Anda di halaman 1dari 41

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

National Education Philosophy

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memper-


kembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha mi adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggung-
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan din serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Education in Malaysia is on-going efforts towards further developing the


potential of individuals in a holistic and integrated manner, so as to produce
individuals who are intellectually, spiritually, emotionally, and physically
balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such
an effort is designed to produced Malaysian citizens who are knowledgeable
and competent, who possess high moral standards and who are responsible
and capable of achieving high level of personal well being as well as
being able to contribute to the harmony and betterment of the
family, the society and the nationat large.
Membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi Negara Malaysia

To develop a-world class


quality education system which
will realize the full potential
of the individual and fulfill the aspiration
of the Malaysia nation

Misi
Matlamat Mission
Objective

Melahirkan bangsa Malaysia yang


taat setia dan bersatu padu
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan dan sejahtera Menyediakan
sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan negara
Memberi peluang-peluang pendidikan
kepada semua warganegara

To produce Loyal and united Malaysians


To produce happy, well-mannered individuals Who
have faith, knowledge and vision
To prepare the nation’s human resource
For development needs
To provide educational opportunities.
For all Malaysians
Kementerian Pelajaran
Malaysia
VISI

SK Bandar Mas
Sekolah Unggul Penjana
Genarasi Terbilang

MISI

SK Bandar Mas
Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)
Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4
sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan

PRASEKOLAH
Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan
5+) kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti
pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta
dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan.

LITERASI & NUMERASI (LINUS)


Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas Iiterasi dan
numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada
akhir tahun 20I2.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)


Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos,
karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan
melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.

TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH


Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk
menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan
ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta
membantu PGB yang lemah.
KOMPONEN STANDARD
GURU MALAYSIA

S1 : Amalan Nilai
Profesionalisme
Keguruan
STANDARD S2 : Pengetahuan dan
Kefahaman
S3 : Kemahiran P&P

ASAS  Misi Nasional


 FPK Guru Modal
PENENTUAN  FPG
STANDATD &  Tatasusila Profesion
Kompetan Insan
Keguruan Unggul
KEPERLUAN
 Etika Kerja KPM

K1 : Kelayakan Masuk
Program Latihan
KEPERLUAN Perguruan
K2 : Latihan Pentaksiran
dan Penilaian
K3 : Kolaborasi
K4 : Infrastruktur &
Infostruktur
K5 : Jaminan Kualiti
PRINSIP KERJA KPPM

X eXcellence

P Pengetahuan

OUTCOME
L Latihan

U Usaha

S Sepasukan
TATASUSILA PROFESION 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa 5. Sentiasa mengawasi din kami supaya
demi kepentingan anak-anak mereka, tidak mencemarkan nama baik
PERGURUAN MALAYSIA
dan menggunakan maklumat yang profesion perguruan.
diterima daripada ibu bapa secara teliti 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan
Kami gum-guru Malaysia, yakin dan bijaksana. guru.
bahawa tujuan utama pendidikan ialah 5. Mengelakkan din dan menggunakan
berusaha menuju ke arah pembentukan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial Catatan:
warganegara yang berilmu, yang taat setia, dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru yang dimaksudkan dalam konteks
yang bertanggungjawab dan 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan Tatasusila ini ialah orang yang
berkebolehan, yang menyedari betapa kata-kata atau sesuatu yang boleh menyebarkan ilmu pengetahuan di
pentingnya usaha menuju ke arah menjejaskan sesebuah institusi pendidikan peringkat
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat 7. kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa rendah, menengah dan tinggi, termasuk
yang gemilang, dan yang percaya atau penjaga mereka. guru terlatih yang bertugas dalam
demokrasi, kebebasan perseorangan dan pentadbiran, organisasi dan penyeliaan
Prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan.
pendidikan, masyarakat dapat membantu III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP
anak mudanya memahami kebudayaan MASYARAKAT DAN NEGARA
mereka, memperoleh pengetahuan yang
TUGAS-TUGAS GURU
telah terkumpul sejak zaman berzaman, 1. Mengelakkan din dan menyebarkan
dan menyediakan mereka untuk GURU BESAR
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan  Bertanggungjawab dalam semua hal
menghadapi cabaran pada masa hadapan. kepentingan pelajar, masyarakat atau
Dengan menyedari betapa besarnya pengurusan, pentadbiran dan
negara, ataupun yang bertentangan perjalanan sekolah.
tanggungjawab membimbing anak muda dengan Rukun Negara.
untuk mencapai kemajuan sepenuh-  Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar
penuhnya, maka dengan ni kami menerima sekolah.
sikap yang boleh membantu dan
Tatasusila berikut sebagai panduan untuk  Bertanggungjawab dalam semua hal
membimbing mereka untuk menjadi
membolehkan kami menyempurnakan pengurusan kewangan sekolah.
warganegara yang taat setia,
profesion kami ke taraf kesusilaan yang  Pengerusi Jawatankuasa penyelaras
bertanggungjawab dan berguna,
setinggi-tingginya: sekolah.
menghormati orang-orang yang lebih
tua dan menghormati adanya
I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP GURU PENOLONG KANAN
perbezaan kebudayaan, keturunan dan
PELAJAR  Membantu Guru Besar dalam semua hal
agama.
pengurusan, pentadbiran dan
3. Menghormati masyarakat tempat kami
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan perjalanan sekolah.
berkhidmat dan memenuhi segala
keselamatan pelajar kami daripada hal- tanggungjawab sebagai seorang  Ahli .Jawatankuasa Tatatertib sekolah.
hal lain. warganegara dan sentiasa sanggup  Bertanggungjawab dalam semua hal
2. Bersikap adil terhadap setiap orang mengambil bahagian dalam sebarang pengurusan dan pentadbiran sekolah
pelajar tanpa mengira faktor-faktor kegiatan masyarakat. semasa ketiadaan Guru Besar.
jasmani, mental, emosi, politik, 4. Menggalakkan kerjasama dan  Naib Pengerusi Jawatankuasa
ekonomi, sosial, keturunan atau agama. persefahaman di antara guru dengan Penyelaras sekolah.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau ibu bapa, institusi pendidikan dengan  (Rujuk lampiran Tugas-tugas Khas Guru
sulit mengenai pelajar kecuali kepada masyarakat. Penolong Kanan).
mereka yang berhak mengetahuinya. 5. Memberi sumbangan cergas untuk
4. Membimbing atau mengajar seseorang meninggikan kehidupan moral, PENYELARAS KO-KURIKULUM
pelajar dalam darjah sendiri atau dalam kebudayaan dan kecendekiawanan  Merancang dan mengawasi semua hal
mata pelajaran-mata pelajaran yang masyarakat. kegiatan ko kurikulum sekolah seperti:
diajar di bilik darjah tanpa sebarang 6. Berpegang kepada tingkah laku yang Pasukan pakaian seragam, pasukan-
bayaran. sopan yang diterima oleh masyarakat pasukan koir, rekoder, kebudayaan.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, dan menjalani kehidupan kami sehari- Lawatan-lawatan murid anjuran sekolah
peraturan dan tingkah laku yang dapat hari dengan baik. dan lain-lain. Bersama-sama dengan
memberikan contoh yang baik kepada setiausaha sukan Setiausaha.
pelajar. Jawatankuasa Ko-kurikulum merancang,
6. Memelihara dan memperbaiki IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN menyelaras dan menyelia semua aktiviti
kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN sukan dan permainan supaya ianya
penyelidikan, lawatan dan menghadiri berjalan dengan licin dan teratur.
kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat 1. Mengelakkan din dan membuat  Bersama-sama dengan setiausaha sukan
atau seminar supaya pengajaran kami sebarang kenyataan atau ulasan yang memastikan semua alatan permainan
mencapai mutu yang setinggi-tingginya. boleh mencemarkan nama baik dan Pendidikan Jasmani mencukupi.
seseorang guru di hadapan pelajar atau Cara menyimpan alatan-alatan ini juga
II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang perlu diambil perhatian supaya ianya
BAPA boleh menjatuhkan maruah seseorang digunakan dengan baik.
guru.  Menubuhkan dan mengadakan
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu 2. Tidak melibatkan din dalam kegiatan pasukan-pasukan tertentu bagi
bapa terhadap anak-anak mereka. yang boleh menjejaskan kecekapan persediaan sekolah untuk mengambil
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra kami sebagai guru. bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang
dan kerjasama yang erat di antara 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya sesuai sama ada di dalam mahupun di
institusi pendidikan dengan rumah menunaikan tanggungjawab kami luar kawasan sekolah.
tangga. dengan rajin dan bersungguh-sungguh  Menyimpan rekod lengkap segala jenis
3. Menganggap semua maklumat yang dan mengekalkannya sejajar dengan kutipan, jika ada, bersabit dengan
diberikan oleh ibu bapa mengenai kemajuan ikhtisas dan sosial. perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut.
keadaan rumah tangga atau mengenai 4. Sentiasa bersedia membantu rakan  Ahli ,Jawatankuasa Penyelaras Sekolah.
anak mereka sebagai sulit dan tidak sejawat kami terutamanya mereka yang
akan membocorkannya kepada sesiapa baharu dalam profesion perguruan. PENYELARAS PUSAR SUMBERI KBSR
kecuali kepada mereka yang berhak SEKOLAH (PSSIKBSR)
mengetahuinya.
 Bertanggungjawab mengemaskinikan e) Hanya catatan yang bersabit dengan e) Gunakan masa rehat (free periods)
rekod penyimpanan bahan-bahan Pusat pengajaran dan keperluan tertentu untuk memeriksa buku-buku murid
Sumber KBSR dalam buku stok yang sahaja patut disimpan di dalam buku kecuali ada masa-masa tertentu sahaja
sesuai supaya mudah dikesan. ringkasan mengajar guru. yang memerlukan pemeriksaan dibuat
 Menyediakan satu format tertentu f) Bagi semakan Guru Besar atas di dalam kelas bersama murid.
dalam penyeliaan bahan-bahan rancangan mengajar minggu akan
mengajar oleh guru supaya dapat datang ringkasan mengajar dengan 4. FAIL PERIBADI MURID
disimpan serta dipinjam oleh guru rancangan minggu yang lengkap perlu a) Borang maklumat yang diberi hendaklah
dengan mudah lagi sistematis. dihantar ke pejabat sekolah pada hari diberi tiap-tiap awal tahun (bulan
 Bertanggungjawab menjayakan konsep akhir minggu sebelumnya. Januari) kecuali ada perubahan-
Pusat Sumber/KBSR supaya ia dapat g) Tiap-tiap guru bertanggungjawab atas perubahan tertentu seperti pertukaran
hidup dan berkembang dengan keselamatan, kekemasan dan alamat tempat tinggal dan sebagainya.
mempelbagaikan aktiviti-aktivitinya; kebersihan buku Rekod Pengajaran dan b) Semua dokumen berkaitan dengan
iaitu menambahkan lagi kepada yang Pembelajaran. murid seperti surat dan penjaga, surat
sedia ada atau ubahsuaikannya supaya doktor disimpan dalam fail tersebut
ia akan jadi lebih menarik dan berkesan. 2. UJIAN BULANAN )bukannya di dalam buku ringkasan
 Dengan lain perkataan, aktiviti-aktiviti a) Dijalankan mengikut Takwim Sekolah. mengajar guru atau pun jadual
ini akan menjadi agen kepada b) Banyaknya soalan adalah bergantung kedatangan kelas). Rekod profil, kad
pengajaran dan pembelajaran di kepada masa yang dirancang oleh guru kemajuan, Kad OO1R dan Kad Kesihatan
sekolah ini. mata pelajaran tersebut selaras dengan juga disimpan di dalam fail tersebut.
 Ahli Jawatankuasa Penyelaras Sekolah. panduan dan Panitia Mata pelajaran. c) Apabila ada murid bertukar keluar, fail
c) Soalan-soalan ujian hendaklah diisi ke murid berkenaan hendaklah dihantar ke
PENYELARAS KELAS PEMULIHAN dalam buku Rekod Pengajaran dan pejabat dengan segera untuk dibuat
 Bertanggungjawab dalam hal Pembelajaran semakan perkara-perkara tertentu dan
perancangan, perjalanan dan d) Pencapaian dalam ujian ini hendaklah tindakan selanjutnya.
perkembangan Pusat Sumber KBSR direkodkan ke dalam buku-buku rekod d) Apabila ada murid bertukar masuk,
sekolah supaya ianya digunakan secara tertentu seperti yang diamalkan. sebuah fail (kiranya murid tersebut
berterusan dan bersungguh-sungguh e) Ujian ini adalah untuk menguji/menilai belum ada fail) hendaklah diadakan dan
oleh murid-murid dan juga guru-guru. atas kemahiran/topik yang telah diajar. borang kawalan hendaklah diisi bagi
 Bertanggungjawab mendapatkan Guru perlu membuat analisis murid berkenaan.
kerjasama dan guru-guru mengenal pencapaian ujian ini dan tindak pulih e) Sekiranya berlaku sebarang kesulitan
pasti kelemahan murid-murid yang akan perlu diambil selanjutnya atas bersabit (‘FPM’) rujukkan dengan Guru
diberi pelajaran pemulihan dan 3M. kelemahan pencapaian. Penolong Kanan.
 Dengan bantuan dan guru-guru kelas, f) Fail tersebut hendaklah selalu kemas
merancang dan menjalankan projek- 3. BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA dan up-to-date.
projek pemulihan untuk mengurangkan MURID g) Fail-fail tersebut adalah di bawah
dan membasmi kelemahan dalam 3M. a) Semua buku latihan dan buku kerja kawalan guru darjah. Ianya hendaklah
 Bersama-sama melibatkan din bagi 7 hendaklah kemas lagi bersih. Kerja-kerja dihantar ke pejabat apabila sekolah
menjayakan konsep gabung jalinan PSS, hendaklah bersistematik seperti; akan tutup kerana cuti penggal.
tuliskan tarikh, tajuk dan hari pada tiap- h) Keselamatan Fail Peribadi Murid ini
tiap latihan dan nota yang dicatat. adalah di bawah tanggungjawab guru
BILA DAN BAGAIMANA SAYA b) Latihan serta kerja rumah murid kelas.
PERLU BERTINDAK hendaklah disemak dan diperiksa oleh
guru dengan segera, (berpatutan) 5. FAIL LEMBARAN KERJA MURID (KBSR)
1. REKOD PENGAJARAN DAN setelah kerja dibuat oleh murid. a) Pastikan tiap-tiap orang murid
PEMBELAJARAN Catatkan tarikh kerja-kerja tersebut mempunyai fail-fail yang cukup untuk
a) Semua Rancangan Tahunan dipecahkan diperiksa. Catatan juga per(u dibuat di menyimpan kerja mereka:
topik/kemahiran mengikut Penggal dalam buku murid atas kebaikan 1 fail untuk Bahasa Malaysia
b) Semua Rancangan hendaklah mahupun kecuaian murid seperti; ‘Kerja 1 fail untuk Bahasa Inggeris
siap/lengkap tidak lewat daripada 31 kamu tidak siap’ dan sebagainya yang 1 fail untuk Matematik
Januari tahun berkenaan. boleh member teladan dan pengajaran 1 fail untuk Pendidikan Agama
c) Rancangan pembelajaran harian yang baik kepada murid. Islam/Moral
disediakan menepati objektif mata c) Guru adalah digalakkan menggunakan 1 fail untuk Sains
pelajaran. pen Dakwat Merah apabila memeriksa 1 fail untuk Kajian Tempatan
d) Rancangan Pengajaran dalam Buku kerja-kerja yang dibuat oleh murid. 1 fail untuk Kemahiran Hidup
Ringkasan mengajar ditulis tangan d) Hanya buku latihan sekolah atau pun
bukannya ditaip atau difotostat. buku latihan tambahan sahaja
digalakkan.
ENAM MATLAMAT
STRATEGIK JPNJ
1 Mempunyai barisan pemimpin pengurusan pendidikan yang berintegriti
• Program Immersion
• Dasar Kepimpinan Melalui 5 Fasa Kepimpinan (3 tahun di satu sekolah)
• Kepimpinan Transformasional
• Kepimpinan Pertengahan
• Kepimpinan Instruksional

2 Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan segi keilmuan, kemahiran dan
sahsiah
• Pembudayaan Ilmu
• Satu Guru Satu Kajian Tindakan
• Panel Perunding Mata Pelajaran
• Program Khidmat Bantu Guru
• Program Perkembangan Staf
• Transisi Pendidikan Khas

3 Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global


• Pembangunan Disiplin
• Program Headcount Kehadiran Murid
• Sahsiah Unggul
• PINCH (Program 1 Negeri Celik Huruf)

