Allah (s.w.t) telah menciptakan dunia dan seluruh isinya untuk manusia.
Kemudian Dia menciptakan manusia dalam dua jenis iaitu lelaki dan wanita yang
ditakdirkan untuk saling bekerjasama dalam membina hidup di dunia untuk mencapai
keredhaanNya. Syariat serta berbagai perintah dan larangan telah ditetapkan bagi
lelaki dan wanita tanpa membezakan status keduanya sebagai hamba di sisi Allah.
Mereka akan dibangkitkan semula kelak dan segala amalan akan dihitung lalu
kesudahannya adalah syurga mahu pun neraka yang telah dicipta khusus untuk
manusia.
Oleh yang demikian, berbagai pembebanan (taklif) hukum tidak terbeban pada
bahu lelaki mahupun wanita sahaja tetapi terbeban pada bahu keduanya. Justeru,
kepimpinan wanita dilihat sebagai suatu yang perlu dan diharuskan dalam Islam selagi
menepati batas-batas yang telah ditetapkan dalam syariat. Penglibatan wanita dalam
sesebuah organisasi bukan kerajaan atau NGO semakin berkembang dan ianya dilihat
mampu memberi sumbangan terhadap usaha dakwah sekaligus mampu membangukan
masyarakat dan negara. Permasalahan wanita tidak hanya memudaratkan wanita
bahkan juga mengancam seluruh manusia, dunia dan akhirat. Jadi jelaslah bahawa
tiada pengecualian baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya bertanggungjawab atas
keselamatan masyarakat dari azab Allah (sw.t). Orang-orang zalim tidak hanya lelaki
malah ada juga wanita. Seorang wanita yang tidak menutup auratnya, tidak menjaga
kehormatannya, tidak patuh kepada suaminya dalam hal yang di perintahkan Allah
dan Rasulnya dan tidak beramal maaruf nahi mungkar, maka dia telah melakukan
kezaliman dan kezaliman itu apabila tidak segera diperbaiki akan menghancurkan
masyarakat. Begitu juga halnya jika seorang lelaki melakukan penyelewengan,
membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat, mengamalkan riba
dan tidak menunaikan hak-hak keluarganya maka dia adalah seorang yang zalim dan
kezalimannya pun akan menghancurkan masyarakat secara keseluruhan.
Justeru, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) merupakan satu organisasi
NGO dan ia dilihat sebagai sebuah gerakan dakwah yang terdapat di Singapura.
Tinjauan terhadap kepimpinan wanita di dalam PPIS adalah satu keperluan untuk
melihat bagaimana golongan wanita Islam di Singapura bergiat di dalam sesebuah
organisasi sebagai satu medium untuk mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan
wanita sekaligus membela nasib wanita-wanita Islam di Singapura.
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam,
mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Beliau berpandangan bahawa dalam
konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita
memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.
1. Kepimpinan wanita adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak
hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.
2. Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut
pada ketika tersebut.
3. Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam
memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara
kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.
4. Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku
percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban
baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti
menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-
“" أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية
Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di
hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka,
maka dosanya adalah seperti dosa zina” 1
5. Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.
1
Riwayat At-Tirmidzi, no 2786 ; Ibn Hibban , no 4424 ; Ibn Khuzaimah , no 1681 ; Hadith
bertaraf Hasan Sohih menurut Imam At-Tirmidzi, Shohih menurut Ibh Hibban dan Ibn Khuz aimah.
Syeikh Syu’ib mengakui kekuatan sanad hadith, Hadith bertaraf Hasan menurut Syeikh Albani.
yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam (Kamarul, Mohd Ismail dan Azhar,
2008)
Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab
dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada
penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta
mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat,
mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka
cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam.
Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang
bermaksud:
2
Surah Al-Mumtahanah ayat 12
Sumbangan Wanita Dalam Pembangunan Masyarakat Dan Negara
Dari segi amalan sosial ini, kaum wanita berperanan mempersiapkan diri
dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik
tetapi juga ilmu syariah (Siti Zulaikhah, 1982). Ilmu tersebut akan membawa kepada
keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah
masyarakat madani. Justeru itu bagi alaf abad ke 21 ini merupakan pemangkin bagi
penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam
membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk
sebuah masyarakat yang ekstrim.
