Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang di hormati Tuan Pengetua, guru-guru

penolong kanan , guru- guru dan rakan pelajar sekalian. Saya berasa amat berbesar hati kerana diberi
kesempatan untuk berucap dalam majlis ini sebagai mewakili rakan - rakan pustakawan yang lain.
Hadirin sekalian,
Seperti yang kita telah sedia maklum, program Nilam merupakan program memupuk minat membaca
buku yang dilancarkan seluruh negara.Sekolah kita juga tidak terkecuali.Oleh hal demikian,saya berharap
agar pelajar dapat benar - benar memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti yang telah dirancang.
Program Nilam bertujuan mewujudkan masyarakat membaca di negara ini , bermula dari
alam persekolahan. Perangkaan menunjukkan bahawa masyarakat rakyat Malaysia hanya membaca buku
kurang daripada sebuah setahun , jauh lebih kecil berbanding dengan negara - negara maju. Membaca
merupakan jambatan ilmu. Amalan membaca dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat
memangkin kemajuan bangsa dan negara. Justeru , amalan ini perlu ditanamkan dalam diri dan hal inilah
yang menyebabkan Program Nilam ini dilancarkan dengan tujuan mencapai misi dan visi yang digariskan
oleh kerajaan.
Dalam Program Nilam , pelajar hanya perlu membaca buku - buku dalam sebarang genre dan
sebarang bahasa asalkan menambahkan pengetahuan , sebelum membuat catatan ringkas di dalam buku
rekod yang disediakan. Guru - guru akan memastikan bahan yang dibaca selaras dengan yang direkodkan
oleh pelajar. Buku rekod ini yang dipanggil Buku Nilam boleh dibeli di koperasi sekolah dengan harga
RM 2.00 senaskah. Bahan - bahan bacaan pula boleh diperoleh pelajar dari perpustakaan sekolah atau
kedai - kedai buku. Buku - buku yang dibaca boleh terdiri daripada buku ilmiah, fiksyen, atau bukan
fiksyen. Bahan - bahan bacaan yang bersifat picisan tidak diambil kira.
Hadirin yang dihormati,
Bagi menyelia program ini, bahan bacaan yang direkodkan di dalam Buku Nilam akan dikumpulkan
oleh guru perpustakaan. Statistik bacaan pelajar kemudian akan dibuat dan dihantar ke pejabat pelajaran
negeri masing - masing untuk tujuan penyemakan.Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang
banyak membaca buku sama ada di peringkat sekolah atau kebangsaan.
Akhir kata, dengan adanya Program Nilam ini saya berharap agar para pelajar kini lebih berminat
mengunjungi pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan. Sebelum mengundur diri saya
memohon ribuan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang penjelasan saya tadi . Sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai