Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera,saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan

projek kerja kursus berasaskan titas saya. Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang
diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,
pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini.
Dalam kursus ini,saya mempelajari adalah lebih mengenali dan
memahami tentang sejarah tamadun-tamadun asia dan islam secara terperinci lagi.Selain
itu,saya dapat belajar tentang asal usul dan perkembangan tamadun agama masing-masing
seperti melayu,india dan termasuklah tamadun sendiri iaitu tamadun cina.
Pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini ialah saya dan
rakan-rakan saya telah membuat tugasan laporan reflektif ini bersama-sama.Hal ini dapat
merapatkan hubungan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan saya dengan sikap
bekerjasama dan saling bantu-mambantu antara satu sama lain.Tambahan pula,saya juga
dapat lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan saya.Di samping itu,saya juga boleh
memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi dengan orang lain untuk
melatihkan saya berkomunikasi dengan baik serta menjadi seorang modal insan yang lebih
berkualiti.
Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus
titas ialah mengadakan video atau youtube semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas.Hal
ini dapat menarik minat pelajar tentang tamadun asia dan islam dan juga dapat mengelakkan
pelajar merasa ngatuk dan bosan semasa di kelas.Seterusnya,juga boleh mengadakan program
yang melibatkan kerja kumpulan akan memastikan pelajar-pelajar ini dapat bekerjasama
dengan pelajar lain daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Misalnya melalui aktiviti
mengadakan pameran, main peranan, pertandingan nyanyian, lawatan sambil belajar dan
permainan tradisional dapat memupuk semangat kerja berpasukan.Selepas itu,memberi
buku latihan atau kertas kerja untuk melatihkan pelajar menfokuskan soalan-soalan yang
telah diberikan.
Kesimpulannya, saya telah banyak menimba ilmu baru sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya sedikit sebanyak telah mendalami
pengetahuan tentang tamadun india,melayu dan cina. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu
menyiapkan diri saya dengan pengetahuan umum serta sentiasa berusaha meningkatkan
pengetahuan saya dalam semua bidang.

Anda mungkin juga menyukai