Anda di halaman 1dari 5

PENDAFTARAN PELAJAR BARU

PANDUAN DAN SYARAT PENDAFTARAN


PROGRAM DIPLOMA e-PJJ
INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED),UiTM

1. PENDAHULUAN

Terlebih dahulu diucapkan TAHNIAH di atas kejayaan anda kerana dipilih untuk
mengikuti program di UiTM. UiTM ditubuhkan untuk mengembangkan dan
mengurus satu siri rancangan pelajaran yang ditujukan khas untuk memenuhi
keperluan negara ini bagi menjamin dan meninggikan lagi taraf sosio ekonomi
bumiputera. Adalah menjadi harapan supaya anda menyempurnakan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh yakin dan berdisiplin demi
masa depan keluarga, masyarakat Bumiputera dan negara.

2. APA YANG PERLU ANDA BUAT JIKA

i) MENERIMA TAWARAN:

Jika anda membuat keputusan untuk menerima tawaran, anda perlu melakukan
perkara berikut:

(a) Hadir mendaftar di tempat, masa dan tarikh seperti yang


ditetapkan di dalam surat tawaran.

(b) Bawa salinan dan dokumen asal yang diperlukan

(c) Mengisi borang-borang yang berkenaan untuk di bawa pada hari


pendaftaran.

(d) Menjelaskan yuran pengajian sebelum hari pendaftaran

PENDAFTARAN KEDUA

Jika anda tidak dapat hadir mendaftar pada tarikh yang ditetapkan, sila hadir ke
pendaftaran kedua yang akan diadakan pada 26 November 2014 (Rabu). (Hanya
untuk calon UiTM Shah Alam sahaja).

Page | 1
Sila rujuk Ketua Pusat Pengajian (KPP)/Koordinator bagi pelajar yang mengikuti
pengajian di kampus cawangan
KETUA PUSAT PENGAJIAN iNED (CAWANGAN)

Bil NAMA NEGERI NO.TEL


06-2857143
1 Puan Enylina Nordin KPP Melaka
013-7795662
09-741 7700/7733
2 Puan Nurazleena Ismail KPP Kelantan
019-9100788
082-677419
3 Encik Adib Bin Sarkawi KPP Sarawak
013-8013107
Dr. Zamali Haji Tarmudi /
4 KPP Sabah 088-513655
Puan Noriah
Puan Sharifah Shatrah Syed 09-5138143(127)/
5 KPP Pahang
Hamid 019-9886730
6 Encik Nadzri Mohamad KPP Perak 05-3742000 / 214
7 Encik Jamri Awang Besar Koordinator Terengganu 09-8403864 / 811
8 Puan Nor Fazlin Binti Uteh Koordinator Johor 07-381800 ext 8565
9 Dr Zaherawati binti Zakaria KPP Kedah 04-4562547

ii) PENANGGUHAN TAWARAN:

i. Surat penangguhan ke semester Mei 2015 boleh dibuat tanpa


memerlukan tuan/puan memohon semula pada sesi kemasukan yang
lain.
ii. Perlu dimajukan sebelum hari pendaftaran rasmi/pertama di alamat:

Pengarah
Institut Pendidikan Neo,UiTM
Aras 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor.
(u.p: Unit Pengambilan pelajar)

iii) MENOLAK TAWARAN:

i. Tawaran ini akan terbatal secara automatik jika anda tidak hadir
mendaftar
ii. Calon yang menolak tawaran tidak disenarai hitam dan boleh memohon
semula

Page | 2
3. BAYARAN

Jumlah bayaran bagi satu semester yang dikenakan ke atas anda adalah seperti
yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Sila dapatkan bil pelajar di laman
sesawang http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajar

Sila jelaskan yuran pengajian sebelum hadir untuk mendaftar. Semua pelajar
diminta mengambil perhatian mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di dalam
lampiran tersebut.

