Anda di halaman 1dari 7

PERANCANGAN

STRATEGIK
DISIPLIN 2017
PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2017

UNIT DISIPLIN

PENDAHULUAN

Displin adalah satu elemen yang penting dalam menentukan ketertibaan sesuatu sistem. Displin
adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu displin hendaklah diberi
perhatian berat oleh semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Sehubungan dengan
itu, guru-guru, para pelajar dan ibubapa harus memainkan peranan dalam membina disiplin yang
mantap di sekolah agar proses pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar.

Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat untuk
melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga membina akhlak
dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya timur yang luhur dengan budi bahasa
yang tinggi.

VISI

Ke arah masalah disiplin sifar

MISI

Melahirkan pelajar yang bebas dari masalah disiplin

OBJEKTIF

 Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka


 Mencegah pelajar-pelajar yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi pelajar-
pelajar lain

 Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang
setimpal
2
PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2017

 Untuk memperbaiki tingkah laku pelajar-pelajar yang bersalah

DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979


mentakrifkan disiplin sebagai:

"Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin
itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan
seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan, menghgormati hak
individu lain. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu
kepentingan orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"

MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa
hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu
masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu , demokratik, adil, liberal dan progresif.
disiplin juga akan melahirkan individu yang kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa
memelihara harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

3
PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2017

MATLAMAT DISIPLIN

1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat


2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai
semangat setiakawan serta kekitaan

3. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi
warganegara yang baik

4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada pelajar

5. Membantu pengetua dan guru-guru menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan


pentadbiran sekolah

6. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal
dengan kesalahanya

OBJEKTIF HUKUMAN

1. Mencegah pelajar yang bersalah mengulangi kesalahan mereka


2. Mencegah pelajar yang merbahaya atau bersalah daripada mempengaruhi pelajar lain

3. Memberi ingatan kepada pelajar lain supaya tidak melakukan kesalahan

4. Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang
setimpal

5. Memperbaiki tingkahlaku pelajar yang bermasalah

4
PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2017

PERANCANGAN BADAN DISIPLIN SKTL 2017

TARIKH
BIL AKTIVITI OBJEKTIF/ PERLAKSANAAN
SASARAN
a) Sasaran : Para Pengawas
b) Penekanan kepada peraturan sekolah dan
Taklimat Disiplin tindakan yang mungkin diambil
1. Minggu 1
Bersama Guru Disiplin oleh pihak sekolah
Objektif : Memastikan semua pengawas
mengetahui tentang peraturan sekolah
a) Sasaran : Para Pengawas
Taklimat Disiplin b) Taklimat Disiplin Khusus
2. Minggu 2
Bersama Pentadbir c) Memastikan pengawas mengetahui tugasan
masing-masing
a) Sasaran : Semua murid
3. Pemantauan Disiplin b) Memastikan murid tidak melanggar disiplin Sepanjang masa
c) Penekanan kepada pembentukan sahsiah
a) Sasaran : Semua murid
b) Memastikan murid tidak lewat hadir ke Setiap pagi Ahad
4. Perhimpunan Pagi
sekolah dan pelajar sentiasa dalam keadaan hingga Khamis
kemas dan berdisiplin
a) Sasaran : Semua murid
Dari semasa ke
5. Grooming murid b) Penekanan kepada aspek pemakaian dan
semasa
penampilan
a) Sasaran : Semua Pengawas Sekolah
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS BERSAMA
6 Kursus Pengawas PENGAWAS PUSAT SUMBER , ICT DAN
Mac
. KETUA KELAS
) Penekanan kepada aspek kepimpinan dan
keterampilan.
7. Program Semua Murid SKTL Mac
5
PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2017

Kecemerlangan
Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling
Ahklak

8. Mesyuarat Disiplin 1 Semua Guru Disember 2016

a) Sasaran : Semua pelajar


- Diadakan secara mengejut
Dari semasa ke
9. "Spot-Check" - bertujuan memastikan pelajar tidak membawa
semasa
bahan-bahan yang terlarang dan pelajar sentiasa
berada dalam keadaan kemas
Program
Semua Murid SKTL
10. Kecemerlangan Ogos
Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling
Akhlak

Mesyuarat Disiplin 2 Semua Guru Julai


11.
Bertujuan untuk mennggantikan Pengawas Th.6,
bagi membantu pihak
sekolah dan guru melaksanakan pemantauan
Perlantikan Pengawas disiplin
12.
Baru a) melibatkan beberapa peringkat:
i) Pencalonan oleh guru kelas Okt - Nov
ii) Tapisan dan temuduga
iii) Lantikan

OBJEKTIF PERANCANGAN

1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka
dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil,
liberal dan progresif.
6
PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2017

3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara rasional dan
bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan
menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan
sekolah sebagai landasan menuju kea rah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku Rumah’.
7. Membebaskan murid dari semua gejala dan penguh tidak baik.
8. Buku Peraturan : Buku Peraturan Sekolah dibekalkan kepada murid. Buku ini akan
dikemaskinikan dari masa ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap murid.
9. Taklimat Awal : Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh Guru
Disiplin pada minggu pertama.
10. Kad Kebenaran Keluar Kelas: Kad ‘Keluar Tandas’. Kad ini bertujuan untuk menggalakkan
dan mengawal pelajar dari terlalu bebas keluar dan berkeliaran di luar semasa P & P.
11. Buku Kawalan Kelas: Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan
ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran. Setiap
guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa, dan jumlah pelajar yang hadir pada masa
mereka mengajar. Tujuan buku ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang
ponteng kelas.
12. ‘Spot-Check’: di tempat perhimpunan, dan di dalam kelas secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai