Anda di halaman 1dari 9

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3

KAJIAN ANTOLOGI
KASUT KELOPAK JANTUNG
TINGKATAN 1
(drama)

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 1
http://cikgusazali.blogspot.com

SURAT UNTUK INA


Amiruddin Ali

Sinopsis

Zali meminati seorang pengawas sekolah bernama Zalina. Badar dan Jais telah mencadangkan kepada
Zali agar menulis surat kepada Zalina untuk berkenalan dengan gadis tersebut.

Badar dan Jais menyuruh Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya ingin
berkenalan dan bersahabat dengan Zalina. Surat tersebut diletakkan di bawah meja Zalina tanpa diketahui
oleh sesiapa kecuali mereka bertiga.

Setelah membaca surat pemberian Zali, Zalina membawa surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil
berasa marah dan meminta pelajar yang menulis surat kepada Zalina mengakui perbuatannya.

Namun, tidak ada sesiapa yang mengaku menulis surat tersebut. Lalu, Cikgu Halil terpaksa memeriksa
semua tulisan pelajar untuk mengecam bentuk tulisan yang sama seperti di dalam surat tersebut.

Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa penulis surat tersebut ialah Zali. Zali meminta maaf kepada Cikgu
Halil dan Zalina.

Zalina memaafkan Zali dan Zali mengucapkan terima kasih kerana memaafkannya. Zalina meminta Zali
agar tidak mengulanginya lagi

Tema

Kewajipan mematuhi peraturan sekolah dan utamakan pelajaran daripada cinta monyet

Persoalan

i. Pergolakan jiwa remaja di alam persekolahan


ii. Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja
iii. Tanggungjawab guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul
iv. Kepentingan mengekalkan hubungan persahabatan

Binaan Plot

i. Permulaan
Perbualan di antara Badar, Jais dan Zali. Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang
meminati Zalina.

ii. Perkembangan
Badar dan Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina. Badar dan Jais
juga menyuruh Zali merahsiakan identitinya. Surat itu diletakkan di bawah meja Zalina.

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 2
http://cikgusazali.blogspot.com

iii. Klimaks
Zalina memberi surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan menyuruh semua
pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil cuba mengesan orang yang
menulis surat kepada Zalina melalui tulisan yang terdapat pada buku latihan.

iv. Peleraian
Cikgu Halil berjaya mengesan penulis surat tersebut. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina
memaafkan Zali dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Watak dan Perwatakan

Zali
• Rakan baik kepada Badar dan Jais
• Ingin berkenalan dengan Zalina
• Berani mengakui kesilapannya

Badar
• Rakan Zali dan Jais
• Pandai mempengaruhi Zali

Jais
• Rakan Zali dan Badar
• Pandai mempengaruhi Zali

Zalina
• Seorang pengawas sekolah
• Seorang yang tegas, bijak dan cantik
• Baik hati kerana memaafkan Zali

Cikgu Halil
• Seorang guru yang tegas dan baik hati
• Bijak menyelesaikan masalah

Latar

i. Masa : pada waktu pagi


ii. Tempat : di dalam kelas, di bawah pohon berhampiran dengan kawasan lapang
iii. Masyarakat : masyarakat pelajar yang nakal,
masyarakat pelajar yang berani
masyarakat guru

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 3
http://cikgusazali.blogspot.com

Gaya Bahasa

i. Simile: Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan
ii. Metafora: ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri
iii. Peribahasa: sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas
Nilai

i. Bijak - Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang berlaku


ii. Berani - Zalina berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil
iii. Baik hati - Zalina sedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Zali

Pengajaran

i. Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul


ii. Jangan mudah termakan pujukan dan hasutan rakan-rakan
iii. Kita hendaklah memaafkan individu yang sedar akan kesilapan yang dilakukan

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 4
http://cikgusazali.blogspot.com

