Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

SK KERUKAN KUALA PENYU TAHUN 2018

PERKARA TEKS CATATAN

Pengumuman Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat


masing-masing di dalam dewan kerana program kita akan
bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan program


pada hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak pengelola memohon kerjasama para hadirin agar


dapat mematikan nada deringan telefon bimbit masing-
masing atau menukarkan kepada mode senyap.

2. Pihak pengelola mengharapkan agar tetamu-tetamu yang


hadir dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian
hadapan terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan
tetamu-tetamu yang akan datang seterusnya.

3. Pihak pengelola juga mengharapkan agar para tetamu


dapat berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu
kehormat.

Pihak pengelola mengucapkan terima kasih atas perhatian


dan kerjasama hadirin sekalian.

Ketibaan VIP Hadirin & Hadirat Sekalian,


&
Nyanyian Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Muhid
Bin Haji Misrin Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu,
diiringi oleh Yang Berusaha Puan Norminah Binti Haji Abdul
Aji, Guru Besar SK Kerukan, para jemputan serta para murid
Tahun 6 dan Prasekolah masuk ke dewan. Hadirin mohon
berdiri.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, hadirin dimohon


berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku
dan Sabah Tanah Airku.

Hadiri mohon berdiri

Hadirin dipersilakan duduk


Ucapan Assalamualaikum w.b.t.... dan salam sejahtera
Mengalukan
Kedatangan Yang Berbahagia,
Tuan Haji Muhid Bin Haji Misrin
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu

Yang Berusaha,
Puan Norminah Binti Haji Abdul Aji
Guru Besar SK Kerukan

Yang Berusaha
Encik Mohd Ariifn Bin Hj Jasri
Yang Dipertua PIBG SK Kerukan.

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SK Kerukan

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru


SK Kerukan sesi 2017/2018

Guru-guru penjana modal insan gemilang,

Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

Hadirin dan hadirat,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hadirin sekalian,

Dari Dewan Terbuka SK Kerukan, mengalu-alukan kehadiran


hadirin sekalian ke :

“MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN


PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT SEKOLAH
PRASEKOLAH & TAHUN 6 SK KERUKAN KUALA
PENYU BAGI TAHUN 2018”

Saya Husni Mohamad Syahir

Dan Saya Rosmawati Awang Anak,

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke


penghujungnya.

Melati kuntum menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah cemerlang 2018,
Pelajar cemerlang kita hargai.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan
kepada para murid yang menunjukkan kesungguhan dalam
pelbagai bidang akademik. Justeru, adalah menjadi harapan
kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam
diri setiap murid.

Bacaan Doa Buluh ditarik panjang sepuluh,


Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita


sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh Al Fadhil Ust Saidun Bin Jabus Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil


Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan
kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis
hari anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Ucapan Alu- Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Puan
Aluan GB Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Norminah
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Binti Haji
Abdul Aji
Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan
alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Puan Norminah Bt Haji Abdul Aji, Guru
Besar SK Kerukan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih


Ucapan YDP Hadirin sekalian,
PIBG
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan
Encik Mohd Ariffin Bin Haji Jasri YDP PIBG SK Kerukan
untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan Hadirin sekalian,


Perasmian
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Untuk itu,


majis menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia,
Tuan Haji Muhid Bin Haji Misrin
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN
PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT SEKOLAH
PRASEKOLAH & TAHUN 6 SK KERUKAN KUALA
PENYU BAGI TAHUN 2018
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

(ucapan tamat)

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Muhid Bin Haji Misrin
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Orang berbudi kita berbahasa


Cenderahati Orang memberi kita merasa

Berbudi tenang-tenangan
Hadiah diberi tanda ingatan

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan sukacitanya ingin


menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan dan
penghargaan kepada pegawai perasmi.
Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia,
Yang Berbahagia,
Tuan Haji Muhid Bin Haji Misrin
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu
untuk naik kepentas

Diiringi…

Yang Berusaha
Puan Norminah Binti Haji Abdul Aji,
Guru Besar SK Kerukan
dan

Yang berbahagia
Encik Mohd Ariffin Bin Haji Jasri
YDP PIBG SK Kerukan,

untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada


pegawai perasmi.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian


cenderahati sebentar tadi.

Persembahan Sebelum berganjak ke agenda yang dinantikan, majlis


Tarian diserikan dengan persembahan pembukaan oleh murid-murid
tahap dua.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih diatas persembahan


pembukaan sebentar tadi.

Graduasi Hadirin yang dirahmati,

Majlis diteruskan dengan acara penganugerahan yang


pertama iaitu penyampaian sijil tamat sekolah murid-murid
prasekolah dan Tahun 6 SK Kerukan.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan


_________________________________________________
untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid. Dipersilakan.

Dipersilakan untuk naik ke pentas,

Dan Yang Terakhir, Dipersilakan,


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
______________________________________________
atas penyampaian sijil graduasi itu tadi.

Penyampaian Hadirin Sekalian,


Anugerah
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian anugerah
matapelajaran terbaik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains, Matematik dan Pendidikan Islam, penyampaian
anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas dari Tahun 1
hingga Tahun 6 serta Penyampaian Anugerah Kehadiran
Penuh.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan


___________________________________________
untuk menyampaikan anugerah kepada murid-murid.
Dipersilakan.

Dipersilakan untuk naik ke pentas,

Dan Yang Terakhir, Dipersilakan,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


______________________________________________
atas penyampaian anugerah itu tadi.

Persembahan Hadirin dan hadirat sekalian,


Tarian Majlis berehat seketika. Marilah sama-sama kita
nikmati persembahan tarian daripada murid-murid Tahap 1.

Majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan


sebentar tadi

Penyampaian Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil


Sijil penghargaan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat
Penghargaan sumber, ketua dan penolong kelas.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan


___________________________________________
untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid. Dipersilakan.

Dipersilakan untuk naik ke pentas,


Penyampaian seterusnya merupakan penyampaian sijil
penghargaan kepada AJK Tertinggi Persatuan/Kelab dan Unit
Beruniform

Dipersilakan untuk naik ke pentas,

Penyampaian seterusnya merupakan penyampaian Anugerah


Khas.

Dipersilakan untuk naik ke pentas,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


______________________________________________
atas penyampaian sijil penghargaan itu tadi.

Parodi Hadirin Sekalian,

Sebelum kita menutup majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita menyaksikan persembahan terakhir daripada
murid-murid SK Kerukan.

Dipersilakan.

Penutup Hadirin sekalian,


Dengan ini selesailah sudah

Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Penyampaian Sijil


Tamat Sekolah Prasekolah dan Tahun 6 SK Kerukan Kuala
Penyu Bagi Tahun 2018.

Sekalung penghargaan kepada tuan perasmi, guru besar,


seluruh Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan para
Ibu Bapa dan Warga Sekolah serta mereka yang terlibat
secara langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan
majlis ini.

Majlis juga merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.

Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak


akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Allah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah
dari kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah
salam manis untuk dan disudahi dengan lafaz
suci...Wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabaraktuh dan salam sejahtera.

Jamuan Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang


Berbahagia, Tuan Haji Muhid Bin Haji Misrin
diiringi semua warga SK Kerukan serta PIBG SK Kerukan
untuk menjamu selera hidangan yang telah terhidang
di_______________.

Kepada Ibu bapa dan semua murid dijemput untuk menjamu


selera di ___________________________.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai