Anda di halaman 1dari 8

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

1. 1 Tajuk: A. PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN B. SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA 1.0
PENGENALAN Pembelajaran merupakan satu proses penyerapan ilmu yang berlaku dalam kehidupan
individu. Terdapat 3 kategori pembelajaran iaitu pembelajaran formal, pembelajaran informal dan
pembelajaran non-formal. Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang teratur seperti di dalam kelas.
Pembelajaran informal pula merupakan pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung ataupun
secara tidak sedar. Seterusnya adalah pembelajaran non-formal iaitu berfungsi bagi melengkapkan
pembelajaran formal. Melalui pembelajaran juga, individu itu akan dapat dikesan terhadap tahap
perbezaan pembelajaran mereka. Disebabkan itu timbulnya perbezaan individu dalam pembelajaran.
Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan
secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Manakala, dari segi pembelajaran adalah
tertumpu kepada cara pelajar itu menelaah ilmu. Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983),
pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru
membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk
menyesuaikan diri kepada situasi baru. Jadi ia juga menentukan prestasi individu sama ada cemerlang
ataupun tidak. Bagi mereka yang cemerlang dikategorikan sebagai pelajar yang berjaya. Maka, sudah
tentulah pelajar yang berjaya akan mempunyai sifat-sifat mereka yang tersendiri. Sekiranya seorang
pelajar tidak mempunyai sifat yang baik, nescaya pelajar itu tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang
walaupun dia mempunyai kesungguhan untuk berjaya. Menurut Kesepaduan dari segi aspek jasmani,
emosi, rohani intelek dan juga sosial adalah menjadi peranan penting bagi mempengaruhi keseimbangan
yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. 2 2.0 PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN 2.1 Perbezaan individu Setiap individu adalah
berbeza dari segi fizikal mereka, dari segi kognitif, dari segi sosial dan sebagainya. Merujuk kepada
variasi, Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk. Slavin (1997), mengaitkan
perbezaan badan, kesihatan tahap tenaga individu dengan konteks pengajaran personaliti dan emosi
serta pembelajaran. Tambahan lagi, Setiap individu mempunyai corak pertumbuhan yang unik. Individu
yang normal akan mengalami peringkat pertumbuhan yang sama iaitu melalui peringkat bayi, kanak-
kanak, remaja dan dewasa namun akan mengalami kadar pertumbuhan dalam aspek fizikal, mental dan
sahsiah yang berbeza-beza. Oleh itu, individu dalam kumpulan usia yang sama tidak semestinya
mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal mahupun akademik.Menurut pandangan Tang
(1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering
diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan
individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Kluckholn, Murray dan
Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara,
mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut
cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan
setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian
beberapa aspek perbezaan seperti: 2.1.1 Aspek Fizikal Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi.
Perbezaan ini boleh dilakukan melalui pemerhatian individu dari segi luaran seperti paras rupa, susuk
badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan
jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan
kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di
sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan

3. 3 lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki hal ini demikian kerana perempuan berfikiran lebih matang
ketika berusia 9 tahun hingga 15 tahun berbanding remaja lelaki. Sheldon (1942) mengategorikan
temperamen ataupun gaya perilaku kepada tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka
bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf
(tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan. Manakala
Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam.
Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran. Dari
segi pembelajaran pula, ianya mungkin akan menjadi individu yang aktif dan individu pasif. Sekiranya
pelajar itu dalam kategori ektomort, maka mereka ini perlu di beri bimbingan yang lebih dan perlu
sentiasa di beri perhatian. 2.1.2 Aspek Kognitif / Mental Setiap individu berbeza dari segi keupayaan
berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Individu mempunyai aras kognitif
yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada
persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai
kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat
membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai
matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik
berbanding murid- murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan. Kesediaan belajar dan
pencapaian pelajar dan pembelajaran adalah bergantung kepada sikap dan minat mereka terhadap
sesuatu. Murid yang berminat dengan sesuatu subjek akan memberi tumpuan dan cuba sedaya upaya
untuk mencapai prestasi cemerlang dalam subjek tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak
berminat. 2.1.3 Aspek Emosi Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana
mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-

4. 4 kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini
adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-
kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan. Guru perlu mengenalpasti
perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-
guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti
murid- murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran
dijalankan. 2.1.4 Apek Tingkah laku Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi
tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok
Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan
aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku
seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya,
media massa dan kebudayaan. Setiap individu membina keyakinan diri yang berbeza-beza berdasarkan
status sosioekonomi. Ada ketikanya individu daripada status sosioekonomi rendah akan merasa rendah
diri dan ini menyebabkan mereka segan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif 2.1.5 Aspek
Sosial Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri
semulajadi iaitu perangai yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan
diri, gugup, gelisah mahupun impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta
temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh
model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap
orang lain. Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang sosio-ekonomi
seperti individu yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi yang
dibekalkan adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga

5. 5 dengan rapi. Jadi, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas. 2.1.6 Aspel Rohani / Agama Kewujudan
perbezaan rohani terhadap individu adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan
kepercayaan masing-masing. Aspek rohani adalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan,minda
serta jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa mereka serta dari latar
belakang mereka. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-
niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa
murid-murid yang stabil dan seimbang. Selain daripada enam aspek yang utama ini telah menyebabkan
perbezaan individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat
atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya. Namun
begitu, menurut Weil (1980), para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap
pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan. 2.2 Gaya Pembelajaran Menurut Dunn dan
Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan yang mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang individu iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Unsur-unsur
tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis
gaya pembelajaran murid. 2.2.1 Rangsangan Persekitaran Rangsangan pertama ialah rangsangan
persekitaran yang merangkumi empat unsur yang utama iaitu pertama, cahaya. Kadar terangnya cahaya
adalah diukurkan mengikut kesesuaian tersendiri. Walaupun kebanyakan dari kita selesa belajar dengan
kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada orang yang lebih suka belajar dalam
suasana yang malap. Kedua, bunyi dengan jenis bunyi akan menghasilkan gaya pembelajaran yang
beraneka. Terdapatnya individu

6. 6 suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya terdapat juga individu yang suka belajar
dengan sambil mendengar bunyi muzik. Ketiga, suhu dengan keadaan sejuk dan nyaman dapat
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai murid tidak suka dan tidak selesa belajar dalam
keadaan cuaca yang panas tanpa kipas. Akhirnya kelima, reka bentuk suasana tempat belajar yang
menunjukkan keadaan susunan suasana bilik darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang
murid. Contohnya tempat duduk yang selesa dapat mengurangkan keletihan murid semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. 2.2.2 Rangsangan emosi Ransangan emosi adalah berkait rapat dengan
perasaan jiwa seseorang. Terdapatnya dua unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab.
Unsur motivasi ini dibahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dengan murid belajar mengikut arahan
yang berstruktur daripada guru. Manakala motivasi intrinstik dengan murid suka belajar dengan inisiatif
sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagi rangsangan emosi, sikap keazaman dan tanggungjawab
adalah mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang serta mana-mana
rangsangan persekitaran. 2.2.3 Rangsangan Sosial Ransangan sosial mengandungi empat unsur iaitu
perseorangan, berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan dan orang dewasa. Unsur
perseorangan ini terdapatnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu ini tidak suka ada
sebarang gangguan semasa sedang belajar. Manakala keadaan ini berlainan dengan unsur berpasangan.
Individu yang suka belajar berpasangan adalah individu lebih suka belajar dengan kehadiran individu
rapat bersamanya. Pasangannya adalah teman paling karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua
hala apabila bersama. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan adalah biasaanya melebihi daripada dua
orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangan dan perkongsian idea-idea
tentang pembelajaran mereka. Selain itu, orang dewasa juga

7. 7 turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan mengemukakan soalan apabila menghadapi
masalah pembelajaran. Ini adalah dilakukan dengan murid yang kurang selesa belajar dengan murid
sebaya dengannya, mereka berasa lebih selesa semasa belajar bersama guru ataupun orang dewasa
terutamanya pihak ibu bapa. 2.2.4 Ransangan Fisiologi Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan
fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti. Menurut Atan Long (1988),
pembelajaran merupakan satu proses bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh
pancaindera. Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi sema lima pancaindera sewaktu
memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Dalam Model Dunn dan Dunn menekankan
pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual dengan pembelajaran
melalui pengamatan, persepsi auditor dengan pembelajaran dalam keadaan yang ada suara latar
belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan dan persepsi kinestetik dengan
pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan gerak kerja. Unsur pemakanan menentukan gaya
pembelajaran yang berlainan menerangkan terdapatnya murid-murid yang suka belajar sambil makan
dan minum. Tetapi ada murid yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil makan dan minum
semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Justeru, waktu pembelajaran juga mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang. Contohnya sesetengah orang suka belajar pada waktu pagi dan ada sesetengah
orang suka belajar di waktu malam. Contoh unsur mobiliti yang mempengaruhi rangsangan fisiologi ialah
seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri atau berjalan sana-sini. Terdapat juga seseorang
murid suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar. Rangsangan yang kelima ialah rangsangan
psikologi yang terdiri daripada elemen-elemen yang berikut seperti analitikal dan global, impulsif dan
refleksif serta dominan otak kiri dan dominan otak kanan. Bagi murid analitika akan melaksanakan
tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan, manakala
murid global akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka atau mengamati aspek-
aspek secara menyeluruh atau holistik.

8. 8 Murid yang impulsif adalah suka membuat keputusan dengan cepat dan sering mengikut gerak hati
semasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sebaliknya dengan murid reflektif,
mereka lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu tugasan. Jadi, otak terbahagi kepada dua bahagian
iaitu otak kiri dan otak kanan. Fungsi otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap
individu. Otak kiri akan mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, linear dan
analisis. Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama.
Sementara itu, kategori individu juga diambil kira untuk menentukan gaya pembelajaran seseorang
individu seperti murid-murid global, murid-murid auditori, murid-murid taktil, murid-murid visual dan
sebagainya. 3.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN 3.1 Perbezaan Dari Segi Fizikal
Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal. Tugasan yang diterima adalah sepadan dengan saiz
fizikal. Perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan
besar akan membuli murid yang bersaiz badan kecil. Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid
yang kena buli itu mempunyai harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri. Namun, guru perlu
memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam perbezaan fizikal. Contohnya,
guru perlu mengajar murid sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu
antara satu sama lain. 3.2 Perbezaan Dari Segi Kognitif Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif
ataupun tahap kebijaksanaan, Individu yang cerdik dapat membantu guru untuk membimbing rakan-
rakan yang lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh berperanan
sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan. Menurut Jean Piaget iaitu ahli falsafah yang
menekankan unsur kognitif dalam pembelajaran, pelajar perlulah menjadi seorang yang berfikir agak
neutran saling berhubung.

9. 9 3.3 Perbezaan Dari Segi Sosialisasi Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial yang
menyebabkan Individu kelas sederhana menjauhkan diri. Salah satu punca adalah wujudnya status
ekonomi yang berbeza bagi setiap individu murid itu sendiri. Manakala bagi murid- murid yang tidak
berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa telah menerima
pendidikan pra sekolah selama dua tahun. 3.4 Perbezaan Dari segi Budaya Implikasi yang keempat
perbezaan dari segi budaya, rohani dan agama, murid-murid berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan
dan agama yang berlainan. Kesan negatif wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah
timbulnya polarisasi. Kemungkinan dari segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan
menyebabkan kewujudan salah faham antara satu sama lain. 3.5 Perbezaan Dari Segi Emosi Implikasi
yang kelima dari segi perbezaan emosi. Kewujudan perbezaan emosi juga akan menimbulkan kesan
negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran iaitu bagi murid-murid yang pasif tidak akan memberikan
sebarang tindak balas. Murid-murid yang lemah tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat.
Maka, murid tersebut akan terus berdiam diri sekiranya tiada pemantauan dari guru. 4.0 SIFAT-SIFAT
PELAJAR YANG BERJAYA Pelajar yang berjaya atau lebih selesa dengan pelajar cemerlang bukan sahaja
handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang
dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan
seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada
pelajar cemerlang. Perkembangan yang menyeluruh dari segi aspek rohani, emosi, intelek, jasmani dan
juga sosial amatlah dititik berat dalam hal sebegini.