ARAH KE MANA
Johan Jaafar

Sinopsis

Babak I:
Haji Pakir dan Hajah Derisah menangis teresak-esak di hadapan kubur anaknya, Rohani. Mereka tidak
dapat meraikan Aidilfitri bersama Rohani. Hajah Derisah memujuk suaminya agar bersabar dan menerima
ketentuan Tuhan dengan reda. Haji Pakir tertanya-tanya akan perkara yang sebenarnya berlaku kepada
Rohani

Babak II:
Haji Pakir menyalahkan isterinya kerana terlalu memanjakan Rohani sehingga dia tidak pulang ke rumah
dan menagih dadah. Hajah Derisah pula menyalahkan Haji Pakir kerana menuruti apa sahaja kemahuan
Rohani. Tindakan mereka yang terlalu memanjakan Rohani menyebabkan anak mereka itu bersikap
biadab. Apabila pulang ke rumah, Rohani telah dimarahi oleh Haji Pakir. Rohani melawan kata-kata
ayahnya. Oleh sebab terlalu marah Haji Pakir telah menghalau Rohani keluar dari rumah. Rohani terus lari
meninggalkan rumah.

Babak III:
Haji Pakir menangis meratapi pemergian anaknya, Rohani. Haji Pakir menyesal dan merasakan dirinya
turut bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku ke atas Rohani. Haji Pakir dan Hajah Derisah berdoa
agar roh Rohani dicucuri rahmat

Tema

Ibu bapa yang kesal akan kesilapan mendidik anak mereka

Persoalan

i. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak


ii. Keruntuhan akhlak adalah akibat pengaruh negatif
iii. Reda dengan ketentuan Tuhan
iv. Anak yang menyalahgunakan kebebasan yang diberi oleh ibu bapa

Watak dan Perwatakan

Haji Pakir
• Bapa kepada Rohani
• Seorang bapa yang tegas
• Seorang bapa yang penyayang
• Menyesal kerana gagal mendidik anaknya dengan baik

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 5
http://cikgusazali.blogspot.com

Hajah Derisah
• Ibu kepada Rohani
• Isteri kepada Haji Pakir
• Terlalu memanjakan Rohani
• Lebih tenang dan dapat mengawal emosi

Rohani
• Anak tunggal Haji Pakir dan Hajah Derisah
• Anak yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa
• Bercampur dengan budak-budak liar
• Terjerumus dalam najis dadah

Latar

i. Masa : pada waktu malam, pagi Aidilfitri


ii. Tempat : di tanah perkuburan Islam dan di ruang tamu rumah Haji Pakir
iii. Masyarakat : masyarakat yang terlalu memanjakan anak,
masyarakat yang tidak menghormati ibu bapa,
masyarakat yang terjebak dengan najis dadah

Gaya Bahasa

i. Simile - lepas bebas macam burung merpati, bercakap macam teka-teki


ii. Inversi - bukan baru setahun dua umurnya
iii. Peribahasa - lidah tak bertulang, bagai menatang minyak yang penuh, kacang hantu
iv. Hiperbola - Aku patah-patahkan tulang kau!, Pelajaran kau setinggi langit
v. Metafora - berendam air mata
vi. Repetisi - Kalau awak guna otak awak tu, dan mata awak tu, awak tak akan
sebodoh ini!

Nilai

i. Kasih sayang - Haji Pakir dan Hajah Derisah amat menyayangi anaknya, Rohani
ii. Tegas - Haji Pakir menegur Rohani yang bercampur dengan budak-budak liar
iii. Insaf - Haji Pakir berasa insaf kerana terlalu memanjakan anaknya

Pengajaran

i. Kita hendaklah tegas dalam memberi pendidikan kepada anak-anak


ii. Kita hendaklah sentiasa menghormati dan mendengar nasihat ibu bapa
iii. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan najis dadah

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 6
http://cikgusazali.blogspot.com

MENDUNG HITAM BERALIH JUA


Aripin Said

Sinopsis

Sebelum keluar dari rumah, Jamilah memberikan surat daripada pihak sekolah kepada ibunya, Mak Limah
untuk diberikan kepada ayahnya, Pak Jusuh. Isi surat itu menyatakan bahawa Pak Jusuh perlu
menjelaskan yuran peperiksaan Jamilah sebanyak tujuh puluh lima ringgit.

