Anda di halaman 1dari 14

1

TAJUK: MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-

KANAK DI MALAYSIA.

1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Dalam senario

rakyat Malaysia, obesiti meningkat dari tahun ke tahun. Obesiti di kalangan kanak-kanak

merupakan satu masalah kesihatan yang agak serius di Malaysia. Kekerapan terjadinya

masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat membimbangkan ibu bapa dan

masyarakat untuk tempoh sedekad. Di seluruh dunia terdapat seramai 22 juta kanak-kanak di

bawah umur 5 tahun adalah mengalami berat badan yang berlebihan.

Masalah kesihatan di dunia ini kini mengalami revolusi. Jika dahulunya kebanyakan

masayarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikatnya ada

hari ini telah berubah di mana masyarakat banyak mengalami masalah kesihatan disebabkan

terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan kolestrol, lebihan gula dan

kegemukan. Selain itu, masalah berat badan yang berlebihan juga seringkali terjadi pada

kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah tidak dijangka akan berlakunya masalah obesiti

tersebut. Kebiasaannya masalah obesiti ini berlaku terhadap golongan dewasa melainkan

salah seorang daripada ibu atau bapa mereka yang mengalami masalah obesiti itu. Disamping

itu, corak aktiviti fizikal kanak-kanak juga dipengaruhi oleh amalan atau gaya hidup ibu bapa

dan persekitaran keluarga mereka.


2

Obesiti dalam kalangan kanak-kanak merupakan masalah kesihatan awam di

Malaysia yang perlu ditangani dengan segera. Tambahan pula, tabiat pemakanan yang

dibentuk pada peringkat awal kanak-kanak akan mempengaruhi status pemakanan dan

kesihatan mereka dewasa kelak, seterusnya tabiat pemakanan yang tidak seimbang akan

meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan obesiti. Pendidikan pemakanan

seharusnya diterapkan sejak kecil lagi dengan menggunakan teknik dan pendekatan yang

sesuai. Pendekatan ini mampu meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan

seseorang seterusnya mampu memperbaiki taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak.


3

1.1 Definisi

1.1.1 Obesiti

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), “obesiti berlaku akibat

daripada pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh badan sehingga

menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur,

jantina dan ketinggian”. (hlm. ). Kadar pengumpulan lemak ini diukur mengikut tahap umur

dan BMI seseorang itu.

Menurut Blair (2000), “obesiti adalah keadaan di mana tenaga-tenaga di dalam badan

yang di simpan, dibiarkan berkumpul dalam tisu-tisu lemak di dalam badan sehingga

melebihi tahap kesihatan”(hlm. 84). Pengumpulan lemak yang berlebihan ini akan

mengakibatkan risiko kesihatan untuk mendapat penyakit berbahaya selain obesiti.

Selain itu, definisi obesiti menurut Myers (2004) ialah:

“Lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti
berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat”. (hlm. 1).

Berdasarkan ketiga-tiga pandangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa obesiti ini berlaku

akibat daripada pengumpulan lemak yang berlebihan dan boleh mendapatkan penyakit yang

berbahaya.
4

1.1.2 Kanak-Kanak

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak (2001), “seseorang di bawah umur lapan belas

tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai

umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun

Keseksaan”. (hlm. ). Kanak-kanak adalah individu yang berumur bawah lapan belas tahun,

yang mana bila melakukan jenayah tidak dikenakan tindakan Undang-undang. Bagi mereka

yang sudah mencapai umur lapan belas tahun dan ke atas, mereka dipertanggungjawabkan

atas keasalahan jenayah yang dilakukan. Sekiranya kanak-kanak itu berumur empat belas

tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk

kepada subseksyen 96 (2) Akta 611, boleh mengenakan terhadapnya suatu tempoh penjara.

Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mencorakkan masa depan sesebuah negara.