4 Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian


• Pentaksiran Berasaskan Sekolah
• Johor Top 5 Dalam Peperiksaan Awam
• Membangunkan SABK Cemerlang
• Dasar RK 50% Cemerlang
• E-Bank Item Negeri Johor

5 Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti


• Pusat Sumber Sekolah
• Mengembalikan Kecemerlangan Sukan Sekolah

6 Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan


• Pelaksanaan MSISO 9001:2008 Di Sekolah
• Pelaksanaan KPI Kepada Semua Pegawai Dan Staf
• Perancangan Strategik 2009-2011 Ke Arah Sekolah Unggul
• Sistem Penyebaran Maklumat Berkesan
• Sitar Audit Berteguran
• Mengutamakan Kebajikan Guru
• Pengurusan Pegawai Staf Bermasalah
• Pemantauan Berfokus
PRINSIP KERJA

PRINSIP KERJA PENGARAH JPN


JOHOR

 IKUT BUKU JANGAN IKUT AKU

 SELESAIKAN YANG ASAS

 KEKALKAN FORMULA KEJAYAAN

 BERTINDAK PANTAS, BUAT DENGAN BETUL

 MENGUTAMAKAN FUNGSI

 BERI NASIHAT YANG BETUL


MALAYSIA
WARTA KERAJAAN
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA

Jld.41 TAMBAHAN NO 94
No.26 31 hb. Disember 1997 PERUNDANGAN (A)
P.U.(A)526
AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN(KURIKULUM PRASEKOLAH) 1997

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 24 Akta Pendidikan 1996, Akta 550
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-peraturan Pendidikan Nama dan mula


(Kurikulum Prasekolah) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari berkuatkuasa
1998.

2. Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna


yang lain

“murid” ertinya kanak-kanak yang berumur dan empat hingga enam tahun yang Tafsiran
kepadanya pendidikan diberikan di sesuatu Tadika.

3. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah, tiap- Bahan kurikulum
tiap tadika hendaklah menggunakan apa-apa bahan sebagaimana yang diarahkan
oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa.

4. Pengajaran dan pembelajaran formal yang dijalankan di tadika hendaklah Masa


mengikut apa-apa tempoh masa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua
Pendaftar.

5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang Penilaian


perkembangan murid-
muridnya dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor.
(2) Penilaian seseorang murid di bawah sub peraturan (1) hendaklah dijalankan
sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar.

Dibuat 30 Disember 1997


(KP (PUU) S l0075/07/l/Jld. II; N (PU 2) 5691

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK


Menteri Pendidikan

P.U. (A) 532


AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996. Akta 550
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN

1. Peraturan-peraturan ni bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan Nama dan mula


(Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998. berkuatkuasa
Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain:
“murid-murid dengan keperluan khas” ertinya murid-murid yang mempunyai Tafsiran
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran;

‘program pendidikan khas” ertinya


(a) suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran.
(b) santa program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan alan kecacatan
pendengaran dan mempunyai masalah pembelajaran; dan
(c) suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa
bersama-sama dengan murid-murid biasa.
BAHAGIAN II
PENDIDIKAN KHAS

(1) Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan Kelayakan untuk program
khas yang boleh di didik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan
khas kecuali bagi murid-murid yang berikut:
(a) murid yang carat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental
untuk belajar seperti murid biasa; dan
(b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat
cacat anggotanya dan yang terencat akal yang berat.
(2) Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh di didik jika dia
mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung pada bantuan urang
lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal
perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan
kebangsaan.
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai Kurikulum
kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
pendidikan khas.

Dibuat 30 Disember 1997


[KP (PUU) S 10075107/1/Jld.II; PN.(PU 2) 569.]

DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,


Menteri Pendidikan

AKTA PENDIDIKAN 1996


PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIIKULUM KEBANGSAAN) 1997

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan Akta 550
1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan Nama dan mula


(Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mala berkuat kuasa pada I Januari berkuatkuasa
1998.

2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna


yang lain

“bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan Tafsiran
pembelajaran oleh murid.

“guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan


Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik
oleh Lembaga Pengetua suatu sekolah
swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekotah;

“jadual waktu” ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar
kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang
mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar
dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;

“jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh
Menteri;

“kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada


proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah;

“mata pelajaran” ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;

“mata pelajaran elektif” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang
dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikat
minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;

“mata pelajaran tambahan” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3
dan 8 yang diajar menurut Akta di sekotah kerajaan dan bantuan kerajaan;

“mata pelajaran teras” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5
yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan
sekotah swasta;
“mata pelajaran wajib” ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2,
6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid
di sekotah kerajaan dan bantuan
kerajaan;

“sukatan pelajaran yang diluluskan” ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan
oleh Menteri.

3. (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasak Kurikulum Kebangsaan
kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dan segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

(2) Kurikulum bagi sekotah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi
mata pelajaran yang berikut:
(a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5.
(b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7.
(c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam jadual 3 dan 8.
(d) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam jadual 9;
(e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam
jadual 4; dan
(f) mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
atau Tingkatan Enam
yang dinyatakan dalam Jadual 10.

(3) Kegiatan kokurikulum di sekotah kerajaan dan bantuan kerajaan akan


mengandungi yang berikut:
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(c) penyertaan dalam badan beruniform; dan
(d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri

(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di
bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di sub
peraturan (2) adalah dinyatakan dalam jadual 11 hingga 15.

4. Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Bahan kurikulum dan
kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. kokurikulum

5. Tertakluk kepada sub peraturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau Perubahan jadual waktu
meminda suatu jadual mengenai semua mala pelajaran yang diajar di suatu Sukatan pelajaran
sekolah, sukatan pelajaran, alan jadual waktu dan jadual sukatan pelajaran, alan
jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu.

6. (1) Seseorang guru besar alau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta- Jadual, Dan jadual sukatan
merta mengadakan untuk pelajaran dan jadual waktu
pemeriksaan oleh Ketua Nazir mengenai semua mata pelajaran yang diajar diadakan untuk pemeriksaan
di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.
(2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah; kecuali sekolah gaya
pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan serta-merta
mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk
penggal persekolahan semasa.
(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, melalui
suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual
mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran,
dan/atau jadual waktu, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis
itu.

7. Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan Guru perlu mengadakan
untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang salinan sukatan pelajaran
diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di yang diluluskan dan senarai
bawah tanggungjawabnya. murid untuk pemeriksaan.

8. Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pasat
pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod
dalam mana hendaklah di rekod olehnya tidak lewat daripada hari akhir
persekolahan seliap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau
bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada
minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mala pelajaran, dan baku rekod
hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua
Pendaftar.
9. Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam Jadual, sukatan pelajaran dsb
baku rekod guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di bawah dalam bahasa selain bahasa
peraturan 6. 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh kebangsaan diterjemahkan
Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa dalam bahasa kebangsaan.
kebangsaan. seseorang guru besar atau pengetua hendaklah mengemukakan
atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu,
atau masukan dalam buku rekod guru. atau salinannya dalam bahasa kebangsaan
dalam tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.

10. Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan Jadual waktu perlu
sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang dipamerkan.
ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu.

11. (1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang Penalti
diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru
yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang
guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang
diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya.
(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7.
8, 9 alan 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ratus ringgit .

12. Peraturan-peraturan (Kursus-kursus Pengujian) Sekolah 1956 Kaedah Sekolah Pemansuhan dan Kaedah
Rendah (Kursus-kursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan. P.U.451/56
P.U.105/62

JADUAL I
MATA PELAJARAN TERAS PERINGKAT RENDAH
a) Bahasa Kebangsaan;
b) Bahasa Inggeris;
c) Bahasa Cina. bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Cina);
d) Bahasa Tamil. bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Tamil);
e) Matematik;
f) Sains;
g) Kajian Tempatan;
h) Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan
i) Pendidikan Moral. bagi murid yang tidak menganut agama Islam.

