Anda di halaman 1dari 1

SAJAK UNTUK USTAZAH

Kuatur rapi aksara keramat ini,


Tatkala menjengahnya hari-hari terakhir wajahmu di sekolah,
Segala beban dan masalah yang kau punggah dari zaman ikrar guru pertamamu dulu,
Kau angkat kini untuk mengkhatamkan amanah yang telah kau himpun berdekad yang lalu.

Telah kau hidu segala bau kerenah dan masalah anak-anak pelajar
Telah kau junjung di atas batu jemalamu tekad dan nekad sebagai pendita anak bangsa
Demi anak2 dalam meniti hari-hari terakhirmu di SMSD,
Tampak jelas keluh dan kesah untuk menyudahkan mimpi semalam agar menjadi nyata.

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru


Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampaikan terus menjadi amalan
Moga anak didik yang sayangi menjadi insan

Sudah bermusim kita bersama di SMSD


Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangisi perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupai

Ketahuilah duhai guru, perpisahan ini amat memeritkan


Kau kan dirindui selagi nafas masih ada
Sekali menjadi guru akan terpahat gelaran itu
Sepanjang abad Kau akan tetap diingat, sepanjang zaman kau kan masih dikenang,

Terima kasih Ustazah… Terima kasih Ustazah… Terima kasih Ustazah.

Anda mungkin juga menyukai