Pada era globalisasi ini, kanak-kanak merupakan aset negara yang terpenting kerana mereka

ini yang akan meneruskan segala pembangunan dan rancangan yang telah diatur oleh

kerajaan (Norhuda & Dzurizah, 2015).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan kanak-kanak merupakan kata

terbitan dari istilah yang membawa maksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil

yang kebiasaannya berumur lebih dari tujuh atau lapan tahun (hlm. 668). Manakala istilah

Budak menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 211), membawa maksud, “anak atau

kanak-kanak: hamba sahaya, pembantu rumah”. Justeru dapat disimpulkan dari pengertian

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) bahawa kanak-kanak ataupun budak merupakan

individu kecil yang berusia lebih dari 7 atau 8 tahun dan masih tidak mencapai akil baligh.
5

2.1 FAKTOR

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2004), “faktor memberi maksud unsur atau sebab

yang menyumbangkan kepada sesuatu hasil” (hlm 1). Faktor yang di maksudkan dalam

kajian ini adalah sebab kepada berlakunya obesiti.

Dewasa kini, penyakit obesiti semakin berleluasa di negara kita khususnya dalam

kalangan kanak-kanak. Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara

hidup yang tidak sihat berpunca daripada pembangunan yang pesat. Terdapat pelbagai faktor

boleh menyumbang kepada kejadian obesiti termasuk ketidakseimbangan pengambilan dan

penggunaan tenaga, amalan makanan tidak sihat di hadapan televisyen, cara hidup tidak aktif,

persekitaran makanan. Antaranya menurut Poh (2008), “masalah obesiti ini berpunca

daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan penggunaan peralatan yang

mengehadkan penggunaan tenaga manusia” (hlm. 15). Hal ini demikian kerana perubahan

teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran masa penggunaan tenaga manusia.

Faktor seterusnya, yang boleh mengakibatkan penyakit obesiti adalah pengambilan

makanan yang tidak sihat atau tidak seimbang di hadapan televisyen. Pengambilan

makanan yang tidak sihat ini akan menyumbang kepada obesiti. Menurut Mayo (2006),

“makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan diketahui umum mengandungi

pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit dan pengambilan berlebihan

terutama ketika menonton televisyen akan menyumbang kepada obesiti” (hlm 32). Di era ini,

kebanyakan kanak-kanak telah menukar tabiat makan mereka daripada makanan berkhasiat

kepada makanan segera, makanan snek yang diproses dan minuman yang tinggi dengan

kandungan gula. Pengambilan makanan ini sering diambil ketika berada di hadapan

televisyen. Contoh makanan tersebut adalah seperti makanan segera dan juga minuman

ringan ataupun bergas.


6

Selain itu di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak

berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8% bagi umur 10

tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini

juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun. Menurut Chee (2008), ialah:

“Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk


menjadi obes apabila dewasa dan keadaan ini akan menjurus kepada
kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan”. (hlm.1).

Penyakit obesiti merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai

penyakit, contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem

pernafasan, kegagalan sistem perkumuhan, kanser dan sebagainya.

Corak pemakanan adalah penting bagi manusia pada hari ini kerana cara pemakanan

sangat mempengaruhi berlakunya obesiti. Menurut Ismail (2002), amalan pemakanan tidak

sihat juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit obes. Di

Malaysia, peningkatan taraf hidup dan kemodenan turut mengubah cara hidup individu

termasuk pilihan makanan dan tabiat makan. Kewujudan pasar raya dan premis makanan

yang semakin bertambah telah membolehkan pilihan makanan yang banyak untuk individu.