JADUAL 2
MATA PELAJARAN WAJIB PERINGKAT RENDAH
a) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
b) Kemahiran Hidup;
c) Pendidikan Seni; dan
d) Pendidikan Muzik

JADUAL 3
MATA PELAJARAN TAMBAHAN PERINGKAT RENDAH
a) Bahasa Cina;
b) Bahasa Tamil;
c) Bahasa Arab (Komunikasi)
P.U.(A)531

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM SEMINGGU BAGI SEKOLAH RENDAH (MINIT)

Mata Pelajaran SEKOLAH KEBANGSAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL)

TAHUN TAHUN

1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6

Bahasa Kebangsaan 450 450 450 300 300 300 270 270 210 150 150 150

Bahasa Cina/Tamil 450 450 450 300 300 300

Bahasa Inggeris 240 240 240 210 210 210 120 120 120 120 90 90

Matematik 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210

Sains 90 90 90 150 150 150 90 90 90 150 150 150

Pendidikan 180 180 180 180 180 180 150 150 150 150 150 150
Islam/Moral

Pendidikan Muzik 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60

Pendidikan Jasmani 90 90 90 60 60 60 90 90 90 60 60 60
Kesihatan

Pendidikan Seni 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60

Kemahiran Hidup 60 60 60 60 60 60

Kajian Tempatan 120 120 120 120 120 120

Perhimpunan 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30

Pilihan Guru Besar* 30 30 30 30 30 30

Jumlah 1350 1350 1350 1440 1440 1440 1350 1350 1350 1440 1440 1440

*Nota: Peruntukan masa adalah tertakluk kepada budi bicara guru besar
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03 -2586900
50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ni dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256: “Buku
Rekod Mengajar Guru” bertarikh 1 Julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-
maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod
Mengajar Guru diadakan.

3. Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ni, berkuat kuasa pada tarikh a dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran
Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut
prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas si pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran
Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di negeri Y.Bhg.
Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
PENYEDIAAN RANCANGAN TAHUNAN

1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan
pada awal sesi persekolahan
2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa
3. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu
tajuk. Rancangan tahunan ni juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun
4. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang)
5. Sekiranya rancangan tahunan ni ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan
6. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika
disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau
pengetua atau wakilnya.
7. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Tajuk/bidang pembelajaran
Objektif/kemahiran
Hasil pembelajaran yang dihasratkan
Bilangan minggu
Dan catatan

Format Rancangan Tahunan


Mata Pelajaran:

Mata Pelajaran:

Minggu Tajuk/bidang pembelajaran Objektif/kemahiran Hasil pembelajaran yang dihasratkan Catatan

PENYEDIAAN RANCANGAN HARIAN

1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan.


2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan. Rancangan tahunan yang dipilih untuk
diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai ‘hasil pembelajaran yang dihasratkan’ bagi minggu tersebut.
3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan
melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan.
4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat.
5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti yang berikut:
Tarikh
Hari
Mata pelajaran
Tahun/tingkatan
Masa
Tajuk/bidang pembelajaran
Aktiviti pembelajaran

Format Rancangan Harian


(Satu muka surat boleh dibahagi dua, jika ruang tidak mencukupi)

Tarikh: Tarikh:
Hari: Hari:
Mata pelajaran: Mata pelajaran:
Tahun/Tingkatan: Tahun/Tingkatan:
Masa: Masa:
Tajuk/bidang pembelajaran: Tajuk/bidang pembelajaran:
Aktiviti pembelajaran: Aktiviti pembelajaran:
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03 -2586900
50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1986


Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia
mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata
pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata
pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat
penyeliaan ni telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ni perlu
ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ni dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang
perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah
dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuhkan atau
memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat
ditingkatkan
3.1 Latar belakang
Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran
yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan keberkesanan guru yang mengajar. Guru
tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian
akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ni, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang
sama, menggembleng tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar
sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi
fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan keberkesanan mereka. Dengan
demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha
mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ni, guru yang
menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam
bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
3.2 Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar
mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit
adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran.)
3.2.2 Badan ni hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua
Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah
3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah. Mereka ni mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut
dan menjadi penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung
dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia
kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian
atau untuk makluman
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih
memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau
permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran:
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran
3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata
pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam
rancangan akademik sekolah.
3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik
3.4 Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya
sebagai sebuah badan ikhtisas.
3.4.1 Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan
mengajar ni diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara
tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar
berdasarkan kesesuaian buku itu dab segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan
pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang disediakan bagi tiap-
tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan;
3.4.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah
(khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan
perjumpaan secara ‘ad-hoc’ bila dan jika perlu;
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk
memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah
yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu
tersebut;
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau
seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalin hubungan kerja
yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-
sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang
lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dan kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan
minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-
rekod yang berkenaan.

4. Harap Y.B. Dato'/Tuan memaklumkan kandungan surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.

Sekian .

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(HJ. JUMAAT BIN DATO’HJ. MOHD. NOOR)


Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03 -2586900
50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1987

Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah
berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar
ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses
dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan
penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-
pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan
tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-
pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting
2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1 Rasional
2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan
itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan pengajaran-pembelajaran.
2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah pelaksana utama kurikulum
di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting
yang perlu dititikberatkan
2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus,
pentadbir dan pemimpin profesionalisme di sekolahnya.
2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru-guru dalam melaksanakan
kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan
objektif sistem pendidikan negara
2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/Guru
besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga
boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan
tertentu.
2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan Interaksi yang positif
antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan murid.
2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke
arah yang lebih positif.
2.3 Bidang
2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua) bidang:
a. bidang organisasi
b. bidang pengajaran dan pembelajaran
Bidang Organisasi
Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :
Iklim kelas
Organisasi kelas
Kawalan murid
Komunikasi
Motivasi
Sikap murid
Kebersihan dan perhiasan
Penyeliaan gera kerja
Penilaian prestasi
Profil murid
Panitia pelajaran
Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Bidang Pengajaran dan Pembelajaran
Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:
Rancangan pengajaran
Objektif
Isi kandungan
Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya
Penyampaian isi pelajaran
Teknik bersoal jawab
Interaksi guru murid
Penggunaan masa

2.4 Prinsip Perlaksanaan


2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke atas
semua guru
2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatat dengan ringkas dan tepat
2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata
pelajaran, tingkatan/tahun dan guru
2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Walau
bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua/Guru Besar
2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematis dan berlandaskan
hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha
mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat
maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai
asas perbincangan dengan guru-guru.

3. Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-
pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Ia tidak sekali-kali menafikan
pentingnya tugas-tugas dan tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan seorang Pengetua/Guru Besar dalam lain-lain
aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu Pengetua/Guru Besar perlu diingatkan mengenai peri pentingnya
melaksanakan tugas-tugas secara yang seimbang agar pelaksanaan suatu tugas tidak akan menyebabkan tugas-tugas lain
tidak diberi perhatian sewajarnya.

4. Harap maklum kandungan Surat Pekeliling Bil.3/1987 ini kepada semua sekolah di negeri Y.B. Dato'/Tuan/Puan.

Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATUK WIRA ABDUL RAHMAN HAJI ARSHAD)


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Director General of Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-884 6077
Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548
62604 PUTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my

KP/KPPM/6 Jld.2 (22)


Tarikh: 2 November 2016
Semua Ketua Bahagian
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYS1A BILANGAN 8 TAHUN 2016

PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI
TAHUN 2017

TUJUAN

1. Surat pekeliling ikhtisas ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
(Semakan 2017) secara berperingkat-peringkat di semua sekolah rendah termasuk sekolah pendidikan khas bermula
dengan murid Tahun 1 pada tahun 2017.

2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun
2011 disemak semula dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.
PPPM 2013-2025 turut mencadangkan KSSR (Semakan 2017) menggunakan peruntukan waktu jam setahun untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

TAFSIRAN

3. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh
semua sekolah rendah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

PELAKSANAAN

4. Pihak sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) termasuk Pendidikan
Khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Waktu PdP bagi semua mata pelajaran arus perdana adalah mengikut jam setahun. Sehubungan dengan itu, jadual
waktu sedia ada boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun bagi Pendidikan Khas, waktu PdP adalah tertakluk kepada
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

6. Mata pelajaran dan peruntukan masa untuk pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) termasuk Pendidikan Khas perlu
merujuk lampiran berikut:

6.1 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan
3) - Lampiran 1;

6.2 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Pendengaran Tahap 1 (Tahun Pengukuhan,1, 2 dan 3) - Lampiran 2;
6.3 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Penglihatan Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) — Lampiran 3;

6.4 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Masalah Pembelajaran Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) - Lampiran 4;

6.5 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahap II (Tahun 4, 5 dan
6) - Lampiran 5;

6.6 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Pendengaran Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) - Lampiran 6;

6.7 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Penglihatan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) - Lampiran 7; dan 6.8 Mata Pelajaran dan Peruntukan
Masa Minimum Jam Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah Pembelajaran Tahap II (Tahun 4, 5
dan 6) - Lampiran 8.