10. 10 4.1 Berdisiplin Disiplin merupakan faktor utama untuk berjaya. Setiap murid hendaklah mengikut
peraturan serta menghormati ibu bapa, guru yang lebih tua dan rakan-rakan.dalam islam sendiri
menekankan unsure disiplin dalam kehidupan. Sebagai contoh adalah dalam solat terdapat disiplin yang
patut di patuhi, sekiranya ingkar, solat tidak akan sah dan sebagainya. Sekiranya kita tidak mengambil
wuduk untuk solat, semestinya solat kita tidak akan sah sekiranya kita tetap menunaikannya. Sama juga
seperti dalam pembelajaran. Sekiranya ingin berjaya, kita perlulah berusaha untuk mencapainya. Usaha
itu merupakan disiplin terhadap prinsip kejayaan. Disiplin dapat melahirkan pelajar yang mempunyai
keinsanan yang syumul. Hal ini demikian, disiplin merupakan asas bagi sesebuah kejayaan. Contohnya,
seseorang pelajar yang ingin berjaya mestilah rajin untuk mengulang kaji pelajaran, bangun awal ke
sekolah, membuat semua kerja sekolah yang diberikan dan mematuhi peraturan sekolah. Tanpa disiplin,
tidak mungkin seseorang pelajar dapat melakukan perkara- perkara tersebut. Malahan, budaya
pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah dikikis demi menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya,
Nik Nur Madihah yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008
mendapat 20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang membelenggu
hidupnya sebagai batu penarung. Sebaliknya, disebabkan kerajinan, kegigihan, ketekunan dan yang
paling perdana iaitu disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah menyuntik semangat dirinya
untuk menggapai kejayaan seperti kata tokoh terkemuka, Cecil B. DeMille iaitu orang yang berjaya dalam
hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa
menyimpang. Jelaslah bahawa disiplin merupakan formula yang paling manjur untuk anak watan ini
meraih kegemilangan dalam kehidupan. 4.2 Amanah Pelajar yang berjaya boleh dipercayai, jujur dan
ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri
atau tidak mengambil hak orang lain. Setiap kelakuannya dijaga dan sentiasa berhati-hati.

11. 11 Walaupun dia tahu tiada mata manusia yang akan melihatnya namun Ia sedar bahawa segala
perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T. dan disebabkan itulah segala kerja yang di
pertanggungjawabkan ke atasnya akan dijalankan dengan penuh amanah. 4.3 Bertanggungjawab Pelajar
yang berjaya juga bertanggungjawab terhadap diri nya sendiri. Pelajar ini akan bijak mengurus diri,
menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan
sebaik-baiknya seperti melakukan perkara yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar
yang berjaya juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari
perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Disamping itu, pelajar yang berjaya juga bertanggung
jawab terhadap dirinya dari segi pemakanan. Pemakanan yang boleh memudaratkan diri seperti
makanan berkabonat, minyak yang berlemihan, tinggi kolestrol dan tinggi kadar gula. Selain daripada itu,
jauhkan daripada makanan yang alkohol serta berasid kerana ianya mampu menghakis ingatan. Selain
daripada itu, menurut Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin melalui blog beliau yang dipetik pada
November 2014, pengambilan logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati, herba yang
dipekatkan atau kopi campuran herba, ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan akan menyebabkan
kesan sampingan sepeti penyakit lupa dan penyakit kekeliruan. Jadi, mereka yang tidak menjaga
pemakanan dan cara mereka makan adalah tergolong kepada mereka yang tidak bertanggungjawab
terhadap diri sendiri. 4.4 Cergas Pelajar yang berjaya sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi
diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus
diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih
berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang
diceburinya.

12. 12 4.5 Dedikasi Pelajar yang berjaya amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam
melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan
sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa
juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik. 4.6 Elok Pelajar
yang berjaya baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang
ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar
bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak
diberkati Tuhan. Pelajar yang berjaya menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-
gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik
oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 4.7 Faham Pelajar yang berjaya lebih
banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir,
menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat
kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau
yang dipelajarinya. 4.8 Gigih Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat
dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri
dengan semua guru yang mengajarnya. Menurut pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah “Saya
suka bertanya soalan kepada cikgu dan selalu berjumpa dan mendapatkan nasihat dari cikgu apabila
saya mendapat markah yang rendah dan tidak memuaskan. Saya sentiasa mencari masa terluang

