu, biar abang tak pergi sekolah, nanti kamu ke
sekolah”, kata Salleh kepada Syafina.

“Tidak mengapa abang, biar adik duduk di rumah, abang pergilah sekolah”, Kata
Syafina pula kepada Salleh

“Baiklah, kita bergilir-gilir pakai kasut ke sekolah. Mula-mula, adik pakai dulu, lepas tu,
bila adik balik, abang pula yang pakai.

Adiknya pun bersetuju.


Sejak hari itu, setelah Syafina sampai ke rumah, Salleh terus menyarungkan kasut
sekolahnya dan berlari pergi ke sekolah.

Disebabkan itulah, dia selalu lambat datang ke sekolah dan selalu dimarahi oleh guru-
guru.

Pada suatu hari, Sekolah Kebangsaan Ulu Tomani akan mengadakan pertandingan
marathon. Hadiah pertama pertandingan itu ialah sebuah basikal.

Namun Salleh tidak teruja dengan hadiah pertama, dia teruja dengan hadiah tempat
ketiga iaitu sepasang kasut sekolah.

Oleh itu, Salleh mengambil keputusan untuk menyertai acara tersebut dan dia
merancang untuk mendapat ketiga supaya dia menerima sepasang kasut sekolah untuk
dihadiahkan kepada adiknya.

Kawan-kawan,

Sungguh mulia hati si Salleh

Ingin membantu adik sendiri

Salleh masuk pertandingan berlari

Tempat ketiga ingin dimiliki

Hari pertandingan telah tiba,

Salleh berlari sekuat hatinya.

Semua peserta ditinggalkannya,

Salleh mendapat tempat pertama.

Salleh menangis teresak-esak kerana dia telah Berjaya mendapat tempat pertama.
Salleh menangis bukan kerana dia gembira tetapi dia sedih tidak dapat menunaikan
hajatnya mendapatkan sepasang kasut untuk adiknya.

Apa yang Salleh mahukan hanyalah sepasang kasut, sepasang kasut bukan untuk
dirinya sendiri.
Tetapi untuk adiknya.

Mereka mahu sekolah seperti biasa, namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi
mereka.

Kisah Salleh ini sampai ke pengetahuan Cikgu Rahim. Cikgu Rahim menitiskan air
mata. Dia menyesali perbuatannya menghukum tanpa usul periksa.

Sejak hari itu, Cikgu Rahim berusaha mengutip duit sumbangan untuk keluarga Salleh.

Duit sumbangan itu telah diberikan kepada keluarga Salleh untuk menampung barang-
barang dapur dan peralatan sekolah.

Salleh berterima kasih kepada Cikgu Rahim dan pihak sekolah atas bantuan yang
diberikan.

Salleh sangat bersyukur kerana kini dia dan adiknya sudah memiliki sepasang kasut
sekolah yang baru.

Cantik, putih dan selesa dipakai.

Kelihatan air mata berlinang di pipi Salleh.

Kawan-kawan,

Begitulah cerita tentang Salleh dan Syafina.

Kerana sepasang kasut, seorang abang sanggup berkorban demi adiknya.

Kerana sepasang kasut, seorang abang sanggup dimarahi dan dihukum gurunya.

Kerana sepasang kasut, seorang abang sanggup menyertai pertandingan marathon


untuk mendapat tempat ketiga

Dan kerana sepasang kasut juga, seorang guru telah sedar dari kesilapannya.

Semoga kisah ini akan teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Janganlah kita mudah berputus asa dan terus berusaha, pasti kejayaan milik kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai