Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1

Sepanjang pelajaran saya di dalam kursus ini, saya telah menimba banyak
pengalaman sepanjang pelajaran berlangsung. Pengalaman ini banyak membantu
saya sepanjang saya belajar terutamanya melalui atas talian. Antara pengalaman yang
banyak membantu saya adalah:

a. Belajar mencari maklumat melalui internet.


b. Belajar mempelbagaikan bahan maklumat untuk menjawab tugasan yang
disediakan
c. Mengetahui cara yang betul untuk memulakan perniagaan kecil.
d. Mengetahui peranan usahawan dan juga badan-badan yang memberian
khidmat untuk membantu usahawan supaya dapat melahirkan usahawan
yang berjaya.
e. Dapat mempelajari cara pengurusan masa diantara kerjaya saya dengan
masa untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan mengikut masa yang
telah ditetapkan.
f. Belajar berkomunikasi dengan pensyarah dan juga rakan secara atas talian
dengan lebih berkesan.

Soalan 2

Sepanjang kursus ini, pengalaman yang telah saya perolehi banyak membantu
saya sepanjang saya saya belajar di atas talian. Pengalam ini sedikit sebanyak telah
memberikan impak terhadap cara saya berfikir dan budaya hidup saya. Antara impak
tersebut adalah:

a. Saya ambil perhatian tehadap semua pengumuman yang ada di dalam


portal samada dari pihak university, pensyarah mahupun pelajar lain.
b. Minda saya terbuka untuk menerima komen dan kritikan daripada pensyarah
dan juga rakan lain yang terhadap segala tugasan yang saya hantar di atas
talian.
c. Berjaya menguruskan masa untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dengan
masa bersama keluarga dan juga kerjaya saya.
d. Kemahiran berkomunikasi saya bertambah baik terutamanya kemahiran
berkomunikasi di atas talian.

Soalan 3

Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran kursus ini beberapa penambahbaikan


boleh dibuat. Antara penambah baikan yang dapat diberikan perhtian adalah:

a. Mawujudkan ruang untuk pensyarah dan pelajar bertemu secara ‘live video
forum.’ Dengan cara ini akan memberikn impak yang lebih baik sepanjang sesi
pembelajaran.
b. Menyediakan soalan yang lebih menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT)
c. Diharap pada masa akan datang, pensyarah yang memeriksa tugasan
memberikan ulasan yang lebih lengkap dan tidak memberikan ulasan yang
umum dan ringkas.

Anda mungkin juga menyukai