Anda di halaman 1dari 1

3.

Ulasan Kritis

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan


dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran
sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk
sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang
dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan.

Negara Malaysia juga mempunyai perlembagaan di mana ia menjadi asas dan panduan
kepada kerajaan dalam menjalankan pemerintahan. Akta Rumah Judi 1953 merupakan akta
suatu undang-undang di mana pemiliknya perlu mempunyai peraturan dan sistem yang perlu
dipatuhi agar tidak melanggari sebarang etika. Pemilik yang mempunyai Rumah Judi dengan
lesen perniagaan yang sah tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan dalam Akta
Rumah Judi 1953. Namun sejak kebelakangan ini pelbagai kes penyelewangan dan penipuan
sering terjadi yang melibatkan kes judi secara dalam talian. Sindiket-sindiket yang terlibat
dengan kes judi dalam talian begitu licik dan sering terlepas daripada sebarang hukuman yang
setimpal dengan perbuatan mereka.

Pada 14 Februari 2017 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
berkata, draf pindaan akta rumah judi 1953 sedang diteliti Jabatan Peguam Negara dan diharap
dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan. Ini kerana undang-undang yang
ketat dan lebih berat dapat mengurangkan kesalahan yang menular di negara yang mungkin
akan mengakibatkan keadaan ekonomi yang lebih menyusut pada masa akan datang.
Menurutnya lagi semua tindakan untuk membanteras kegiatan yang merencatkan ekonomi
negara ini akan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguatkuasa tempatan yang
berkaitan dengan tugasan mereka. Sindiket yang terlibat dengan kes judi secara talian memang
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang kotor agar mereka dapat meloloskan diri
mereka daripada sebarang tindakan pihak berkuasa. Ada juga pihak kuasa yang bersuhabat
dengan sindiket sebegini dengan menerima sogokan dan rasuah dengan istilah ‘menutup
sebelah mata’. Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan
tingkah laku pegawai sebegini dan akan mengambil tindakan yang drastik agar menjadi teladan
kepada pegawai kerajaan yang lain. Beliau menyatakan bahawa dengan akta baru rumah judi
berkenaan kegiatan haram ini dapat dibanteras secara holistik.

Anda mungkin juga menyukai