Anda di halaman 1dari 5

HARI MENCUCI TANGAN SEDUNIA - 15 OKTOBER

Mencuci tangan merupakan amalan kebersihan yang penting bagi setiap orang.
Justeru, bagi menunjukkan kepentingannya terhadap faktor kebersihan, maka
pada 15 Oktober setiap tahun telah diadakan sambutan Hari Mencuci Tangan
Sedunia.

Hari Mencuci Tangan Sedunia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-


Bangsa Bersatu bersempena dengan Tahun Sanitasi Antarabangsa 2008.

Sejak dimulakan pada tahun 2008, Hari Mencuci Tangan menjadi satu kempen
sedunia untuk mengukuhkan amalan kebersihan diri. Hari Mencuci Tangan
Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kebersihan diri.
Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit seperti cirit-birit dan
pneumonia, yang merupakan punca utama kematian kanak-kanak di dunia.

Walaupun semua orang mencuci tangan dengan air, tetapi tidak semua orang yang mencuci tangan dengan sabun selepas
menggunakan tandas atau sebelum mengendalikan makanan.

Cabaran kempen ini adalah untuk menjadikan mencuci tangan sebagai satu tabiat dalam kehidupan seharian seseorang. Ia
perlu diamalkan secara semula jadi di sekolah, rumah dan komuniti.

Mengubah sikap mencuci tangan sebelum makan dan selepas keluar tandas merupakan satu langkah berpadu dan mudah
untuk menyelamatkan nyawa.

Usaha meningkatkan kadar mencuci tangan dengan sabun dapat menyumbangkan kepada Sasaran Pembangunan Alaf
(Millennium Development Goals, MDGs) pada tahun 2015, iaitu mengurangkan dengan dua per tiga kematian kanak-kanak
di bawah umur 5 tahun.

Mengapa mencuci tangan?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health


Organization, WHO), lebih daripada 1.5 juta kanak-kanak
di bawah umur 5 tahun meninggal dunia akibat penyakit
cirit-birit setiap tahun, iaitu punca kedua kematian kanak-
kanak ini.

Mencuci tangan selepas keluar tandas, sebelum makan


dan mengendalikan makanan – dapat mengurangkan
kadar cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak sebanyak
40%.

Pnumonia menyebabkan kematian 1.8 juta kanak-kanak


setiap tahun, dan merupakan penyebab utama kematian
mereka. Sikap sentiasa mencuci tangan – dapat
mengurangkan jangkitan penyakit respitori pada kadar
23%.

Di samping itu, mencuci tangan – satu parameter untuk


mengawal jangkitan penyakit berkaitan dengan sistem
respitori. Semasa penularan penyakit SARS pada tahun
2006, satu kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa
mencuci tangan 10 kali sehari dapat mengurangkan
penyebaran virus respitori itu sebanyak 55%.

Kajian daripada Nepal menyatakan bahawa penjaga dan ibu mengandung yang mencuci tangan dengan sabun dapat
meningkatkan kadar kelahiran bayi baru sebanyak 44%.

Mengguna air sahaja tidak mencukupi untuk tujuan kebersihan diri, tetapi di kebanyakan tempat, sabun tidak digunakan
untuk mencuci tangan. Kebanyakan keluarga miskin mempunyai sabun, jadi bukan satu halangan untuk mencuci tangan
dengan sabun.

Kajian mendapati bahawa promosi mencuci tangan di sekolah dapat meningkatkan kadar kehadiran murid ke sekolah. Di
China, promosi dan pengagihan sabun di sekolah dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah sebanyak 54% berbanding
dengan sekolah yang tidak mengadakan kempen tersebut.

Hari Mencuci Tangan Sedunia tahun 2010 akan melibatkan semua sekolah dan kanak-kanak. Aktiviti kempen ini diadakan
di taman permainan, kelas, pusat komuniti dan tempat awam sama ada di desa ataupun bandar.

Akitiviti mencuci tangan sedunia ini bertujuan untuk menyedarkan penduduk dunia tentang kepentingan mencuci tangan
dan kebersihan diri. Berjuta-juta orang daripada 80 buah negara akan terlibat dalam kempen seminggu ini.

Tema Hari Mencuci Tangan Sedunia tahun ini memberi tumpuan pada kanak-kanak. Objektif utama hari yang khusus ini
adalah:
- Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun
- Memperkukuhkan budaya mencuci tangan dengan sabun di setiap negara
- Meningkatkan kesedaran tentang kebaikan mencuci tangan dengan sabun

Lima fakta penting dalam mencuci tangan


1. Mencuci tangan dengan air sahaja tidak mencukupi
o Mencuci tangan dengan air sahaja merupakan amalan biasa dalam kehidupan, tetapi ia kurang berkesan jika
dibandingkan dengan mencuci tangan dengan sabun
o Mencuci tangan dengan sabun dapat menanggalkan kotoran dan minyak yang mungkin membawa mikroorganisma
o Penggunaan sabun dengan cara yang betul merupakan cara yang berkesan untuk mengelakkan diri daripada
mikroorganisma penyebar penyakit.

