Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN BILIK DARJAH

Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan


mengganggu ketenteraman kelas.

Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas.


Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat duduk
kecuali dengan izin guru.

Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada


setiap masa.

Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.

Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama


sebelum dan selepas rehat, serta sebelum balik.

Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya


waktu mata pelajaran yang berikutnya.

Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua


maklumat yang dipamerkan di papan kenyataan kelas.

Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan


tempat duduk di dalam kelas tanpa kebenaran guru.

Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti


gunting, pisau, dan sebagainya tanpa kebenaran dan arahan
guru.

SILA PATUHI PERATURAN UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA


PERATURAN BILIK DARJAH

Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair


pemadam kecuali dengan kebenaran guru

Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti


gunting, alatan geometri, pisau dan sebagainya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid mestilah
mengikuti sepenuhnya arahan guru. Murid-murid dilarang
bergurau dan bermain-main semasa menggunakannya.

Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik


dengan tangan yang basah.

Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik


seperti lampu, kipas, suis, dan punca kuasa elektrik yang
rosak. Laporkan kepada guru dengan segera.

Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan


yang berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil
tindakan.

Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke


semasa supaya keselamatan dan kebersihan di dalam kelas
sentiasa terpelihara.

SILA PATUHI PERATURAN UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA

Anda mungkin juga menyukai