Dengan senario sosial yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita
berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat
tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang
gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan
modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam
zaman tradisional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana
terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai.
Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan
mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan
perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi
dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anak-
anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap
perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan negara yang akan
mempengaruhi anak mereka keseluruhannya.
Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil
mereka mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan
berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan
berwawasan. Selain daripada itu, kaum wanita juga berperanan sebagai orang yang
bertanggungjawab dalam menjamin kebajikan masyarakat secara amnya. Kaum
wanita hari ini telah berjaya meluaskan lagi rasa penglibatan mereka dalam soal-soal
kebajikan kepada bidang yang lebih serius dan besar. Mereka telah berani
memperjuangkan perubahan-perubahan pada peraturan-peraturan bekerja dan hak-hak
pekerja wanita supaya mendapat layanan yang baik dan taraf yang sama dengan kaum
lelaki.
Oleh yang demikan, peranan kaum wanita amatlah besar dalam sama-sama
berganding bahu dengan kaum lelaki dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Rasanya tidak lengkap sekiranya tugas pembangunan sosial dan negara hanya
disandarkan di bahu kaum Adam kerana maksud pembangunan itu sendiri adalah amat
luas. Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk pada
pembangunan ekonomi tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial, sahsiah dan
perpaduan ummah. Untuk itu, pembangunan dari unsur-unsur yang melibatkan faktor-
faktor sosial memerlukan tindakan dan perjuangan yang lebih berani dari kaum
wanita. Sememangnya perbezaan fizikal wanita akan menyebabkan perbezaan tugas
dan tanggungjawab dari pandangan umum.
Menginsafi perkara ini, akhirnya Persatuan Pemudi Islam Singapura ini telah
ditubuhkan hasil usaha 22 orang wanita. Mereka dedikasikan badan ini untuk
memperjuangkan hak-hak wanita dan anak-anak mereka. Mereka berwawasan untuk
mewujudkan peluang-peluang ke arah memajukan kehidupan kaum wanita bagi
mengatasi masalah yang mereka hadapi dan akhirnya dapat membina institusi
kekeluargaan yang kukuh.
Berbekalkan poket kosong dan tiada pejabat tetap, ahli-ahli pengasas berusaha
keras bagi merealisasikan wawasan yang diimpikan. Memulakan langkah, mereka
telah mengheret para suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan
anak-anak ke mahkamah. Selain itu PPIS giat melaksanakan pelbagai program sosial,
menganjurkan pelbagai kursus seperti menjahit, memasak, menggubah bunga dan
tidak ketinggalan program literasi bagi meningkatkan kemahiran kaum wanita. Situasi
tiada dana dan pejabat ini sebenarnya turut dirasai oleh banyak organisasi dan
pertubuhan Islam lain. Ini bermakna sifat tolong-menolong, bantu-membantu,
bekerjasama, memupuk semangat persaudaraan, menjalin hubungan mesra,
bertimbang rasa dan menjaga kebajikan bersama tanpa mementingkan diri sendiri
adalah nilai atau etika dalam pengurusan yang sepatutnya dimiliki oleh pengurus
wanita Islam (Andek Masnah, 2001).
Hari ini, PPIS telah berkembang pesat menjadi sebuah badan kebajikan yang
tidak berorientasikan keuntungan. PPIS kini diuruskan secara profesional dengan
mempunyai seramai 140 orang kakitangan sepenuh masa merentasi 14 buah pusat di
seluruh Singapura. Dengan disokong oleh 200 orang sukarelawan yang aktif, PPIS
hari ini telah berjaya memberi perkhidmatan kepada lebih 300 ribu orang.
Pengurusan Organisasi
Hasil penelitian mendapati bahawa PPIS adalah persatuan sukarela yang boleh
dikategorikan di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). PPIS bergerak di bidang
dakwah kebajikan kepada golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak.