Pembayaran boleh dibuat menerusi kaedah berikut:

• Bayaran melalui Bank Islam

 TUNAI di kaunter Bank Islam


 MESIN ATM Bank Islam
 PERBANKAN INTERNET (www.bankislam.biz)
• Kad kredit (Visa & MasterCard) di Unit Kewangan Zon 18, iNED, UiTM

• Pengeluaran KWSP

Bagi bakal pelajar semester baru/satu, anda tidak dibenarkan untuk


membuat pengeluaran KWSP. Namun selepas tamat proses pendaftaran dan
sah sebagai pelajar UiTM, anda boleh memohon tuntutan/pemulangan yuran
dengan membuat pengeluaran KWSP. Surat pengesahan pendaftaran boleh
didapati secara online di portal pelajar
http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp

Maklumat lanjut tentang pengeluaran pendidikan KWSP:

http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/education-withdrawal

4. CARA-CARA PENDAFTARAN

Tarikh pendaftaran adalah seperti di dalam surat tawaran. Anda dinasihatkan


supaya datang awal dan jangan menanti ke saat akhir. Sebaik sahaja anda tiba di
tempat pendaftaran, anda akan diberi borang yang mengandungi dokumen-
dokumen pendaftaran. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya dianggap
sebagai “pelajar yang mendaftar” setelah anda mendaftar di semua bahagian
seperti dicatatkan dalam borang pendaftaran dan telah membuat kad pelajar.
Pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian mengikut ketetapan pakaian dan
rupadiri pelajar UiTM.

Page | 3
Sila pastikan dokumen-dokumen dan borang-borang berikut diisi dengan lengkap
dan dibawa bersama pada hari pendaftaran.

1. Surat tawaran (1 salinan)

2. Sijil asal dan salinan surat beranak dan kad pengenalan (1 salinan)

3. Sijil asal dan salinan SPM atau setaraf dengannya (1 salinan)

4. Borang pendaftaran pelajar baru. Sila isikan dengan lengkap


sebelum datang mendaftar.

5. Surat pengesahan majikan (AKR 82-16) (Jika ada)

6. 1 keping gambar ukuran pasport.


Gambar mestilah dengan latar belakang berwarna biru.

(Salinan sijil-sijil dan dokumen walaupun telah disahkan oleh pegawai yang mempunyai kuasa
tidak boleh diterima bagi menggantikan sijil asal.)

5. KAD PELAJAR

Kad pelajar akan dibuat pada hari pendaftaran pelajar baru nanti. (Bagi siswi yang
tidak bertudung, anda perlu memakai baju berkolar atau membawa kot/ blazer
bagi pengambilan gambar untuk kad pelajar.

6. TAMADUN ISLAM KEPADA PELAJAR BUKAN ISLAM

Pelajar-pelajar bukan beragama Islam yang akan mengikuti kursus di peringkat


diploma selama 1½ tahun atau lebih dimestikan mengambil mata pelajaran
Tamadun Islam sebagai salah satu mata pelajaran bagi kursus yang diikuti selama
3 semester.

7. TAKLIMAT PENDAFTARAN

Semua pelajar kampus Shah Alam yang menerima tawaran dan mendaftar di
Shah Alam DIMESTIKAN mengikuti Hari Silaturrahim dan taklimat pendaftaran
yang akan diadakan di Dewan/Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada 08
November 2014 (Sabtu). Di dalam sesi ini pelajar-pelajar baru akan diberi
taklimat mengenai jentera pentadbiran UiTM dan juga prosedur-prosedur yang
berkaitan dengan program pengajian yang akan diikuti. Bagi pelajar kampus
cawangan, taklimat akan diberikan oleh Ketua Pusat Pengajian iNED kampus
berkenaan.

8. PENDAFTARAN KURSUS (MATA PELAJARAN)

Untuk tujuan peperiksaan, pelajar perlu mendaftar kursus (mata pelajaran) yang
telah ditetapkan dengan secara atas talian "online" bermula pada 17 November
2014 sehingga 14 Disember 2014. Pelajar tidak dibenarkan membuat pindaan
terhadap pendaftaran kursus dan kumpulan kecuali dengan kebenaran Ketua
Page | 4
Pusat Pengajian. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar diberi
“Y” (tidak hadir tanpa kebenaran) di dalam peperiksaan nanti. Kursus yang perlu
didaftar oleh pelajar-pelajar baru adalah mengikut struktur program yang
disediakan seperti di laman sesawang iNED (http://www.ined.uitm.edu.my)

“ SELAMAT MENDAFTAR & SELAMAT MAJU JAYA


MENGIKUTI PENGAJIAN DI UiTM ”

smk/November 2014

Page | 5

Anda mungkin juga menyukai