Bagi pelaksanaan Tahun 2 hingga Tahun 6 di bawah KSSR, jadual transisi peralihan daripada KSSR kepada KSSR
(Semakan 2017) adalah seperti di Lampiran 9. Panduan perubahan masa daripada minit kepada jam untuk
semua mata pelajaran bagi Tahun 2 hingga Tahun 6 adalah seperti di Lampiran 10.

7. Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Kesenian, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta mata pelajaran
tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK) perlu merujuk lampiran berikut:

7.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian - Lampiran 11;

7.2 Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan - Lampiran 12; dan

7.3 Pelaksanaan Mata Pelajaran Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK) - Lampiran 13.

8. Pelaksanaan mata pelajaran di bawah KSSR (Semakan 2017) diperkukuh melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
EMK merupakan unsur nilai tambah yang boleh diterapkan dalam PdP. Guru boleh memuat turun panduan pelaksanaan
EMK melalui laman sesawang http://bpk.moe.gov.my.

TARIKH KUAT KUASA

9. Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai hari pertama sesi persekolahan tahun 2017.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

10. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini
kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah,
pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan.

Sekian. Terima kasih.

(TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF)


Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru
merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Lampiran 1

MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM JAM SETAHUN


KSSR (SEMAKAN 2017) TAHAP I
(Tahun 1, 2 dan 3)

MASA MINIMUM (JAM) SETAHUN


BIL. MATA PELAJARAN TERAS
SK SJK

1 Bahasa Melayu 192 160

2 Bahasa Inggeris 160 80

3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil - 192

4 Matematik 96 96

Pendidikan Islam 96 + (*32 [Tasmik]) 64 + (*32 (Tasmik])


5
Pendidikan Moral 96 64

6 Sains 48 48

7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 48 48

8 Pendidikan Kesenian 48 48

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan


9 Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan / Bahasa Iban / 48
Bahasa Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16 16

Jumlah Jam Setahun **752 **752

i. Mata pelajaran Sains menggantikan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.
ii. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
iii. Mata pelajaran Dunia Seni Visual dan mata pelajaran Dunia Muzik digabungkan menjadi mata pelajaran
Pendidikan Kesenian.
iv. * Jumlah jam setahun untuk pelaksanaan Tasmik dalam Program j-QAF.
v. ** Jumlah tidak termasuk Tasmik.
Lampiran 4

MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM JAM SETAHUN


KSSR PENDIDIKAN KHAS (SEMAKAN 2017)
MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP I
(Tahun 1, 2 dan 3)

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)

1 Asas 3M 192

2 Pengurusan Kehidupan 240

Pendidikan Islam
3 96
Pendidikan Moral

4 Pendidikan Jasmani 64

5 Pendidikan Seni Kreatif 128

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 736


Lampiran 5

MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM JAM SETAHUN


KSSR (SEMAKAN 2017) TAHAP II
(Tahun 4, 5 dan 6)

MASA MINIMUM (JAM) SETAHUN


BIL. MATA PELAJARAN TERAS
SK SJK

1 Bahasa Melayu 160 128

2 Bahasa Inggeris 160 96

3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil - 160

4 Matematik 96 96

5 Sains 64 64

Pendidikan Islam 96 + (*32 [Tasmik]) 80 + (*32 (Tasmik])


6
Pendidikan Moral 96 80

7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 48 48

8 Sejarah 32 32

9 Pendidikan Kesenian 48 48

10 Reka Bentuk dan Teknologi 32 32

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan


11 Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan / Bahasa Iban / 48 -
Bahasa Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16 16

Jumlah Jam Setahun **800 **800

Nota:
i. Pelaksanaan Tahap II KSSR (Semakan 2017) bermula tahun 2020.
ii. Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah distruktur semula dalam EMK seperti
berikut:
a. Modul Kemahiran Asas
b. Modul Aplikasi
iii. * Jumlah jam setahun untuk pelaksanaan Tasmik dalam Program j-OAF.
iv. ** Jumlah tidak termasuk Tasmik
Lampiran 8
MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM JAM SETAHUN
KSSR PENDIDIKAN KHAS (SEMAKAN 2017)
MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP II
(Tahun 4, 5 dan 6)

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)

1 Bahasa Melayu 96

2 Bahasa Inggeris 64

3 Matematik 80

4 Pengurusan Kehidupan 96

Pendidikan Islam
5 96
Pendidikan Moral

6 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 48

7 Pendidikan Muzik 32

8 Pendidikan Seni Visual 48

9 Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar 80

10 Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 32

11 Kemahiran Hidup Asas 96

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 768


Lampiran 9
JADUAL TRANSISI PERALIHAN DARIPADA KSSR KEPADA KSSR (SEMAKAN 2017)

Kohort Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

KSSR
2017 KSSR KSSR KSSR KSSR KSSR
(Semakan 2017)

KSSR KSSR
2018 KSSR KSSR KSSR KSSR
(Semakan 2017) (Semakan 2017)

KSSR KSSR KSSR


2019 KSSR KSSR KSSR
(Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017)

KSSR KSSR KSSR KSSR


2020 KSSR KSSR
(Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017)

KSSR KSSR KSSR KSSR KSSR


2021 KSSR
(Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017)

KSSR KSSR KSSR KSSR KSSR KSSR


2022
(Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017) (Semakan 2017)
Lampiran 10

PANDUAN PERUBAHAN MASA DARIPADA MINIT KEPADA JAM UNTUK SEMUA


MATA PELAJARAN KSSR BAGI TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6

10.1 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Bagi Tahun 2 dan 3

BIL MODUL SK SJK

MASA DALAM MASA MASA DALAM MASA


SEMINGGU MINIMUM SEMINGGU MINIMUM
(MINIT) SETAHUN (JAM) (MINIT) SETAHUN (JAM)

MODUL TERAS ASAS

1 Bahasa Malaysia 360 192 360 160

2 Bahasa Inggeris 300 160 150 80

Bahasa Cina - -
3 360 192
Bahasa Tamil - -

Pendidikan Islam
4 180 96 120 64
Pendidikan Moral

5 Pendidikan Jasmani 60 32 60 32

6 Pendidikan Kesihatan 30 16 30 16

7 Matematik 180 96 180 96

MODUL TERAS TEMA

Dunia Seni Visual 60 32 60 32

8 Dunia Muzik 30 16 30 16

Dunia Sains dan Teknologi 60 32 60 32

MODUL ELEKTIF

Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah


Kebangsaan / Bahasa Tamil Sekolah
9 90 48 - -
Kebangsaan / Bahasa lban / Bahasa
Kadazandusun

Perhimpunan 30 16 30 16

Jumlah 1380 736 1380 736

Nota: Mata pelajaran dan peruntukan masa dalam minit adalah merujuk Surat Pekeliling Ikhilisas 811.11
Tahun 2010: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2010.
10.2 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Bagi Tahun 4, 5 dan 6

SK SJK

BIL MODUL MASA DALAM MASA MASA DALAM MASA


SEMINGGU MINIMUM SEMINGGU MINIMUM
(MINIT) SETAHUN (JAM) (MINIT) SETAHUN (JAM)

MODUL TERAS ASAS

1 Bahasa Malaysia 360 160 240 128

2 Bahasa Inggeris 300 160 180 96

Bahasa Cina - -
3 360 160
Bahasa Tamil - -

4 Matematik 180 96 150 96

5 Sains 120 64 120 64

6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 180 96 150 80

7 Pendidikan Jasmani 60 32 60 32

8 Pendidikan Kesihatan 30 16 30 16

9 Pendidikan Seni Visual 60 32 60 32

10 Pendidikan Muzik 30 16 30 16

Reka Bentuk & Teknologi / Teknologi


11 60 32 60 32
Maklumat & Komunikasi

12 Sejarah 60 32 60 32

MATA PELAJARAN ELEKTIF

Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah


Kebangsaan / Bahasa Tamil Sekolah
13 90 48 - -
Kebangsaan / Bahasa lban / Bahasa
Kadazandusun

Perhimpunan 30 16 30 16

Jumlah 1500 800 1500 800

Nota: Mata pelajaran dan peruntukan masa dalam minit adalah merujuk Surat Pekeliling Ikhitisas Bil.2 Tahun 2013
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014.
10.3 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Bagi Tahun 2 dan 3

