Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan Kontekstual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Diperingkat Sekolah Menengah Teknik.

Tang, Yen Ling and Bakar, Md Nor (2006) Pendekatan Kontekstual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Diperingkat Sekolah Menengah Teknik. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengabungkan isi
kandungan dalam sesuatu mata pelajaran dengan pengalaman harian seseorang individu, masyarakat, dan
alam pekerjaan yang sebenar. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on . Dalam menujuk kea rah masyarakat berpengetahuan, Negara kita memerlukan
pelajar-pelajar dengan aras pemikiran yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah. Kajian ini bertujuan
untuk meninjau pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik di peringkat sekolah menengah teknik. Terdapat empat indicator dalam kajian ini, iaitu penerapan
pendekatan kontekstual dalam buku teks matematik, perlaksanaan strategi REACT dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik, secara kontekstual, dan halangan-halangan terhadap perlaksanaannya di sekolah.
Instrumen yang digunakan untuk kajian ini ialah soal selidik untuk guru matematik dan soal selidik untuk
pelajar. Temubual diadakan dengan enam orang guru matematik untuk mendapatkan maklumat lanjutan. Di
samping itu, analisis buku teks matematik juga dijalankan untuk menilai tahap penerapan strategi REACT.
Kebolehpercayaan Cronbach Alpha terhadap item-item soal selidik untuk guru ialah 0.88, manakala soal selidik
untuk pelajar ialah 0.86. Seramai 19 orang guru matematik dan 83 orang pelajar Tingkatan Lima dari tiga buas
sekolah menengah teknik di Negeri Johor telah dijadikan sebagai sampel kajian. Statistik deskriptif yang
melibatkan kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan
pendekatan kontekstual telah Berjaya diterapkan dalam buku teks matematik di peringkat sekolah menegah
teknik malah ia kurang Berjaya dari segi pratikalnya. Sesetengah guru tidak melaksanakan kaedah kontekstual
ini dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan guru-guru dan pelajar-pelajar
telah memberikan banyak reaksi positif tentang kekuatan-kekuatan kaedah kontekstual ini. Di samping itu,
guru-guru dan pelajar-pelajar juga telah mengetengahkan beberapa halangan dari segi pelaksanaannya di
sekolah. Halangan-halangan tesebut merangkumi jumlah masa pengajaran dan pembelajaran yang tidak
mencukupi, ketidaksuaian tempat untuk menjalankan aktiviti makmal, kekurangan pendedahan kursus tentang
kaedah kontekstual di kalangan guru dan sebagainya. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan oleh guru-
guru dan pelajar-pelajar untuk memperbaiki lagi pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik di peringkat sekolah menengah.

Anda mungkin juga menyukai