Anda di halaman 1dari 1

SELAMAT DATANG KE SUDUT ILMU HIDROPONIK SMKPS

SEJARAH TANAMAN HIDROPONIK :


Hidroponik berasal daripada perkataan Yunani hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja,
adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien)
tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti hampas kelapa sawit, sabut
kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain bagi menggantikan tanah.Penanaman
secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk
tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-
bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi,
kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga untuk
penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal
angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal
selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya
sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam
perjalanan.Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman
Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah
penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian
California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem
hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas
sesuai untuk tujuan komersil.

Anda mungkin juga menyukai