13. 13 kerana cikgu tidak akan sempat untuk menumpukan masanya kepada saya seorang di dalam kelas.
Jadi saya akan berjumpa dengan cikgu walaupun pada waktu petang.” Manakala menurut Azam (2014)
usaha itu merupakan tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah,
samalah seperti menggunakan tangga untuk turun ke bawah. Jadi, Usaha yang ditonjolkan merupakan
satu usaha gigih yang menginginkan kejayaan dan bukan sekadar angan-angan. Selain daripada itu, sikap
yang tidak mudah berpuas hati juga perlu di amalkan. Jangan terlampau memandang kepada apa yang
telah diperoleh tetapi sebaliknya fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan pencapaian
yang telah diperoleh itu sebagai pendorong kepada kejayaan yang akan datang. 4.9 Hasrat Pelajar yang
cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat
berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita- cita atau impiannya itu memberikan suntikan
motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Manusia yang tanpa hasrat dalam hidupnya umpama laying-layang terputus tali. 4.10 Iman Pelajar yang
cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan
tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya
juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan
dan amalan yang harus diikuti. Menurut Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM
2008 iaitu kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan
kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal
abadi 4.11 Bertaqwa Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengingati Allah. Semua kewajiban
terhadap agama hendaklah dipenuhi bagi menjamin untuk mendapat keredhaan daripada Allah.
Berdoalah memohon kesenangan dak kelancaran dalam mencapai

14. 14 kejayaan serta berdoa juga agar dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang dikurniakan
tuhan kepada makhluk-makhluk adalah sama. Sebarang kelebihan adalah datangnya daripada Allah. 5.0
KESIMPULAN Jadi, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk seseorang pendidik dan
murid. Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid dapat mendorong seseorang
pendidik merancang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu
mempelbagaikan teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut aras
aspirasi murid. Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing dengan sentiasa
memberikan sokongan dan memotivasikan murid. Murid adalah berperanan mengenal pasti gaya
pembelajaran masing-masing melalui sesi temubual dengan pihak sekolah terutamanya kaunselor atau
guru darjah. Murid juga perlu diberikan pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran terhadap
pembelajaran mereka. Selain darpada itu, murid juga dinasihatkan supaya berdikari untuk memantapkan
lagi kualiti pembelajaran dalam diri sendiri. usah menjadi seperti pahat dan penukul, apabila diketuk
barulah ianya bergerak. manakala pesanan Imam Syafie pula adalah tuntutlah ilmu sebanyak mungkin
kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ini terbukti kerana individu
yang berilmu akan menjadi seorang yang berjaya dan mampu memikirkan baik dan buruk sesuatu
perkara.

15. 15 RUJUKAN Arifaizal. (2007, 08). Petua Pengambilan Makanan. Diperoleh dari Rawatan Kesihatan:
Http://blogspot.com Azam. (2014, 11). Mutiara Kata. Diperoleh dari Familiazam.com:
Http://wordpress.com Barry, J. (2008). Motivation and self-Regulated Learning. Routledge Taylor &
Francis group. Jah, C. (2010, 05). Perbezaan Kesediaan Belajar. Diperoleh dari Cikgujah90:
Http://blogspot.com Madihah. (2009, 04 23). Agama dan Akademik Mesti seiringan Nik Nur Madihah.
diperoleh dari Wanitaisma: Http://wordpress.com Mazlan. (2013, 01). Disiplin Teras Kejayaan. Diperoleh
dari Karangan Bahasa Melayu: Http://spm.blogspot.com Sang, M. S. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan
Psikologi Pendidikan. selangor: Penerbit Multimedia sdn.Bhd. Suhaimin, T. (2014). Pelajar cemerlang. In
T. Suhaimin, Teknik Belajar & strategi Menghadapi Peperiksaan Edisi Ke 7 (pp. 16-22). Sabah: Usahawan
Group. Taylor, T. (2006). 100% Student Success. The McGraw-Hill Companies. Velayutham, M. (1996).
Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

16. 16 LAMPIRAN Gambar 1 Gambar satu menunjukkan Nik Nur Mdihah sebagai Pelajar cemerlang pada
tahun 2008. Sifat beliau yang berbudi pekerti menunjukkan lagi ciri kecemerlangan beliau Gambar 2
Gambar 2 menunjukkan Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan pelajar sekolah agama beroleh 17A1
dan1A2.

Anda mungkin juga menyukai