Sekarang ini telah menjadi trend kebanyakkan restoran makanan memanjangkan waktu

perniagaan hingga lewat malam atau 24 jam (hlm. ). Ini telah menggalakkan individu

mengambil makanan pada waktu lewat malam. Makanan segera dan minuman ringan yang

tinggi nilai kalori sama ada daripada lemak atau gula juga lebih mudah diperolehi penyakit

tersebut. Tabiat pengambilan snek yang tidak sihat dan saiz sajian makanan yang terlalu besar

juga semakin menjadi amalan di kalangan rakyat Malaysia. Individu yang kerap melangkau
7

waktu makan terutamanya sarapan pagi juga cenderung untuk makan secara berlebihan pada

waktu makan yang lain. Semua amalan ini merupakan amalan pemakanan tidak sihat yang

menyebabkan pengambilan kalori makanan yang berlebihan daripada keperluan harian tubuh

dan dengan itu akan meyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti.

Budaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku yang menyumbang kepada masalah

obesiti. Sesetengah komuniti menerima berlebihan berat badan sebagai sesuatu yang biasa dn

ianya menggalakkan lagi tingkah laku pengambilan makanan berlebihan. Tingkah laku ini

dikukuhkan dengan sokongan keluarga, ibubapa, persekitaran sosioekonomi dan lain-lain.

Pengaruh sosial boleh menjadi faktor yang kuat dalam mempengaruhi tingkah laku

pengambilan makanan dan pengurusan berat badan. Adalah menjadi suatu kebiasaan untuk

orang ramai mengambil makanan bersama keluarga sebagai salah satu aktiviti mengukuhkan

ikatan kekeluargaan. Mengambil makanan di luar menjadi gaya hidup masa kini dan

penyediaan makanan di luar mempunyai potensi untuk diambil secara berlebihan dan

mempunyai kandungan lemak dan tenaga yang tinggi. Media massa melalui pengiklanan

telah memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan pengambilan makanan di luar

(Kelishadi, 2007).

Tingkah lahu tidak berkaitan pemakanan adalah tingkah laku kehidupan sendentari

duduk dan tidur dengan lama, menggunakan lif berbanding berjalan kaki menyumbang

kepada penggunaan tenaga yang menimum dan menyumbang kepada masalah obesiti.

Mohana Priya (2012) menyebut bahawa teknologi masa kini menyebabkan pergerakan yang

minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dan menimumkan penggunaan tenaga.

Persekitaran masa kini yang semakin sibuk menyebabkan kekangan masa untuk bersukan dan

kenaikan kos hidup menyebabkan persekitaran ataupun kemudahan yang tidak mencukupi

untuk bersukan dan seterusnya menggalakkan kehidupan sedentari. Manakala menurut

Mohana Priya (2012), tingkah laku berkaitan pemakanan merupakan juga antara faktor utama
8

yang menyebabkan obesiti berlakunya. Hal ini berlaku demikian disebabkan pengambilan

makanan yang berlebihan. Peningkatan tindak balas rangsangan berkaitan dengan pemakanan

diterima hidangan yang besar dan pemakanan secara pantas menyebabkan lebih banyak

makanan dapat diambil sebelum merasa kenyang juga menyebabkan kepada berlakunya

obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.


9

2.2 KESAN OBESITI

2.2.1 Individu

Seperti yang diketahui, obesiti ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan kita apatah

lagi jika kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini. Tentu sahaja mereka akan mengalami

pelbagai penyakit yang tidak diingini sejak kecil lagi. Lemak-lemak tepu yang menebal di

tubuh badan mereka akan menyukarkan mereka melakukan aktiviti harian. Apabila kurang

melakukan pergerakan, tubuh kita akan menjadi semakin lemah dan akan mengundang kita

menghidap penyakit-penyakit yang tidak diingini. Menurut Dr. Alya Hamzah (2014),

“membenarkan anak-anak kita menjadi obes samalah seperti mengundang pelbagai

komplikasi hati, penyakit jantung, masalah pernafasan, kerosakan sendi, asma” (pp3).

Dapatlah dilihat bahawa obesiti ini ternyata akan mengundang bahana kepada kita

terutamanya kanak-kanak. Di samping itu, menurut Alya juga, kanak-kanak yang mempunyai

berat badan berlebihan juga berisiko tinggi terhadap stigmatisme sosial yang boleh membawa

kepada perkembangan akademik dan juga sosial yang lemah hingga ke alam dewasa kelak.

