Anda di halaman 1dari 1

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Anda DiUtamakan

Tajuk 1 : Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan


murid.
2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan
murid.

Tarikh : 04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan)

Masa : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang)

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang,


guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah

Bahan / Alat : Kain rentang/banting

Langkah-langkah :

1. Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan


tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan
sekolah. Contoh kain rentang :

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH


Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah
“Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.”

2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut


kehadiran murid.
3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid
dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh :
a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera
b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school
c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah
4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan
secara terbuka.

Penilaian : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa.

Rumusan : Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan


perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai