Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama PDF
Antologi Kasut Kelopak Jantung Drama PDF
com
MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3
KAJIAN ANTOLOGI
KASUT KELOPAK JANTUNG
TINGKATAN 1
(drama)
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 1
http://cikgusazali.blogspot.com
Sinopsis
Zali meminati seorang pengawas sekolah bernama Zalina. Badar dan Jais telah mencadangkan kepada
Zali agar menulis surat kepada Zalina untuk berkenalan dengan gadis tersebut.
Badar dan Jais menyuruh Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya ingin
berkenalan dan bersahabat dengan Zalina. Surat tersebut diletakkan di bawah meja Zalina tanpa diketahui
oleh sesiapa kecuali mereka bertiga.
Setelah membaca surat pemberian Zali, Zalina membawa surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil
berasa marah dan meminta pelajar yang menulis surat kepada Zalina mengakui perbuatannya.
Namun, tidak ada sesiapa yang mengaku menulis surat tersebut. Lalu, Cikgu Halil terpaksa memeriksa
semua tulisan pelajar untuk mengecam bentuk tulisan yang sama seperti di dalam surat tersebut.
Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa penulis surat tersebut ialah Zali. Zali meminta maaf kepada Cikgu
Halil dan Zalina.
Zalina memaafkan Zali dan Zali mengucapkan terima kasih kerana memaafkannya. Zalina meminta Zali
agar tidak mengulanginya lagi
Tema
Kewajipan mematuhi peraturan sekolah dan utamakan pelajaran daripada cinta monyet
Persoalan
Binaan Plot
i. Permulaan
Perbualan di antara Badar, Jais dan Zali. Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang
meminati Zalina.
ii. Perkembangan
Badar dan Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina. Badar dan Jais
juga menyuruh Zali merahsiakan identitinya. Surat itu diletakkan di bawah meja Zalina.
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 2
http://cikgusazali.blogspot.com
iii. Klimaks
Zalina memberi surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan menyuruh semua
pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil cuba mengesan orang yang
menulis surat kepada Zalina melalui tulisan yang terdapat pada buku latihan.
iv. Peleraian
Cikgu Halil berjaya mengesan penulis surat tersebut. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina
memaafkan Zali dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
Zali
• Rakan baik kepada Badar dan Jais
• Ingin berkenalan dengan Zalina
• Berani mengakui kesilapannya
Badar
• Rakan Zali dan Jais
• Pandai mempengaruhi Zali
Jais
• Rakan Zali dan Badar
• Pandai mempengaruhi Zali
Zalina
• Seorang pengawas sekolah
• Seorang yang tegas, bijak dan cantik
• Baik hati kerana memaafkan Zali
Cikgu Halil
• Seorang guru yang tegas dan baik hati
• Bijak menyelesaikan masalah
Latar
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 3
http://cikgusazali.blogspot.com
Gaya Bahasa
i. Simile: Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan
ii. Metafora: ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri
iii. Peribahasa: sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas
Nilai
Pengajaran
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 4
http://cikgusazali.blogspot.com
ARAH KE MANA
Johan Jaafar
Sinopsis
Babak I:
Haji Pakir dan Hajah Derisah menangis teresak-esak di hadapan kubur anaknya, Rohani. Mereka tidak
dapat meraikan Aidilfitri bersama Rohani. Hajah Derisah memujuk suaminya agar bersabar dan menerima
ketentuan Tuhan dengan reda. Haji Pakir tertanya-tanya akan perkara yang sebenarnya berlaku kepada
Rohani
Babak II:
Haji Pakir menyalahkan isterinya kerana terlalu memanjakan Rohani sehingga dia tidak pulang ke rumah
dan menagih dadah. Hajah Derisah pula menyalahkan Haji Pakir kerana menuruti apa sahaja kemahuan
Rohani. Tindakan mereka yang terlalu memanjakan Rohani menyebabkan anak mereka itu bersikap
biadab. Apabila pulang ke rumah, Rohani telah dimarahi oleh Haji Pakir. Rohani melawan kata-kata
ayahnya. Oleh sebab terlalu marah Haji Pakir telah menghalau Rohani keluar dari rumah. Rohani terus lari
meninggalkan rumah.