BIL MODUL KOMPONEN MASA DALAM MASA MINIMUM


SEMINGGU (MINIT) SETAHUN (JAM)

Pengurusan Diri

1 Pengurusan Kehidupan Pengurusan Tingkah Laku 450 240

Kemahiran Manipulatif

Bahasa Malaysia

2 Asas 3M Bahasa Inggeris 360 192

Matematik

Pendidikan Seni Visual


3 Pendidikan Seni Kreatif 240 128
Pendidikan Muzik

Pendidikan Islam / Pendidikan


4 180 96
Moral

5 Pendidikan Jasmani 120 64

Perhimpunan 30 16

Jumlah 1380 736

Nota: Mata pelajaran dan peruntukan masa dalam minit adalah merujuk Surat Pekeliling Ikhitisas Bil.5 Tahun 2011:
Pelaksanaan Kunkulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) — Pendidikan Khas Tahap Satu Mulai 2011.
10.4 Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Bagi Tahun 4, 5 dan 6

BIL MATA PELAJARAN KOMPONEN MASA DALAM MASA MINIMUM


SEMINGGU (MINIT) SETAHUN (JAM)

1 Bahasa Malaysia 180 96

2 Bahasa Inggeris 120 64

3 Matematik 150 80

Pengurusan Kehidupan Pengurusan Diri

4 Pengurusan Tingkah Laku 180 96

Kemahiran Manipulatif

5 Pendidikan Seni Visual 60 32

6 Pendidikan Muzlk 60 32

Pendidikan Islam / Pendidikan


7 180 96
Moral

Pendidikan Jasmani dan


8 90 48
Kesihatan

Pendidikan Sains Sosial dan Alam


9 150 80
Sekitar

Teknologi Maklumat dan


10 60 32
Komunikasi

Masakan

Jahitan
11 Kemahiran Hidup Asas 180 96
Perkebunan

Penternakan Haiwan

Perhimpunan 30 16

Jumlah 1440 768

Nota: Mata pelajaran dan peruntukan masa dalam minit adalah merujuk Surat Pekeliling Ikhitisas Bil.2 Tahun 2013
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014.
Lampiran 11

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KESENIAN

LATAR BELAKANG
Pendidikan Kesenian dalam KSSR (Semakan 2017) yang dilaksanakan bermula di Tahun 1 mulai tahun 2017 adalah
gabungan dua mata pelajaran, iaitu Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Kesenian terdiri daripada
komponen seni visual dan komponen muzik.
PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KESENIAN

Peruntukan masa
i. Peruntukan waktu minimum untuk Pendidikan Kesenian ialah 48 jam setahun.
ii. Agihan waktu adalah seperti yang berikut:
a. 1 jam bagi komponen seni visual
b. 30 minit bagi komponen muzik
iii. Pelaksanaan hendaklah secara berturutan pada hari yang sama dalam penyusunan jadual waktu mingguan.
iv. Pihak sekolah boleh menyusun sama ada komponen seni visual dituruti oleh komponen muzik atau
komponen muzik dituruti oleh komponen seni visual.

Guru
i. Mata pelajaran ini perlu diajar oleh seorang guru yang terlatih dalam kedua-dua komponen iaitu seni visual
dan muzik. Walau bagaimanapun mata pelajaran ini boleh diajar oleh dua orang guru yang berbeza bagi
setiap komponen berdasarkan peruntukan waktu yang ditetapkan sekiranya mempunyai guru hak yang
mencukupi.
ii. Sekiranya PdP seni visual dan muzik dilaksanakan oleh dua orang guru yang berbeza maka guru seni visual
dan guru muzik perlu berkolaboratif dalam merancang dan melaksanakan satu Projek Kesenian. Jadual 1
menerangkan contoh PdP Pendidikan Kesenian.

Jadual 1: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kesenian.

TEMA. SENI MENCERITAKAN SESUATU (contoh)


KOMPONEN
Minggu
SENI VISUAL (1 jam) MUZIK (30 minit)
1
2
3
4
5
6 Pengajaran dan Pembelajaran Seni Visual Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
7
8
9
10
11
12
Perancangan Pameran Seni Perancangan Persembahan Seni
13
14
Persediaan Pameran Seni Persediaan Persembahan Seni
15
16 Projek Kesenian: Pameran dan Persembahan Seni
Projek Kesenian
i. Projek Kesenian merupakan aktiviti yang menggabungkan komponen seni visual dan muzik dalam
menghasilkan pameran dan persembahan seni.
ii. Projek ini berlandaskan pengetahuan serta kemahiran seni visual dan muzik yang telah dipelajari oleh
murid.
iii. Pameran dan persembahan seni yang dirancang dan dilaksana adalah berdasarkan sesuatu tema.
iv. Projek Kesenian adalah aktiviti berskala kecil yang dijayakan dalam bilik darjah, dilaksanakan dua kali
setahun iaitu pada penghujung penggal pertama dan penghujung penggal kedua.
v. Antara aktiviti yang boleh diambil sebagai Projek Kesenian ialah pameran, sketsa muzikal, persembahan
boneka dan nyanyian.

Peruntukan Geran Per Kapita


Pendidikan Kesenian merupakan mata pelajaran yang mempunyai dua disiplin ilmu. Oleh yang demikian, mata
pelajaran ini masih menggunakan peruntukan Geran Per Kapita Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
Lampiran 12

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

LATAR BELAKANG
Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK), berkuatkuasa bermula di Tahun 1 pada
tahun 2017. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi satu
mata pelajaran. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan terdiri daripada komponen Pendidikan
Jasmani dan komponen Pendidikan Kesihatan.

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Peruntukan masa
i. Peruntukan masa minimum bagi PJPK adalah 48 jam setahun.
ii. Agihan waktu adalah seperti yang berikut:
a. Pendidikan Jasmani (PJ): 32 jam setahun.
b. Pendidikan Kesihatan (PK): 16 jam setahun.
iii. Penyusunan Jadual Waktu bagi PJPK adalah seperti yang berikut:
a. Mata pelajaran PJ dijalankan selama 30 minit bagi satu sesi PdP dan dilaksanakan berselang hari dalam
seminggu. Tujuannya adalah supaya murid kerap bergerak aktif melakukan aktiviti fizikal bagi menepati
amalan gaya hidup sihat berdasarkan prinsip kecergasan fizikal. Mata pelajaran PK dijalankan 30 minit
bagi satu sesi.
b. Bagi sekolah sesi pagi dan tidak mempunyai gimnasium atau dewan berbumbung, PdP PJ hendaklah
diajar sebelum waktu rehat. Bagi sekolah sesi petang, mata pelajaran ini hendaklah diajar selepas jam 4
petang. Tujuannya untuk mengelakkan murid terdedah kepada cahaya matahari terik yang boleh
menyebabkan kemalangan berpunca dari haba dan suhu persekitaran yang tinggi.
iv. Guru
a. PJPK bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru yang sama.
b. PJPK bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru opsyen dalam mata pelajaran ini atau yang telah
mendapat latihan khas. c. Guru PJPK yang opsyen atau khas hendaklah diberi sekurang-kurangnya 14
waktu PJPK seminggu.
v. Pakaian Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
a. Pakaian Guru Memakai kemeja-T berkolar, seluar sukan panjang (Track-Bottom), kasut sukan dan
berstoking.
b. Pakaian Murid Memakai kemeja-T berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan panjang (Track-Bottom),
kasut sukan dan berstoking.
c. Kelonggaran diberi kepada guru dan murid yang melaksanakan mata pelajaran PJPK memakai pakaian
di para i dan ii sepanjang hari berkenaan termasuk semasa waktu perhimpunan.
vi. Langkah keselamatan
Langkah keselamatan murid semasa PdP PJPK di bawah tanggungjawab guru PJPK adalah seperti berikut:
- Menjaga keselamatan murid semasa PdP PJPK di dalam dan di luar bilik darjah.
- Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan peralatan sukan walaupun boleh dibantu
oleh murid.
- Kawasan PdP PJPK hendaklah dalam keadaan yang baik dan terurus.
Bagi tujuan PdP PJPK juga, pihak sekolah hendaklah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2016
bertarikh 24 Ogos 2016.
vii. Peruntukan Geran Per Kapita
PJPK merupakan mata pelajaran yang mempunyai dua disiplin ilmu. Oleh yang demikian, mata pelajaran ini
adalah menggunakan peruntukan PJ dan peruntukan PK bagi memenuhi keperluan kedua-dua disiplin
tersebut.
Lampiran 13
PELAKSANAAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)
LATAR BELAKANG
Mata pelajaran tambahan merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid untuk membolehkan murid
berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Mata pelajaran tambahan terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa
Cina Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Tamil SK, Bahasa lban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN DI SK