Fenomena ini seharusnya dicegah dengan lebih awal supaya anak-anak kita tidak

menanggung beban dari kecil lagi. Ibu bapa juga mestilah mempastikan keadaan tubuh anak-

anak dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Obesiti dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan yang serius seperti kencing

manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok. Kedua-dua keuntungan berat badan

yang sederhana dan besar yang dikaitkan dengan peningkatan risiko ketara penyakit

merbahaya tersebut.
10

2.2.2 Ekonomi

Kesan-kesan obesiti juga dapat dilhat melalui kesan terhadap ekonomi. Hal ini demikian

kerana, apabila semakin banyak kes obesiti ini dilaporkan, kerajaan terpaksa menanggung

kos perbelanjaan yang besar bagi mengubati pesakit ini. Jika dilihat dari faktor ekonomi

semasa yang sedikit goyah, amatlah tidak berpatutan jika kebanyakan kos hanya digunakan

untuk mengubati obesiti. Hal ini juga turut diakui oleh Nancy s Wellman, PhD, RD, FADA

dan Barbara (2002):

Direct health care cost refer to preventive, diagnostic, and treatment


services related to overweight and obesity, indirect cost refer to the
value of wages lost by people unable to work because of illness or
disability as well as the value of future earnings lost by premature
dead and the total cost of overweight and obesity in 2000 by some
estimates was $117 billion, with $6 billion directs and $56 billion,
indirect costs (hlm.706).

Jelaslah bahawa, masalah obesiti ini bukan sahaja memberi tekanan kepada orang yang

menghidapinya bahkan turut merunsingkan ekonomi Negara yang terpaksa menanggung kos

perbelanjaan secara langsung dan tidak langsung yang telah memakan berbillion ringgit.

2.2.3 Sosial

Kesan sosial yang dapat dilihat apabila seseorang itu obes ialah mereka akan hilang

keyakinan diri untuk menonjolkan diri di khalayak ramai. Hal ini demikian kerana, mereka

takut untuk berdepan dengan ejekan ataupun sebarang unsur-unsur cacian terhadap diri

mereka. Masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul

dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat
11

peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat

malas. Hujahan ini diperkuatkan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Nancy S

Wellman di dalam kajiannya (2002), “Individuals are gluttonous, lazy or both, even though

this is not true. As a result, obese people often face prejudice or discriminations in the job

market, at school, and in social situations” (hlm. ).

Emosi mereka mudah terganggu dan tersentuh. Itulah hakikatnya bagi para penghidap

penyakit obesiti ini. Menurut Nancy S Wellman (2002), “emotional suffering may be among

the most paintful aspects of obesity.American society emphasizes physical appearance and

often equates attractiveness with slimness, especially for women” (hlm.706).

Mereka juga sukar untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sesuai

dengan bentuk fizikal mereka itu sendiri. Sudah semestinya banyak syarikat yang akan

menolak mereka untuk bekerja di bawah syarikat mereka.


12

2.3 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GEJALA OBESITI

Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang amat membimbangkan. Ia berpunca daripada

pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang dan menyebabkan kenaikan

berat badan secara tidak sihat. Mempunyai berat yang berlebihan ataupun obesiti dapat

memberi kesan yang kurang baik terhadap fizikal dan mental seseorang. Obesiti

.meningkatkan risiko untuk menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, diabetes

dan lain-lain. Dalam usaha untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan individu di

negara ini, pemilihan makanan yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan

setiap individu. Menurut Wan Nudri & Aminah (1996), “pemakanan ini penting bagi

menjamin kesihatan umum” (hlm. 13). Hal ini demikian kerana pemilihan makanan yang

kurang baik dan tidak seimbang akan menyumbang kepada risiko menghidapi penyakit

obesiti dan seterusnya akan menyumbang kepada penyakit kronik lain.