2. Mencuci tangan dengan sabun dapat mengelakkan penyakit yang menyebabkan kematian berjuta-juta kanak-
kanak setiap tahun
o Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan cirit-birit dan pneumonia
o Setiap tahun, cirit-birit dan pneumonia menyebabkan kematian 3.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia
o Mencuci tangan dengan sabun dapat mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mata, SARS dan AVIAN FLU, dan bermanfaat
kepada orang yang hidup dalam golongan AIDS/HIV.

3. Tahap kritikal mencuci tangan adalah selepas menggunakan tandas atau mandian kanak-kanak dan sebelum
mengendalikan makanan
o Tangan perlu dicuci dengan sabun selepas mencuci bahagian bawah kanak-kanak dan sebelum menyentuh makanan
o Tangan merupakan bahagian utama pembawa penyakit. Oleh itu mencuci tangan dengan sabun dapat membantu
mengelakkan sebaran penyakit, dan dapat dilakukan oleh semua orang.

4. Mencuci tangan dengan sabun adalah promosi kesihatan yang paling kos efektif
o Promosi mencuci tangan dengan sabun adalah kos efektif jika dibanding dengan promosi kesihatan yang lain
o Pelaburan RM11.40 dalam mencuci tangan membawa hasil yang sama dengan pelaburan RM37.40 dalam pembinaan
tandas, pelaburan RM680 dalam pembekalan air perumahan dan beribu-ribu dalam program imunisasi.

5. Kanak-kanak adalah agen perubahan.


o Kanak-kanak lebih aktif dalam berkongsi idea tentang amalan kesihatan diri yang baik di rumah dan masyarakat
o Penglibatan kanak-kanak dalam Hari Mencuci Tangan Sedunia dapat mempengaruhi perubahan sikap yang berterusan.
Jadi, pupuk tabiat mencuci tangan dalam keluarga anda demi kesihatan anda.

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kempen/478-hari-mencuci-tangan-
sedunia-15-oktober
CARA MENCUCI TANGAN YANG BETUL

Tahukah anda semua bahawa teknik mencuci atau membasuh tangan dengan betul
amat berguna dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan kita daripada
terkena jangkitan?

Dalam masa sehari, terdapat banyak permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan yang kita
sentuh ada mengandungi pelbagai kuman, bakteria dan virus yang menjadi punca penyakit. Tangan
kita boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman yang membawa penyakit-penyakit
berbahaya ini. Oleh itu, pastikan tangan kita sentiasa bersih. Mencuci tangan dengan sabun
adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit seperti cirit-birit dan
pneumonia.

Menurut kajian, membasuh tangan dengan cara yang betul terbukti dapat mengurangkan risiko cirit-
birit sebanyak 20 peratus dan risiko jangkitan saluran pernafasan sebanyak 24 peratus.

Bilakah kita perlu mencuci tangan?

Tiada masa yang spesifik untuk kita mencuci tangan. Lebih kerap, lebih baik untuk mengurangkan
jumlah organisma halus berbahaya di tangan kita.

Paling penting, cuci tangan sebelum:-

 Menyediakan (memasak) makanan.


 Menghidangkan makanan
 Makan.
 Menyentuh orang sakit
 Merawat luka atau memberi ubat kepada orang lain
 Memakai atau menanggalkan kanta sentuh
 Menyentuh bayi atau kanak-kanak kecil (di bawah umur lima tahun) atau orang tua (melebihi
65 tahun).
Cuci tangan selepas:-

 Menyediakan makanan terutama mengendalikan daging, ayam dan ikan.


 Keluar dari tandas.
 Menukar lampin.
 Menyentuh haiwan peliharaan atau alat mainan anak.
 Membuang sampah.
 Menutup mulut dengan tangan apabila bersin atau batuk.
 Merawat luka.
 Menyentuh orang sakit.
 Selepas selesai melakukan kerja rumah.
 Setiap kali tangan kotor.
 Lebih kerap mencuci tangan ketika selesema.
 Apabila tangan terkena darah atau cecair badan.
 Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
 Selepas menggunakan tandas
 Selepas mengendalikan sisa makanan
 Selepas menghembus hingus
 Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

Bagaimanakah cara untuk membasuh tangan dengan betul?

Terdapat tujuh (7) langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul: -

1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih yang mencukupi
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
4. Gosok kuku pada tapak tangan
5. Gosok belakang tangan
6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau dengan udara kering.

Anda mungkin juga menyukai