Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TANJONG RAMBUTAN


31250 JALAN CHEMOR, PERAK
No. Tel : 055331727 No. Faks : 055330052

No. Rujukan : PIBG/08/02/001/Jilid.3(54)


Tarikh : 24 Oktober 2018
YAB TUAN AHMAD FAIZAL DATO’ AZUMU
Pejabat YAB Menteri Besar Perak,
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Yang Amat Berhormat,

PERMOHONAN SUMBANGAN MEMBEKALKAN SISTEM AUTOMASI DAN KOMPUTER PUSAT


SUMBER SK METHODIST TANJONG RAMBUTAN

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Pusat Sumber SK Methodist Tanjong Rambutan berhasrat untuk


menggunakan Sistem Automasi bagi pengurusan buku dan bahan yang lebih teratur dan sistematik.

3. Program ini melibatkan penggunaan Sistem Automasi Pusat Sumber Interakif Versi 10.0,
Sistem Maklumat Pengunjung dan Pengimbas Kod – Bar. Sistem ini dapat membuat
penambahbaikkan terhadap sistem pengurusan perpustakaan kepada satu sistem yang lebih efisien
dan terkini yang berkonsepkan kepada Moden Library dengan menggunapakai internet sebagai
medium capaian bagi tujuan perkongsian maklumat pusat sumber. Sistem ini berintegrasi
sepenuhnya dengan iQ-PSS dan boleh dicapai 24 jam sehari, 7 hari seminggu dari mana – mana
sahaja yang mempunyai capaian internet.

4. Memandangkan kos membekalkan sistem ini adalah tinggi iaitu sebanyak RM5,000.00 maka,
pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak YAB dapat menyalurkan sumbangan bagi
menampung kos perbelanjaan penggunaan sistem ini. Bersama – sama ini dilampirkan sesalinan
sebut harga sistem tersebut. Sumbangan tersebut boleh disalurkan secara cek atau melalui akaun
CIMB bernombor 8004910546 di atas nama “PIBG SRK METHODIST TG. RAMBUTAN”

Kerjasama dan keprihatinan YAB membantu pihak sekolah amatlah dihargai dan disusuli dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

....................................................
(AZLIN BINTI MUHAMAD HUDRI)
Yang Dipertua PIBG
SK Methodist Tanjong Rambutan

Anda mungkin juga menyukai