Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : TENGKU ZAINAB BINTI TENGKU MD FAUZI


No Kad Pengenalan : 960112115266
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2015 / PEMULIHAN
Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGGIT
Minggu Praktikum :1
Tarikh : 03-08-2018
Tajuk : PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DI SK PERINGGIT
Kategori : Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran
Pensyarah Pembimbing : ZALEHA BT TAMBI ADAM
Guru Pembimbing : PUAN MAZIAH BINTI MATSAH

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya telah menjalankan praktikum fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Peringgit. Saya diberi tempat di bilik guru dan sering bergilir-gilir
dengan Kelas Kasih Mawar yang merupakan nama kepada kelas Pemulihan Khas di sekolah tersebut. Saya diberikan seorang guru
pembimbing, Puan Maziah binti Matsah, guru pemulihan di sekolah tersebut. Sepanjang minggu pertama saya berada di sekolah
itu, saya diberi peluang membuat pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid pemulihan yang
dilaksanakan oleh Puan Maziah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Sepanjang pemerhatian dibuat, terdapat banyak ilmu baharu yang telah saya perolehi berkaitan Pendidikan Pemulihan. Selama
ini, saya hanya bergantung kepada pengalaman praktikum fasa 1 di SK Jalan Datuk Palembang, ilmu-ilmu berkaitan Pendidikan
Pemulihan dalam kuliah dan sumber-sumber bacaan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Program Pemulihan Khas adalah satu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program
ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Menurut Jabatan Pendidikan Khas
(2003), guru pemulihan merupakan individu yang berperanan penting dalam mengendalikan program pemulihan di setiap sekolah
mengikut prosedur yang telah ditetapkan, iaitu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan secara
sepenuh masa agar matlamat Program Pemulihan Khas untuk mengurangkan masalah penguasaan kemahiran asas 3M tercapai.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Oleh itu, saya perlu selalu merujuk dan bertanya dengan Puan Maziah berkenaan Pendidikan Pemulihan. Segala ilmu yang saya
perolehi sepanjang satu minggu ini dapat saya jadikan panduan sebagai persediaan menjadi guru pemulihan kelak.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Pada minggu kedua berpraktikum, saya telah diberi kepercayaan oleh Puan Maziah untuk mengajar beberapa masa subjek Bahasa
Melayu Pemulihan bagi tahun 2 dan Matematik Pemulihan bagi tahun 3. Saya akan cuba aplikasikan segala ilmu yang diperolehi
sepanjang satu minggu melakukan pemerhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran Puan Maziah di Kelas Kasih Mawar.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

06-08-2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Pada hari kedua dalam minggu kedua, iaitu 7 Ogos 2018, saya telah diberikan kepercayaan memulakan rancangan mengajar.
Saya telah mengajar subjek Bahasa Melayu Pemulihan tahun 2, selama satu jam, iaitu bermula pukul 11.35 pagi sehingga 12.35
tengah hari.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya baiki, antaranya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana terdapat dua orang murid yang
tidak didiagnos akibat tidak hadir sewaktu pelaksanaan Ujian Diagnostik pada minggu lalu. Oleh itu, saya masih lagi perlu merujuk
Puan Maziah agar menempatkan murid-murid tersebut dalam kumpulan yang sesuai bagi sesuatu aktiviti yang dirancang.

Rujukan :

Jabatan Pendidikan Khas. (2003). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Khas.

Anda mungkin juga menyukai