Dari sudut pengurusan organisasi, PPIS diurus oleh golongan belia yang
bekerja secara sepenuh masa (full time) dan majoritinya adalah wanita. Mereka
menjalankan tugas di PPIS secara profesional dan menerima imbalan gaji tetap sesuai
dengan anggaran dasar (peraturan) organisasi PPIS. Inilah antara persamaan pada
kebanyakan organisasi dakwah kebajikan di Singapura yang kebanyakannya diurus
secara sepenuh masa dan perkara inilah yang membezakan mereka dengan majoriti
organisasi dakwah di Malaysia.
PPIS telah berusaha menguruskan organisasinya mengikut perkembangan dan
kemajuan semasa. Pengurusan kewangannya telah berjalan mengikut anggaran
belanjawan yang sudah ditetapkan. Di samping itu, ia juga memiliki usaha-usaha
persendirian bagi menambahkan sumber kewangan organisasinya, termasuk juga
mencari dana melalui ihsan individu atau organisasi, baik dalam mahupun luar negara.
Terbaru PPIS telah memperkenalkan perkhidmatan menderma melalui atas talian di
mana individu yang ingin berbuat demikian boleh melayari laman sesawang PPIS.
Menurut Syamsul Bahri (2004) lagi, sejak runtuhnya World Trade Centre di
Amerika Syarikat pada 2001 dan Amerika serta sekutunya mengisytiharkan perang
terhadap teroris, maka semua organisasi dakwah di dunia termasuk PPIS terpaksa
mengalami perubahan perancangan. Perubahan yang dimaksudkan sangat berkaitan
dengan sikap politik negara Singapura itu sendiri yang sangat terbuka mendukung
aspirasi Amerika Syarikat dengan alasan memerangi teroris. Oleh yang demikian PPIS
terpaksa berhati-hati dalam membuat perancangan masa depan dakwahnya. Justeru
aktiviti PPIS hanya difokuskan kepada pendidikan dan khidmat sosial sahaja.
Selain itu, rangkaian organisasi Islam yang mantap di Singapura turut menjadi
sebab kerelevanan setiap organisasi Islam di sana untuk terus berada di persada.
Gerakan dakwah di Singapura bersatu dalam perjuangan dakwah mereka. MUIS,
JAMIYAH, PERGAS, PERDAUS, FMSA, DARUL ARQAM, MENDAKI dan
banyak lagi NGO Islam Singapura memiliki networing dan kebersamaan yang amat
tinggi. Begitu juga 'anak' mereka, IMPIAN, YOUNG MUSLIM, SAFF, MENDAKI
CLUB, FMSA, NTUSM, NUSSM dan banyak lagi yang memiliki kekuatan smart
partnership dalam mengarus perdanakan dakwah di Singapura. Kebersaaman ini
menjadikan mereka kuat dan teratur dalam menstrategikan dakwah kepada sasaran
dakwah masing-masing.
Rujukan
Siti Zulaikhah Mohd Nor. 1982. Kedudukan dan peranan wanita dalam Islam.
Angkatan Belia Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
Yusuf al-Qardawi, 2002. Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam (terj.) Arsil Ibrahim, Kuala
Lumpur: ABIM
Kamrul Azmi Jasmi, Mohd. Ismail Mustari & Azhar Muhammad. 2008. Wanita
dalam Dakwah dan Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia.
Saodah Abd. Rahman. 2007. Panduan Hidup Wanita & Keluarga Islam. Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Ernest C.T. Chew & Edwin Lee. 1991. A History of Singapore. Singapore: Oxford
University Press.
Syamsul Bahri Andi Galigo. 2004. Masyarakat Cina dan Dakwah, Sorotan Terhadap:
Darul Fitrah (Malaysia) dan Darul Arqam (Singapura) dan Yayasan Karim Oei
(Indonesia). Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan
Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia. Anjuran Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia pada 3 Oktober
2004.
Taufik Abdullah dan Sharon Siddique. 1988. Tradisi dan Kebangkitan Islam di Asia
Tenggara. Dlm. Perkembangan Islam di Singapura, oleh Ajat Sudrajat. FISE
UNY.