Peruntukan masa
Peruntukan waktu minimum bagi mata pelajaran tambahan adalah 48 jam setahun yang dimasukkan dalam jadual waktu
persekolahan.
Penawaran Mata Pelajaran Tambahan
i. Sekolah boleh menawarkan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran tambahan mengikut kesediaan
sekolah dengan memenuhi ketiga-tiga keperluan berikut:
a. penyediaan guru:
b. permintaan daripada murid/ibu bapa (minimum 15 orang); dan
c. prasarana sekolah.
ii. Sekolah yang melaksanakan program j-QAF boleh menawarkan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran
tambahan sama ada Bahasa Arab, Bahasa Cina SK, Bahasa Tamil SK, Bahasa lban, Bahasa Kadazandusun atau
Bahasa Semai.
iii. Sekiranya sekolah tidak dapat menawarkan mata pelajaran tambahan disebabkan tidak memenuhi 3
keperluan seperti yang dinyatakan dalam para a, guru besar hendaklah menggunakan minimum 48 jam
setahun yang diperuntukkan sebagai tambahan masa kepada mata pelajaran lain mengikut keperluan
sekolah. Guru besar boleh membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran
daripada senarai berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains
iv. Guru Besar hendaklah memaklumkan pemilihan pelaksanaan mata pelajaran tambahan yang ditawarkan di
sekolah kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengarah Pendidikan Negeri.
TUGAS-TUGAS KHAS PENOLONG KANAN

Semua guru perlu rujuk kepada Penolong Kanan dalam perkara-perkara berikut (seperti dalam catatan di bawah) jika ada
masalah timbul atau pun ingin mendapat penjelasan/keputusan.

KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM PENTADBIRAN KEWANGAN


1. Hal-hal yang bersangkutan 1. Menyelaras Hari-hari Perayaan 1. Menyemak semua pembayaran/
dengan penggunaan buku Sekolah. kutipan yuran tahunan dan semua
rampaian/latihan atau pun buku bentuk derma atau sumbangan.
kerja.

2. Menguruskan semua Jadual 2. Menyelia disiplin kakitangan 2. Mengawasi perjalanan Tabung


Sekolah sekolah. kebajikan Guru/Pekerja.
o Jadual waktu mengajar
o Jadual waktu peperiksaan
o Jadual waktu guru ganti
kerana guru bercuti/berkursus
o Jadual waktu P.O.L.

3. Mempengerusikan mesyuarat- 3. Menyediakan senarai tugas 3. Mengawas penyediaan dan


mesyuarat Jawatankuasa ko- pekerja buruh sekolah dan kegunaan semua Buku Stok
kurikulum serta mengawasi mengawasi pekerja mereka. sekolah supaya ianya disimpan
kelancarannya bersama dengan dengan bersistematik.
Penyelarasan ko-kurikulum.

4. Menyelaras semua bentuk 4. Menyemak dan menyelaras 4. Menyemak semua tuntutan guru
peperiksaan (luar & dalam) kegunaan Buku Kedatangan atas perjalanan/perbelanjaan
peringkat sekolah. Murid. runcit untuk dibuat pembayaran.

5. 5. Pengajaran P.O.L. bagi Bahasa. 5. Mengurus tindakan memperbaiki


harta benda sekolah dan
menyelia supaya ianya tidak
disalahgunakan.

6. Mengambil tindakan atas laporan


harian guru-guru bertugas.

7. Mengurus hal pertukaran murid


serta rekod keluar/masuk murid.

8. Mengawasi fail peribadi murid


dikemaskinikan sepanjang masa
dan dikeluarkan semasa murid
bertukar keluar.

9. Menyimpan rekod lengkap atas


cuti guru-guru kerana menghadiri
kursus.

10. Mengawasi kebersihan dan


keindahan kawasan sekolah,
bilik-bilik darjah dan bangunan-
bangunan sekolah.
mmLAPORAN SERTA TINDAKAN GURU BERTUGAS HARIAN

Sila catatkan ke dalam “Buku Catatan Guru Bertugas” perkara-perkara yang terlibat meliputi 4 bahagian di bawah. Sila
catatkan tindakan yang telah diambil, atas perkara yang dilaporkan. Sekiranya dan perkara tersebut timbul sebarang
masalah harap perkara tersebut segera dibincangkan dengan Penolong Kanan atau pun Guru Penyelia kiranya perkara
tersebut segera hendak diselesaikan oleh guru bertugas.

PERJALANAN SEKOLAH DISIPLIN KEBERSIHAN LAWATAN


1 Kehadiran guru. 1. Kehadiran murid. 1. Bangunan sekolah. 1. Pelawat-pelawat
Menyediakan jadual waktu Lewat Hadir. Bilik-bilik darjah. rasmi sekolah.
ganti bagi guru yang tidak Meninggalkan kawasan Tanda-tanda Kantin
hadir. sekolah. (dalam/luar)
Bilik guru.
Bilik-bilik lain.

2. Perhimpunan. 2. Pakaian murid. 2. Kawasan sekolah. 2. Lawatan yang


Mengawasi dan Bersih, rapi lagi sesuai Tempat-tempat dianjurkan oleh
Menjalankan sebarang acara dengan keadaan. perhimpunan sekolah.
perhimpunan hari tersebut. khasnya dewan
sekolah.
Bawah-bawah pokok.
Kawasan padang dan
taman.
Kesesuaian tempat.

3. Loceng sekolah. 3. Keselamatan. 3. Lain-lain yang 3. Lawatan dari


Mengawasi waktu loceng. Pergaduhan sesama difikirkan sesuai dan pegawai-pegawai
murid. perlu. Pelajaran mahu pun
Pencerobohan oleh dari Jabatan lain
orang luar. secara rasmi.

5. Bendera. 4. Kantin sekolah. 4. Lain-lain yang


Bendera-bendera dinaikkan Pengawasan oleh difikirkan sesuai dan
dan diturunkan mengikut pengawasan- perlu.
keadaan dan masa. pengawasan sekolah.
Ketenteraman semasa
membeli makanan.

5. Aktiviti-aktiviti
o Mesyuarat-mesyuarat
o Latihan/perlawanan
sukan dan permainan di
dalam atau pun di luar.

MUSTAHAK
1. KEHADIRAN GURU YANG BERTUGAS HARIAN HENDAKLAH LEBIH AWAL DARIPADA GURU-GURU LAIN DAN
PULANG APABILASEMUA TUGASNYA TELAH SELESAI DIAMBIL TINDAKAN.
2. LOCENG HENDAKLAH DIBUNYIKAN PADA MASA-MASA TERTENTU (IKUT JADUAL).
3. JAM YANG DIGUNAKAN UNTUK MENENTUKAN MASA SEKOLAH IALAH JAM DI DALAM PEJABAT SEKOLAH
SAHAJA. OLEH ITU SEMUA JAM DI TEMPAT-TEMPAT LAIN DALAM SEKOLAH HENDAKLAH DISAMAKAN.
4. MENULIS LAPORAN HARIAN DALAM “BUKU LAPORAN HARIAN” ATAU “BUKU CATATAN GURU BERTUGAS”.
PEGAWAI-PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN YANG MENJALANKAN TUGAS-
TUGAS DI SEKOLAH

Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan.

49. Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang di bawah Perintah Am 7 Tiada cuti rehat (56)
hingga Perintah Am 12.

50. (a) Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal (cuti penggal
sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk sekolah boleh
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian dipanggil bertugas
penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal (56)
sekolah satu-satu tahun itu.
(b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira
sebagai perkhidmatan yang di bawah taksiran Perintah Am.

51. (a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gail kepada guru-guru bagi Cuti separuh gaji
perkhidmatan yang melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak (57)
melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab berikut sahaja.

i. Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan
(Bab) F.
ii. Sebab-sebab kesihatan anak saudara yang rapat kepada guru itu; dan
iii. Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang diluluskan oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Pelajaran.
(b) Cuti separuh gaji di bawah (a) (iii) tidak boleh diberi melebihi had satu-satu penggal
sekolah itu tetapi cuti penggal sekolah yang jatuh sejurus sebelum atau selepas cuti
separuh gaji sedemikian boleh digunakan untuk menyambung cuti separuh gail itu
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
(c) Cuti separuh gaji yang diberi di bawah (a) (i) dan (ii) yang meliputi kedua-
kedua tempoh penggal sekolah dan cuti penggal sekolah hendaklah dikira sebagai
cuti separuh gaji yang bersambungan.
(d) Walau apa pun perbekalan di (a), Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti separuh gaji
di bawah (a) (ii) tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun.

52. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut perbekalan dalam perintah Am Cuti tanpa gaji.
14 dengan syarat bahawa sebarang cuti tanpa gail yang jatuh pada cuti penggal sekolah
akan terus dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

KATA-KATA UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA

1. Jika kita semua menjalankan tugas kita dengan sempurna, tidak akan ada orang lain yang tidak menjalankan
tugas. Sebaliknya, jika kita menanti-nanti orang lain, maka tiada sesiapa pun yang mengorak langkah
memulakannya.
2. Tugas seorang pendidik ialah pekerjaan mental yang tidak dimulai waktu tiba di pejabat I Sekolah dan tidak
berhenti waktu ia pulang.
3. Setiap orang mungkin melakukan kesalahan, tetapi hanya orang bodoh sahaja yang akan mengulanginya.
4. Membiarkan din dengan kesilapan-kesilapan kecil akan menjerumuskan kepada kesilapan yang lebih besar lagi.
5. Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi terletak pada kesanggupan tegak kembali
setiap kali jatuh.
6. Kita tidak dapat mengambil hati orang kecuali kita sanggup memberi hati kita.
7. Pengawas yang lemah disiplin, cuai menjalankan tugas mereka ialah yang lewat datang dan ingin balik cepat.

Tan Sri Ainuddin Wahid


Naib-Chanselor
Universiti Teknologi Malaysia.
BEBERAPA CATATAN DAN GARIS PANDUAN MENGENAI BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN diukur melalui catatan-catatan dan persediaan yang


Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mi dibuat menerusi buku ini.
adalah secara amnya menggambarkan perkembangan 2. Perbincangan-perbincangan, tindakan susulan dan
serta proses pengajaran dan pembelajaran di bilik nasihat akan dapat diberi oleh pihak-pihak
darjah. Ianya bukan sahaja sebagai suatu catatan berkenaan semasa lawatannya ke sekolah-sekolah
ringkas tetapi harus menepati apa yang hendak diajar manakala mereka merujuk rekod pekerjaan guru
serta persediaan yang dirancang sebegitu sesuai dengan menerusi buku ini.
tahap pembelajaran dan menepati pula Sukatan
Pelajaran yang dibekalkan mengikut tahun/darjah- GURU DARJAH
darjah berkenaan. Setiap guru darjah, guru mata pelajaran ataupun guru
Seseorang guru yang mempunyai kesedaran ganti, dikehendaki memiliki sebuah buku mi bagi
dan bertanggungjawab akan menggunakan buku mi kegunaan mereka semasa mengajar di bilik-bilik darjah.
bagi persediaan mereka bila berhadapan dengan murid- Tanpa buku ini sebagai panduan, mereka adalah ditegah
murid di dalam bilik darjah. Ia bukan sahaja dirancang sama sekali mengajar murid-murid kerana sebelum
dengan keadaan yang bersambung-sambung terus- memasuki bilik darjah, seseorang guru itu seharusnya
menerus seperti suatu proses yang berkembang dan tahu apa yang hendak diajar dan bagaimana proses
mempunyai rekod-rekod pencapaian dan prestasi bagi pengajaran itu harus berlaku. Tindakan-tindakan berikut
seseorang murid untuk setiap masa pembelajaran. Buku adalah sesuai dilakukan oleh seseorang guru terhadap
mi juga boleh dijadikan ukuran yang positif bagi melihat buku ini.
perkembangan proses belajar-mengajar dan dapat 1. Menyediakan ruangan-ruangan khas mengenai
menggambarkan perkembangan tersebut secara Sukatan Pelajaran bagi darjah dan mata pelajaran
menyeluruh. yang hendak diajar; termasuk Jadual Waktu harian.
2. Menyusun dan merancang pembahagian unit-unit,
TUJUAN tajuk atau perkara yang hendak diajar itu untuk
Buku mi juga mempunyai beberapa tujuan dan setahun yang kemudiannya boleh dipecah-
objektif yang tertentu sebagai rujukan oleh beberapa pecahkan pula kepada penggal, mingguan dan
golongan yang ingin membuat pengesanan dan harian.
pemerhatian terhadap perkembangan proses 3. Persediaan mi hendaklah dirancang dan disediakan
pengajaran dan pembelajaran seperti:- secara berterusan pada minggu-minggu dan hari-
GURU BESAR hari tertentu pada ruang-ruang yang telah
1. Buku mi penting untuk dijadikan ukuran tentang disediakan.
pekerjaan dan taraf serta mutu pekerjaan 4. Menyediakan rekod-rekod soalan atau latihan yang
seseorang guru di sekolahnya. diberikan serta mencatatkan pencapaian hasil
2. Untuk dijadikan bahan penilaian secara spontan daripada latihan atau ujian itu sama ada ujian
bilamana keadaan wujud untuk seseorang Guru bulanan, ataupun penggal dan akhir tahun
Besar hendak melihat rekod pengajaran dan persekolahan. Semua rekod ini hendaklah jelas dan
pencapaian murid-murid bagi darjah-darjah boleh menggambarkan hasil pekerjaan seseorang
berkenaan. guru itu.
3. Guru Besar juga boleh mengukur keupayaan 5. Kesemua ruangan atau bahagian-bahagian yang
seseorang guru di sekolahnya sama ada berjaya tertera di dalam buku ini hendaklah diisi dan
atau gagal di dalam pekerjaannya sehari-hari dan dipenuhkan oleh seseorang guru dengan cermat,
membuat nasihat atau teguran jika didapati perlu. sesuai dan berkesan.
4. Guru Besar juga akan membuat semakan dan Oleh hal yang demikian, seseorang guru yang
rujukan setiap masa bagi menentukan buku ini bertanggungjawab hendaklah sentiasa melengkapkan
digunakan denganbetul, tepat dan menepati pula dan menulis buku mi dengan penuh berhati-hati dan
tujuannya Ia dibekalkan kepada setiap orang guru. sentiasa ada bersama-samanya pada setiap masa
persekolahan. Jadi seseorang guru tidaklah boleh
NAZIR SEKOLAH/PENYELIA menganggapkan kerjanya untuk menyediakan buku mi
1. Kepada mereka ni, Rekod Pengajaran dan sebagai suatu yang ringan ataupun boleh
Pembelajaran ini juga mempunyai erti yang sangat diabaikan.
besar dan berguna bilamana mereka membuat
lawatan ke sekolah-sekolah sebagai bahan untuk AM
rujukan, semakan dan juga bahan penilaian yang Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mi hendaklah
penting bagi melihat keupayaan seseorang guru itu disimpan dengan baik dan selamat serta mudah pula
bertugas di bilik darjah. Kemajuan atau kegagalan apabila hendak disemak atau dihalusi oleh pihak Guru
seseorang guru itu pada peringkat awalnya dapat Besar ataupun lain-lain pihak yang berkenaan.
Walaupun ada perkara-perkara yang dimasukkan itu
mungkin ringkas, tidak mencukupi atau berbeza di hendaklah sentiasa bersedia pada setiap masa bagi
antara sebuah negeri dengan sebuah negeri atau di melengkapkan dan menyempurnakan isi kandungan
antara sebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang buku ini sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak
lain. Walau bagaimanapun wujudnya perbezaan- pentadbiran sekolah. Diharap Buku Rekod Pengajaran
perbezaan ini akan tetapi ianya masih tetap mempunyai dan Pembelajaran mi akan sentiasa digunakan oleh guru
tujuan yang sama. Pentadbiran Guru Besar di sesebuah dengan berkesan bagi menunjukkan mutu kerja mereka
sekolah mungkin berlainan mengenai cara bila dan masing-masing di samping mencatatkan perkembangan
bagaimana buku mi akan disemak dan semasa ke proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap masa.
semasa. Walau bagaimanapun, seseorang guru

Anda mungkin juga menyukai