Oleh itu, amalan pemakanan yang seimbang perlu diterapkan dalam diri setiap

individu terutamanya kanak-kanak. Tabiat pemakanan juga amat penting dalam menentukan

pertumbuhan secara keseluruhan. Justeru, ibubapa adalah contoh terbaik dalam mendidik dan

menerapkan amalan pemakanan yang sihat dalam diri setiap kanak-kanak. Hal ini kerana,

kanak-kanak akan memerhatikan setiap tingkah laku yang dilakukan oleh ibubapa dan

bukannya apa yang dikatakan oleh ibubapanya. Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat

serta makan tidak berlebih-lebihan boleh di didik kepada kanak-kanak dan diamalkan di

rumah lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebunnya”.
13

Dalam meniti arus kemodenan ini, masalah penyakit obesiti sering menghantui

masyarakat di negara kita pada masa kini disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat

mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan

kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.

Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa

mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh

tertentu. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup

sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera supaya terhindar daripada penyakit

obesiti malahan penyakit yang lain juga dapat dielakkan.

Status kesihatan individu banyak ditentukan oleh tingkah laku aktiviti fizikal,

pemakanan dan juga gaya hidup individu berkenaan. Memandangkan kebanyakan penyakit

berpunca daripada amalan gaya hidup manusia, Oleh itu kita mestilah mengambil langkah

pencegahan awal untuk mengelakkan daripada mendapat pelbagai jenis penyakit kronik. Hal

ini terjadi kerana amalan kesihatan yang tidak sihat merupakan punca utama penularan

penyakit kronik. Punca ini dapat dielakkan jika individu sedar tentang keburukan amalan

gaya hidup mereka. Dalam pada itu, tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan

satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya.

Selain itu, kekurangan kesedaran dalam diri setiap individu tentang bahayanya

penyakit obesiti juga salah satu faktor yang tidak diambil peduli oleh masyarakat. Sikap ini

secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan jumlah penghidap penyakit kronik.

Menurut Rahmatika (2008), senaman adalah salah satu cara yang dapat dilakukan untuk

menangani masalah obesiti, senaman yang dianjurkan adalah senaman yang bersifat aerobik

iaitu senaman yang menggunakan oksigen dalam sistem pembentukan tenaganya. Tanpa

melakukan senaman, peningkatan untuk mendapatkan serangan penyakit jantung akan lebih

banyak.
14

Disamping itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang

dijalani oleh seseorang itulebih sihat dan menceriakan. Aktiviti senaman turut diakui oleh

pakar perubatan, ia mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta

menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiiliki

badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.

Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan

seseorang ittu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Oleh yang

demikian, kita mestilah menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti riadah pada setiap hari.

Lain daripada itu, diet seimbang juga merupakan antara cara untuk menangani

masalah obesiti ini. Diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut piramid makanan.

Pemakanan yang seimbang amat penting demi memastikan kehidupan yang lebh sihat dan

mengurangkan risiko mendapat penyakit bahaya seperti obesiti. Pemakanan seimbang

mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan kadar yang betul.

Obesiti juga menjadi salah satu punca bagi penyakit kanser. Tambahan pula, diet

bukan sahaja dapat mengatasi masalah obesiti malah dapat menangani masalah kanser.

Menurut Sam Gutterman (2011), “according to the American Cancer Society,”Except for

quitting smoking, the best way to cut your rise cancer is to achieve and mantain a healthy

weight, to be physically active on a regular basics and make healthy food choices” (hlm.31).

Jelaslah bahawa, amalan diet seimbang memberi implikasi yang positif terhadap

seseorang dan membantu individu tersebut menjalani kehidupan yang sihat. Diet seimbang

adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan keluarga, kanak-kanak dan seharusnya

dipupuk dari rumah.

Anda mungkin juga menyukai