Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN TUGASAN KUMPULAN & INDIVIDU GC6033 SEM 2 SESI 2017/2018

A. TUGASAN KUMPULAN (Markah: pembentangan 20% & laporan penulisan 60 %)

Setiap kumpulan pelajar (5-6 orang) akan diberikan/diundi satu tajuk tugasan. Setiap ahli kumpulan perlu
berbincang secara mendalam, menganalisis, mengupas serta membuat tinjauan secara sekunder & primer
(jika perlu) mengenai tugasan yang diberikan. Setiap kumpulan & ahli perlu membentangkan
(presentation) tugasan (40-50 minit) mengikut giliran yang ditentukan. Perkara berikut perlu diberi
perhatian dalam setiap tugasan kumpulan dan individu:

• Tajuk tugasan akan ditentukan oleh Penyelaras/ pensyarah.

• Isu perlu terkini. Perlu 8 Rujukan (buku/ artikel jurnal) TERKINI- Sekurang-kurangnya lima tahun
dari tarikh kursus ditawarkan.

• Perlu bincang implikasi dan cadangan penyelesaian bagi setiap isu yang dibahaskan.

• Hujahan dan rumusan perlu kritis dan kritikal.

• Pembentangan perlu dilaksanakan secara profesional, tidak emosi, tidak berunsurkan kepartian
& perkauman.

• Pembentangan dan penulisan perlu dilaksanakan secara ilmiah (berdasarkan fakta, ada sumber
rujukan terkini/sokongan).

Selepas pembentangan, tugasan perlu ditulis secara ilmiah dengan mengambilkira input, cadangan dan
ulasan pensyarah & rakan-rakan semasa sesi pembentangan. Format (umum) penulisan kumpulan (dan
tugasan individu juga) adalah seperti berikut:

(1) Pengenalan,

(2) Kandungan: konsep/definisi/teori, isu-isu/implikasi/cabaran/cadangan penyelesaian,

(3) mini-mini kajian (jika ada),

(4) Rumusan, dan

(5) Rujukan.

Penulisan tugasan perlu menggunakan saiz font 12 dan jenis sesuai & konsisten berselang 1.5. Jumlah
halaman keseluruhan penulisan adalah 30-35 (Tidak termasuk Rujukan dan lampiran). Sila hantar
penulisan tugasan kumpulan (Muka depan tulis nama & matrik ahli kumpulan) kepada pensyarah masing-
masing (soft copy: email/ifolio/etc @ hard copy) selewat-lewatnya 30 Jun2018.
B. CADANGAN TAJUK TUGASAN KUMPULAN

BIL TAJUK
1. Memperkasa Pendidikan teknik & vakasional: Melahirkan sumber manusia kompeten &
berdaya saing.

2. Kualiti Guru & profesionalisma keguruan.

3. Pendidikan abad ke 21 & 4IR


4. Menangani & Pemupukan disiplin pelajar:
Peranan sekolah, masyarakat/PIBG dan undang-undang.
5. Merealisasikan aspirasi murid (PPPM 2013-2025)
6. Merealisasikan aspirasi sistem (PPPM 2013-2025)
7. Memperkasa Pendidikan STEM & VTEK: Melahirkan sumber manusia kompeten & berdaya
saing.
8. Peranan sekolah, masyarakat/PIBG dan undang-undang.
9. Pembinaan Kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar sekolah
10. Education for all: Ekuiti, ekualiti & akses kepada pendidikan pra-sekolah, rendah &
menengah di Malaysia.
11. Pemupukan nilai & jatidiri pelajar:
Peranan sekolah, masyarakat/PIBG dan undang-undang.
12. Kerjasama pintar & strategik antara sekolah dengan masyarakat, pihak industri dan NGOs

C. TUGASAN INDIVIDU

Sumber: MOOC (perlu sign up Openlearning- isu-isu pendidikan di Malaysia- Topik & aktiviti)

(i) Setiap pelajar perlu mendaftar/Sign up open learning kursus Isu-isu pendidikan di Malaysia.

(ii) Sila explore setiap topik/aktiviti dalam kursus tersebut. Setiap pelajar perlu menulis jawapan
tugasan individu (markah 20 %) masing-masing di MOOC/open learning tersebut ( Pilih satu
topik/aktiviti/latihan sahaja bagi setiap pelajar).

(iii) Muat turun/copy jawapan anda dari MOOC tersebut, kemudian ubahsuai dan tulis secara ilmiah
(Pendahuluan, bincang 1 @ 2 isu berkaitan, implikasi, cadangan penyelesaian & rumusan. Sertakan
sekurang-kurangnya 5 rujukan terkini.

(iv) Gunakan font 12, langkau 1.5 dan maksimum 10 halaman (tidak termasuk senarai rujukan dan
lampiran).

(v) Sila hantar tugasan anda kepada pensyarah tutor masing-masing dalam bentuk soft copy/ hard
copy (muka depan tuliskan nama & matrik diri anda) selewat-lewatnya pada 30 Mei 2018.

(vi) Amaran- elakkan Peniruan- boleh dikesan pada MOOC/ software.

JAWMAC2018

Anda mungkin juga menyukai