Pak Jusuh mengeluh kerana tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran tersebut. Sebagai nelayan,
dia tidak mendapat seekor ikan pun pada hari itu. Hutang di kedai Mutusami juga semakin hari semakin
bertambah.

Mak Limah marah kepada Pak Jusuh kerana enggan menyertai tanah rancangan dahulu. Pak Jusuh
percaya dengan menjadi nelayan mereka sekeluarga mampu hidup senang. Akibatnya mereka terus hidup
dihimpit kemiskinan.

Mutusami datang menuntut hutang daripada Pak Jusuh. Pak Jusuh tidak dapat melangsaikan hutang
tersebut kerana tidak mempunyai wang. Mutusami mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Pak
Jusuh naik berang lalu menghalau Mutusami.

Untuk meleraikan keadaan, Mak Limah menawarkan sebuah radio kepada Mutusami sebagai cagaran
namun enggan menerimanya. Mutusami meminta Mak Limah menyelesaikan hutangnya sedikit demi
sedikit.

Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk menjemput Pak Jusuh menghadiri majlis kenduri di rumah
menantunya. Pak Jusuh menyatakan hasratnya mahu menyertai tanah rancangan kerana hendak
mengubah nasib keluarganya. Pak Seman berjanji akan menolong Pak Jusuh untuk menyertai tanah
rancangan tersebut.

Tema

Kesedaran untuk mengubah nasib dengan menukar haluan lain yang lebih baik.

Persoalan

i. Amalan berhutang akan membawa padah


ii. Usaha untuk keluar daripada kesempitan hidup
iii. Berani mengubah nasib demi keluarga
iv. Tolong-menolong merupakan amalan mulia
v. Sikap bertolak-ansur dapat menyelesaikan masalah yang timbul

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 7
http://cikgusazali.blogspot.com

Watak dan Perwatakan

Pak Jusuh
• Suami Mak Limah
• Bekerja sebagai nelayan
• Seorang yang buta huruf
• Banyak berhutang

Mak Limah
• Isteri kepada Pak Jusuh
• Mengambil berat urusan keluarga

Jamilah
• Anak Pak Jusuh dan Mak Limah
• Seorang gadis yang aktif

Mutusami
• Seorang peniaga di kampung tersebut
• Menuntut hutang daripada Pak Jusuh
• Boleh bertolak ansur

Pak Seman
• Telah menyertai tanah rancangan
• Kehidupannya lebih baik dan senang

Latar

i. Masa : waktu petang menjelang senja


ii. Tempat : ruang tamu rumah Pak Jusuh
iii. Masyarakat : masyarakat yang hidup dalam kemiskinan,
masyarakat buta huruf,
masyarakat yang bertolak ansur,
masyarakat yang berani berubah

Gaya Bahasa

i. Sinkope - tak, nak, mak


ii. Simile - hitam pekat macam kopi o yang kita minum ni
iii. Loghat India - Awak hutang saya punya kedai sudah
banyak, saya pun mahu guna itu wang
iv. Repetisi - Buku di sana, kain di sini, baju di situ
v. Ayat pendek - Kita juga, Balik!, Awak faham

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 8
http://cikgusazali.blogspot.com

Nilai

i. Tabah - Pak Jusuh dan Mak Limah tabah mengharungi hidup dalam kemiskinan
ii. Prihatin - Pak Seman prihatin dengan keadaan Pak Jusuh yang hidup kesusahan
iii. Bertolak ansur - Mutusami bertolak ansur dengan Mak Limah

Pengajaran

i. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan


ii. Kita hendaklah berani melakukan perubahan demi kebaikan hidup sekeluarga
iii. Kita hendaklah bertolak ansur dengan orang lain untuk mengelakkan pergaduhan

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 9

Anda mungkin juga menyukai