Babak III:
Haji Pakir menangis meratapi pemergian anaknya, Rohani. Haji Pakir menyesal dan merasakan dirinya
turut bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku ke atas Rohani. Haji Pakir dan Hajah Derisah berdoa
agar roh Rohani dicucuri rahmat
Tema
Persoalan
Haji Pakir
• Bapa kepada Rohani
• Seorang bapa yang tegas
• Seorang bapa yang penyayang
• Menyesal kerana gagal mendidik anaknya dengan baik
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 5
http://cikgusazali.blogspot.com
Hajah Derisah
• Ibu kepada Rohani
• Isteri kepada Haji Pakir
• Terlalu memanjakan Rohani
• Lebih tenang dan dapat mengawal emosi
Rohani
• Anak tunggal Haji Pakir dan Hajah Derisah
• Anak yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa
• Bercampur dengan budak-budak liar
• Terjerumus dalam najis dadah
Latar
Gaya Bahasa
Nilai
i. Kasih sayang - Haji Pakir dan Hajah Derisah amat menyayangi anaknya, Rohani
ii. Tegas - Haji Pakir menegur Rohani yang bercampur dengan budak-budak liar
iii. Insaf - Haji Pakir berasa insaf kerana terlalu memanjakan anaknya
Pengajaran
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 6
http://cikgusazali.blogspot.com
Sinopsis
Sebelum keluar dari rumah, Jamilah memberikan surat daripada pihak sekolah kepada ibunya, Mak Limah
untuk diberikan kepada ayahnya, Pak Jusuh. Isi surat itu menyatakan bahawa Pak Jusuh perlu
menjelaskan yuran peperiksaan Jamilah sebanyak tujuh puluh lima ringgit.
Pak Jusuh mengeluh kerana tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran tersebut. Sebagai nelayan,
dia tidak mendapat seekor ikan pun pada hari itu. Hutang di kedai Mutusami juga semakin hari semakin
bertambah.
Mak Limah marah kepada Pak Jusuh kerana enggan menyertai tanah rancangan dahulu. Pak Jusuh
percaya dengan menjadi nelayan mereka sekeluarga mampu hidup senang. Akibatnya mereka terus hidup
dihimpit kemiskinan.
Mutusami datang menuntut hutang daripada Pak Jusuh. Pak Jusuh tidak dapat melangsaikan hutang
tersebut kerana tidak mempunyai wang. Mutusami mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Pak
Jusuh naik berang lalu menghalau Mutusami.
Untuk meleraikan keadaan, Mak Limah menawarkan sebuah radio kepada Mutusami sebagai cagaran
namun enggan menerimanya. Mutusami meminta Mak Limah menyelesaikan hutangnya sedikit demi
sedikit.
Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk menjemput Pak Jusuh menghadiri majlis kenduri di rumah
menantunya. Pak Jusuh menyatakan hasratnya mahu menyertai tanah rancangan kerana hendak
mengubah nasib keluarganya. Pak Seman berjanji akan menolong Pak Jusuh untuk menyertai tanah
rancangan tersebut.
Tema
Kesedaran untuk mengubah nasib dengan menukar haluan lain yang lebih baik.
Persoalan
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 7
http://cikgusazali.blogspot.com
Pak Jusuh
• Suami Mak Limah
• Bekerja sebagai nelayan
• Seorang yang buta huruf
• Banyak berhutang
Mak Limah
• Isteri kepada Pak Jusuh
• Mengambil berat urusan keluarga
Jamilah
• Anak Pak Jusuh dan Mak Limah
• Seorang gadis yang aktif
Mutusami
• Seorang peniaga di kampung tersebut
• Menuntut hutang daripada Pak Jusuh
• Boleh bertolak ansur
Pak Seman
• Telah menyertai tanah rancangan
• Kehidupannya lebih baik dan senang
Latar
Gaya Bahasa
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 8
http://cikgusazali.blogspot.com
Nilai
i. Tabah - Pak Jusuh dan Mak Limah tabah mengharungi hidup dalam kemiskinan
ii. Prihatin - Pak Seman prihatin dengan keadaan Pak Jusuh yang hidup kesusahan
iii. Bertolak ansur - Mutusami bertolak ansur dengan Mak Limah
Pengajaran
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama 9